Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Tuesday, March 13, 2012

Aku Stress Giler


OMG : [Video] Anda Takutkan Ketinggian? Sila Tengok Video Ini

Posted: 13 Mar 2012 06:28 AM PDT


Jom kita tengok video sekumpulan lelaki memanjat menara KVLY TV setinggi 539 meter ni. aku memang respek la kat diorang ni. They got Balls Of Steel!!!! Tengok sampai habis yer.. Memang berbaloi..


p/s : Memang gila la.. Aku tengok je pun dah berpeluh-peluh kaki n tangan.. Apatah lagi kalau panjat.. 

Ni ada satu lagi video bodoh sekumpulan remaja yang cari nahas.. Memang hati kering..


Sumber : Here





Amazing : The Great Dune Of Pyla, Timbunan Pasir Tertinggi Di Eropah (8 Gambar)

Posted: 13 Mar 2012 05:47 AM PDT


The Great Dune of Pyla, terletak 60 km dari Bordeaux di Arcachon Bay Area, Perancis, telah menjadi timbunan pasir tertinggi di Eropah. Juga dikenali sebagai Great Dune of Pilat, timbunan pasir yang besar berukuran 500 meter lebar, 3 km panjang dan meningkat kepada ketinggian 107 meter di atas paras laut. Kerana lokasi & kecantikannya yang tidak diduga, ia menjadi satu destinasi pelancongan yang terkenal dengan lebih daripada satu juta pelawat setiap tahun.








p/s : Cantiknya tempat ni.. subhanallah..

Sumber : Here

Amazing : [Video] Susun Botol Dan Bola Golf Menggunakan "Excavator"

Posted: 13 Mar 2012 05:17 AM PDT


Korang tau apa tu excavator? Kalau dalam BM orang panggil jengkaut. Jom kita tengok skill menyusun botol dan letak bola golf atas botol dengan menggunakan jengkaut ni. Memang skill tinggi beb. bukan senang nak control mesin ni. Respek..


p/s : Sapa ada jengkaut mainan tu boleh la try buat yer..

Sumber : Here


WTF : Gambar Perogol Kejam Di Sibu Dikeluarkan Oleh Pihak Polis (8 Gambar)

Posted: 13 Mar 2012 03:41 AM PDT

Gambar Perogol Kejam Di Sibu Dikeluarkan Oleh Pihak Polis
Insiden ini berlaku dua hari lepas selepas seorang gadis berusia 28 tahun dari Dalat telah dirogol beramai-ramai di dalam sebuah bas sekolah yang terbiar di tepi jalan. Gadis tersebut ditemui dalam keadaan yang parah kerana didapati telah dipukul dengan batu besar dan kemudian diangkat masuk ke dalam bas sekolah tersebut oleh sekumpulan lelaki. Selepas disiasat oleh pihak hospital, kelihatan bahagian sulitnya cedera teruk dan juga luka pada kepala serta lehernya. CCTV disekitar situ sempat merakam insiden tersebut dari jarak yang jauh dan mendapati sekurang-kurangnya 4 orang yang merogolnya bergilir-gilir pada jam 2 pagi. Gadis tersebut tersedar pada jam 4 pagi dan terkejut kerana dirinya bogel dan ditemani oleh seorang lagi lelaki bogel di sebelahnya. Lelaki tersebut cuba mencekiknya tetapi dengan tenaga pada gadis tersebut dia berjaya menghalau semua lelaki tersebut keluar dari bas. CCTV juga merakam pada masa tersebut, kesemua lelaki lari ke arah bertentangan dan beberapa daripada mereka berlari sambil memakai seluar. Jeritannya telah menyebabkan penduduk di sekeliling keluar untuk membantunya dan memanggil ambulans untuk menghantarnya ke hospital. Gambar suspek telah tersebar pagi tadi oleh pihak polis dan menurut mereka besar kemungkinan semua suspek adalah pekerja Indonesia.





Kesian : Perut Budak 4 Tahun Kembung Sebesar Ibu Mengandung Di China (8 Gambar)

Posted: 13 Mar 2012 03:05 AM PDT

Perut Budak 4 Tahun Kembang Sebesar Mak Mengandung Di China.
China memang penuh dengan penyakit yang pelik dan kali ini satu lagi kes yang terjadi di negara tersebut. Seorang budak empat tahun Hu Yunxing kelihatan seperti mengandung selepas perutnya lebam dan kemudian kembang sebesar perut mak mengandung. Lebih spesifik, perut tersebut berukurana 1.06 meter. Sebenarnya, perut Hu mulai berkembang sejak dia berusia 8 tahun dan kini ianya mencapai tahap yang sangat menghiraukan. Namun selepas Hu dibawa untuk rawatan di beberapa hospital, doktor juga tidak dapat terangkan apa penyebab atau nama penyakit ini. Bapa Hu telah muat naik gambar serta cerita Hu secara online agar orang di seluruh dunia dapat membantu mereka dari pelbagai segi. 



via : asiantown.net

OMG : Rupa Apple iPhone 5 Mengikut Idea Federico Ciccares (3 Gambar)

Posted: 13 Mar 2012 02:43 AM PDT

Rupa Apple iPhone 5 Mengikut Idea Federico Ciccares
Kalau ini memang iPhone 5, rasanya berapa orang nak beli ni..

Cool : 'Corpus Museum', Muzium Mengenai Tubuh Badan Kita (9 Gambar)

Posted: 13 Mar 2012 12:45 AM PDT


Corpus Museum ini terletak di Oegstgeest, Belanda dan telah dibuka sejak tahun 2008. Muzium ini sangat unik kerana perjalanan di dalam muzium itu seakan-akan "perjalanan di dalam tubuh sendiri". Muzium ini juga dikenali sebagai "a human biology interactive museum".









Sumber : Here




Cool : Kerusi Roda Berkuasa Stim Ciptaan Daniel Valdez (7 Gambar)

Posted: 13 Mar 2012 12:30 AM PDT

Ni bukan kerusi roda biasa. Tapi kerusi roda macam dalam filem X-Men kepunyaan Professor X. Tapi, kerusi roda ni telah dimodified oleh Daniel Valdez yang mengubahnya kepada kerusi roda berkuasa stim. Layan gambar-gambar di bawah yer..








p/s : Pergh..memang cool beb..

Sumber : Here

Bodoh : Gambar Bogel Pelakon Glee Tersebar (2 Gambar)

Posted: 12 Mar 2012 09:37 PM PDT


Siapa yang tengok rancangan Glee mesti kenal minah blonde yang lembab ni. Dalam Glee, dia membawa watak Britney. Tetapi, kebodohan Heather Morris ini bukan setakat dalam Glee, tapi diluar pun tetap sama. Tau tak kenapa? Dia telah upload gambar bogelnya sendiri ke iPhone Store dan tidak tahu ia bersambung dengan Internet. Bodoh atau sengaja?? Publisiti murahan ni.


Sumber : Here






Sedih : Mahasiswa Tahun 3 USM Bunuh Diri Kerana Tekanan Peperiksaan (5 Gambar)

Posted: 12 Mar 2012 09:28 PM PDT

Mahasiswa Tahun 3 USM Bunuh Diri Kerana Tekanan Peperiksaan
Satu kes bunuh diri telah berlaku melibatkan seorang pelajar USM tengah hari semalam di Sungai Dua berhampiran USM kampus induk. Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 12.45 tengah hari. Mangsa, Tan Chee Boon, merupakan penuntut Tahun 3 dari Pusat Pengajian Sains Fizik. Tan dikatakan telah meminta maaf dengan ahli keluarga serta kawan di Facebook sebelum terjun. Menurut rakannya, antara sebab dia bunuh diri besar kemungkinan kerana keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan. 





via : gerakan

OMG : [Video] Daging Ayam Palsu Telah Dicipta

Posted: 12 Mar 2012 09:13 PM PDT


Jangan risau.. ini bukan berlaku di China. Dan benda ni bukan digunakan untuk menipu pelanggan. Yes, memang daging ayam palsu, tapi boleh dimakan dan menggunakan bahan asas iaitu sayuran. 

Disebabkan khuatir dan bimbang akan pertambahan permintaan bekalan ayam global serta kesan yang akan diberikan kepada alam sekitar, pihak saintis di University Of Missouri telah pun mencipta daging ayam palsu yang dikatakan mempunyai rasa ayam sebenar. 

Ketua penyelidik di University of Missouri, Dr. Fu-Hung Hsieh telah mengusahakan penyelidikan daging ayam palsu ini selama 10 tahun dan hasilnya amat membanggakan.


 p/s : Walaupun rasa hampir sama, tapi tetap tak dapat lawan rasa ayam sebenar.. Hehe

Sumber : Here


OMG : Michelle Brent, Ahli Bina Badan Wanita USA Kahwin Buat Kali Ke-5 (12 Gambar)

Posted: 12 Mar 2012 08:57 PM PDT

Michelle Brent adalah seorang ahli bina badan wanita paling terkenal di USA. Dia seklai lagi menjadi perbualan orang ramai selepas dia bernikah untuk kali ke lima. Semua suaminya sebelum ini dikatakan dia tidak dapat tahan dengan keadaan fizikal Michelle. Kenapa? Bayangkan Michelle ini cuma 160 cm tinggi dan juga berat tubuhnya adalah 72.5 kg tetapi dia mempunyai muscle seluas 40.6 cm.  



Berita : Anak Kepada Ibu Lumpuh Telah Kembali (2 Gambar)

Posted: 12 Mar 2012 08:48 PM PDT


Akhirnya, cerita sebenar telah terbongkar. Baca berita ini.. 
KUALA LUMPUR: "Saya tahu dia tak berniat nak tinggalkan saya. Selepas ini, saya nak tinggal dengan dia kerana hanya dia yang saya ada di dunia ini. Terima kasih kepada semua, dapat jumpa dia (anak)," kata Faridah Maulud ketika dipertemukan dengan anaknya buat pertama kali semalam sejak ditinggalkan 10 hari lalu.

Dalam pertemuan penuh sayu itu, kedua-dua mereka dilihat tidak berenggang dengan sesekali anaknya, Amir Mohd Omar, 27, menyeka air mata di pipi ibu berusia 66 tahun itu sambil menerangkan dia tidak meninggalkan ibunya sendirian, tetapi terpaksa berbuat demikian atas faktor kesihatan.

Menafikan anaknya sengaja berbuat demikian, Faridah berkali-kali menyatakan yang dia tahu anaknya mengalami masalah kesihatan dan dia sendiri bersetuju untuk dibawa ke sebuah hotel berhampiran Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi memudahkan mereka berdua menerima rawatan.

"Dia ada beritahu saya yang dia nak ke hospital, jadi lebih elok saya ikut dia ke sana kerana takut tinggal berseorangan di rumah di Wangsa Maju kerana baru-baru ini ada kes pergaduhan di situ.

"Cumanya, saya tidak tahu ke mana dia pergi selepas tiga hari tak muncul, tapi dia ada tinggalkan sedikit wang untuk membeli makanan. Hari ini baru dapat jumpa," katanya ketika ditemui semalam.


Pertemuan itu diadakan hasil inisiatif Harian Metro dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) diketuai pengarahnya, Noormah Abd Rauf.

Sebelum itu, Amir hadir ke pejabat JKM WPKL di sini untuk memberi penjelasan kepada Noormah berhubung tindakannya meninggalkan ibu itu bersendirian sehingga membawa kepada laporan polis yang dibuat penyelia hotel itu pada 8 Februari lalu. Selepas itu, dia di bawa ke Pusat Sehenti Bina Diri di Sungai Buloh untuk bertemu ibunya dan berbincang mengenai kewajaran untuk mengambil semula wanita berkenaan tinggal bersamanya dalam waktu terdekat.

Sebaik melihat kelibat anak tunggalnya itu, Faridah tidak henti-henti menangis dan terpaksa ditenangkan Noormah seketika sebelum perbincangan lanjut mengenai status terkini dirinya.

"Saya hendak tinggal dengan dia kerana dia anak saya. Kalau dapat nanti, saya ingin mengajar al-Quran seperti di kampung sebelum ini. "Saya baca artikel mengenai diri saya, tapi saya tahu anak saya buat yang terbaik untuk saya. Mungkin lebih baik di hotel berbanding di rumah kerana saya tinggal seorang, di hotel orang ramai," katanya.

Sementara itu, Amir berkata, dia bersyukur kerana akhirnya dapat bertemu ibunya dan berterima kasih kepada semua pihak termasuk JKM yang membantu menjaganya sepanjang tempoh itu.

Katanya, ketika ini, fokusnya hanyalah untuk mencari pekerjaan baru selepas berhenti sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta di ibu negara petang kelmarin.

p/s : Mungkin sebelum ini kita melenting mendengar berita ini kan? Kita menghukum anaknya tanpa usul periksa. Tapi sebagai manusia yang mempunyai hati, itu ialah normal apabila melihat seorang ibu tua menangis teresak2 di dalam sebuah hotel murah. Itu tandanya kita masih mempunyai hati budi yang mulia. Maaf kepada anak beliau..

Sumber : Here



OMG : Lagi Rihanna Dengan Fesyen Yang Kurang Senonoh (2 Gambar NSFW)

Posted: 12 Mar 2012 08:22 PM PDT

Lagi Rihanna Dengan Fesyen Yang Kurang Senonoh
Pakaian yang menampakkan sesuatu yang tidak patut dan jean yang koyak sana sini.. Macam baru lepas terjatuh dari motorsikal ni. 




Cool : Khemah Versi Baru, Khemah "Terapung" Tiga Penjuru (7 Gambar)

Posted: 12 Mar 2012 08:17 PM PDT

Sebuah syarikat di British telah menghasilkan khemah yang boleh dipasang tanpa mengira apa permukaan. Boleh di hutan atau tepi pantai, khemah ini boleh digunakan. 


via : izismile

Genius : [Video] Cara Mengupas Kulit Buah Epal #LikeABoss

Posted: 12 Mar 2012 08:01 PM PDT

Cara Mengupas Kulit Buah Epal #LikeABoss
Siapa yang dapat tiru cara dia? Memang mantap...



{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment