Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Wednesday, February 29, 2012

Aku Stress Giler


Cute : Lagi Mahasiswi China Menjadi Sensasi Di internet (12 Gambar)

Posted: 29 Feb 2012 07:57 AM PST

Lagi Mahasiswi China Menjadi Sensasi Di internet
Biodata dia memang tidak diketahui tetapi gambarnya kian tersebar luas di internet.



 via : tt.mop.com

Cun : Emilie, Blogger Remaja Terkenal Paling Cantik Di Norway

Posted: 29 Feb 2012 07:55 AM PST

Emilie atau panggilan manja, Voe merupakan seorang blogger 16 tahun yang paling cun di Norway. Dia mempunyai laman peminat dia sendiri. Semua dalam blog dia menceritakan mengenai fesyen dan juga kisah hidupnya. 




 via : www.voeblogg.no

Kreatif : Gory Go-Go Dancer, Kostum Sangat Sesuai Untuk Wanita Pada Halloween (4 Gambar)

Posted: 29 Feb 2012 07:52 AM PST

Gory Go-Go Dancer, Kostum Sangat Sesuai Untuk Wanita Pada Halloween
Bagaimana kostum ini sesuai, cuba tengok di bawah ini.




via : Open Wound

Cool : Gambar Percikan Cat Air Yang Menakjubkan Oleh M. Klimas (6 Gambar)

Posted: 29 Feb 2012 07:45 AM PST

Seorang jurugambar, Martin Klimas telah mengambil gambar percikan cat air yang menakjubkan. Semua cat ini terpercik selepas dia meletakkan cat ini di atas sebuah pembesar suara. Sejurus selepas pembesar ini dibuka, warna cat air ini akan terpercik dan dari saat itu, dia cepat-cepat menangkap gambar yang diinginkan. 



via : NY

Cute : Model Korea Comel, Hwang Mi Hee di SPOEX 2012 (8 Gambar)

Posted: 29 Feb 2012 07:45 AM PST

Model Korea Comel, Hwang Mi Hee di SPOEX 2012


Cool : Titian Atas Pokok Paling Panjang Dunia di Bavaria (9 Gambar)

Posted: 29 Feb 2012 07:30 AM PST

Jambatan atas pokok terpanjang ini telah dibuka sejak dua tahun yang lalu di Neuschonau, Bavaria sekitar Jerman. Jambatan ini mempunyai jarak sehingga 1.3 km dan mencecah ketinggian sehingga 50 meter. Pada puncak ini, Banjaran Alps adalah jelas kelihatan. 

 via : Army

Info : Haram Mencukur Bulu Kemaluan Apabila....

Posted: 29 Feb 2012 06:18 AM PST


Kebersihan amat penting bagi kita. Tapi ramai yang tak ambil serius mengenai kebersihan di bahagian kemaluan. 
Apa yang dimaksudkan dengan mencukur bulu kemaluan ialah mencukur bulu yang tumbuh disekeliling faraj wanita atau dia atas kemaluan lelaki. Tindakan yang diutamakan ialah mencukur, tetapi diharuskan pula dengan cara bergunting, mencabut dan menggunakan sejenis cecair kapur yang disapukan pada kulit yang menggugurkan bulu kulit itu.

Seorang ulama Syaikh Ibn Daqiq berpendapat bahawa sebahagian ulama cenderung mengutamakan bercukur bagi kaum wanita, kerana perbuatan mencabut akan berakibatkan kendurnya kulit di tempat itu.

Anjuran yang sedemikian ini merupakan satu amalan yang digalakkan agar tidak ada kutu atau tungau yang dapat hidup dibahagian kemaluan, disamping tidak mendedahkannya kepada serangan penyakit tambahan pula kewujudan bulu pada kemaluan baik perempuan begitu juga lelaki, akan dapat menimbulkan bau yang kurang selesa.

Anas bin Malik berkata : "Telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih dari masa empat puluh malam". – (Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud).

Dalam perkara mencukur ini, HARAM bagi seorang perempuan mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, begitu juga HARAM bagi seorang lelaki mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, ataupun seorang perempuan atau seorang lelaki membenarkan orang lain untuk mencukur bulu kemaluannya. Mendedahkan aurat adalah HARAM disisi syarak, kecuali pendedahan seorang isteri untuk suaminya atau seorang suami untuk isterinya.

Selain mencukur bulu kemaluan ada kaitannya seorang perempuan membersihkan bulu muka. Imam Ahmad telah meriwayatkan, bahawa Bakarah binti Uqbah telah datang menemui Ummu al-Mu'minin 'Aisyah r.a lalu ia bertanya kepada Aishah mengenai hal ini. 

Aisyah menjawab : "Pokok yang baik dan air yang suci" Ia bertanya lagi tentang membersihkan muka. Aisyah menjawab : "Jika kamu mempunyai suami dan kamu boleh menggugurkan dua biji mata kamu dan menggantikannya (kedua-duanya) dengan lebih cantik, maka lakukanlah.".

Membersihkan muka bagi seorang perempuan dan juga badannya daripada bulu-bulu yang berlebihan adalah dibolehkan. Akan tetapi rambutnya hendaklah ia menghormati dan memeliharanya. Begitu juga jika sekiranya janggut atau misai tumbuh pada seorang perempuan, maka hendaklah ia menghapuskannya.
Sumber : Here 

Panas : Luahan Perasaan Artis Malaysia Terhadap Pembatalan Konsert Erykah Badu (5 Gambar)

Posted: 29 Feb 2012 05:37 AM PST

Gambar terlampau Erykah Badu
Mungkin korang dah dengar berita pasal pembatalan konsert Erykah Badu ni kan? Aku memang tak penah kenal pun dengan artis ni. Kenal dia pun sebab isu tatu Allah dekat badan dia. Best sangat ke dia ni sampai artis Malaysia pun melenting bila konsert dia dibatalkan?? Jom baca tweet artis-artis Malaysia mengenai isu ini..

1. Baki Zainal

reaksi

 2. Adibah Noor

kecewa
  
 3. Daphne Iking

dephne
  
 4. Hunny Madu

hunny madu


Respon dari Erykah Badu pulak? 

erykah badu
Tuan punya badan pun macam pasrah je. Artis kita pulak yang lebih-lebih.. Aku tak paham kenapa mengagungkan sangat minah ni.

Sumber : Here

Seram : Kejadian Misteri Ketika Penggambaran Filem Bunohan (5 Gambar)

Posted: 29 Feb 2012 05:22 AM PST


Filem 'Bunohan' akan mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air pada 8 Mac 2012. 'Bunohan' menjadi sebuah filem yang dinantikan oleh ramai penggiat dan peminat sinema seluruh negara. Filem yang dibarisi oleh para pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Bront Palarae, Amerul Affendi, Nam Ron dan Husairi Hussien ini diarahkan oleh Dain Said yang juga merupakan pengarah filem kontroversi 'Dukun' suatu ketika dulu. 

Seperti filem 'Dukun' yang tidak lekang dengan kisah-kisah misteri, filem 'Bunohan' ini juga menyimpan beberapa kisah mistik di sepanjang pembikinannya. Perkara ini diakui dan dikongsi oleh dua pelakonnya Zahiril Adzim dan Amerul Affendi pada satu pertemuan. Ternyata banyak cerita mistiknya melanda penggambaran filem kedua arahan Dain Said ini.


"Filem ini paling mencabar di sepanjang karier saya sebagai seorang pelakon. Sebab saya terpaksa berhadapan dengan banyak set penggambaran yang mempunyai seribu kisah mistik. Sangat menakutkan, tapi saya anggap ini sebuah cabaran," ujar Zahiril Adzim, sebaik ditanya tentang pengalamannya.

Amerul Affendi ketika menceritakan sebuah kejadian di salah satu lokasi berhampiran tasik hijau di Setiu, kelihatan agak resah apabila cuba mengimbas kembali detik penggambaran yang dilaluinya.
"Tasik tu memang banyak mistik. Masa tiga orang krew membina pondok untuk tujuan shooting scene saya, Zahiril dan Nam Ron, ada budak kecil yang datang entah dari mana dan berbual dengan mereka tentang hal-hal ghaib di kawasan tu.
Katanya, dah banyak orang yang mati dekat situ. Kemudian bila hampir Maghrib,budak tu masuk ke dalam tasik dan hilang," cerita Amerul dengan penuh berhati-hati.
"Tapi yang paling cemas, masa hari shooting. Masa tu seorang sahabat saya yang juga bertugas sebagai koreografer bagi aksi Lawi Ayam, nampak banyak makhluk ghaib mengelilingi penjaga konti dan ingin membawanya ke dalam tasik. Setelah berbincang secara ghaib, rupanya masa tu penjaga konti tu dalam keadaan tidak suci. Pada hal, dari awal sudah dimaklumkan oleh sahabat saya syarat-syarat dari 'penjaga' tempat tu untuk shooting di situ. Masa tu semua orang rasa lain macam, suasana pun jadi seram sangat-sangat. Tambah pula masa dah hampir Maghrib. Tapi alhamdulillah, setelah sahabat saya terus berbincang dengan makhluk di situ, semua kembali aman dan kami beredar tanpa hal yang buruk berlaku." sambung Amerul lagi.

Zahiril yang hanya banyak berdiam diri dalam pertemuan itu, kemudiannya menceritakan hal yang berlaku pada hari yang lain di set yang sama, di mana seorang dari krew yang terlibat telah muntah darah sebaik pulang dari lokasi.
"Kecoh juga tempat penginapan kami senja tu. Sampai production terpaksa minta Amerul telefon sahabat yang tahu tentang hal ghaib tu untuk datang. Kebetulan masa tu, sahabat kami tu baru pulang ke KL malam sebelum kejadian. Jadi dia terpaksa datang balik ke Terengganu untuk selesaikan masalah tu. Rupanya krew tu ada mengambil satu cawan purba di kawasan tasik semasa penggambaran," cerita Zahiril.


Apabila ditanya mengenai kejadian-kejadian mistik lain yang berlaku di sepanjang proses penggambaran filem ini, kedua-dua pelakon berbakat ini mempunyai satu jawapan yang sama, "Banyak". Filem 'Bunohan' sebelum ini telah menerima pelbagai pengiktirafan di luar negara. Tayangan perdana antarabangsa ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada bulan September 2011 dan Anugerah NETPAC di Festival Filem Taipei Golden Horse pada bulan Oktober 2011. Ia juga telah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Palm Springs dan tayangan perdana Eropah di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) yang berprestij pada Januari 2012.

Universal Pictures bertindak sebagai pengedar filem Bunohan di peringkat antarabangsa. Pada 8 Mac 2012 ini, penantian penggemar filem tempatan terhadap kemunculan filem ini di layar perak akan tercapai.


p/s :Memang gempak la filem ni. Tapi kejadian misteri tu memang agak seram la. Yela, nama filem pun Bunohan. Hehe

Sumber : Here






Entri Khas : Honda Insight 2012 Terbaru - Lebih Futuristik, Lebih Jimat (15 Gambar)

Posted: 29 Feb 2012 04:36 AM PST

New Look - Honda Insight 2012
Bagi yang belum tahu, sebelum ni Admin pernah post mengenai Honda Insight ni. (Bagi yang belum, sila baca disini - Pengalaman Memandu Honda Insight) Masa tu, admin telah dijemput untuk test drive dan review Honda Insight ni. Tapi kali ni, admin nak share berita terbaru mengenai Honda Insight 2012. Yes, memang betul.. Syarikat Honda telah upgrade Honda Insight yang lama kepada design yang lebih Futuristik dan Lebih Penjimatan Minyak!! 

Korang nampak tak beza design Honda Insight 2012 dengan yang versi lama? Jom tengok gambar Honda Insight yang sebelum ni (Yang admin test drive). 

Honda Insight 2011
 Lagi Gambar Perbandingan Honda Insight 2012 Baru dan Lama


Grill Depan Baru Yang Stylish
Versi Yang Tiada Fog Lamp

Design 2011 (lama)

Bentuk Yang Aerodinamik
Ada lampu biru bawah grill..


Lebih Penjimatan Minyak

Honda Insight 2012 ni lebih menjimatkan minyak daripada model sebelumnya. Model sebelum ni pun dah jimat giler kot. Tapi, yang model baru ni menambahkan lagi fuel efficiency dan kurangkan fuel consumption kereta. Memang awesome.


Ciri-ciri Honda Insight 2012 [Lebih Penjimatan minyak]


Bentuk dan Enjin
  1. Sebenarnya, Honda bukan suka-suka je nak kuarkan model terbaru ni semata-mata nak tuka design. Tapi, design terbaru ni membuatkan kereta Honda Insight ni lebih power, jimat, dan lebih GREEN.  
  2. Perubahan bentuk yang lebih aerodinamik dan perubahan pada enjin membuatkan penjimatan minyak lebih tinggi.
  3. Bumper depan baru telah di redesigned dengan tambahan "diffuser" untuk smooth arirflow ke dalam enjin. Perubahan ni telah mengurangkan "drag coefficient" sebanyak 2% yang meningkatkan penjimatan minyak ketika di highway. 
  4. Enjin baru yang mengurangkan geseran dan meningkatkan CVT (continuosly variable transmission) efficiancy!!
  5. Enjin telah di modify dan diletakkan "power-saving fuel pump" untuk mengurangkan penggunaan minyak. 

Lebih Smooth dan Senyap

Honda Insight 2012 ni lebih smooth, selesa dan senyap.  Bahan penebat bunyi telah dipasang pada model ini yang untuk keupayaan NVH (noise, vibration dan harshness) yang lebih baik.

Bahagian Dalam (Interior)


Berbeza dengan model sebelum ni, kerusi Honda Insight 2012 telah dilengkapkan dengan fabrik baru yang lebih cantik dan selesa. Keluasan bahagian penumpang belakang telah ditambah . Selain dari tu, ruang kepala juga bertambah 15mm dengan perubahan bumbung kereta. 



Selain dari itu, Honda juga telah menukar wiper yang baru kerana mendapat feedback yang wiper sebelum ini besar dan agak menggangu penglihatan terutama pada cermin belakang. Atas keperihatinan Honda, Model baru ini telah dilengkapi dengan wiper baru yang lebih nipis.

Keselamatan @ Safety Features
  1. Mendapat 6 bintang rating keselamatan untuk pemandu dan 5 bintang untuk penumpang dari JNCAP (Japan New Car Assessment Program)
  2. Hill Start Assist 
  3. Dual SRS Airbags
  4. Vehicle Stability Assist (VSA)
  5. Advanced Compatibility Engineering Body (ACE)
  6.  Active Head Rest
  7.  ISO Fix
  8. Anti-Lock Braking Systems (ABS)
  9. Electronic Brake Force Distribution (EBD)
  10. Brake Assist (BA). 
Warna Pilihan

Terdapat 4 warna pilihan iaitu Super Platinum Aqua Metallic, Premium White Pearl, Crystal Black Pearl and Alabaster Silver Metallic.


Harga 
Harga atas jalan RM99,800, dilengkapi warranty 5 tahun @ 140,000km untuk bateri (warranty paling lama di Malaysia)

Kalau korang berminat, boleh pergi tengok kereta ni dekat showrooms Honda terdekat. Nak tau lebih info, call sahaja di 1-800-88-2020 atau layari laman web Honda di www.honda.com.my.

Blue Reflector kat bawah Grill baru ni memang stylo !!

Nak tau lebih lanjut? Boleh.. Kat bawah ni ada InfoGraphic pasal Honda Insight 2012 ni. Memang complete la info dalam tu. Korang boleh tengok n baca sendiri yer.Klik untuk besarkan gambar.




p/s : Apa tunggu lagi, pergi order sekarang.. Jimat minyak tu penting..





OMG : Angelina Jolie Di Oscars, 25 Tahun Lalu Hingga Kini (12 Gambar)

Posted: 29 Feb 2012 02:29 AM PST

Angelina Jolie Di Oscars, 25 Tahun Lalu Hingga Kini
Banyak perubahan?

Gambar pertama adalah 1986 dan yang terakhir adalah 2012

Genius : Cara #TROLL Rakan Anda - Selebriti Datang Ke Parti Anda (10 Gambar)

Posted: 28 Feb 2012 10:06 PM PST

Cara #TROLL Rakan Anda - Selebriti Datang Ke Parti Anda
Semua gambar ini nampak macam benar tetapi sebenarnya selebriti ini langsung tak ada di situ pun. Ini hanya kerja Photoshop. 

Serius : Dunia Kita Dikelilingi Oleh Bola Merah Gergasi (8 Gambar)

Posted: 28 Feb 2012 09:42 PM PST

Dunia kita Dikelilingi Oleh Bola Merah Gergasi (8 Gambar)
Dunia kita telah dikelilingi oleh bola merah gergasi yang dihasilkan oleh Kurt Pershke dari New York. Bole Mrah ini telah diletakkan di beberapa bandar besar seperti Chicago, Barcelona, Taipei dan Abu Dhabi. Seterusnya Britain akan menjadi tumpuan.  

 via : telegraph

Cool : [Video] Domino Manusia Bertilam Pecah Rekod Dunia

Posted: 28 Feb 2012 09:36 PM PST

Domino Manusia Bertilam Pecah Rekod Dunia
Domino Manusis Bertilam di New Orleans ini telah memecahkan rekod dunia dengan seramai 850 orang. Ianya telah memadamkan rekod yang lama dengan 550 orang di Belgium.


{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment