Aku Stress Giler |
- WTF : Gadis Belanja RM61,179 Untuk Kelihatan Seperti Barbie (12 Gambar)
- WTF : Iklan Anti-Obama Oleh Parti Republican (8 Gambar)
- OMG : [Video] "McAttack", Burger McD Berharga 99 Sen?
- Panas : CIMB Clicks Email Scam!! Mesti Baca!
- Genius : [Video] Cara #Epic Dan Unik Untuk Gunakan iPad 2
- Info : Inilah Surat Khabar Pertama Di Dunia (Gambar)
- Sejarah : Pembinaan Disneyland Pertama Di California Pada 1954 (12 Gambar)
- Cool : [Video] Lagu "Rolling Into The Deep" Versi Koto, Instrumen Jepun
- OMG : [Video] Dikir Barat Versi Moden Dan Kurang Sesuai
- OMG : Seni Lukisan Ini Dihasilkan Semasa Bersetubuh Atas Kanvas (10 Gambar)
- Serius : Gambar Tok Guru Nik Aziz Semasa Remaja (2 Gambar)
- Cun : Jennifer Lopez dalam Gaun Merah Untuk Majalah Vogue (2 Gambar)
- Lawak : [Video] Lagu Cina Yang Mampu Buat Anda Ketawa
- Lawak : Koleksi Muka-Muka 'Manja' Seluruh Dunia (26 Gambar)
- OMG : Apabila Nafsu Menguasai Diri (Gambar)
- Kesian : Nasi Dilarikan Ketika Kenduri Kahwin
- OMG : Cara Unik Askar Korea Melatih Ketahanan Mereka (6 Gambar)
- Serius : [Video] Sambutan Hari Wanita Sedunia Di Korea Utara
- Genius : [Video[ Cara #Epic Penyokong Bola Turki Protes Pengharaman Mercun Dalam Stadium
- Cute: Cincin Versi Makan Yang Membuat Anda Terliur (8 Gambar)
- WTF : Lelaki Kahwin Untuk Kali Kedua Dengan Anak Patung (6 Gambar)
- Berita : Lelaki Mati Dihimpit Lori Sawit (3 Gambar)
- Berita : Remaja Bunuh Diri Setelah Setelah Diarah Kahwini Perogol
- Serius : Budak Perempuan Dipaksa Kahwin Untuk Elak Menjadi Pelacur Sekitar India (10 Gambar)
- OMG : Mardi Gras, Festival Kebebasan Bertukar Seksual Di Sydney (8 Gambar)
WTF : Gadis Belanja RM61,179 Untuk Kelihatan Seperti Barbie (12 Gambar) Posted: 16 Mar 2012 08:29 AM PDT Gadis Belanja RM61,179 Untuk Kelihatan Seperti Barbie Charlotte Hothman, 24 tahun telah menjalani pembedahan mencecah RM61,179 untuk kelihatan seperti anak patung Barbie. Selain itu dia juga dye rambut untuk kelihatan perang keemasan macam Barbie. Charlotte menyatakan walaupun sangat sakit selepas pembedahan tetapi segala usahanya sangat berbaloi.Jadi adakah dia benar kelihatan seperti Barbie? via : stomp.com.sg | ||||||||||||
WTF : Iklan Anti-Obama Oleh Parti Republican (8 Gambar) Posted: 16 Mar 2012 07:21 AM PDT Iklan Anti-Obama Semakin Berleluasa Oleh Parti Republican Semua ini dihasilkan oleh penyokong tegar Parti Republican yang bertanding dalam pilihanraya Presiden yang akan datang. Tetapi dalam iklan yang dihasilkan sebagai pelekat kereta ini menyentuh isu yang sangat racist. Selain itu, mereka juga menggelar Obama sebagai beruk @ Negro. via : huffingtonpost | ||||||||||||
OMG : [Video] "McAttack", Burger McD Berharga 99 Sen? Posted: 16 Mar 2012 06:15 AM PDT Zaman 90-an dulu burger McD harga 99 sen je. Murah giler kot. Tapi ye la, sesuai la dengan zaman tu. Agak-agak kalau ada lagi ni mesti sold out punya la. Tak laku burger tepi jalan. Hehe.. p/s : Kalau burger McD harga 99 sen, agak-agak burger tepi jalan time tu berapa harga dia ek? 20sen kot.. LOL.. Sumber : Hakim Ikram & Here | ||||||||||||
Panas : CIMB Clicks Email Scam!! Mesti Baca! Posted: 16 Mar 2012 06:04 AM PDT Ok, sekarang ni memang banyak scam atau internet banking phishing. So, ni salah satu contoh yang aku nak share dengan korang semua. Phishing ni melibatkan pemegang akaun CIMB. Memang bahaya beb. *KLIK pada gambar untuk besarkan*
p/s : Memang bahaya beb.. So, korang mesti hati-hati dan jangan tertipu dengan email macam ni. Sumber : Here | ||||||||||||
Genius : [Video] Cara #Epic Dan Unik Untuk Gunakan iPad 2 Posted: 16 Mar 2012 05:29 AM PDT | ||||||||||||
Info : Inilah Surat Khabar Pertama Di Dunia (Gambar) Posted: 16 Mar 2012 05:01 AM PDT Surat khabar yang diterbitkan oleh Johann Carolus (1575-1634) diakui sebagai penerbit surat khabar yang pertama di dunia. Surat khabarnya yang disebut Relation aller Fürnemmen und gedenckwürdigen Historien di akui oleh persatuan surat khabar dunia sebagai surat khabar yang pertama di dunia. Pada tahun 2005, persatuan surat khabar dunia memberikan pengakuan bahawa pamphlet milik Carolus di cetak mulai tahun 1605 dan bukan tahun 1609 seperti yang selama ini dikatakan. Petisyen Carolus yang ditemui di data arkib Strasbourg Municipal pada tahun 1980 dapat dikatakan sebagai awal dari terbitnya surat khabar.Petisyen itu tertulis seperti di bawah ini: Whereas I have hitherto been in receipt of the weekly news advice [handwritten news reports] and,in recompense for some of the expenses incurred yearly,have informed yourselves every week regarding an annual allowance;Since,however,the copying has been slow and has necessarily taken much time,and since,moreover,I have recently purchased at a high and costly price the former printing workshop of the late Thomas Jobin and placed and installed the same in my house at no little expense,albeit only for the sake of gaining time,and since for several weeks,and now for the twelfth occasion,I have set,printed and published the said advice in my printing workshop,likewise not without much effort,inasmuch as on each occasion I have had to remove the formes from the presses…… Petisyen ini kemudian dibuat secara berkala. Surat khabar didefinisikan berdasarkan kriteria fungsi publisiti, berterusan,terbit teratur dan fakta sebenar. Surat khabar pertama milik Carolus ini telah memenuhi definisi dan kriteria tersebut. Sumber : Here | ||||||||||||
Sejarah : Pembinaan Disneyland Pertama Di California Pada 1954 (12 Gambar) Posted: 16 Mar 2012 04:53 AM PDT Rasenya, semua orang tau apa tu Disneyland Park kan? Disneyland Park yang pertama siap dibina di Anaheim, California pada 1955. Proses pembinaanya hanya mengambil masa 12 Bulan dan secara rasminya dibuka pada 17 Julai 1955. Jom kita tengok gambar-gambar pembinaan Disneyland Park ni. ![]() ![]() ![]() Sumber : Here | ||||||||||||
Cool : [Video] Lagu "Rolling Into The Deep" Versi Koto, Instrumen Jepun Posted: 16 Mar 2012 04:44 AM PDT | ||||||||||||
OMG : [Video] Dikir Barat Versi Moden Dan Kurang Sesuai Posted: 16 Mar 2012 04:18 AM PDT | ||||||||||||
OMG : Seni Lukisan Ini Dihasilkan Semasa Bersetubuh Atas Kanvas (10 Gambar) Posted: 16 Mar 2012 03:55 AM PDT Seni Lukisan Ini Dihasilkan Semasa Bersetubuh Atas Kanvas Seorang artis dari New York, Alexander Esguerra telah menghasilkan seni terbarunya dengan meletakkan warna pada tubuh pasangan sebelum bersetubuh. Kemudian semasa mereka tengah bersetubuhan, pergerakan tubuh mereka akan "melukis" menggunakan warna pada tubuh mereka. Lukisan yang pelik dihasilkan selepas itu dipanggil seni. Memang idea yang pelik dan agak WTF eh. | ||||||||||||
Serius : Gambar Tok Guru Nik Aziz Semasa Remaja (2 Gambar) Posted: 16 Mar 2012 03:32 AM PDT | ||||||||||||
Cun : Jennifer Lopez dalam Gaun Merah Untuk Majalah Vogue (2 Gambar) Posted: 16 Mar 2012 03:15 AM PDT Jennifer Lopez dalam Gaun Merah Untuk Majalah Vogue. Pada usia mencecah 42 tahun, Jennifer Lopez langsung tidak lagi menunjukkan ciri-ciri dirinya dah berusia. Semakin hari semakin cantik pula imej Jennifer Lopez. Seorang mak dan juga janda tetapi tetap cun. Tak percaya? Mari tengok sendiri gambarnya pada muka depan Vogue yang terbaru. via : dailymail.com | ||||||||||||
Lawak : [Video] Lagu Cina Yang Mampu Buat Anda Ketawa Posted: 16 Mar 2012 02:34 AM PDT | ||||||||||||
Lawak : Koleksi Muka-Muka 'Manja' Seluruh Dunia (26 Gambar) Posted: 16 Mar 2012 12:40 AM PDT | ||||||||||||
OMG : Apabila Nafsu Menguasai Diri (Gambar) Posted: 16 Mar 2012 12:22 AM PDT Steady je gajah tu. Not a single f*** was given that day.. Hahaha!! Don't do this at home! | ||||||||||||
Kesian : Nasi Dilarikan Ketika Kenduri Kahwin Posted: 15 Mar 2012 11:39 PM PDT BALIK PULAU – Sepasang suami isteri terpaksa menanggung malu berikutan kegagalan menghidangkan juadah sempurna kepada tetamu gara-gara seperiuk nasi hujan panas yang siap dimasak untuk majlis mereka, dilarikan individu yang tidak bertanggungjawab. Md Saad Hasan, 68, mendakwa, nasi tersebut yang disediakan khusus pada hari perkahwinan dua anaknya diambil tanpa kebenaran dan dibawa ke sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri di Kampung Terang pada 4 Mac lalu. "Lebih menyedihkan apabila rombongan bas keluarga besan yang tiba dari Setiu, Terengganu terpaksa pulang kelaparan kerana tidak sempat menunggu nasi yang sedang ditanak memandangkan nasi sepatutnya dihidangkan sudah diambil orang. Kami sekeluarga sememangnya kecewa dan terkilan dengan kejadian yang berlaku dan diharapkan ia tidak akan berulang lagi," katanya ketika ditemui di Kampung Pulau Betong. Menceritakan detik kejadian, Md Saad yang bekerja kampung memaklumkan bahawa dia diberitahu oleh tukang masak bahawa ada individu datang bertanyakan mengenai nasi yang telah siap dimasak. Menurutnya, tukang masak menyangka, nasi itu akan dihidangkan kepada orang ramai, namun lain pula jadinya apabila periuk terbabit diangkat dan diletakkan di dalam sebuah lori lalu dibawa pergi. "Saya sebagai tuan rumah sememangnya kecewa dengan sikap pemimpin tersebut kerana seperiuk nasi mampu menampung hidangan sekurang-kurangnya untuk 100 orang dan kira-kira 2,000 tetamu telah dijemput untuk memeriahkan majlis. Disebabkan tindakannya, makanan untuk tetamu tidak mencukupi, malah timbul pula suara-suara sumbang sehingga menyebabkan kami sekeluarga terpaksa menanggung malu sehingga hari ini," katanya. Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya kelmarin untuk meleraikan kekusutan yang membelenggu keluarganya. Md Saad berkata, dia membuat laporan polis untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa bukan niat keluarganya untuk membiarkan tetamu pulang kelaparan. "Sepanjang 40 tahun tinggal di sini, inilah kali pertama maruah kami tercalar disebabkan kejadian tidak sepatutnya berlaku pada hari perkahwi-nan dua anak kami," katanya. Isterinya, Rosni Ahmad, 58, berkata, suaminya ada berjumpa dengan individu yang mengambil seperiuk nasi terbabit, namun hanya permohonan maaf yang dinyatakan sebagai tanda penyesalan. "Katanya, dia terpaksa mengambil hidangan nasi kenduri kami kerana nasi yang dimasak di majlis tersebut mentah dan tidak boleh dimakan. Walau bagaimanapun, ia bukanlah jalan penyelesaian kerana kami sekeluarga yang terpaksa menanggung akibatnya," katanya. p/s : Kesian btol.. nasi pun nak curi ker? Ish3.. Sumber : Here | ||||||||||||
OMG : Cara Unik Askar Korea Melatih Ketahanan Mereka (6 Gambar) Posted: 15 Mar 2012 10:42 PM PDT Cara Unik Askar Korea Melatih Ketahanan Mereka Askar Korea ini berlatih ketahanan mereka dengan cara dan tempat yang unik iaitu dalam kawasan bersalji yang dikatakan mencecah -20 celsius. Latihan ini bukan sahaja untuk lelaki tetapi juga askar wanita. | ||||||||||||
Serius : [Video] Sambutan Hari Wanita Sedunia Di Korea Utara Posted: 15 Mar 2012 10:31 PM PDT | ||||||||||||
Genius : [Video[ Cara #Epic Penyokong Bola Turki Protes Pengharaman Mercun Dalam Stadium Posted: 15 Mar 2012 10:19 PM PDT | ||||||||||||
Cute: Cincin Versi Makan Yang Membuat Anda Terliur (8 Gambar) Posted: 15 Mar 2012 09:51 PM PDT SouZouCreations telah menghasilkan cincin versi makanan. Menurut Sofia, gadis yang menghasilkan semua ini, cincin makanan ini menjadi satu impian ramai gadis yang ingin sangat memakai cincin serta cinta pada pelbagai makanan. Jadi kini mereka boleh memiliki cincin serta makanan pada masa yang sama. Semua ini dihasilkan dengan gabungan kayu, kerta chiyogami dan sedikit makanan plastik. | ||||||||||||
WTF : Lelaki Kahwin Untuk Kali Kedua Dengan Anak Patung (6 Gambar) Posted: 15 Mar 2012 09:39 PM PDT Everard Cunion telah berkahwin untuk kali kedua malam tadi dengan isteri anak patung keduanya. Lelaki ini telah memberitahu yang dia mempunyai lima orang "teman wanita" yang semua adalah anak patung sebesar manusia. Daripada lima anak patung ini, Cunion telah berkahwin dengan satu daripadanya pada tahun 2008 dipanggil Caroline. Malam tadi, dia berkahwin dengan anak patung kedua daripada empat lagi yang tinggal di Christchurch, Dorset. | ||||||||||||
Berita : Lelaki Mati Dihimpit Lori Sawit (3 Gambar) Posted: 15 Mar 2012 09:13 PM PDT KUALA LIPIS – Seorang lelaki menemui ajal dalam keadaan tidak disangka-sangka apabila dia mati selepas tersepit di antara sebuah lori dan sebatang pokok kelapa sawit dalam kejadian di sebuah bengkel dekat Ladang Sungai Kelembung, Jalan Felda Telang Satu di sini kelmarin. Kejadian pukul 2.20 petang itu mengakibatkan Lau Hon Yong, 53, mati di tempat kejadian.Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa telah meletakkan lorinya di situ untuk membaiki pintu kenderaan sebelum ia bergerak sendiri dan melanggar Hon Yong. Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, jarak di antara lori dan pokok kelapa sawit itu kira-kira 1.5 meter. "Tanpa diduga, lori berkenaan bergerak sebelum merempuh mangsa hingga menyebabkan dia gagal mengelak lalu tersepit. "Kita masih menyiasat punca kejadian dan tidak menolak kemungkinan brek tangan lori itu tidak ditarik dengan kemas," katanya yang memberitahu mangsa mati akibat kecederaan parah di beberapa organ dalaman. p/s : Kesiannya.. Kalau dah ajal.. Sumber : Here | ||||||||||||
Berita : Remaja Bunuh Diri Setelah Setelah Diarah Kahwini Perogol Posted: 15 Mar 2012 09:06 PM PDT RABAT – Seorang remaja Maghribi 16 tahun membunuh diri selepas seorang hakim mengarahkannya mengahwini lelaki yang merogolnya, lapor media tempatan. Tahun lalu ibu bapa gadis yang hanya dikenali sebagai Amina, memfailkan tuduhan ke atas perogol anak perempuan mereka, seorang lelaki 10 tahun lebih tua daripadanya namun hanya baru-baru ini seorang hakim di bandar utara Tangier memutuskan bahawa kedua-duanya perlu dikahwinkan. Beliau tidak menghukum perogol terbabit. "Keputusan mahkamah untuk memaksa Amina berkahwin dengan perogolnya sepatutnya "menyelesaikan" isu keganasan seksual ke atasnya, namun ia menjurus kepada penderaan di dalam rumah keluarga suaminya," lapor akhbar harian tempatan, al-Massae. Al-Massae menyatakan trauma pengalaman menyakitkan akibat dirogol menyebabkan Amina memutuskan menamatkan riwayat hidupnya dengan memakan racun tikus di rumah keluarga suaminya. "Perkahwinan paksa seperti ini sudah berakar umbi dalam tradisi luar bandar tempatan yang didakwa bertujuan menyelamatkan maruah gadis yang dirogol," kata akhbar itu.
Kanun jenayah Maghribi mengecualikan seorang perogol daripada dihukum jika dia bersetuju berkahwin dengan mangsanya. Pejuang hak asasi wanita sejak sekian lama menuntut satu pindaan terhadap artikel dalam undang-undang itu. Pengarah Persatuan Perpaduan Wanita Hafida Elbaz, memberitahu al-Massae bahawa artikel itu memberi peluang untuk seorang pelaku jenayah mengelak dikenakan hukuman. Kisah yang tersebar meluas dalam Twitter dan Facebook dengan kebanyakan pihak di Maghribi menuntut tindakan ke atas hakim yang mengeluarkan keputusan itu. – Agensi | ||||||||||||
Serius : Budak Perempuan Dipaksa Kahwin Untuk Elak Menjadi Pelacur Sekitar India (10 Gambar) Posted: 15 Mar 2012 06:18 PM PDT Sebuah organisasi telah menguruskan satu perkahwinan untuk 12 orang budak perempuan dari keluarga miskin sekitar Ahmadabad, India dengan alasan untuk mengelakkan mereka daripada menjadi pelacur. Menurut Patel, setiausaha organisasi ini menyatakan kampung ini, Vadiya merupakan sebuah kawasan yang dipanggil "Prositute Village" kerana ramai gadis yang mencecah umur 18 tahun akan dijual oleh ibu bapa mereka menjadi pelacur bagi membiayai keluarga miskin. Jadi organisasi ini telah membuat upacara pertunangan untuk 12 orang budak perempuan ini dan apabila mereka mencecah umur 18 tahun, satu lagi upacara perkahwinan akan dilakukan untuk mereka. via : huffingtonpost | ||||||||||||
OMG : Mardi Gras, Festival Kebebasan Bertukar Seksual Di Sydney (8 Gambar) Posted: 15 Mar 2012 05:53 PM PDT Mardi Gras, Festival Kebebasan Bertukar Seksual Di Sydney. Ini adalah sambutan untuk menunjukkan kebebasan menukar seksual. Maksud lain ramai yang sambut ini adalah dari golongan gay dan juga lesbian serta yang bertukar jantina. Seramai 9000 orang yang dikatakan menyertai sambutan yang penuh warna ini serta disaksikan oleh 300,00 orang penduduk seluruh negara. |
You are subscribed to email updates from Aku Stress Giler To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment