Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Friday, February 24, 2012

Aku Stress Giler


Serius : Dr Jeffry Life, Lelaki 70 Tahun Dengan Badan Yang Mantap (7 Gambar)

Posted: 24 Feb 2012 06:52 AM PST

Dr Jeffry Life, Lelaki 70 Tahun Dengan Badan Yang Mantap
Yang muda tu jangan jeles ye.






Cun : Adik Vanessa Hudgens, Stella Hudgens Yang Cun (8 Gambar)

Posted: 24 Feb 2012 06:32 AM PST

Vanessa Hudgens yang terkenal dalam filem High School Musical mempunyai seorang adik yang cun. Adik dia, Stella Hudgens juga seorang pelakon. Adik beradik ini mempunyai darah kacukan yang begitu menakjubkan. Ayah mereka adalah Irish dan Native American manakala ibu mereka adalah Filipino -Cina-Sepanyol. 


OMG : Jongkong Emas Bank Of England Bernilai RM750 Billion (6 Gambar)

Posted: 24 Feb 2012 06:27 AM PST


Inilah gudang simpanan emas bank of England yang dikatakan mempunyai jumlah simpanan jongkong emas bernilai RM 750 billion! 

Info tambahan:

Terdapat berpuluh ribu jongkong emas yang disimpan di sini dengan setiap satunya bersaiz 28lb dan berketulenan 24 karat. Jumlah jonkong emas itu dikatakan seberat 4,600 tan.

Gudang ini dibina di bawah tanah dengan ketebalan dinding gudang sehingga beberapa meter di bawah jalan raya yang sibuk di London. Ia dikatakan berada di lokasi Old Lady of Threadneedle, di mana ibu pejabat Bank of England's City of London berada.

Untuk fakta, apa yang anda saksikan dalam gambar-gambar di bawah ini hanyalah satu per dua puluh dari keluasan sebenar gudang emas ini. Keluasannya adalah lebih besar dari keluasan bangunan tertinggi di London, Tower 42.

Bayangkan saja, untuk membuka pintu masuk ke gudang ini, anda memerlukan sebatang kunci yang bersaiz 3 kaki panjang. Itu belum lagi termasuk pelbagai tahap sekuriti canggih yang ada di situ.


p/s : Memang gila la.. Dapat sebijik pun cukuplah..

Sumber : Here




Info : Jangan Pakai Seluar Dalam/Bra Ketika Tidur

Posted: 24 Feb 2012 06:02 AM PST


'Melepaskan pakaian dalam' bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam.

Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya.

Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.

Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda dianjurkan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur, sehingga dapat mempercepat dan melancarkan kerja tubuh dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun.

Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya 'Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras', menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari.

Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.

"Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra," kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011.

Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.

Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.
Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik.

Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.

Testis tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?

Selain itu, tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam dapat membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bagian intim baik pada wanita maupun lelaki.

p/s : Lepas ni jangan la pakai yer.. Tapi jangan la telanjang bulat plak.. Xsenonoh.. Hehe

Sumber : Here

Info : Fakta Mengenai Lelaki Yang Suka Memasak

Posted: 24 Feb 2012 05:52 AM PST


Mari baca fakta menarik mengenai lelaki yang suka memasak..

• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.

• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…

• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan main bising lagi.

• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu,sambil isap rokok plak…

• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…

• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat…cepat sikit masak.

• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri…

• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi menjadi peng'komplen' nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita..


p/s : setuju tak dengan fakta kat atas nih? Hehe

Sumber : Here





OMG : Syarikat Jepun Ingin Bina Lif Ke Bulan (4 Gambar)

Posted: 24 Feb 2012 04:38 AM PST

Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan.


Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi.

Menurut firma berkenaan, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.

Ketua projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.


"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi," katanya.

Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan.
 

Firma itu juga membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter.

Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney.


Sumber : Here



WTF : Sila Letak Caption Pada Gambar-Gambar Ini (6 Gambar)

Posted: 24 Feb 2012 04:21 AM PST

Kali ni nak share gambar-gambar pelik dan WTF. Korang boleh fikir dan komen apa yang terjadi pada gambar-gambar kat bawah ni. Hehe







p/s : Ntah apa-apa la gambar2 ni.. 

Sumber : Here





Hebat : Gadis Cacat Penglihatan Menjadi Gimnas Professional (4 Gambar)

Posted: 24 Feb 2012 04:07 AM PST


Mari kita baca kisah yang mengagumkan ini. Lola Walters memang sudah biasa menyertai pertandingan gymnastik. Bagi mereka yang tidak kenal dengan dia ni.. mereka anggap dia normal seperti orang biasa.. Tapi tahukah anda bahawa Lola sebenarnya seorang gadis yang mengalami masalah penglihatan yang teruk malah hampir buta.


Pandangannya adalah tidak jelas dan tidak dapat mengenal pasti jarak. Tapi dia berjaya melakukannya di atas palang di dalam gelanggang mahupun ketika melakukan aksi gymnasitik. menurut Lola.. dia tidak memberitahu para hakim mengenai kekurangannya kerana dia merasakan orang lain tidak perlu tahu. Dia mampu melakukan sama seperti orang lain.

Menggunakan deria pendengaran dan rasa yang dikurniakan sangat sensitif. Lola Walters berjaya mengimbangkan badannya di atas palang malah boleh berpusing di atasnya..



p/s : Kisah ni sangat sesuai menjadi teladan kepada kita. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Kepada yang kurang upaya, korang boleh menjadi seseorang yang hebat.

Sumber : Here





WTF : Masuk Dalam Perut Kuda Mati Dengan Berbogel (3 Gambar)

Posted: 23 Feb 2012 08:26 PM PST

WTF is this shit? Memang gile la pompuan nih. Disebabkan nak sangat merasa duduk di dalam perut kuda, seorang wanita telah masuk ke dalam perut kuda yang ditembak mati akibat sakit dalam keadaan  berbogel. Dah takde keje ke? Geli kot..





Sumber : Khalis



OMG : Dibunuh Dan Digantung Di Khalayak Ramai Akibat Membunuh (4 Gambar)

Posted: 23 Feb 2012 08:09 PM PST

Menurut sumber dari Google Translate, Pemuda yang berasal dari Mesir itu ditangkap oleh penduduk di Lubnan kerana membunuh sekeluarga di daerah berkenaan. Dia ditangkap, diseksa, dibunuh, diarak dan digantung di khalayak ramai.





p/s : Adakah patut dia dibuat begitu? 

Sumber : Here




{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment