Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Wednesday, March 28, 2012

Aku Stress Giler


Cute : Top Gamer Starcraft ll Asia Adalah Seorang Gadis Idola Taiwan (12 Gambar)

Posted: 28 Mar 2012 09:06 AM PDT

Linda Liao telah menjadi sensasi bukan sahaja di dunia permainan komputer Starcraft II tetapi kini dia juga telah menjadi idola Taiwan. Dia menggunakan ID "pikachu' dalam dunia Starcraft II dan telah menjadi juara Dalam Electronic Sports League StarCraft II Championship pada tahun 2010 mengalahkan 31 pemain yang lain. Kini dia telah menjadi duta untuk Razor dan juga model muka depan majalah terkenal dunia.

via : stomp.com.sg

Serius : Varya Akulova, Gadis Terkuat Dunia Dengan Berat Hanya 40kg (12 Gambar)

Posted: 28 Mar 2012 08:42 AM PDT

Varya Akulova telah dinobatkan sebagai 'The Strongest Girl in the World' selepas gadis yang hanya dengan berat 40kg mampu mengangkat berat sehingga 350kg.
Jadi lelaki, jangan rasa perempuan tak kuat, cuba tengok Varya sebagai contoh.

Fakta : Lelaki, Pernah Tak Ini Berlaku Pada Anda? (15 Gambar)

Posted: 28 Mar 2012 08:30 AM PDT

Lelaki, Pernah Tak Ini Berlaku Pada Anda?
Macam pernah berlaku pada admin dulu.




Lawak : Apabila Lelaki Menyuruh PhotoshopTroll Edit Gambar Dia (7 Gambar)

Posted: 28 Mar 2012 08:13 AM PDT

Apabila Lelaki Menyuruh PhotoshopTroll Edit Gambar Dia
Apa yang lawak bukan sahaja gambar dia tetapi juga emel yang berbalas antara mereka.


 via : http://www.photoshoptroll.com/

Lawak : [Video] Dr. Mental, Lagu Rap Versi Kelantan

Posted: 28 Mar 2012 06:18 AM PDT


Layan gak lagu rap versi kelantan ni beb,, Hahaha,, Layan je la sambil-sambil duk buat asaimen tu.. Lirik dia memang takleh blah.. Aku orang kelantan, so aku faham.. Bagi yang tak faham, buat-buat faham je la yer..



Ni plak lagu asal yang dinyanyikan oleh Dr Alban, seorang penyanyi Nigeria yang lahir di Sweden, 



Sumber : Here



OMG : Tidak Hidup Dan Tidak Kuat Hisap (Gambar)

Posted: 28 Mar 2012 05:52 AM PDT


Oooo.. vacuum cleaner rupenye.. Hahaha.. Tidak hidup dan tidak kuat hisap.. Macam gampang je ayat.. takleh blah ar.. LOL.. Cari yang hidup la kalau nak kuat hisap.. Hehe

Sumber : Here



Panas : [Video] Pelakon Malaysia Pertama Yang Menang Anugerah Oscar

Posted: 28 Mar 2012 05:17 AM PDT


Tajuk tu saje je nak kasi gempak.. Taknak cakap banyak.. Korang layan je la video lakonan mamat Jazli ni. Touching siot.. Hahaha.. Sape nangis sila angkat tangan..


p/s : Tak pasti samada video ni lakonan semata-mata atau pengakuan beranai mati seorang lelaki melayu terakhir.. Apa pendapat korang? Patut ambik dia yang berlakon ombak rindu ganti aaron aziz.

Sumber : Here




Fail : Cuba Cari Dimana Koo Kien Kiat Dan Tan Boon Heong (Gambar)

Posted: 28 Mar 2012 05:07 AM PDT


Amacam? Jumpa tak? Aku rasa dua-dua dalam kereta F1 tu.. MEmang susah la nak cari. Utusan online pun dah pandai ek main sorok-sorok.. LOL!! MEmang fail lah.. 


Sumber : Here


Serius : Gadis Ini Tidak Memerlukan Tangan Dalam Tren (2 Gambar NSFW)

Posted: 28 Mar 2012 03:32 AM PDT

Gadis Ini Tidak Memerlukan Tangan Dalam Tren.
Kenapa?





p/s : Plastik ni.. Tak sejuk ke ek? LOL..

OMG : Adakah Benar Ular Berkepala Tiga Ditemui Di India? (3 Gambar)

Posted: 28 Mar 2012 03:21 AM PDT

Adakah Benar Ular Berkepala Tiga Ditemui Di India?
Mesti ramai yang dah tengok gambar ni kan? Siap ada yang buat kepala berpusing2 pusing lagi. Selepas tengok gambar di bawah memang tidak dapat dinafikan ada ular berkepala tiga ditemui di India. Tetapi selepas tengok gambar di bawah lagi, mesti anda baru tahu gambar tersebut adalah photoshop. Tapi entahla.. korang pikir la sendiri..





Serius : Kisah Benar, Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Posted: 28 Mar 2012 01:12 AM PDT


Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik.

Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun.

KUALA LUMPUR: Kes 'haruan makan anak' bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

"SAYA anak tunggal. Ayah dan ibu berpisah ketika saya berusia lima tahun dan sejak itu saya tidak pernah berjumpa ibu. Menurut nenek, ibu berlaku curang, menyebabkan hak penjagaan saya diserahkan kepada ayah.

Saya juga diberitahu, ibu berkahwin lain dan ada keluarga sendiri.Bagaimanapun, ayah tidak pernah berkahwin lagi. Berikutan ayah sibuk dengan perniagaannya, saya dipelihara nenek di kampung manakala ayah tinggal di Kuala Lumpur.Seingat saya sejak kecil, ayah sering bertukar pasangan tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Hubungan ayah dengan semua kekasihnya juga tidak lama, antara dua hingga tiga bulan saja.

Ayah pernah membawa pulang beberapa kekasihnya untuk diperkenalkan kepada saya dan nenek, tetapi saya tidak sempat rapat dengan mereka. Ini kerana ketika mula hendak rapat dengan mana-mana 'auntie' (kekasih),ayah bertukar pasangan dan memperkenalkan kekasih baru.

Ayah memang banyak kekasih tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Mungkin ayah kecewa dengan perkahwinan pertamanya, tetapi saya tidak tahu jawapan sebenar kerana setiap kali bertanya, ayah berdalih kononnya tiada jodoh.

Saya tidak tahu sama ada ayah berdendam dengan ibu hingga menjadikan saya sebagai mangsa atau ayah benar-benar cintakan saya. Ini kerana menurut nenek, rupa saya 'sebiji' (sama) dengan ibu. Perubahan layanan ayah terhadap saya berlaku ketika saya di tingkatan lima.Jika ketika kecil ayah hanya melawat saya seminggu sekali, tetapi ketika di tingkatan lima, ayah semakin kerap menjenguk saya.

Kadangkala empat lima hari seminggu berikutan rumah nenek hanya 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Ayah juga kerap bertanya mengenai hubungan saya dengan lelaki. Dia Meminta saya berterus-terang dan berjanji bersikap terbuka. Yang menghairankan, semua teman lelaki saya ditolaknya kerana ada saja yang tidak kena baginya.Ini menyebabkan saya marah, tetapi ayah memang 'pakar psikologi'. Diapandai bermain dengan perasaan orang. Mungkin itu kelebihannya hingga ada ramai kekasih.

Dia memperbetulkan fokus saya daripada remaja yang ghairah ingin bercinta kepada pelajar yang tekun. Ketika itu saya yakin keputusan ayah kerana dia inginkan yang terbaik untuk saya kerana saya satu-satu anaknya. Bagaimanapun, saya mula berasa hairan apabila selepas tingkatan lima walaupun memperoleh keputusan cemerlang, ayah tidak mengizinkan saya melanjutkan pelajaran.

Lebih menghairankan, beberapa rombongan meminang saya juga ditolaknya,sebaliknya dia meminta saya membantunya dalam perniagaan. Bukan sebagai pekerja, sebaliknya saya hanya diminta menemaninya ke majlis tertentu.

Saya seolah-olah menjadi pembantu peribadi tidak rasmi ayah. Apabila dia menghadiri majlis atau meraikan rakan niaganya, dia membawa saya.

Ketika itu saya mula berasa layanan berbeza daripada ayah. Pada mulanya saya bosan kerana perlu menemani ayah ke sana sini, tetapi lama-kelaman saya gembira kerana ayah membelikan barangan mahal.

Hubungan kami juga banyak berubah kerana ayah kerap membelai dan memeluk saya. Percakapan ayah juga lain dan romantis. Dia juga kerap memberikan hadiah.

Malah, saya pernah menemui sajak dan puisi ayah yang ditulis di kertas dan surat khabar. Antaranya bertajuk cinta terlarang yang ditujukan kepada saya dalam bahasa puitis.Seperti saya katakan, ayah pandai bermain psikologi. Mungkin ini jerat ayah. Akhirnya saya menjadi lemah dengan pujukan dan kasih-sayangnya dan ayah yang sepatutnya menjadi pelindung bertukar menjadi kekasih saya.

Daripada hubungan ayah dan anak, kami semakin intim dan bercinta. Ayah melayan saya seperti kekasihnya dan mungkin kerana ketandusan kasih-sayang sejak kecil, saya terjerat dan merelakan hubungan ini.

Akhirnya kami terlanjur. Saya tidak ingat berapa kali kerana ia kerap berlaku. Kami hidup seperti suami isteri dengan saya sering bermalam dirumah ayah di Kuala Lumpur.

Kalau ayah ada urusan kerja di luar daerah, saya ikut dan tinggal bersamanya di hotel. Hasil hubungan kami yang tidak lagi terkawal menyebabkan saya hamil empat kali.

Bagaimanapun, saya sempat menggugurkan tiga kandungan awal kerana ketika itu ayah mengambil berat keadaan saya. Apabila haid saya tidak dating dua bulan, dia bawa saya berjumpa doktor untuk menggugurkan kandungan.

Beberapa rakan mengesyaki hubungan kami kerana melihat cara ayah memegang saya kadang-kala keterlaluan, tetapi saya memberi alasan saya anak tunggal.

Kuasa Tuhan menentukan ketika hamil kali keempat, ayah sibuk dengan perniagaan. Dia tiada banyak masa dengan saya. Alih-alih apabila sedar,kandungan berusia enam bulan.

Saya terpaksa mendapatkan bantuan beberapa rakan baik. Mereka mengesyaki hubungan saya dengan ayah dan saya cuba berdalih dengan lelaki lain,tetapi mereka tahu ia angkara ayah kerana saya tidak pernah ada teman lelaki.

Akhirnya saya mengaku dan berterus-terang, menyebabkan saya kini disembunyikan. Hampir sebulan saya tidak berjumpa ayah dan saya tidak mahu dia tahu di mana saya sekarang.

Saya kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan dan mendalami ilmu agama sebelum melahirkan anak tidak lama lagi. Saya sungguh menyesal dengan perbuatan saya.

Saya memohon keampunan daripada Allah, tetapi pada masa ini saya tidak sanggup bersemuka dengan ayah. Saya belum ada kekuatan kerana perasaan cinta terhadapnya masih kuat.

Saya tahu perasaan ini salah di sisi agama, sebab itu saya menjauhinya bagi menghimpun kekuatan untuk menghadapi masa depan tanpa ada hubungan terkutuk dengan ayah.Jika ayah membaca artikel ini, saya berharap ayah faham dan saya ingin menjadi anak, bukan kekasih ayah.

p/s : Dunia semakin hampir kepada penghujungnya.. 

Sumber : Here

 

Kreatif : Artis Hollywood Dan "Tilam" Mereka (11 Gambar)

Posted: 28 Mar 2012 01:02 AM PDT

Jom kita tengok gambar artis Hollywood dan tilam yang menyerupai mereka. Kreatif jugak la sapa yang buat ni. Boleh pulak dia terfikir idea macam ni. Layan jer la..













Sumber : Here

Genius : [Video] Gajah Pintar Bermain Galaxy Note

Posted: 28 Mar 2012 12:49 AM PDT


Seekor gajah pintar bernama Peter atau lebih dikenali sebagai 'Peter The Elephant' telah menunjukkan kepintarannya bermain Galaxy Note. Pihak Samsung telah mendapatkan idea hebat ini untuk mempromosi Galaxy Note keluaran mereka. Untuk pengetahuan korang, video ini tidak diedit dan Peter memang seekor gajah yang sangat pintar. Genius..


Sumber : Here

Cool : Cara Orang Asia Belajar "Like A Boss" (Gambar)

Posted: 27 Mar 2012 11:40 PM PDT

Cara Orang Asia Belajar "Like A Boss"
Siapa dapat belajar macam dia?



Serius : Miss Thailand 2012, Gadis Kacukan Thai Dan Jerman (

Posted: 27 Mar 2012 11:36 PM PDT

Vanessa Muangkod telah dinobatkan sebagai Miss Thailand 2012 pada 24 Mac 2012 bertempat di Central World Hotel, Bangkok. Dia kini adalah pelajar di Ramkhamhaeng University dan berusia 20 tahun. Dia akan mewakili Thailand dalam Miss World di China, Ogos depan. 


{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment