Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Sunday, March 18, 2012

Aku Stress Giler


Serius : Tarian Transeksual, Tarikan Paling Mantap Pada Waktu Malam Di Phuket (12 Gambar)

Posted: 18 Mar 2012 07:12 AM PDT

Tarian Transeksual, Tarikan Paling Mantap Pada Waktu Malam Di Phuket.
Malam anda di Phuket takkan habis tanpa menyaksikan tarian transeksual yang menceritakan keperitan mereka menjalani kehidupan mereka. Walaupun ramai transeksual di Thailand tetapi mereka ini kadang-kadang tetap tidak dilayan seperti rakyat biasa yang lain.
p/s: semua gadis ini adalah transeksual.


Pelik : Kerja Gadis Ini - "Test Sleeper" Mencuba Keselesaan Hotel di China (10 Gambar)

Posted: 18 Mar 2012 06:40 AM PDT

Semua hotel mewah di China kini terpaksa menaikkan lagi taraf mereka selaras dengan kualiti pelarasan hotel masing-masing/ Kenapa? Sebab Zhuang dan dua orang rakannya akan mula bergerak dari sebuah hotel ke hotel lain sebagai "test sleeper". Mereka akan mencuba keselesaan bilik hotel tersebut dan juga semua benda yang terdapat di dalam bilik tersebut. Menurut Zhuang " My job is to role-play travellers of different types, different ages and genders at different scenarios, and see how each hotel fits their particular needs." Dia baru mulai bekerja tahun lepas dan setakat ini dia sudah pernah cuba lebih dari 200 buat hotel mewah China.



 via : ibtimes

Cool : Gardens of Marqueyssac, Taman Paling Cantik Dan Menarik Dunia (10 Gambar)

Posted: 18 Mar 2012 06:28 AM PDT

Terletak di Vezac, Dordogne sekitar Perancis, taman ini telah dinobatkan sebagai taman paling menakjubkan di dunia dari segi permandangan. Taman ini mempunyai keluasan sehingga 22 hektar dan terdapat 150,000 pohon yang perlu diuruskan di sini. Cuba tengok macam mana semua pohon di sini diuruskan. 

 via : flickr

Serius : Bangunan "Bat Tower" Untuk Membunuh Nyamuk Yang Tak Berhasil (4 Gambar)

Posted: 18 Mar 2012 06:07 AM PDT

Pada tahun 1929, pemilik Lower Keys di Florida, Richter Clyde begitu geram dengan nyamuk yang begitu besar kuantitinya di Hotel miliknya. Dia telah mendapat satu idea yang sangat kreatif dan juga tidak mengancam alam sekitar. Dia telah menghasilkan satu bangunan yang dipanggil "Bat Tower" yang mana mendapat inspirasi oleh ciptaan Dr. Campbell. Idea ini memerlukan Richter untuk menghasilkan rumah yang sangat menarik untuk kelawar dan sebagai balasan, kelawar ini akan tolong untuk membunuh semua nyamuk. Richter telah membina 14 menara ini tetapi ianya tidak berjaya kerana selepas setiap kali dia melepaskan kelawar tersebut, semua hilang entah ke mana. Akhirnya sehingga kini hanya satu yang boleh digunakan dan yang lain dibiarkan kosong. 

via : Flicker

Cool : [Video] Cara Orang Tokyo Hidangkan Mi Ramen Berapi

Posted: 18 Mar 2012 05:21 AM PDT

Cara Orang Tokyo Hidangkan Mi Ramen Berapi.
Kalau ada peluang ke Tokyo, mesti nak cuba ini..


Info : Apabila Senjata Dimusnahkan Di Mexico (11 Gambar)

Posted: 18 Mar 2012 05:01 AM PDT

Pihak berkuasa Mexico memusnahkan 3,091 senapang, 3,697 pistol,21 bom tangan dan 456,308 peluru dari perlbagai saiz yang dirampas dari kumpulan pengedar dadah. No More Weapons!















p/s : Stylo beb ak-47 dekat gambar second last tu..

Sumber : Here

Horror : Lembaga Aneh Muncul Di Iklan Mudah.my (Gambar)

Posted: 18 Mar 2012 04:51 AM PDT


Adakah sesiapa yang nampak kelibat lembaga aneh tersebut pada gambar di atas ni? LOL!! Kalau nak amek gambar barang pun agak-agak ar before upload. Kan dah terserlah kejantanan tu. Hahaha! 

Sumber : Here



Berita : Pengasas Red Bull Meninggal Dunia (2 Gambar)

Posted: 18 Mar 2012 03:49 AM PDT


BANGKOK – Pengasas bersama minuman tenaga Red Bull, Chaleo Yoovidhya (gambar) meninggal dunia pada umur 89 tahun, kelmarin.

Menurut laporan televisyen kerajaan, MCOT, jutawan itu meninggal dunia akibat sakit tua.

Chaloe mempunyai kekayaan AS$5 bilion (RM15.2 bilion) disenarai sebagai orang kedua terkaya di Thailand tahun lalu oleh majalah Forbes dan pernah menjadi orang ke-205 terkaya di dunia tahun ini.

Chaloe memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan dengan syarikat TC Pharmaceuticals pada 1960 yang memformulasikan prototaip minuman tenaga yang dipanggil Krathing Daeng atau Red Bull, sebelum mendapat sambutan serata dunia apabila mendapat bantuan usahawan Austria, Dietrich Mateschitz.


p/s : Mesti ramai yang tak tahu pengasas REd Bull ialah orang Thailand.

Sumber : Here



Kreatif : Semua Patung Bukan Ditutup Dengan Kain Putih (4 Gambar)

Posted: 18 Mar 2012 02:36 AM PDT

Semua Patung Bukan Ditutup Dengan Kain Putih
Kehalusan ukiran yang begitu mantap telah membuat ramai orang tertipu seolah-olah patung ini telah ditutup dengan kain putih. Tak percaya? Cuba tengok sendiri. 

OMG : Cip Terbaru IBM Mampu Download 500 Filem HD Dalam Satu Saat (3 Gambar)

Posted: 18 Mar 2012 01:29 AM PDT


Engineer IBM telah mengembangkan satu prototaip cip optik yang dapat memindah data sehingga 1 Tbps atau bersamaan dengan 116.4 Gbps.Dengan kelajuan ini, cip ini mampu untuk memuat turun 500 buah filem berdefinisi tinggi dalam hanya satu saat.

Cip yang dinamakan Holey Optpchip ini merupakan tranceiver optik parallel yang terdiri dari dua pemancar penerima yang direka untuk menampung pemindahan data yang bersaiz besar.  

Jaringan optik ini secara signifikan akan meningkatkan kelajuan pemindahan data dan mempercepat aliran data mengunakan sibnal cahaya, bukan seperti yang sebelumnya yang menggunakan elektron melalui kabel.



 p/s : Memang laju giler la. 

Sumber : Here








Cool : Makan Pizza Tanpa Mengotorkan Tangan (3 Gambar)

Posted: 18 Mar 2012 01:11 AM PDT

Bagi mereka yang suka makan pizza, boleh la tengok ciptaan kreatif ni. Lepas ni takde la kotor tangan pegang pizza tu. Memang boleh makan guna pisau n garfu, tapi takde nikmat beb. Layan je la gambar kat bawah ni.. 




p/s : Siap dengan tisu sekali.. Boleh la pizza hut atau dominos tiru.. 

Sumber : Here




Kreatif : [Video] Kalau Wanita Dunia Ini Terlalu Fanatik Dengan Beyonce

Posted: 17 Mar 2012 11:28 PM PDT

Kalau Wanita Dunia Ini Terlalu Fanatik Dengan Beyonce
Cuba tengok hidup mereka semua ini dipengaruhi oleh tarian Beyonce. 


Serius : Unkai Terrace Di Jepun Membawa Anda Dekat Dengan Awan (3 Gambar)

Posted: 17 Mar 2012 11:22 PM PDT

Unkai Terrace Di Jepun Membawa Anda Dekat Dengan Awan
Unkai telah dibuka di dalam Alpha Resort Tomamu sekitar kampung Shimukappu, Hokkaido Jepun. Kawasan ini kini menjadi lokasi paling kerap dikunjungi oleh pelancong asing yang ke Jepun. Unkai bermaksud "lautan awan" yang di lokasi ini, anda dapat melihat lautan ini dari jarak yang dekat. Dengan lokasinya berada di ketinggian 1100m, anda dapat berada dekat dengan awam juga.

  via : asiantown

Cute : Rupa Elly Tran Tanpa Menggunakan Sebarang Solekan (10 Gambar)

Posted: 17 Mar 2012 11:11 PM PDT

Rupa Elly Tran Tanpa Menggunakan Sebarang Solekan
Ada perubahan atau dia lebih hodoh tanpa solekan?


OMG : Apa Di Celah Kaki Gadis Tersebut? (Gambar)

Posted: 17 Mar 2012 10:58 PM PDT

Apa Di Celah Kaki Gadis Tersebut?
Apa yang korang nampak?



OMG : Payudara Artis Realiti Meletup Ketika Bergusti

Posted: 17 Mar 2012 10:51 PM PDT


STOCKHOLM – Seorang peserta siri realiti televisyen Sweden terpaksa dikejarkan ke hospital apabila implan dalam buah dadanya meletup gara-gara aksinya bergusti dalam lumpur, lapor media semalam.

Lina Hellqvist (gambar) menyertai siri Djungelns Drottning (Ratu Hutan) yang mengisahkan kehidupan sekumpulan 10 peserta hidup dalam hutan tanpa bantuan sebarang teknologi.

Ketika kejadian, Lina, 24, sedang bergusti dengan beberapa peserta lain apabila dia berasa satu daripada buah dadanya berbunyi.

Sumber berkata, bimbang dengan keadaan itu, kakitangan produksi Djungelns Drottning menggunakan helikopter untuk memindahkan Lina ke hospital. Menurut Lina, dia tidak menyangka sama sekali implan pada buah dadanya boleh meletup tiba-tiba.
   
"Apabila ia meletup, peserta lain benar-benar bimbang dan saya pula berasa sangat tidak selesa," katanya.

Masih mendapatkan rawatan, Lina berkata, dia masih berasa ada yang tidak kena pada buah dadanya.

Lina – turut menganggap dirinya seorang bloger – kini menunggu masa sesuai untuk menjalani pembedahan bagi membetulkan semula implan berkenaan.

Djungelns Drottning adalah siri realiti yang mencabar kemampuan wanita hidup dalam serba kekurangan. Antara tugasan mereka dalam hutan ialah menghidupkan api menggunakan perapi rambut. 

Walaupun sesetengah media melaporkan insiden itu berlaku dalam hutan di Malaysia, media lain mendakwa, penggambaran dibuat di Thailand.

Ogos tahun lalu, seorang wanita Britain mengalami nasib sama apabila implan buah dadanya meletup terkena tembakan peluru paintball. – Mirror

p/s : Yang palsu memang tak tahan lama.. Hampeh..

Sumber : Here

OMG : Pelajar Sekolah Jual Tubuh Untuk Gugur Kandungan

Posted: 17 Mar 2012 10:32 PM PDT


KULIM – Seorang pelajar tingkatan lima dilaporkan 'terpaksa' menawarkan khidmat seks bagi mengumpul sejumlah wang untuk membiayai kos membeli pil menggugurkan kandungan setelah kekasihnya bersikap lepas tangan terhadap masalah yang dihadapinya itu.

Pelajar tersebut yang hanya dikenali sebagai Shasha memberitahu media Sinar Harian bahawa dia telah menjual tubuhnya kepada beberapa orang kenalan lelaki dengan bayaran RM100 untuk setiap kali bersama.

"Untuk mendapatkan pil menggugurkan kehamilan, saya terpaksa melakukan hubungan seks dengan beberapa kenalan lain bagi mendapatkan modal.

"Pil itu (gugurkan kandungan) terbahagi kepada dua jenis. Empat biji dimakan serta-merta manakala empat biji lagi dimakan selepas 12 jam. Harga pil ini sekitar RM350 hingga RM400.

"Untuk mendapatkan wang saya akan berjumpa seorang rakan lain dan meminta dia memperkenalkan diri saya kepada beberapa pelanggan atau kenalannya," katanya yang dipetik dari media online berkenaan hari ini.

Ekoran insiden tersebut Shasha mengaku serik untuk menjalinkan sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki dan telah beralih arah untuk terjebak dengan percintaan sama jenis atau lesbian.

Menurut Shasha lagi, dia menyembunyikan hubungan sama jenis tersebut dari pengetahuan keluarga memandangkan kekasihnya, Faiz, akan datang tidur dirumahnya pada setiap hujung minggu.

"Cara ini lebih senang, ibu bapa tidak tahu kami sedang bercinta. Mereka akan menyatakan kami perempuan dan adalah lebih baik saya melepak dalam bilik dengan seorang kenalan perempuan dari keluar bersama teman lelaki.

"Saya jadi fobia untuk berkawan dengan lelaki kerana banyak keburukannya.

"Bagi saya bercinta sesama jenis lebih baik kerana ibu bapa tidak akan dapat mengesan perlakuan atau hubungan seks yang kami lakukan selain itu, ia tidak akan mengakibatkan saya hamil seperti dulu," katanya lagi. 

p/s : Dunia akhir zaman.. tugas mak bapak tu amat penting.. beri didikan agama yang cukup kepada anak-anak.. 

Sumber Asal : MNH




{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment