Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Tuesday, May 29, 2012

Aku Stress Giler


OMG : Menara Lego Tertinggi Di Dunia (6 Gambar)

Posted: 29 May 2012 06:03 AM PDT

Lego Group diasaskan oleh Ole Kirk Christiansen, seorang tukang kayu yang berasal daripada Billund, Denmark. Asal perkataan LEGO adalah daripada perkataan Denmark, "leg godt" yang bererti "play-well". Untuk meraikan ulangtahun ke-80 Lego Group, sebuah menara Lego yang tertinggi di dunia didirikan berdekatan dengan stadium Olimpik Seoul di Korea Selatan.

Menggunakan sebanyak 500 000 buah Lego yang disusun oleh 4000 kanak-kanak, ianya dibina setinggi 31.9 meter sekaligus mengalahkan rekod sebelum ini yang pernah dibuat di Perancis setinggi 30 meter. Lego terakhir untuk menara ini disempurnakan sendiri oleh Prince Frederik, iaitu putera mahkota Denmark.








p/s : Tinggi gler kot.. 

Sumber : Here




Superb : Kepala Terminator T-800 Yang Super Realistik (8 Gambar)

Posted: 29 May 2012 05:11 AM PDT

Semua orang pasti kenal dengan Terminator. Mungkin ini adalah kepala terminator yang paling realistik setakat ini. Kepala robot T-800 ini dihasilkan oleh T-Studio Animatronics Works daripada negara Matahari Terbit. Memang SUPERB.









p/s : Pergh.. mmg smart gler la.. kalaula ada kat umah mesti best..

Sumber : Here

Cute : Maru, Adakah Ini Kucing Paling Terkenal Dalam Internet? (6 Gambar)

Posted: 29 May 2012 02:31 AM PDT

Maru adalah seekor kucing yang menjadi sensasi dalam Youtube. Mungkin ramai yang telah mengenali kucing comel ni. Baru-baru ini, Maru muncul lagi dengan video klip terkininya untuk hari jadi kelimanya. Kini kucing ini mempunyai lebih dari 10,000 orang Like dalam Facebook serta 15,000 pengikut dalam Twitter.Maru juga mempunyai blog peribadinya sendiri.





 Video :

WTF : Fesyen Lelaki Ini Bakal Buat Anda #MuntahDarah (6 Gambar)

Posted: 29 May 2012 02:25 AM PDT

Fesyen Lelaki China Ini Bakal Buat Anda #MuntahDarah..
Hilang selera nak makan malam lepas tengok fesyen lelaki ini..


OMG : Neelofa Tampil Dengan Fesyen 'Syiling 5 Sen' Dalam Majalah Cosmopolitan Jun 2012 (Gambar)

Posted: 29 May 2012 02:19 AM PDT

Neelofa Tampil Dengan Fesyen 'Syiling 5 Sen' Dalam Majalah Cosmopolitan Jun 2012
Banyaknya syiling Lip Lap pada pakaian Neelofa ni..


Bodoh : Akibat Masukkan Laptop Dalam Ketuhar (3 Gambar)

Posted: 29 May 2012 02:03 AM PDT

Akibat Masukkan Laptop Dalam Ketuhar.
Tak ada kerja, seorang pemuda masukkan laptop dalam ketuhar untuk ketahui keputusannya. Cuba tengok apa terjadi pada laptopnya. Memang tak ada kerja nak dibuat ..
p/s: budak kecil pun tahu kalau masukkan dalam ketuhar pasti akan rosak..




Cool : Orang Asia Yang Berangan Ingin Jadi "Valentino Rossi" (9 Gambar)

Posted: 29 May 2012 01:55 AM PDT

Orang Asia Yang Berangan Ingin Jadi "Valentino Rossi"
Seperti mereka, anda tak perlu sebuah motorsikol sport tetapi gunakan apa yang ada untuk menjadi penunggang motorsikal terkemuka dunia..



Bodoh : Ibu Muat Naik Gambar Dia Bagi Bayi Minum Bir Singapura (Gambar)

Posted: 29 May 2012 01:18 AM PDT

Ibu Muat Naik Gambar Dia Bagi Bayi Minum Bir Singapura.
Ibu ini kelihatan memberi anaknya minum Carlsberg dan gambar ini pula dimuat naik ke dalam FB..
Memang seorang ibu yang sangat prihatin.


WTF : Ciptaan #WTF Jepun, Sarung Hanya Lelaki Yang Faham (Gambar)

Posted: 29 May 2012 12:58 AM PDT

Ciptaan #WTF Jepun, Sarung Hanya Lelaki Yang Faham.
Ada ke orang nak guna sarung ini? Dan kalau ya, apa gunanya?
Memang Jepun ini sangat genius eh..


Lawak : [Video] Adakah Semua Lelaki Seperti Mereka Dalam Iklan Ini?

Posted: 29 May 2012 12:53 AM PDT

Adakah Semua Lelaki Seperti Mereka Dalam Iklan Ini?
Semua lelaki ini mesti yang #ForeverAlone dan mudah tertipu dengan aksi gadis yang cun..


WTF : [Video] Sekuriti Berdiri Sambil "Menikmati" Aksi Gadis Kena Rompak Di Kelana D'Putra

Posted: 29 May 2012 12:42 AM PDT

Sekuriti Berdiri Sambil "Menikmati" Aksi Gadis Kena Rompak Di Kelana D'Putra.
Seorang gadis dirompak oleh dua orang lelaki di depan Kondo Kelana D'Putra. Segala aksi telah disaksikan secara 'LIVE' oleh seorang sekuriti yang hanya keluar untuk 'menikmati'nya. Dia langsung tidak melakukan apa-apa bagi menghalau atau memastikan gadis tersebut selamat. Bukannya kerja sekuriti untuk memastikan keselamatan, tetapi dengan terakamnya insiden ini, bolehkah anda percaya yang rumah anda akan selamat? Bagaimana kalau pencuri masuk rumah di Kondo tetapi sekuriti ini hanya lihat dari jauh sahaja?
p/s: adakah itu satu cara yang betul? adakah ini cara untuk sekuriti memastikan dia selamat daripada dipukul oleh perompak?




Lawak : Cosplay "Street Fighter" Yang Sangat #Epic (Gambar)

Posted: 29 May 2012 12:30 AM PDT

Cosplay "Street Fighter" Yang Sangat #Epic
Sama ke semua ini dengan Street Fighter yang sebenar?
Memang Epic giler... admin paling minat Chun Li..
Harap-harap semua mereka akan hasilkan sebuah filem..:-P



Cool : Ini Baru Dipanggil Keluarga Bahagia (Gambar)

Posted: 29 May 2012 12:24 AM PDT

Ini Baru Dipanggil Keluarga Bahagia.
Bapa Mak dan anak-anak sekalian..


OMG : Lelaki Cerca Sultan Johor Beli WWW 1 (2 Gambar)

Posted: 29 May 2012 12:20 AM PDT

Semua orang mengetahui Sultan Johor telah memenangi dan berjaya memiliki nombor plat kenderaan "WWW 1" dengan bidaan tertinggi iaitu sebanyak RM520,000.

Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar juga berjaya mendahului 9,999 pembida yang lain termasuklah Yang di-Pertuan Agong dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam proses pembidaan.

Seperti biasa, Orang #Malaysian, pasti ada yang tampil untuk tunjuk rasa tidak puas hati.

Tak perlu tunggu lama kerana tak lama selepas keputusan pembidaan tersebut dikeluarkan umum, dah timbul pula keadaan kurang enak apabila seoranglelaki telah berani mencerca Sultan Johor apabila berjaya memiliki nombor plat kenderaan "WWW 1" itu.

Lelaki tersebut telah mempertikaikan dari mana sumber wang yang digunakan oleh Sultan Johor untuk membeli nombor plat itu di laman sosial Facebooknya.

Malah, dia juga berani mengeluarkan kata-kata kesat mengutuk Sultan Johor dan kerabat di-Raja yang lain.
"Kenapa nak beli nombor plate samapi Rm5230K pasal nak no plate WWW1.. Bodoh punya Sultan.. That why I hate rotal people yng guna duit cukai rakyat semata-mata nak beli benda2 x guna. no plate WWW1 buat dia masuk syurga ke? Kalo la Rm520k buat amal jariah bukak sekolah tahfiz ke.. pahala dapat berganda2.. aku ada tngok seorang yang miskin keje kuli2 susah payah kumpul duit derma tuk pembangunan sekolah tahfiz.. Moga beliau dicucuri rahmat," tulis lelaki tersebut.

Ini yang admin respek...kalau anda tak salah tu, buat apa nak sembunyi. Buat makan Tengku ini yang tampil untuk memberi penjelasan kepada lelaki tersebut.

Ekoran tersebarnya status lelaki yang berani itu, Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim telah membalas balik kenyataan lelaki itu di laman Twitternya.

"JOHOR Royal Family does Not take any Money from the Government. Since the time of Almarhum Sultan Ibrahim. Feel free to ask the MB or any Government officials. The money allocated to My Father and I every month as a Sultan and Tunku Mahkota is put into Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim. The purpose of these foundation (Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim)is for the Rakyat and to assist the Johor State Government. I my self, since the time I was Raja Muda, Never took 1 cent from the Government till this very Day. Its my Rakyat's Money. So, before You Open you mouth. Do your research," balas TMJ.

Bagi penulis, apa yang dibalas oleh TMJ adalah benar dan tepat. Sebagai rakyat Malaysia tidak kiralah tinggal di negeri yang berbeza, seharusnya kita perlu untuk mempunyai rasa hormat kepada Sultan.

Jadi, penggunaan kata-kata kesat untuk mencerca Sultan Johor adalah tidak wajar digunakan walaupun mempunyai rasa tidak puas hati.

Justeru itu, lelaki tersebut haruslah berfikir secara 'waras' dan tidak perlu bertindak mengikut emosi hinggakan sanggup memuat naik status yang begitu berani mencerca Sultan Johor.

Fikir dulu sebelum bercakap! Ada banyak lagi perkara yang kita sendiri pun tak tahu..


Cool : [Video] Mari Dengar Juara Tinju Manny Pacquiao Menyanyi

Posted: 29 May 2012 12:04 AM PDT

Mari Dengar Juara Tinju Manny Pacquiao Menyanyi
Pernah terfikir yang seorang Juara Tinju Dunia yang mampu mengalahkan ramai lawannya serta menjadi seorang ahli politik kini boleh pula menjadi penyanyi. Mari dengar sendiri suaranya..
Lagu ini terus menjadi ikutan admin kerana suara bagi admin agak mantap..


OMG : Kisah Sedih Dari Dominica, Tiga Beradik Lelaki Dihina Kerana Ada ‘Payudara’ (2 Gambar + Video)

Posted: 28 May 2012 11:56 PM PDT

VIDEO TERDAPAT DI BAWAH ENTRI INI...

Mereka tidak minta dilahirkan begini, namun takdir menentukan ketiga-tiga beradik lelaki dari Dominica ini dikesan mempunyai ketidakstabilan hormon dalam tubuh badan mereka atau lebih dikenali dengan Gynecomastia.

Kesannya, kesemua mereka mempunyai payudara seperti seorang wanita.
Dek kerana fizikal mereka yang dikatakan aneh dan ganjil dari lelaki-lelaki lain, mereka sering dipukul, diganggu dan diejek oleh masyarakat sekeliling.

Namun, kini semuanya berubah apabila 'payudara' mereka telah pun dibuang melalui proses pembedahan di salah sebuah hospital di sana.

Gynecomastia atau Gynaecomastia adalah perkembangan tidak normal di mana kelenjar susu di bahagian payudara kaum lelaki membesar dan menyebabkan mereka mempunyai bentuk fizikal seperti wanita.

Keganjilan mempunyai payudara atau mempunyai hormon ini adalah mungkin disebabkan oleh keturunan atau pun memiliki hormon wanita yang diwarisi dari si ibu.

Golongan lelaki yang terdedah untuk mempunyai hormon tidak stabil ini adalah remaja dan golongan tua apabila mereka mengalami gangguan metabolisma.

Bagaimanapun, nisbah untuk mengalami ketidakstabilan hormon ini bukanlah disebabkan proses kegemukan atau obesiti bagi sesetengah individu.

Tetapi, pakar-pakar kajian masih lagi melakukan kajian mengenai proses hormon yang ganjil ini.
Pakar-pakar telah pun mengeluarkan kajian mereka dan mengatakan punca gynecomastia masih lagi tidak dapat disahihkan kepada satu-satu sebab walaupun ia disebabkan oleh kadar hormon sex hormone-binding globulin (SHBG) yang tinggi dalam tubuh badan kaum lelaki.

p/s : ingat sebelum kita nak ketawakan orang lain tu, cermin dulu diri sendiri, adakah anda sempurna? semua ini bukan apa yang mereka inginkan tetapi takdir. 

Serius : Bruschi, Anjing Dinobat Sebagai Anjing Mata Terbesar ( 2 Gambar)

Posted: 28 May 2012 11:49 PM PDT

Bruschi, Anjing Dinobat Sebagai Anjing Mata Terbesar.
Pihak Guinness world Records telah menobatkan anjing ini sebagai anjing dengan mata terbesar. Matanya yang berukuran 28 mm telah berjaya menjadi anjing yang baru berusia 4 tahun ini sebahagian daripada rekod dunia. Tuannya sangat gembira dengan penobatan ini kerana mata anjingnya sering diketawakan orang.


Cool : Konsep Meja Seterika Yang Genius (4 Gambar)

Posted: 28 May 2012 08:39 PM PDT

Mungkin anda mengambil masa begitu yang lama untuk menggosok pakaian menggunakan seterika disebabkan meja seterika yang ada tidak begitu praktikal? atau anda tidak mempunyai bakat untuk menggosok baju?

Dengan konsep meja seterika E-Board, kerja-kerja menggosok baju mungkin lebih mudah dan tidak memakan masa yang lama disebabkan rekabentuknya yang boleh diubah mengikut pakaian yang kita hendak gosok.

Ianya direka oleh Mohsen Jafari Malek





Sumber : Here




Review : Promosi Hebat Anjung Streamyx!! Pendaftaran Internet Paling Mudah & Cepat

Posted: 28 May 2012 08:30 PM PDT



Kali ni admin nak share mengenai website Anjung Streamyx.com

Ok, mungkin masih ramai yang tak tahu yang pendaftaran Internet sekarang semakin senang dan cepat. Korang tak perlu lagi susah-susah pergi ke TM Point untuk daftar Streamyx ni. Semuanya dapat dibuat online. Memang mudah dan jimat masa.

Apa kelebihan daftar melalui website Anjung Streamyx ni?

Okay, yang paling best ialah, kos pemasangan dan kos pengaktifan adah PERCUMA! sebelum ni korang kene bayar RM88 untuk pasang, dan RM75 untuk aktifkan. Jimat RM163 beb..


Ada lagi ke yang best selain dari Jimat?

Memang ada...Yang paling penting ialah, maklumat peribadi korang adalah SULIT jika korang mendaftar di Anjung Streamyx ni. Yela, kalau korang daftar kat kaunter, dia akan kasi borang. So, orang lain dapat tengok anytime maklumat peribadi korang tu.


Boleh daftar Streamyx je ke? 

Korang boleh daftar UNIFI, Celcom Broadband dan Talian Tetap TM. Semuanya secara online di website Anjung Streamyx ni. Senang kan?

Lama tak nak pasang Unifi kat pejabat. Orang kata Unifi ni susah nak set up pastu lambat. Betul ker?

No No No.. Kalau korang berminat nak pasang Unifi untuk perniagaan, tak kesah la kat pejabat ker, kat kedai makan ke, hanya ambil masa 5 HARI. Yer.. Memang cepat...


So, apa tunggu lagi? Admin pun pakai Streamyx kat rumah. Streamyx memang best sebab STABIL & UNLIMITED data. So, korang boleh download apa sahaja yang korang suka dan tak payah risau pasal connection speed. Maintain beb..  

Untuk maklumat yang lebih detail, korang boleh baca dekat website  - Anjung Streamyx.com ni yer. 

Promosi-promosi hebat yang sedang berlangsung
1. Promosi Streamyx Blockbuster Deal: PERCUMA kos pemasangan (RM88) dan kos pengaktifan (RM75) di mana anda dapat berjimat sehingga RM163. Maklumat lanjut di http://goo.gl/U9Xyj

2. Promosi Super Speed Me: Pakej upgrade jalur lebar anda kepada kelajuan yang lebih tinggi TANPA bayaran untuk 3 bulan pertama. Maklumat lanjut di sini http://goo.gl/dFNRC

3. Promosi UniFi: Jimat sebanyak RM200 untuk kos pemasangan secara PERCUMA. Maklumat lanjut di sini http://goo.gl/Evcli

4. Promosi Streamyx untuk pelajar IPTA/IPTS(GradPack): Nikmati kadar bulanan lebih MURAH, juga terdapat PERCUMA kos pemasangan (RM88) dan kos pengaktifan (RM75) di mana anda dapat berjimat sehingga RM163. Maklumat lanjut di http://goo.gl/UQTcF

5. Promosi Streamyx untuk perniagaan: Nikmati PERCUMA bagi bayaran bulan pertama dan juga PERCUMA kos pemasangan (RM88) dan kos pengaktifan (RM75) http://goo.gl/d0ieu

Segera mendaftar di Anjung Streamyx untuk menikmati promosi di atas. =)

p/s : Majulah Streamyx untuk negara.. Hehe








Cute : Labah-Labah Paling Gembira Di Dunia (4 Gambar)

Posted: 28 May 2012 08:00 PM PDT

Gambar labah-labah dengan 'happy face' yang menjadi sensasi di internet ini diambil oleh Darlyne Murawski, photographer daripada Massachusetts.

Labah-labah ini dijumpai di hutan hujan yang terdapat di Pulau Hawaii dan ianya sebesar beberapa milimeter sahaja. Sangat sesuai dengan penampilannya yang gembira, labah-labah ini tidak berbahaya kepada manusia.





p/s : Comelnye labah-labah nih.. kalau dapat bela best ni.. 

Sumber : Here





Cool : Piramid Kaum Maya Diperbuat Dari Coklat (8 Gambar)

Posted: 28 May 2012 07:39 PM PDT

Untuk meraikan ulangtahun ke 30, Qzina Specialty Foods telah mencipta satu arca piramid kaum Maya daripada coklat dan ianya telah dicatatkan sebagai arca coklat yang paling besar di dunia, mengalahkan rekod sebelum ini iaitu arca coklat Dome of Milan.

Piramid coklat yang diinspirasikan daripada Temple of Kukulkan, yang terletak di Chichen Itza ini dibuat dengan sangat terperinci. Ianya setinggi 10 kaki dan seberat 8273 kg! Membina arca piramid Maya daripada coklat mungkin idea yang sangat sesuai kerana ianya berkait rapat dengan tamadun Maya yang memainkan peranan penting dalalm penemuan coklat.









p/s : Tak abis makan tu..

Sumber : Here



OMG : Gaji Nazmi Faiz RM300,000 Sebulan?

Posted: 28 May 2012 07:13 PM PDT


JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.

Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.

p/s : Walaupun rumours, tapi aku rasa gaji dia ni mmg mahal.. yela, kalau main dkt indonesia pun dah 100ribu lebih, takkan la main dkt Portugal makin sikit gaji.. pergh.. 

Sumber : Here



{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment