Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Thursday, March 1, 2012

Aku Stress Giler


WTF : Christina Rey, Gadis Dengan Bibir Terbesar Dunia Dari Rusia (12 Gambar)

Posted: 01 Mar 2012 07:54 AM PST

Christina Rey mungkin tidak seperti orang lain yang seringkali membesarkan saiz badan mereka. Dia hanya ingin membesarkan bibirnya sehingga kini dia telah dinobatkan sebagai manusia dengan bibir terbesar dunia. Tetapi baru-baru ini, Christina telah memberitahu semua orang yang dia akan terus membesarkan lagi bibrinya sehingga kelihatan lebih menarik. Selepas dengan kejayaannya pada bibir tersebut, dia mungkin ingin memecahkan rekod pada bahagian tubuh yang lain seperti payudara dan telinga pada masa akan datang.

Gambar dari dia sebelum bibir tebal sehingga kini.  

 via : izismile.com

WTF : Lima Artis Wanita Korea Dengan Pakaian Kurang Sesuai (10 Gambar NSFW)

Posted: 01 Mar 2012 07:51 AM PST

Lima Artis Wanita Korea Dengan Pakaian Kurang Sesuai
Kadang-kadang baju ini bukan saja menyeksa mata kita tetapi juga diri mereka sendiri. 


Go Eun Ah

 Lee Chae Young

 Min Hyo Rin

Nam Gyu Ri
 Si Young Lee

Serius : Reborn Doll, Patung Untuk Ibu Yang Tidak Boleh Mengandung (12 Gambar)

Posted: 01 Mar 2012 07:49 AM PST

Reborn doll adalah anak patung yang telah dicipta khas untuk ibu yang tidak boleh mengandung atau mempunyai anak sendiri. Semua ptaung ini memang sangat realistik. Tetapi satu masalah telah timbul di mana takut ramai ibu tersebut akan obses dengan patung ini. Mereka akan menganggap patung tersebut sebagai anak mereka sendiri. 

WTF : Fesyen Jalanan Tokyo Yang Pelik dan Unik (8 Gambar)

Posted: 01 Mar 2012 07:47 AM PST

Fesyen Jalanan Tokyo Yang Pelik dan Unik
Korang berani nak pakai ini keluar rumah dengan fesyen macam ini?


Cool : [Video] Bagaimana Membuat Hola Hoop Supaya Seksi Dan Menarik

Posted: 01 Mar 2012 07:45 AM PST

Bagaimana Membuat Hola Hoop Supaya Seksi Dan Menarik
Memang pandai gadis ini membuat Hola Hoop ini seperti senang.


Kesian : Supatra Sasuphan, Budak Perempuan Paling Berbulu Dunia dari Thailand (7 Gambar)

Posted: 01 Mar 2012 07:41 AM PST

Supatra Sasuphan, Budak Perempuan Paling Berbulu Dunia dari Thailand
Walaupun rupanya tidak seperti orang lain, Supatra dapat bergaul dengan semua orang yang ditemuinya di sekolah. Dia mungkin dipanggil 'monkey face' atau 'wolf girl', tetapi itu telah menjadikan dia semakin popular di sebuah sekolah sekitar Bangkok. Dia juga menyatakan yang dia mempunyai impian untuk menjadi seorang doktor.


via :  dailymail

OMG : Saintis Universiti Pittsburgh Hasilkan Testis Tiruan (2 Gambar)

Posted: 01 Mar 2012 05:57 AM PST


Testis tiruan? Biar betik.. Memang betik beb.. Tak caye? Baca ni... 

Sekumpulan saintis diberi kebenaran menghasilkan buah zakar tiruan yang menghasilkan sperma, dalam usaha membantu menyelesaikan masalah ketidaksuburan lelaki.

Saintis sebelum ini cuba menghasilkan sel sperma tetapi cuma mampu menyelesaikan tiga per empat daripada proses itu di dalam makmal kerana persekitaran khas dalam buah zakar lelaki diperlukan untuk menjayakan proses itu.

Kumpulan pakar diketuai Dr Paul Turek itu berharap dapat menghasilkan mesin biologi pembuatan sperma yang berbentuk beg silinder dan tidak dilekatkan pada tubuh.

Ia perlu diganti selepas setiap kitaran pengeluaran sperma yang mengambil masa 70 hari dan berbeza dengan alat tiruan, lelaki yang kehilangan buah zakar tidak menghasilkan sperma.

Dr Turek kini menghasilkan prototaip dan menganggarkan ia mengambil masa lima hingga tujuh tahun untuk menyempurnakan kaedah itu.


"Geran yang diperoleh adalah satu penghormatan dan diberi selepas beberapa tahun kami mengkaji idea ini.

"Kami sudah mengumpulkan saintis hebat yang amat komited dengan kejayaan," katanya.
Bagi menghasilkan buah zakar tiruan itu, penyelidik perlu membangunkan teknik untuk menumbuhkan sel sperma manusia.

Mereka bercadang menggunakan sel tunjang embrio lelaki dengan gen untuk mengemudikan ia menjadi sel reproduktif yang boleh digunakan dalam IVF.

Ketika kajian menunjukkan ada kemungkinan dapat merawat tikus jantan tidak subur dengan menghasilkan sperma menggunakan sel tunjang, kajian ke atas manusia gagal.

Dr Turek berkata, salah satu tujuan utama ialah menghasilkan semula buah zakar tiruan dengan semua komponennya. Bagaimanapun, sebahagian pakar skeptikal dengan kaedah itu.

Pakar sakit puan dan sains reproduktif di Universiti Pittsburgh, Kyle Orwig, berkata: "Ia satu projek yang pastinya sukar tetapi mengagumkan jika berjaya. Ia akan memberi impak besar kepada bidang kesuburan."

Katanya, tiada siapa pernah mencuba menghasilkan sperma dengan mencipta semula 'rumah pengeluaran' sel sperma. Buah zakar bertanggungjawab menghasilkan dan menyimpan sperma. Jika rosak, ia boleh memberi kesan serius kepada kualiti sperma.

p/s : Teknologi sekain canggih.. Testis pun dapat cipta.. hebat.. Dunia dah nak kiamat..

Sumber : Here



Info : Entri Mengenai Babi @ Khinzir & Nama-Nama Lain

Posted: 01 Mar 2012 05:49 AM PST


Kali ni nak share pasal babi pulak. Tak salah tambah pengetahuan kan?  Jom baca.. 

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu Babi

9. Lard : Minyak yg berasakan lemak babi.

10. Ham : Daging Bahagian peha Babi

11. Bacon : Daging babi yg diperap dengan garam

p/s : So, bagi yang muslim, kalau terbaca benda-benda ni dekat plastik makanan, better tak payah makan lah yer..

Sumber : Here




Review : Anjung Streamyx, Pendaftaran Internet Paling Mudah & Cepat

Posted: 01 Mar 2012 05:15 AM PST



Kali ni admin nak share mengenai website Anjung Streamyx.com

Ok, mungkin masih ramai yang tak tahu yang pendaftaran Internet sekarang semakin senang dan cepat. Korang tak perlu lagi susah-susah pergi ke TM Point untuk daftar Streamyx ni. Semuanya dapat dibuat online. Memang mudah dan jimat masa.

Apa kelebihan daftar melalui website Anjung Streamyx ni?

Okay, yang paling best ialah, kos pemasangan dan kos pengaktifan adah PERCUMA! sebelum ni korang kene bayar RM88 untuk pasang, dan RM75 untuk aktifkan. Jimat RM163 beb..


Ada lagi ke yang best selain dari Jimat?

Memang ada...Yang paling penting ialah, maklumat peribadi korang adalah SULIT jika korang mendaftar di Anjung Streamyx ni. Yela, kalau korang daftar kat kaunter, dia akan kasi borang. So, orang lain dapat tengok anytime maklumat peribadi korang tu.


Boleh daftar Streamyx je ke? 

Korang boleh daftar UNIFI, Celcom Broadband dan Talian Tetap TM. Semuanya secara online di website Anjung Streamyx ni. Senang kan?

Lama tak nak pasang Unifi kat pejabat. Orang kata Unifi ni susah nak set up pastu lambat. Betul ker?

No No No.. Kalau korang berminat nak pasang Unifi untuk perniagaan, tak kesah la kat pejabat ker, kat kedai makan ke, hanya ambil masa 5 HARI. Yer.. Memang cepat...


So, apa tunggu lagi? Admin pun pakai Streamyx kat rumah. Streamyx memang best sebab STABIL & UNLIMITED data. So, korang boleh download apa sahaja yang korang suka dan tak payah risau pasal connection speed. Maintain beb..  

Untuk maklumat yang lebih detail, korang boleh baca dekat website  - Anjung Streamyx.com ni yer. 

p/s : Majulah Streamyx untuk negara.. Hehe


Serius : Pelakon Lord Of The Rings Dulu VS Kini (10 Gambar)

Posted: 01 Mar 2012 04:28 AM PST

Pelakon Lord Of The Rings Dulu VS Kini
Ingat lagi rupa mereka dalam filem tersebut? Mari lihat bagaiman rupa mereka selepas beberapa tahun.

Serius : Cara Untuk Selamatkan Gadis Dari Bunuh Diri (5 Gambar)

Posted: 01 Mar 2012 04:19 AM PST

Seorang gadis berusi hanya 24 tahun cuba bunuh diri dengan terjun dari tingkat 32. Namun segalanya tidak berhasil selepas dia berjaya diselamatkan oleh sekumpulan penyelamat yang bertindak cepat dengan hanya menariknya. 

Cool : Apabila Pakaian Lingerie Diubahsuai Dengan Kreatifnya (8 Gambar NSFW)

Posted: 01 Mar 2012 12:58 AM PST

Apabila Pakaian Lingerie Diubahsuai Dengan Kreatifnya
Memang unik dan kreatif sungguh tetapi memang kurang sesuai untuk digunakan di pantai.


 via : asiantown.net

Cool : "Hari Pakai Sarong" - Kempen Terbaru Di Malaysia (6 Gambar)

Posted: 29 Feb 2012 10:46 PM PST


Korang pernah dengar pasal kempen ni? Ala..macam kat negara lain tu. Tapi bezanya, negara lain buat kempen hari tanpa seluar la..kempen yang bukan-bukan. Tapi yang kat Malaysia ni agak menarik. Menunjukkan budaya kita la. Kempen ni dinamakan "Hari Pakai Sarong". Semua yang terlibat dalam kempen ni akan memakai kain sarung atau kain pelikat dan meronda2 di sekitar KL dengan menggunakan LRT. Kempen ni kurang mendapat liputan dari media. Sebab tu ramai yang tak tau kot.. Tapi memang sempoi kan?






p/s : Kalau la tau awal, mesti dah join ni.. Cool.. Awek nampak lagi cantik pakai baju tradisional n kain batik.. Hehe

Sumber : Here




WTF : [Video] Pembantu Rumah Kantoi Kencing Dalam Masakan

Posted: 29 Feb 2012 10:36 PM PST


WTF . Memang kurang ajar n jijik. Tak tau pulak kat mana terjadi benda ni. Apa rasa korang kalau pembantu rumah buat macam ni dekat korang? Memang naya beb. Bagi sesiapa yang ada pembantu rumah tu, letak la CCTV yer kat dalam rumah. Bukan tak percaya, tapi sebagai langkah berjaga-jaga. Kita tak tau bila orang nak buat jahat dekat kita.


p/s : Geli siot.. Memang jahanam la pembantu rumah ni..


Panas : 37 Fakta Mengenai LYNAS Yang Anda Mesti Tahu

Posted: 29 Feb 2012 10:26 PM PST


Okay, info asal adalah dari MalaysiaWaves. Fakta ni tak dapat disahkan 100% benar. guna otak dan akal untuk berfikir.

1) Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.

2) 100% milik Lynas Australia.

3) Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).

4) Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.

5) Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja.

6) Akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun

7) Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.

8) Bebas Cukai selama 12 tahun.

9) Hina merupakan pembekal 'rare earth' atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau 'rare earth' China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.

10) Harga satu tan pada RM364, 800.

11) Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.

12) Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan 'rare earth' atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi.

13) Proses menghasilkan 'rare earth' atau nadir bumi secara umumnya:

a) Ore dilombong di Mount Weld Australia.

b) Ore tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini 'rare earth concentrate' akan dihasilkan.

c) Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan 'rare earth compounds' dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan seterusnya.

d) 'rare earth compounds' tersebut akan seterusnya diproses dengan menggunakan kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis 'rare earth' atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ' rare earth oxides' di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk.


14) Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, 'rare earth oxides' ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik 'solvent extraction' untuk menghasilkan 'rare earth metal' yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.

15) 'Rare earth ore'yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.

16) 'Rare earth concentrate' yang diimport dari Australia untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium for every metrik tan.

17) 'Rare earth concentrate' yang diimport akan diproses untuk dijadikan 'rare earth oxide' di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun 'rare earth oxide' yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!.

18) Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut:
i) Thorium-232 mempunyai jangka hayat 14 billion (14x109) tahun.
ii) Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai jangka hayat 75,4000 tahun.
iii) Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.

19) Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.

20) Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.

21) Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.


22) Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.

Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan 'rare earth' di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.

Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.

Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri 'rare-earth' di Baotou Mongolia. Setiap proses 'rare-earth' bermula dari perlombongan 'ore' ke 'rare earth oxide' atau 'rare-earth metals' banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan 'ore', bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.

Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan 'rare-earth ore' berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

Kesannya kepada sumber ekonomi negara khususnya kegiatan ekonomi rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman:

a) Sektor Perlancongan khususnya di Cherating Pahang (dalam Jarak 18-20 KM dari lokasi Kilang Lynas).

b) Sektor Perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar. Terdapat 390 nelayan laut dalam yang berdaftar.

c) Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya makanan laut (Keropok Lekor, keropok, ikan bakar dan sebagainya).

d) Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.

e) Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.

f) Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.

23) Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:

24) 'Public Consultation' atau Konsultansi dari pihak awam tidak pernah berlaku malah sebelum lesen untuk dibina dikeluarkan pada tahun 2008.

25) Laporan penuh Jabatan Alam Sekitar tidak dikongsi kepada rakyat, hanya Ringkasan Eksekutif yang dipaparkan di halaman web.

26) Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.

27) Cadangan untuk membawa masuk 'rare earth concentrate' dari Mount Weld Australia ke Malaysia sebagai bahan bukan radioaktif dari pelabuhan Kuantan.

28) Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.

29) Sisa buangan radioaktif dari 'rare earth' boleh dibuang sama seperti sampah domestik.

30) Percanggahan kenyataan bahawa Mount Weld 'ore' yang dilombong di Austalia adalah jenis lanthanide dan bukan monazite.

31) Panel bebas yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia iaitu IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tidak bebas dan berat sebelah kerana mereka bukan 'regulator' atau pembuat undang-undang yang tiada berkepentingan dalam sumber tenaga itu tetapi mereka adalah 'promoter' atau pihak yang menyokong penggunaan sumber tenaga itu.

32) Panel bebas harus diwakili dan dilantik oleh rakyat yang berkepentingan dalam isu ini.

33) Kelulusan untuk beroperasi tidak boleh diberi selagi mereka tidak memenuhi piawaian yang dicadangkan oleh Molycorp Minerals (California).

34) Piawaian negeri China yang berkait dengan Perancangan Pengurusan Pemprosesan dan Sisa Buangan tidak seharusnya digunakan. Sebagai contoh Menggunakan piawaian China GB9133-S3 dimana sisa buangan dengan aktiviti khusus yang kurang daripada 74Bq/g diklasifikasikan sebagai bukan sisa radioaktif dan boleh disimpan di kemudahan simpanan sisa biasa.

35) 'Proof of Concept (POC)' atau Bukti Konsep seharusnya dibuat oleh Panel Pakar yang bebas dan ujian konsep ini seharusnya dilakukan di Mount Weld Australia sendiri.

36) Cadangan membawa 'rare earth' bukan sahaja dari Australia tapi juga dari Malawi. Berkemungkinan 'rare earth' dari negara lain akan dibawa ke Gebeng Kuantan. Gebeng Kuantan berkemungkinan akan menjadi pusat serantau Asia malah dunia dalam penyimpanan sisa radioaktif dari perlombongan 'rare earth'.

37) Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun LAMP. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.


p/s :  Nanti semua penuduk kat situ jadi zombie macam dalam cerita zombie kampung pisang.Kami berkecuali. Tak minat politik.

Sumber : Here


Review Produk : Koyoworld Chitosan, Produk Kesihatan Paling Laris Di Pasaran

Posted: 29 Feb 2012 10:10 PM PST


*Ini merupakan review berbayar oleh pihak pengiklan kepada blog Aku Stress Giler*

Kali ni admin nak share satu produk bernama KoyoWorld Chitosan. Pernah dengar tak? Mungkin ada diantara korang yang pernah dengar pasal produk ni. Sebab Koyoworld Chitosan ni merupakan produk terlaris yang pernah dijual oleh syarikat KoyoWorld ini. 

Apakah itu KoyoWorld Chitosan? 

Chitosan dihasilkan dari chitin, sejenis polisakarida yang didapati dalam kulit cengkerang makanan laut seperti udang, tulang belakang sotong dan ketam. Ia berfungsi untuk menyerap lemak sebelum dihadam. Oleh itu, lemak tidak akan disimpan atau menyerap ke dalam tubuh.

Chitosan dan lemak yang telah diserap akan dikeluarkan daripada tubuh. Jumlah lemak yang akan dibuang daripada tubuh bergantung kepada jumlah chitosan yang diambil. Namun demikian, adalah dinasihatkan anda supaya mengurangkan pengambilan diet berlemak untuk menghasilkan keberkesanan yang cepat dalam program pelangsingan anda.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk ni, korang boleh ke website ini - 


Apa kebaikan Chitosan ni? 

Okay..KoyoWorld Chitosan ni amat sesuai untuk mereka yang mnegalami masalah berikut; 


Halal ke produk ni? Jangan risau.. Ni bukti dia..


Syarikat ni berasal dari kerjasama antara syarikat Koyo World Hong Kong dan Jepun dan ditubuhkan pada 2005.


Koyoworld Malaysia pulak di tubuhkan dan dipengerusikan oleh Tengku Hamid Tan Sri Ismail dan dipimpin oleh Mr Zhao Hong Zhan selaku presiden serta Dato Seri Chong Peng Song. Koyoworld Malaysia memperuntukkan dana sebanyak RM5 Juta bagi memastikan produk Koyoworld di kenali di pasaran dunia. Presiden juga optimis untuk mengembangkan pasaran ke Negara Asia Tenggara pada 2011 seterusnya ke pasaran Eropah dan juga pasaran global.   

Okay, kalau korang berminat dengan produk ni, silalah melawat ke website Koyoworld di; 


Harga macam mana? Ni yang paling penting kan.. Okay, Harga produk ni ialah, 


p/s : Ingat, kalau berminat boleh beli secara online dekat website yang diberi kat atas tu. 



Review Blog : Adam Narzuan - Meluah Rasa, Berkongsi Ceritera

Posted: 29 Feb 2012 09:28 PM PST


Okay, kali ni admin nak review satu blog yang menarik iaitu Blog http://adamnarzuan.blogspot.com/. Korang boleh pegi melawat blog ni yer. 

Okay, seperti kebanyakan blog, blog ni merupakan blog infotainment atau blog info, berita, hiburan, isu semasa dan macam-macam lagi.

Apa yang membuatkan blog ni menarik ialah layout yang simple dan kemas. Ini sangat penting kerana ia menarik minat pembaca untuk sentiasa melawat blog.

Blog ini jugak mesra pengguna dengan menggunakan warna font dan background design yang menyedapkan mata untuk membaca.

Blog ni sekarang sudah mempunyai 484 follower dan ini menunjukkan yang blog ni telah mempunyai ramai pembaca tetap. Ini menunjukkan blog ni bukan blog sampah atau copy paste semata-mata.


Antara pos-post terbaru yang menarik perhatian admin ialah seperti berikut, korang klik je link-link kat bawah ni  dan layan blog Adam Narzuan nih. 





Kalau berminat. Boleh jadi friend dia kat Facebook disini - Adam Narzuan .

p/s : Apa tunggu lagi, yang penting, Adan NArzuan ni adalah salah sorang dari pembaca tegar Blog ASG. Jom baca blog dia ramai-ramai!! 

* Kepada sesiapa yang ingin Blog ASG membuat review Blog atau PRoduk korang, boleh email kepada kami untuk membincangkan syarat-syarat.



{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment