Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Sunday, March 11, 2012

Aku Stress Giler


WTF : Pelajar Kurang Senonoh Di Starbucks Sekitar Singapura (2 Gambar)

Posted: 11 Mar 2012 09:09 AM PDT

Pelajar Kurang Senonoh Di Starbucks Sekitar Singapura
Kecik-kecik dah tak tahan. Nak sangat peluk ye? 



Lawak : [Video] Sesi Memutarkan Lagu Kebangsaan Kazakhstan Yang #FAIL

Posted: 11 Mar 2012 09:03 AM PDT

Sesi Memutarkan Lagu Kebangsaan Kazakhstan Yang #FAIL
Memang sangat Epic dan juga Fail.
Adakah ini sengaja nak TROLL mereka?



Insaf : [Video] Apabila Kanak-Kanak Mendengar Bacaan Al-Quran

Posted: 11 Mar 2012 08:01 AM PDT


Mari kita lihat video dimana seorang kanak-kanak kusyuk mendengar bacaan al-quran di tv. Adakah kita dah baca atau dengar bacaan al-quran hari ni?


Sumber : Here



Panas : Akhbar Oman Siar Kartun Perli Najib (Gambar)

Posted: 11 Mar 2012 07:50 AM PDT


Kartun Oman Hina PM Najib | Akhbar Times of Oman baru-baru ni telah mengeluarkan sebuah sketsa kartun yang amat jelas mengkritik dan menghina PM Najib. Isu yang cuba disampaikan dalam kartun tersebut jelas menunjukkan ketidakpuashatian Oman terhadap sistem perundangan negara, yang secara spesifiknya melibatkan kes liwat Anwar Ibrahim.

p/s : Apa pendapat korang? 

Sumber : Here



OMG : Bayi 9 Bulan Dicampak Dari Bangunan Terbakar (3 Gambar)

Posted: 11 Mar 2012 07:34 AM PDT


Kejadian ini berlaku pada tahun 2008 di Ludwigshafen, Jerman. Ibu bapa bayi berusia 9 bulan itu terpaksa membuat keputusan yang mengejut untuk menyelamatkan bayi mereka dengan mencampakkan bayi itu dari tingkat 4 sebuah bangunan yang terbakar. 

Pertaruhan  mereka itu berbaloi kerana bayi itu berjaya disambut oleh seorang anggota polis yang sedang menunggu di bawah. Walaubagaimanapun, polis itu mengalami kecederaan setelah terjatuh selepas menangkap bayi itu akibat impak yang kuat. Gambar saat-saat cemas itu berjaya dirakam.


Sumber : Here

Serius : Pendapat Rakyat Malaysia Mengenai Lagu Di Sabah/Sarawak (2 Gambar)

Posted: 11 Mar 2012 07:26 AM PDT

Pendapat Rakyat Malaysia Mengenai Lagu Di Sabah/Sarawak
Ada kalanya apa yang mereka kata itu adalah benar. 
Apa pendapat anda pula?



OMG : Rupa Apabila Pembedahan Plastik Kurang Berjaya (10 Gambar)

Posted: 11 Mar 2012 07:19 AM PDT

Rupa Apabila Pembedahan Plastik Kurang Berjaya
Memang semua yang menjalani pembedahan inginkan rupa mereka kelihatan sangat menarik tetapi kadang-kadang itu tidak akan berlaku. 

Amanda Lepore

 Donatella Versace

Han-Mi-Ok
  
Jocelyn Wildenstein

MJ

Lawak : [Video] Apabila Pondan Menari Dan Menyanyi Lagu KPop BigBang "Love Dust"

Posted: 11 Mar 2012 07:05 AM PDT

Apabila Pondan Menari Dan Menyanyi Lagu KPop BigBang "Love Dust"
Adakah anda bersedia untuk ketawa ni?


WTF : Sayur Kobis Palsu 'Made In China' (8 Gambar)

Posted: 11 Mar 2012 01:19 AM PST

China ni memang tak abes-abes buat barangan ciplak. Kali ni, sayur Kobis pulak jadi mangsa. Apa lagi benda yang orang China tak dapat buat?









p/s : Memang nampak macam real kan? Ntah cane la rasa kobis tu.. Menurut sumber, sayur ni untuk dibuat display je. bukan nak jual. leh caye ker?
Sumber : Here 
 

Cool : Kereta Berkuasa Nuklear Berasaskan Laser Pembelahan Thorium (5 Gambar)

Posted: 11 Mar 2012 01:12 AM PST

Cadillac World Thorium Fuel Vehicle Concept

Kini, sejumlah jurutera dari syarikat teknologi Laser Power System di Sturbridge, Amerika Syarikat sedang membangunkan teknologi turbin baru yang digerakkan oleh laser dari proses pembelahan Thorium. Thorium merupakan penguraian besi dengan kandungan radio aktif peringkat pertengahan atom bernombor 90 dan diyakini tidak berbahaya bagi manusia dalam jumlah kecil.

Laser Thorium digunakan menghasilkan stim, menggerakkan turbin dan memutar generator untuk menghasilkan elektrik. Tenaga inilah yang menjadi sumber penggerak motor elektrik pada kereta. Untuk memastikan zarah radio aktif level rendah yang terkandung pada Thorium tidak terlepas ke udara, sistem itu diberi lapisan almunium.



Jurutera di Laser Power System mengatakan, 8gram Thorium yang digunakan dalam setiap kereta dapat digunakan untuk mengemudi dengan jarak 300,000 mile atau 482803.2 kilometer. Pergh!!!!


p/s : Agak-agak berapa harga kereta ni yer??

Sumber : Here



Berita : Wanita Maut, Kepala Hancur Ditembusi Penghadang Jalan

Posted: 10 Mar 2012 06:56 PM PST


SEREMBAN – Seorang wanita maut dalam keadaan tragis apabila kepalanya hancur ditembusi besi pengadang dalam kemalangan ngeri di Kilometer 14.7, Lebuhraya Kajang – Seremban Sdn Bhd (Lekas), arah selatan berhampiran Pajam, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 6.15 petang, wanita dipercayai warga China itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Jurucakap polis berkata, mangsa bersama rakannya, Thai Yin Sei, 25, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM itu dipercayai dalam perjalanan ke Seremban dari arah Kajang.

"Kereta yang dipandu Yin Sei dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh pengadang besi di kiri lebuh raya.

"Rempuhan kuat menyebabkan besi pengadang jalan menembusi cermin depan kereta sebelah pemandu hingga ke belakang kereta," katanya, semalam.

Menurutnya, rakan mangsa yang parah di kepala di hantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk rawatan.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Abd Manan Munaji berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan wanita terbabit.

"Sejurus tiba, kami mendapati seorang lelaki yang juga pemandu kereta sudah dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar.

"Bagaimanapun, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Mantin dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Bangi terpaksa ambil masa kira-kira 20 minit untuk memotong pe­ngadang besi berkenaan untuk mengeluarkan mayat wanita terbabit," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan menerima laporan kemalangan.


p/s  : berhati-hatilah di jalan raya.. 




{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment