Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Friday, February 3, 2012

Aku Stress Giler


Genius : [Video] Gitar - Cara Meng'Order' Makanan Terbaik di Drive Thru

Posted: 03 Feb 2012 07:55 AM PST

Gitar - Cara Meng'Order' Makanan Terbaik di Drive Thru
Memang kreatif giler lelaki ini, tetapi hanya boleh dilakukan pada waktu tak ada orang.

Sumber : Youtube


Serius : Kissenger, Alat Untuk Latih Bercium Atau Untuk #ForeverAlone (10 Gambar)

Posted: 03 Feb 2012 07:55 AM PST

Anda ingin latih bercium atau anda tengah #foreveralone dan perlukan orang untuk cium? Memperkenalkan 'Kissenger' yang mampu melakukan semua itu. Alat yang dicipta di Singapura adalah untuk mencipta suasana bercium menggunakan dua bibir artifikal yang bergerak. Alat ini telah dicipta oleh Hooman Samani. Admin rasa #foreveralone pun boleh guna ini. 







Cute : Anak Anjing Comel Mampu Buat Teman Wanita Anda Senyum (13 Gambar)

Posted: 03 Feb 2012 07:53 AM PST

ANak Anjing Comel Mampu Buat Teman Wanita Anda Senyum
Kadang-kadang binatang comel macam ini mampu menyelamatkan keadaan yang tegang.
Tak percaya cuba tengok kecomelan anjing ini.




 via : cutestpaw

WTF : Mahasiswa di NTU Buat Dewan Kuliah Seperti Rumah Sendiri (2 Gambar)

Posted: 03 Feb 2012 07:50 AM PST

Mahasiswa di NTU Buat Dewan Kuliah Seperti Rumah Sendiri

Kata nak belajar, tetapi bila duduk dalam dewan kuliah, letak kaki atas kerusi depan la pulak. Menurut sumber ini bukan mahasiswa tempatan Singapura, tetapi pelajar asing. Kadang-kadang mahasiswa asing ini suka sangat buat sesuatu tanpa menghiraukan orang lain. Ini kisah benar kerana banyak berlaku di universiti tempatan negara kita sendiri.






Cool : Stadium Super Bowl Menggunakan Pelbagai Makanan Ringan (12 Gambar)

Posted: 03 Feb 2012 07:45 AM PST

Stadium Super Bowl Menggunakan Pelbagai Makanan Ringan
Mari lihat orang membina miniature stadium menggunakan makanan yang menarik. 




 via : acidcow.com

Cool : Tengkorak Platinum Dihiasi Berlian Berharga 14 Juta Pounds (4 Gambar)

Posted: 03 Feb 2012 06:28 AM PST


Tengkorak bertatahkan berlian ini diberi nama For The Love of God dan dicipta oleh seorang artis paling kaya di Britain iaitu Damien Hirst. Kos untuk membuat Tengkoran ini ialah sebnyak 14 Juta Pounds Sterling. Seberat 2.156 kg, ia diperbuat daripada platinum dan dihiasi menggunakan kira-kira 8601 butir batu permata asli. 
Di bahagian dahi tengkorak pula, diletakkan sebutir permata bersaiz agak besar dengan ketulenan 52 karat. Harga yang ditawarkan ialah setinggi 50 Juta Pounds dan membuatkan Tengkorak ini menjadi hasil seni termahal di dunia yang penciptanya masih hidup.

Sumber : Here



>

Berita : Malaysia Jadi Hub Pelacur Dari Timur Tengah?

Posted: 03 Feb 2012 06:08 AM PST


Polis kini mengesan kewujudan aktiviti pelacuran membabitkan wanita dari Timur Tengah yang menjadikan Malaysia antara destinasi utama aktiviti maksiat mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, sepanjang operasi dijalankan Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) tahun lalu dan awal tahun ini mendapati wujudnya trend baru membabitkan pelacur wanita dari Timur Tengah.

Menurutnya, hasil serbuan mengesan wanita warga Iran, Yaman, Uzbekistan dan Tajikistan yang dipercayai menjalankan aktiviti maksiat dengan menyalahguna pas pelajar dan pas lawatan sosial.

"Awal tahun ini, kami menahan 15 wanita dari Asia Barat menawarkan khidmat sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam satu serbuan di ibu negara.

"Polis sedang memantau aktiviti itu dan mereka yang ditangkap akan diambil tindakan sejajar dengan langkah kerajaan ingin membanteras aktiviti pemerdagangan manusia," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya akan terus membanteras aktiviti pemerdagangan manusia dan perjudian di seluruh negara dengan mempertingkatkan lagi mutu penguatkuasaan dan siasatan bagi membolehkan lebih banyak suspek dalam kes jenayah berkenaan didakwa di mahkamah.

Sumber : Here


Berita : Lelaki Taiwan Meninggal Dunia Ketika Bermain Video Games

Posted: 03 Feb 2012 04:17 AM PST


TAIPEI – Seorang lelaki warga Taiwan meninggal dunia ketika bermain permainan video di kafe Internet bersama berapa pelanggan yang tidak menyedari bahawa mereka berada berhampiran mayat, lapor polis hari ini.

Polis berkata, menurut seorang pelayan, lelaki berusia 23 tahun itu mendaftar masuk di kafe New Taipei malam Selasa lalu dan ditemui mati dalam keadaan masih duduk di atas kerusi dengan tangannya sudah terkulai.

Pelayan berkenaan yang sedang bercakap di telefon pada tengah hari Rabu lalu mendapati lelaki yang tidak bernyawa itu duduk selama sembilan jam tanpa disedari mana-mana 30 pelanggan kafe lain.

Siasatan awal polis mendapati beliau mungkin meninggal dunia susulan serangan jantung yang berlaku akibat suhu rendah. – AFP

Sumber : MNH



Kreatif : Cara Membuat Wireless Headset Dengan Built-In Mp3 Player (12 Gambar)

Posted: 03 Feb 2012 02:43 AM PST

Cara Membuat Wireless Headset Dengan Built-In Mp3 Player
Ini memang mantap kalau anda benar-benar nak lakukannya. Walaupun ianya memerlukan sedikit masa tetapi anda akan kepuasan dengan Headset ini.

 via : http://acidcow.com

Cool : [Video] Gadis Pedalaman Tinggal Di Gunung Vietnam Mampu Bertutur Dalam English

Posted: 03 Feb 2012 01:48 AM PST

Gadis Pedalaman Tinggal Gunung Vietnam Mampu Bertutur Dalam Inggeris
Admin rasa Bahasa Inggeris dia lebih baik dari segelintir budak sekarang yang berada di bandar.
No offense but it's fact.


OMG : Wanita Mempunyai Dua Faraj Ditawarkan USD1 Juta Untuk Berlakon Filem Porno

Posted: 02 Feb 2012 10:58 PM PST


LONDON - Seorang perempuan berwajah cantik bernama Hazel Jones ,27 tahun secara mendadak menjadi terkenal kerana lahir dengan mempunyai dua vagina. Dia dikatakan mempunyai peluang besar untuk menggunakan kelebihan demi menghasilkan wang. Dia dikhabarkan sudah ditawarkan untuk membintangi sebuah filem porno.

Hazel Jones, sebelum ini sudah popular media luar negara kerana mempunyai keistimewaan yang disebut "uterus didelphys". Kelainan ini menyebabkan tubuhnya mempunyai dua organ kelamin perempuan. Demikian diberitakan TMZ.

Perempuan berusia 27 tahun itu mengaku kepada Tabloid The Sun bahawa dirinya tidak akan malu dengan keadaannya. Bersama si suami, Hazel bahkan mempamerkan keistimewaan tersebut di beberapa kelab seks di England.

Tidak disangka, berita mengenai Hazel ini didengar oleh pemilik syarikat filem porno, Steve Hirsch dari Vivid Entertainment. Dalam suratnya, Hirsch menyebut perempuan berambut perang itu sebagai perempuan yang luar biasa dan berniat menjadikannya sebagai bintang baru di filem porno nya. 
Hirch sanggup untuk membayar Hazel dengan bayaran yang tinggi. Jika setuju dengan tawaran Hirsch, Hazel akan mendapat bayaran sebanyak USD1 juta atau sekitar RM3 Juta.

Namun sehingga kini Hazel belum menjawab tawaran dari Hirsch tersebut. Masih belum jelas apakah dirinya bersedia melakukan adegan panas di depan kamera seperti bintang porno profesional.

p/s : Macam-macam la dunia sekarang..

Sumber : Here




Kesian : Lelaki Menghidap Penyakit Misteri, Kemaluan Menggeleber

Posted: 02 Feb 2012 10:42 PM PST


PONTIAN - "Saya akan makan Panadol dan ubat batuk sekiranya sakit," demikian luah lelaki di sini, yang menghidap penyakit misteri di bahagian alat sulitnya.

Lelaki berkenaan, Ali (bukan nama sebenar) berkata, penyakit misteri itu bermula ketika usianya 10 tahun dan sejak itu, bahagian itu semakin membesar dan menggeleber hingga hampir ke paras lutut.

Lebih malang lagi, dia yang dijaga abangnya tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan perubatan moden mahupun tradisional bagi mengubati penyakitnya itu.

Ali berkata, kemiskinan menjadi penghalangnya mendapatkan rawatan di klinik atau hospital, selain tidak mahu menyusahkan abang dan kakak iparnya memandangkan mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk membesarkan tiga anak.

Jelasnya, pendapatan yang diperoleh hasil bertukang dikongsi bersama keluarga abangnya yang juga kurang berkemampuan dan mempunyai seorang anak kategori orang kurang upaya (OKU).

Selain itu, perasaan malu untuk memberitahu keadaan penyakitnya itu kepada orang luar, turut menyebabkan dia tidak mahu mendapatkan rawatan.

Ali yang ditemui di rumah abangnya berkata, kesakitan yang dialami ketika penyakit misteri berkenaan menyerangnya semakin teruk sehingga menyebabkan seluruh badannya berpeluh.

"Jika sebelum ini sakitnya cuma bisa sahaja tetapi sejak sebulan yang lalu ia semakin teruk sehingga seluruh badan berpeluh–peluh.

"Selain itu, saya juga sudah semakin sukar bergerak dan mengalami masalah untuk duduk serta bangun," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu kakak iparnya berkata, Ali akan cuba sedaya upaya merahsiakan sakit yang dialami daripada mereka sekeluarga.

Namun, kakak iparnya tidak pernah berputus asa memujuk adik iparnya itu untuk mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakitnya.

"Keadaan penyakitnya semakin teruk sejak kebelakangan ini di mana jika sebelum ini sakit yang dialami hanya sekali sekala, namun kini hampir tiap malam dia akan mengadu sakit," katanya.

Sehubungan dengan itu, Ali menyatakan kesediaannya untuk menerima sebarang rawatan yang dapat membantu menyelesaikan masalahnya itu.

Dia turut merayu pihak yang sudi tampil membantu meringankan bebannya itu termasuklah perubatan secara tradisional dengan menghubungi 013-7815523.

p/s : Marilah sama-sama kita membantu lelaki ni. Berbuat baik akan dibalas baik.

Sumber : Here


Berita : Israel Bakal Serang Iran Pada Pertengahan Tahun Ini?

Posted: 02 Feb 2012 08:28 PM PST


WASHINGTON - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Leon Panetta percaya bahawa ada "kemungkinan yang besar" Israel akan menyerang lokasi nuklear Iran menjelang pertengahan tahun ini, demikian menurut Washington Post dalam ruangan editorial disiarkan semalam.

Bagaimanapun, apabila wartawan yang mengiringinya ke Brussles bertanya mengenai pendapat ruangan itu, Panetta enggan mengulas.

"Saya tidak akan mengulas perkara itu. David Ignatius boleh menulis apa yang beliau boleh tulis tetapi berkenaan apa yang saya fikir dan apa pendapat saya, saya menganggap ia sebagai sesuatu yang milik saya dan bukannya pihak lain," kata beliau dipetik AFP.

"Israel telah membayangkan bahawa mereka sedang mempertimbangkang yang ini (serangan), kami telah melahirkan kebimbangan kami," katanya lagi.

Kolumnis akhbar itu berkata, Panetta "percaya ada kemungkinan yang besar Israel akan menyerang Iran pada April, Mei atau Jun ini sebelum Iran memasuki, apa yang Israel menggambarkan sebagai zon imuniti untuk memulakan proses pembinaan bom nuklear."

Presiden Barack Obama dan Panetta dikatakan telah mengingatkan Israel bahawa AS menentang sebarang bentuk serangan atas alasan ia boleh menjejaskan program sekatan ekonomi antarabangsa yang semakin berjaya dan begitu juga usaha-usaha bukan ketenteraan ke atas Teheran.

Sumber : Here



{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment