Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Saturday, March 17, 2012

Aku Stress Giler


WTF : Kereta "Lowered" Versi Rusia (6 Gambar)

Posted: 17 Mar 2012 06:39 AM PDT

Memang ramai orang suka lowered kereta kan? Sampai je kat road bumper mesti gelabah takut terhentak. Sendiri cari pasal. Nak cantik, tapi menyusahkan. Jom tengok geng-geng Rusia lowered kereta diorang plak.







p/s : Ini dinamakan lowered tahap bangang dah ni.

Sumber : Here



Cute : Ikan Ini Aku Yang Punya! (5 Gambar)

Posted: 17 Mar 2012 06:20 AM PDT

Rilek je kucing tu pegi ambik ikan yang burung gagak tengah syok makan. Burung gagak tu tak berani nak lawan beb. Pasrah je la. Memang kucing otai ni.


p/s : Kucing putih tu pun nmpk lapar je.

Sumber : Here



Cool : Buku Yang Paling Senang Untuk Dibaca (7 Gambar)

Posted: 17 Mar 2012 06:09 AM PDT

Bagi sesiapa yang tak suka baca buku, aku nak syorkan korang start baca buku ni. Senang je beb. Tak pening kepala. Hehe








p/s : Boring gler kot buku nih.. Hehe

Sumber : Here



Berita : GRO Berjubah Tarikan Terbaru Di Ibu Kota

Posted: 17 Mar 2012 05:28 AM PDT


KUALA LUMPUR: Pemakaian jubah berwarna kuning, biru dan keemasan kepada pelayan pelanggan (GRO) paling cantik dan menawan serta pandai menari seksi di tiang dengan berbikini menjadi tarikan terbaru pelanggan ke pusat hiburan di sekitar ibu kota.

Bagaimanapun, pelanggan perlu membayar RM1,000 sebelum berhak menyarungkan jubah itu kepada GRO yang turut ditabalkan sebagai 'Queen of the Night' dan sebagai balasan, GRO berkenaan menjadi milik pelanggan terbabit untuk dibawa ke ranjang.

Taktik terbaru itu terbongkar selepas sepasukan polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat ( D7 ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu sebuah pusat hiburan haram di bangunan Menara PGRM di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira 2 pagi itu, seramai 37 wanita tempatan serta seorang warga Vietnam dipercayai pelacur ditahan ketika sibuk melayan pelanggan masing-masing.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, semua yang ditahan berusia antara 17 hingga 50 tahun.

p/s : Maksiat semakin berleluasa.. Ish3..

Sumber : Here

Kesian : Dolphin Berwarna Putih Ditemui Cedera Di Sungai Guangdong (4 Gambar)

Posted: 17 Mar 2012 03:55 AM PDT


Gambar yang diambil pada 12 Mac 2012 di Luocun Village, Foshan menunjukkan seekor speses ikan lumba-lumba putih yang cedera ditemui di dalam sungai berhampiran kampung tersebut. Ikan lumba-lumba itu cedera pada siripnya dan telah dihantar ke pusat perjagaan haiwan terancam di Guandong.




p/s : Kesian dolphin tu..

Sumber : Here

OMG : Musim Sejuk Paling Teruk Di Siberia (10 Gambar)

Posted: 17 Mar 2012 02:49 AM PDT

Jom tengok musim sejuk extreme yang terjadi kat Siberia. Syukurlah negara kita iklim khatulistiwa. Kalau nak sangat main salji, pegi je dekat Snow World Genting. Hehe..


Sumber : Here


Horror : Lembaga Putih Di Kawasan Rumah VC Universiti Malaya (5 Gambar)

Posted: 17 Mar 2012 02:41 AM PDT

Okay, cerita ni diambil dari forum CariGold dimana seorang user telah share gambar lembaga yang berjaya dirakam. Kejadian ini berlaku pada 16 Mac 2012, jam 3.10 pagi.

Description asal di forum tersebut ; 

Fuh... mmg seram... aku x berani nak komen apa2... yg pasti masa snap pic ni, ada rasa mcm panas lepas tu bulu roma meremang... seram sejuk habis... baru lagi sekitar jam 3:06AM sampai 3:10AM 16/3/2012 JUMAAT.... mohon otai2 seram kat CG ni tolong komen... ada 3 pic... rumah VC UM ni da lama abandon, cuma skang tgh renovate... tp serius... mmg seram... syukur xde apa2 berlaku td... gambar tu mungkin ada perubahan kat sisi sudut... tp tempat yg sama, yg pasti mmg xde apa2 kat situ (karung guni pasir or etc), pic ni disnap menggunakan HP Samsung Galaxy W camera 5 MP.

*Klik pada gambar untuk besarkan


p/s : Apa pendapat korang?

Sumber : Here


Lawak : [Video] Apabila Awek Anda Seorang "Papan"

Posted: 17 Mar 2012 01:19 AM PDT


Memang genius la orang Thailand buat iklan. Hahaha.. Lawak kot. Bagi lelaki yang mempunyai masalah seperti dalam video ni, boleh la beli krim tu kat awek korang.. haha!!


p/s : Hanya berkongsi.. Jangan marah yer papan-papan sekalian.. Hehe

Sumber : Here

Sejarah : Keajaiban Tragedi Di Sungai Buloh, 1977 (3 Gambar)

Posted: 17 Mar 2012 12:12 AM PDT


Mungkin ramai yang masih belum mengetahui kejadian kapal terbang terhempas di Sungai Buloh lebih 35 tahun lepas. Kali ni admin nak share cerita pasal tragedi ini. Jom baca..

KETIKA hujan lebat melanda sekitar Subang pada petang 28 September 1977, tiada siapa menyangka ia membawa petanda buruk.

Bahkan, ketika pesawat DC 8 milik Japan Airline (JAL) terhempas di Ladang Getah Elmina kira-kira 32 kilometer dari Kuala Lumpur, sehingga mengorbankan 33 penumpang dan anak kapal, pekerja ladang yang tinggal di situ langsung tidak mendengar sebarang letupan akibat cuaca terlalu buruk.

Mereka hanya menyedari kejadian itu apabila pasukan polis tiba bertanyakan mereka sama ada melihat pesawat terhempas atau tidak. Penduduk kampung turut membantu pihak berkuasa menjejak bangkai pesawat tetapi mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan atas faktor keselamatan.

Kebiasaannya, amat jarang berlaku penumpang terselamat dalam mana-mana nahas pesawat, tetapi kejadian kali ini dianggap sesetengah pihak sebagai ajaib kerana 45 daripada 79 penumpang termasuk 10 anak kapal terselamat.

Pesawat itu dikatakan dalam perjalanan dari Tokyo, Jepun menuju ke Singapura melalu Hong Kong dan Malaysia. Berdasarkan jam tangan seorang mangsa yang mati, ia dikatakan detik terakhir jam itu berdetik ialah pada 6.55 petang dan pihak berkuasa percaya itu adalah waktu terhempas.


Berdasarkan cara pesawat itu terjatuh dan patah tiga selepas merempuh pokok getah dan batu besar, ramai yang tidak percaya begitu ramai yang terselamat.

Daripada 69 penumpang, lapan daripadanya adalah rakyat Malaysia membabitkan lima terkorban dan tiga selamat. Mangsa lain ialah rakyat Jepun (29), Amerika Syarikat (lima), Belgium (lima), Jerman (tiga), Hong Kong (tiga), masing-masing dua rakyat Belanda dan United Kingdom manakala bakinya rakyat Kanada, Australia dan Yugoslavia, China, Jordan.

Hanya seorang daripada 10 anak kapal itu terselamat iaitu pramugari Seiko Mano. Kapten pesawat, T Moriski, 36, yang mempunyai pengalaman melakukan 6,500 jam penerbangan dan berkhidmat dengan JAL sejak 1965 turut terkorban.

Menara kawalan dikatakan mengarahkan pesawat supaya turun ke paras 4,000 kaki dipercayai akibat cuaca buruk. 

PENDUDUK membantu mengumpul barang milik mangsa.
Sebaik saja pesawat itu terbang rendah ia dikatakan mencecah ladang getah dan memotong pokok sehingga ranap kawasan berkenaan menjadikan ladang itu sebagai padang besar. Bagaimanapun, tiada pihak dapat mengesahkan punca sebenar kejadian.

Pasukan penyelamat mengatakan bahagian pesawat bertaburan di merata tempat dan cebisan mayat mangsa juga ditemui berkecai dan hancur.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Ghazali Shafie memuji kecekapan juruterbang ketika mendarat cemas kerana berjaya menyelamatkan nyawa ramai penumpang.

"Sebagai seorang juruterbang, saya kagum dengan kecekapannya. Pasukan penyelamat juga berusaha gigih menyelamat mangsa yang parah, jika tidak mungkin ramai lagi yang terkorban," katanya.

Masalah hujan lebat mengganggu kerja menyelamat yang terpaksa menggunakan mesin gergaji untuk memotong pokok yang tumbang menimpa pesawat. Penyelamat menemui beberapa bahagian kepala, tangan, kaki dan tubuh mangsa melekat pada pokok dan serpihan badan pesawat.

Mayat dihantar ke Hospital Universiti (HU) tetapi bilik mayat hanya mampu menampung 12 mayat dan bakinya dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) menggunakan lori.

Naib Presiden Eksekutif JAL, Y Takagi, yang tiba di Malaysia sebaik dimaklumkan mengenai kejadian mengumumkan pihaknya menawarkan kemudahan penuh membawa pulang mereka yang terselamat dan mangsa terkorban serta bersedia membayar pampasan mengikut peraturan antarabangsa.


INFO:

Kotak hitam ditemui di dalam bangkai pesawat dan dibuka di depan semua pihak berkuasa Malaysia, Jepun dan Australia untuk mencari punca nahas.

Pasukan pakar JAL dan Syarikat Mac Donnel Duoglas (Amerika Syarikat turut menyiasat tempat kejadian).

200 pekerja Estet Elmina nyaris maut apabila pesawat itu terhempas tidak jauh dari kediaman mereka.

Kira-kira 300 pokok getah musnah dirempuh pesawat.

Pasukan penyelamat menemui beberapa nota menyedihkan di tempat kejadian iaitu kad bertulis, "Selamat tinggal dan mudah-mudahan selamat. Andainya kau mesti pergi, pergilah". 

p/s : Semua yang terjadi adalah ketentuan Allah s.w.t.. 

Sumber : Here




Lawak : Jangan Tertipu Oleh Gambar Ini (4 Gambar)

Posted: 16 Mar 2012 07:55 PM PDT

Jangan Tertipu Oleh Gambar Ini
Kadang-kadang apa yang kita lihat bukan seperti apa yang kita fikirkan. 

Serius : Anda Percaya Semua Ini Bukan Foto Tetapi Lukisan Pensel? (

Posted: 16 Mar 2012 07:49 PM PDT

Seorang pelukis dari Scotland, Paul Cadden telah menghasilkan kompilasi lukisan yang kelihatan seperti foto HD yang sebenar hanya menggunakan pensel. Memang menakjubkan bakat yang terdapat pada pelukis ini. 


 via : thesun

OMG : GPS Kereta Membawa Pemandu Ke Arah Laut (6 Gambar)

Posted: 16 Mar 2012 07:36 PM PDT

Tiga orang pelancong dari Jepun terpaksa membiarkan kereta sewa mereka di tengah air selepas GPS kereta tersebut yang sepatutnya menuju ke arah North Stradbroke tetapi berakhir di dalam laut. GPS tersebut menunjukkan mereka ke arah tebing di Oyster Point, Cleveland. 
p/s: anyway, it's EPIC WIN for the GPS..


 via : http://www.brisbanetimes.com.au

Cool : Beg Tangan Kelihatan Seperti Baru Keluar Dari Komik (12 Gambar)

Posted: 16 Mar 2012 07:22 PM PDT

Beg Tangan Kelihatan Seperti Baru Keluar Dari Komik
Kalau tengok betul-betul, semua di bawah ini adalah beg tangan sebenar bukan lukisan atau dalam komik. Tetapi beg tangan ini memang mampu menipu mata anda. 


OMG : Zirafah Dijadikan Haiwan Peliharaan Dalam Rumah Di Afrika Selatan (10 Gambar)

Posted: 16 Mar 2012 07:06 PM PDT

Zirafah Dijadikan Haiwan Peliharaan Dalam Rumah Di Afrika Selatan
Mungkin minat setiap manusia adalah berbeza. Ada yang suka dengan haiwan comel montel tetapi ada yang minat dengan haiwan liar. Admin pernah ada kawan yang saudaranya minat dengan ular dan saudara tersebut memelihara ular dalam rumah mereka. Tetapi hari ini kita tengok pula cerita di Afrika Selatan di mana zirafah dijadikan haiwan peliharaan.

 via : http://acidcow.com

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment