Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Tuesday, September 4, 2012

Aku Stress Giler


Info : 8 Blog Dengan Pendapatan Jutaan Dolar (8 Gambar)

Posted: 04 Sep 2012 06:43 AM PDT

Mahukan pendapatan bulanan sehingga berjuta-juta dollar? Apa yang anda perlukan hanya sebuah komputer dan internet saja!

Itulah yang berlaku pada zaman moden ini, dengan hanya duduk di rumah atau melepak di kedai kopi, anda boleh dapat pendapatan lumayan.

Masih tidak bercaya? Di sini penulis senaraikan 8 blog yang telah menghasilkan pendapatan lumayan kepada pemiliknya.


1. BoingBoing
Pemilik : Mark Frauenfelder
Didirikan : January 2000
Penghasilan : 1 Milllion setahun
Topik : Komik, Fiksyen, Ilmiah, Komputer, dan Teknologi
Trafik : 22 juta paparan halaman dan 2.6 juta pengunjung unik
Kemaskini : 20-40 post sehari dengan 4 penulis bayaran
Sumber penghasilan : Iklan dengan Harga US $ 350 seminggu (butang kecil), iklan banner $ 2000 – $ 3000 untuk minimum 170,000 impresion



2. ShoeMoney
Pemilik : Jeremy Schoemaker
Didirikan : Oktober 2005
Penghasilan : $12,000 sebulan
Topik : Make Money Online
Trafik : 20,000 pengunjung unik sehari
Sumber penghasilan : Produk sendiri, AuctionAds dan Adsense



3. talkingpointsmemo.com
Pemilik : Josh Marshall.
Didirikan : November 2000
Penghasilan : $54,000 sebulan
Topik : Politik
Trafik : 500,000 page views seminggu
Sumber penghasilan : Iklan, affiliate



4. perezhilton.com
Pemilik : Mario Lavandeira
Didirikan : September 2004
Penghasilan : $110,000 per bulan
Topik : Gosip selebriti
Kemaskini : 20 post sehari
Trafik : 4 juta pengunjung unik sehari
Sumber penghasilan :Iklan (1 banner berharga $13,000 per hari)



5. Gothamist
Pemilik : Jake Dobkin
Didirikan : Januari 2003
Penghasilan : $50,000 per bulan
Topik : Tentang New York, seni, makanan, events, dan 7 kota-kota metropolitan dunia
Kemaskini : 20-25 post per hari (lebih dari 5 penulis)
Trafik :7 juta page views sebulan
Sumber penghasilan : Iklan


 
6. TechCrunch
Pemilik : Michael Arrington
Didirikan : Jun 2005
Penghasilan : $200,000 per bulan
Topik : mobile technology, and sites
Trafik : 5 juta page views per bulan
Sumber penghasilan : Iklan (button kecil $300 dan banner paling kecil $1,000 per minggu)


  7. Mashable
Pemilik : Pete Cashmore
Didirikan : Julai 2005
Penghasilan : $166,000 per bulan
Topik : Trend of mashups
Trafik : 4 juta page views per bulan
Sumber pendapatan utama : Iklan teks ( $100 per minggu) dan banner ( $2,000 per minggu)


8. Problogger
Pemilik : Darren Rowse
Didirikan : November 2004
Penghasilan : $100,000 per tahun
Topik : Make money online dan make money bloggin
Kemaskini : 1-2 post per hari
Trafik : 1.5 juta pengunjung per bulan
Sumber pendapatan utama : Chitika, Google AdSense, Text Link Ads, dan Amazon Associates.


p/s : Memang kaya beb.. semua lelaki plak tu.. kalau kat Malaysia ni, blogger pompuan yang biasanya femes n kaya.. 

Sumber : Here

WTF : Perangai Yang Kurang Senonoh Dan Sesuai Dalam Tren (12 Gambar)

Posted: 04 Sep 2012 06:37 AM PDT

Perangai Yang Kurang Senonoh Dan Sesuai Dalam Tren .
Jangan lakukan kerana anda hanya memalukan diri anda sendiri.

Cool : Cheshire, Sebuah Negara Yang Pasti Menarik Hati Anda (10 Gambar)

Posted: 04 Sep 2012 04:24 AM PDT

Cheshire, Sebuah Negara Yang Pasti Menarik Hati Anda.
Di sini lahirnya kucing jenis Cheshire.


OMG : Biskut "Telinga Dan Ibu Jari' Paling Menjijikkan (6 Gambar)

Posted: 04 Sep 2012 04:08 AM PDT

Biskut "Telinga Dan Ibu Jari' Paling Menjijikkan.
Walaupun menjijikkan, harap-harap biskut ini lebih sedap dari rupanya. 

Serius : Budak 2 Tahun Dan Rakan Baiknya Seekor Ular, Pablo (10 Gambar)

Posted: 04 Sep 2012 03:53 AM PDT

Budak 2 Tahun Dan Rakan Baiknya Seekor Ular, Pablo.
Seorang budak dari Australia kini baru berusia 2 tahun iaitu Charlie Parker mempunyai seekor rakan baik. Rakan baik ini adalah seekor ular Pablo. Charlie adalah keturunan peringkat ketiga Ballarat Wildfire Park Di Victoria, Australia. 

WTF : Pengantin Memakai Baju Pengantin Yang #WTF Hasil Pereka Lady Gaga (3 Gambar)

Posted: 04 Sep 2012 03:45 AM PDT

Pengantin Memakai Baju Pengantin Yang #WTF Hasil Pereka Lady Gaga.
Seorang model Lady Mary Charteris memakai baju pengantin yang agak #WTF. Baju itu direka oleh Pam Hogg iaitu pereka fesyen Lady Gaga.






Cool : WonderKid Brazil Tanpa Tapak Kaki Dapat Kontrak Dengan Barcelona FC (5 Gambar)

Posted: 04 Sep 2012 03:40 AM PDT

Walaupun ketiadaan tapak kaki, ianya tetap tidak menghalang Gabriel Muniz yang berusia 11 tahun dan tanpa kaki untuk turut serta dalam kem latihan pasukan Barcelona FC. Dia mampu bermain lebih baik dari pemain lain yang mempunyai kaki yang sempurna.

Cool : Evolusi Kereta Nissan Skyline Dari Tahun 1957 Hingga 2012 (Gambar)

Posted: 04 Sep 2012 03:05 AM PDT

Tengok la sejauh mana perubahan kereta Skyline ni dari tahun kita merdeka sampailah sekarang..

klik gambar untuk besarkan

Sumber : Here

WTF : Pertandingan Wajah Paling Hodoh Di Sepanyol (16 Gambar)

Posted: 04 Sep 2012 02:59 AM PDT

Concurso de Feos merupakan sebuah pertandingan yang diadakan setiap tahun di Bilbao, Sepanyol. Pertandingan ini mencari peserta yang dapat membuat wajah muka paling hodoh. Jom tengok gambar peserta kat bawah ni..


Sumber : Here

Info : iPad Sebenarnya Diperkenalkan Oleh LG Electronics Pada Tahun 2001 (Gambar)

Posted: 04 Sep 2012 02:21 AM PDT


Rupa-rupanya iPad pertama kali diperkenalkan oleh pengeluar perkakasan Elektronik Korea Selatan iaitu LG Electronics pada sebuah pameran komputer di CeBIT di Hanover, Jerman kira-kira 9 tahun yang lalu. 

Artikel tersebut dikeluarkan pada tahun 2001. LG Electronics menunjukkan buat kali pertama pad berasaskan Linux Web dipanggil sebagai 'The Digital iPAD'.

iPAD tersebut dikuasakan oleh pemproses sistem-atas-cip 206Mhz Intel SA-1110  dan dibina pada modul 64 SDRAM. Ia menawarkan sejumlah 'expandability function' dengan slot untuk kad memori Flash dan kad pcmcia.

Jadi, disebalik isu Samsung disaman oleh Apple kerana dituduh meniru iPad dan iPhone, rupanya Apple terlebih dahulu menjadi juara dalam hal ini (copy-cat).

Juga nama iPhone dan IOS sebenarnya telah dilesenkan dari Cisco, bukan ciptaan Apple sendiri.

Sumber : Here

Hebat : Pelajar 24 Tahun Dari Hulu Terengganu Ditawar Buat PhD Di Universiti Oxford (Gambar)

Posted: 04 Sep 2012 01:40 AM PDT


KAMPUNG KEMAT – Pelajar cemerlang yang sedang mengikuti bidang Sarjana Sains Biokimia di Universiti Oxford, United Kingdom, Mohd Firdaus Samsudin@Mustapha, 24, sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila muncul anak negeri pertama ditawarkan mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di universiti paling berprestij di dunia itu.

Anak kedua Samsudin @ Mustapha Mamat, 62, dan Rohani Long Ahmad, 55, yang berasal dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu itu akan memulakan pengajian peringkat PhD bermula bulan ini.

Berkongsi kegembiraan, Mohd Firdaus atau lebih mesra dipanggil Angah berkata, tawaran menyambung pelajaran ke peringkat PhD bidang Biokimia selama empat tahun itu disifatkannya hadiah untuk ibu bapanya.

"Tempoh pengajian di peringkat Sarjana sepatutnya selama dua tahun. Bagaimanapun, saya telah mendapat tawaran mengikuti PhD oleh pihak universiti berkenaan dan sepatutnya pengajian masih berbaki setahun lagi.

"Tawaran ini sekali gus mencapai impian saya untuk menyambung pengajian di peringkat PhD, cuma tidak sangka, ia digapai secepat ini, bagaimanapun saya bersyukur apatah lagi ibu bapa sentiasa berdoa untuk kejayaan saya serta adik-beradik lain," katanya.

Menurut Mohd Firdaus, walaupun masih muda berbanding penuntut PhD lain yang sudahpun berkahwin dan mempunyai anak, namun ia bukan halangan sebaliknya kelebihan kepadanya kerana boleh memberikan sepenuh tumpuan pada pelajaran tanpa memikirkan soal keluarga ataupun anak-anak.

"Paling penting, saya perlu berusaha lebih gigih kerana semua pelajar di sana terdiri daripada mereka yang genius. Persaingan sihat ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berjaya selain dapat menghabiskan pengajian di peringkat PhD," katanya.

Menyentuh perancangan masa hadapan, Mohd Firdaus berhasrat bekerja di sana terlebih dahulu bagi menimba pengalaman selain peluang yang lebih banyak, namun akhirnya dia akan tetap kembali ke tanah air untuk mencurahkan bakti.

"Saya menaruh keinginan untuk bekerja di syarikat berorientasikan farmasi atau ubat-ubatan kerana berminat menjalankan penyelidikan berkaitan perkara ini. Berdasarkan perancangan, saya ingin bekerja di sana dahulu selepas ini.

"Bagaimanapun, ia cuma sementara untuk menimba pengalaman terlebih dahulu kerana matlamat saya ialah ingin berbakti di tanah air. Malah, jika berpeluang saya ingin bekerja di negeri kelahiran iaitu Terengganu," katanya.

Ditanya mengenai sosial pergaulan sepanjang melanjutkan pelajaran di tempat orang selama ini, Mohd Firdaus berpegang teguh dengan prinsipnya untuk kekalkan sahsiah agar tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai ragam kawan-kawan.

"Tidak dapat dinafikan, ada dalam kalangan pelajar Malaysia berubah sikap apabila belajar di luar negara dan dalam hal ini saya melihat kawan-kawan banyak mempengaruhi corak kehidupan. Oleh itu, saya juga perlu bijak berkawan.

"Ramai dalam kalangan pelajar dari negara-negara Eropah, bagaimanapun saya tidak mengalami masalah dalam pergaulan kerana kawan-kawan cukup menghormati saya sebagai seorang Muslim.

"Hobi saya sebenarnya suka membaca, namun saya tetap meluangkan masa keluar bersama kawan-kawan termasuk menonton wayang sebagai hiburan. Pesanan ibu bapa juga sentiasa saya sematkan dalam hati serta dipegang kuat sebagai azimat benteng pertahanan diri," katanya.

Sementara itu, Samsudin berkata, sebagai seorang bapa sudah pasti dia berbangga melihat pencapaian anaknya itu apatah lagi pada usia masih muda dan berharap kejayaan demi kejayaan dapat dilakar selepas ini.

Samsudin berkata, dia dan isterinya memberi layanan sama rata kepada kesemua anak dan tidak memaksa memaksa mereka belajar, sebaliknya memberi galakan selain menjaga sumber rezeki.

"Aspek kerohanian juga sentiasa diterapkan kepada empat anak saya yang kesemuanya lelaki. Selepas solat Maghrib setiap malam Jumaat, kami jadikan amalan membaca surah Yasin seisi keluarga sebagai rutin.," katanya. 
 
p/s : Menurut sumber, Firdaus ni mengamalkan membaca surah Yaasin setiap kali lepas solat.. 
 
Sumber : Here

Info : [Video] 10 Barang Harian Yang Dicipta Oleh NASA

Posted: 04 Sep 2012 01:29 AM PDT


Video di bawah menunjukkan beberapa barangan harian yang asalnya dicipta oleh NASA.


Sumber : Here\