Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Friday, March 23, 2012

Aku Stress Giler


OMG : Harddisk Dengan Kapasiti 1 Yottabytes = 1 Trillion Gigabytes

Posted: 23 Mar 2012 07:50 AM PDT


Hardisk dengan kapasiti 1 Yottabytes (1 Trillion GB) - kini sedang dibangunkan oleh syarikat NSA di sebuah ruangan seluas 92,903 m2 sebagai tempat penyimpanan hardisk dengan kos keseluruhan sekitar 2 billon dollar (RM 6 billion).

Mengikut perancangan, tempat ini mampu menyimpan data sebesar 1 Yottabytes yang dijangkai akan siap pada tahun 2015. Pasti korang tertanya-tanya apa itu Yottabytes kan?? Berapa besar kah 1 Yottabytes? Jangan risau, di bawah ini ada beberapa data untuk korang fahami.

1000 Gigabytes (GB) = 1 Terabytes (TB)
1000 Terabytes (TB) = 1 Petabytes (PB)
1000 Petabytes (PB) = 1 exabytes
1000 Exabytes = 1 Zettabyte
1000 Zettabytes = 1 Yottabytes

p/s : Pergh.. Agak-agak berapa movie format BluRay dapat muat dalam harddisk ni? Juta2 kot.. hohoho..

Sumber : Here


Genius : "Viganella", Kampung Yang Mencipta 'Matahari' Sendiri (4 Gambar)

Posted: 23 Mar 2012 07:27 AM PDT


Di Itali, ada sebuah perkampungan kecil, Viganella, yang terletak betul-betul di bawah sebuah lembah yang dikelilingi bukit bukau dan gunung ganang yang tinggi.

Masalah utama penduduknya ialah, dari pertengahan bulan November hingga awal Februari iaitu musim sejuk, kampung ini akan jadi gelap gelita kerana cahaya matahari tidak sampai ke kampung mereka.

Hanya selepas waktu tersebut, barulah penduduknya akan menikmati cahaya matahari dan selalunya kehadiran sinaran itu akan disambut meriah, mereka akan berpesta!

Pening dengan masalah tersebut, pelbagai usaha dicari bagi mengatasi keadaan ini.

Tiba-tiba datang seorang arkitek, Giacomo Bonzani ke kampung itu. Beliau melahirkan satu idea yang pelik tetapi akhirnya ia didapati berkesan.

Bonzani telah meletakkan sebuah cermin gergasi di satu sudut dekat pergunungan itu. Tujuannya bagi membolehkan cahaya matahari yang terkena pada cermin tersebut, memantul semula ke kampung berkenaan!


Akhirnya kampung yang selalunya gelap pada musim sejuk itu kembali menikmati cahaya matahari seperti sediakala.

Cermin gergasi itu bersaiz 40 kaki, lapan meter lebar dan lima meter tinggi. Ia diletakkan kira-kira 870 meter di atas perkampungan tersebut.



Bagi menambahkan lagi keberkesanan cermin itu, ia dikawal dengan satu perisian. Perisian itu boleh mengesan matahari dan 'memberi arahan' kepada panel cermin itu agar sentiasa menghalakan cahayanya ke bawah kampung berkenaan.

Sejak cermin gergasi itu dipasang lima tahun lalu, kampung berkenaan mula menjadi tumpuan ribuan pelancong yang mahu melihat keunikkannya.

Menurut Bonzani, ketika dia mula-mula mengutarakan idea tersebut, tiada siapa yang yakin tentang keberkesanannya.

" Tetapi saya percaya ia boleh membuahkan hasil. Saya yakin pada hukum fizik," katanya.

p/s : Genius... 

Sumber : Here




Info : Gaji & Elaun Untuk Agong, Sultan, PM Dan Menteri

Posted: 23 Mar 2012 04:28 AM PDT



So, mari kita lihat berapa gaji dan elaun yang diberi pada orang orang ni semua. Orang-orang penting negara kita ni..

Aku mulakan dulu allowances untuk Agong dan Permaisuri Agong.

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.

1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun kerajaan - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000 .

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun kerajaan - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan , macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu meninggal semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan . Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.

Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 ....

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7, 187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79

So, contohnya macam Pak Lah... dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, so monthly income dia ialah

= RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79
= RM56,753.84.

Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2, 056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

p/s : Bestnye jadi diorang ni. Kami hanya share.. Bukan nak pertikai. Kebenaran tidak dapat disahkan.. Tapi dah byk blog yang post pasal benda ni..so, baca je la.. Bukan kami yang tulis ni. Boleh rujuk sumber di bawah.

Sumber : Here




Cool : "Sajjadah 1426", Sejadah Elektronik Pertama Di Dunia (3 Gambar)

Posted: 22 Mar 2012 09:50 PM PDT


Dikenali dengan nama Sajjadah 1426, produk inovatif ini dikatakan dapat menyediakan platform yang bersih dan membangkitkan atmosfera iaitu suasana atau nilai-nilai corak yang lebih menjurus kepada keindahan atau kecantikan semasa sedang bersolat. Terdapat beberapa alternatif teknologi pada sejadah ini iaitu mini LEDs, fibre optics, EL wire embroidery dan EL panel.



Sumber : Here


Cool : Nokia Cipta Paten "Tattoo" Dan Sticker Vibrate (2 Gambar)

Posted: 22 Mar 2012 09:34 PM PDT


AMERIKA SYARIKAT – Syarikat pengeluar telefon bimbit terkemuka dunia, Nokia telah mencipta satu paten dalam bentuk tatoo dan pelekat (sticker) di tubuh manusia yang akan bergetar apabila pemiliknya menerima panggilan telefon atau sistem pesanan ringkas (sms).

Menurut laman web unwiredview.com, paten yang dimaksudkan itu mengandungi dengan dakwat ferromagnetik yang ditanam pada tatoo atau pelekat tersebut yang kemudiannya akan dikesan gelombang magnet dari model telefon Nokia yang terpilih.

"Apa yang Nokia mahu lakukan ialah memohon kebenaran agar dakwat ferromagnetik dibenarkan untuk dibuat tatoo, yang akan bergetar berdasarkan getaran pada telefon bimbit anda," kata laman tersebut baru-baru ini.


Memberi pilihan kepada pengguna yang tidak bersedia atau dilarang untuk mengukir tatoo pada tubuh mereka, Nokia turut mencipta sejenis pelekat di tubuh yang mampu bergetar dan boleh ditanggalkan pada bila-bila masa.

Selain itu, laman itu juga menjelaskan bahawa pemilik tatoo itu bebas untuk memilih jenis bunyi deringan telefon mengikut nama pemanggilnya sebagaimana telefon bimbit biasa.

Malah dilaporkan juga bahawa tatoo atau pelekat tersebut turut bergetar sekiranya telefon bimbit tersebut hampir kehabisan caj bateri.

Nokia merupakan sebuah syarikat pengeluar telefon bimbit yang berpengkalan di Helsinki, Finland, dan mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia. 
 Sumber : MNH


{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment