Aku Stress Giler |
- Amazing : Haiwan-Haiwan Yang Mempunyai Pigmen Hitam Berlebihan @ Melanism (9 Gambar)
- Horror : Kisah Seorang Pramugari Yang Ditiduri Hantu Raya (4 Gambar)
- OMG : [Video] Apabila Seorang Lelaki Berhadapan Dengan Sekumpulan Singa
- Berita : Polis Sahkan Mayat Rentung Ditemui Ialah Nurul Nadirah
- Serius : Lamborghini Aventador Milik Cristiano Ronaldo Rosak Selepas Sebulan Dibeli (6 Gambar)
- Lawak : [Video] Apa Yang Terjadi Kepada Haiwan-Haiwan Ni?
- OMG : [Edited ]Lintah Gergasi Di Perak Rupanya Ialah Ular Karung Guni ( 5 Gambar)
- WTF : Apa Dalam Pizza Tu? (Gambar)
- Cool : Sepasang Pepatung Sedang Mengawan (2 Gambar)
- Cool :Luminous Field, Persembahan Lantai Berlampu Di Millennium Park (7 Gambar)
- Horror : [Video] Harimau Baham Tangan Seorang Guru Hingga Putus Di India
- Serius : Tatu Yang Akan Membuat Anda Menyesal (12 Gambar)
- Cool : [Video] Angry Bird Space Akan Dilancarkan Pada 22 Mac 2012
- Sadis : Rakyat Jepun Dan Ulang Tahun Pertama Selepas Tsunami 2011 (12 Gambar)
- Genius : Adakah Model Ini Memang Posing Untuk Lukisan Ini? (Gambar)
- Kreatif : Sweater Yang Mantap Tetapi Belum Lagi Ada Di Pasaran (10 Gambar)
- Serius : Gadis Ini Tak Boleh Hidup Tanpa Minum Kerosin (4 Gambar)
- Cute : Mari Lihat Sami Kanak-kanak Comel Di Tokong Serata Dunia (12 Gambar)
Amazing : Haiwan-Haiwan Yang Mempunyai Pigmen Hitam Berlebihan @ Melanism (9 Gambar) Posted: 12 Mar 2012 06:50 AM PDT Simptom Melanism ialah simptom yang berlawan dengan albino. Kalau albino bermaksud tidak mempunyai atau kekurangan pigmen, Melanism pulak mempunyai lebihan pigmen atau disebut Melanin. Lebihan pigmen ini menyebabkan haiwan-haiwan ini berwarna hitam atau lebih hitam daripada normal. Amazing.. Sumber : Here | ||||||||
Horror : Kisah Seorang Pramugari Yang Ditiduri Hantu Raya (4 Gambar) Posted: 12 Mar 2012 06:33 AM PDT
Jom kita baca satu kisah benar ini.. CUACA pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja. Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang. Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya. Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap. "Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu," tutur Keena, 37. Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya. Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu. Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya. "Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling. "Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.
"Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah," jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal. Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum. Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan. "Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf. "Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?" kata Keena. Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam. Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena. "Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.
"Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap. "Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar," tutur Keena. Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya. "Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain. "Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya," tutur Shamsuri. Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa. "Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa," tambah Shamsuri. Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah. Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.
Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari. Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti. Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum. "Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya," kata Shamsuri. Sumber : Here | ||||||||
OMG : [Video] Apabila Seorang Lelaki Berhadapan Dengan Sekumpulan Singa Posted: 12 Mar 2012 05:35 AM PDT Apa terjadi apabila seorang lelaki berhadapan dengan sekumpulan singa?? Sama-sama kita saksikan.. Layan~ p/s : Lelaki itu ialah seorang animal behaviorist. Memang hati kering beb.. Berani giler.. respek!! Sumber : Here | ||||||||
Berita : Polis Sahkan Mayat Rentung Ditemui Ialah Nurul Nadirah Posted: 12 Mar 2012 05:02 AM PDT | ||||||||
Serius : Lamborghini Aventador Milik Cristiano Ronaldo Rosak Selepas Sebulan Dibeli (6 Gambar) Posted: 12 Mar 2012 03:05 AM PDT Kereta terbaru Cristiano Ronaldo, Lamborghini Aventador yang baru dibeli olehnya dengan harga 200,000 Pound bulan lepas telah rosak ketika dalam perjalanan ke sambutan harijadi rakan sepasukannya, Pepe. Kereta itu tiba-tiba mati di tengah bandar Madrid dan Ronaldo terpaksa menaiki teksi untuk ke majlis sambutan hari jadi rakannya itu. Kereta Lamborghini Aventador ni merupakan koleksi terbaru Ronaldo yang juga telah mempunyai kereta-kereta mewah lain seperti, Ferrari 599 GTB Fiorano, Bentley Continental GT Speed, Porsche Cayenne Turbo, Rolls-Royce Phantom, Audi R8, Bugatti Veyron, BMW X5 4.8 iS, Bentley Arnage, Ferrari F430 dan Porsche 911 Turbo. p/s : Beli baru je la.. Gaji dia ni dapat beli kereta tu sebiji setiap minggu. Kaya raya beb.. Sumber : Here | ||||||||
Lawak : [Video] Apa Yang Terjadi Kepada Haiwan-Haiwan Ni? Posted: 12 Mar 2012 02:21 AM PDT Memang lawak beb tengok video ni. Binatang pun boleh mabuk. Semua haiwan ni jadi mabuk setelah makan buah Marula. Jom kita layan~ p/s : Gajah pun tumbang.. LOL.. Sumber : Here | ||||||||
OMG : [Edited ]Lintah Gergasi Di Perak Rupanya Ialah Ular Karung Guni ( 5 Gambar) Posted: 12 Mar 2012 01:55 AM PDT Persoalan telah terjawab. Rupa-rupanya ini bukan lintah gergasi, tapi sejenis ular yang dipanggil, Ular Karung Guni @ Ular Garib. Thanks kepada yang membetulkan. Credit to blog Kura-Kura Sakti Sumber : Here | ||||||||
WTF : Apa Dalam Pizza Tu? (Gambar) Posted: 12 Mar 2012 01:33 AM PDT Gambar ini telah diupload dalam satu page di Facebook. Ada lipas beb dalam pizza. Menurut description kat gambar tu, pizza ni diorder dekat restoran Pizza Hut.. Damn.. Geli kot.. | ||||||||
Cool : Sepasang Pepatung Sedang Mengawan (2 Gambar) Posted: 12 Mar 2012 01:29 AM PDT Gambar ini telah ditangkap oleh seorang jurugambar professional, Mark Bridger. Memang sungguh indah ciptaan Tuhan.. | ||||||||
Cool :Luminous Field, Persembahan Lantai Berlampu Di Millennium Park (7 Gambar) Posted: 12 Mar 2012 01:25 AM PDT | ||||||||
Horror : [Video] Harimau Baham Tangan Seorang Guru Hingga Putus Di India Posted: 12 Mar 2012 01:12 AM PDT Kejadian ini berlaku di Zoo Guwahati, India pada 2007. Menurut saksi, guru terbabit menghulurkan tangannya ke dalam kandang harimau tersebut untuk mengambil gambar dengan lebih jelas. Nyata, perbuatannya itu membawa padah apabila harimau di dalam kandang terus menerpa dan membaham tangan guru tersebut sehingga putus. Harimau yang kedua pula datang dan menampar kepala guru itu sehingga cedera parah. Guru tersebut meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. p/s : Salah sendiri.. Sapa suruh hulur tangan dalam kandang harimau. Sumber : Here | ||||||||
Serius : Tatu Yang Akan Membuat Anda Menyesal (12 Gambar) Posted: 12 Mar 2012 01:09 AM PDT | ||||||||
Cool : [Video] Angry Bird Space Akan Dilancarkan Pada 22 Mac 2012 Posted: 12 Mar 2012 12:54 AM PDT Berita baik kepada peminat game Angry Bird. Permainan Angry Bird terbaru iaitu Angry Bird Space akan dilancarkan pada 22 Mac 2012. Banyak features baru yang ada dalam versi Angry birds ni. Jom kita layan trailer game ni. Awesome.. P/s : Dapat main dekat semua OS termasuk PC.. Terbaik.. Sumber : Here | ||||||||
Sadis : Rakyat Jepun Dan Ulang Tahun Pertama Selepas Tsunami 2011 (12 Gambar) Posted: 12 Mar 2012 12:52 AM PDT Rakyat Jepun Dan Ulang Tahun Pertama Selepas Tsunami 2011 Tsunami yang paling teruk pernah melanda Jepun berlaku setahun yang lepas. Ramai yang kehilangan barang mereka serta orang kesayangan mereka. Yang masih hidup semestinya sangat bernaisb baik tetapi ketakutan masih lagi menghantui mereka. Mari kita lihat sendiri rakyat Jepun yang terselamat dari Tsunami ini. via : Reuters.com | ||||||||
Genius : Adakah Model Ini Memang Posing Untuk Lukisan Ini? (Gambar) Posted: 11 Mar 2012 07:47 PM PDT | ||||||||
Kreatif : Sweater Yang Mantap Tetapi Belum Lagi Ada Di Pasaran (10 Gambar) Posted: 11 Mar 2012 07:40 PM PDT | ||||||||
Serius : Gadis Ini Tak Boleh Hidup Tanpa Minum Kerosin (4 Gambar) Posted: 11 Mar 2012 05:34 PM PDT Gadis Ini Tak Boleh Hidup Tanpa Minum Kerosin Kalau anda merokok dan baunya melekat pada baju anda, anda pasti akan dimarahi ibu bapa kalau mereka tahu anda rokok. Tetapi bagaimana pula sekiranya baju anda terdapat bau kerosin? Ini terjadi kepada Shannon yang mesti minum kerosin sehingga 12 sudu setiap hari. Pada mulanya ibunya itu percaya dengan bau kerosin pada anaknya setiap hari. Tetapi selepas menyiasat, memang anaknya pergi minum kerosin setiap hari. Ibunya begitu risau dengan keadaan anaknya kerana kerosin adalah tosik. Dan baru-baru ini seorang lelaki di North Carolina meninggal dunia kerana tersalah minum kerosin. Tetapi setakat ini anaknya masih sihat dan tetap minum kerosin. via : dailymail.com | ||||||||
Cute : Mari Lihat Sami Kanak-kanak Comel Di Tokong Serata Dunia (12 Gambar) Posted: 11 Mar 2012 05:22 PM PDT Mari Lihat Sami Kanak-kanak Comel Di Tokong Serata Dunia Kalau semua budak seperti mereka, rasanya dunia akan menjadi lebih aman. via : asiantown.net |
You are subscribed to email updates from Aku Stress Giler To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment