Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Thursday, April 12, 2012

Aku Stress Giler


OMG : Margaret Palermo, Lagi Gadis Dunia Nyata Seperti 'Barbie Doll' (12 Gambar)

Posted: 12 Apr 2012 07:03 AM PDT

Margaret Palermo, Lagi Gadis Dunia Nyata Seperti 'Barbie Doll'
Apa pendapat korang?


Kreatif : Artis Malaysia Hasilkan Potret Menggunakan Stoking (12 Gambar)

Posted: 12 Apr 2012 06:46 AM PDT

Artis Malaysia Hasilkan Potret Gunakan Hanya Stoking. Hong Yi, seorang artis yang sangat kreatif tanahair telah menghasilkan potret hanya menggunakan stoking.

OMG : Scha Al-Yahya Dengan Fesyen Kurang Sesuai, Nak Ikut Stail 'Korea' (4 Gambar)

Posted: 12 Apr 2012 06:18 AM PDT

Scha Al-Yahya Dengan Fesyen Kurang Sesuai, Nak Ikut Stail 'Korea'
Mungkin fanatik dengan Korea jadi dia pun nak ikut stail mereka. 
Tetapi admin rasanya ianya kurang sesuai..

OMG : [Video] Cara Gila Paderi Serbia Merawat Ketagihan Dadah

Posted: 12 Apr 2012 05:00 AM PDT


Seorang paderi dari Serbia, Branislav Peranovic telah dilucutkan jawatannya sebagai seorang paderi setelah video rawatan ketagihan dadah yang dijalankan oleh beliau tersebar di Internet. Cara yang digunakan seakan-akan menyeksa pesakit dengan teruk. Menurut beliau, ini adalah satu terapi untuk memulihkan ketagihan dadah. WTF...


p/s : Gila punye treatment.. Boleh mati tu..

Sumber : Here



WTF : [Video] Ini Iklan Donut Atau Iklan Gay?

Posted: 12 Apr 2012 04:37 AM PDT

 Ini Iklan Untuk Donut Atau Untuk Gay?
Apa motif iklan ini? WTF...




Sumber : Here

WTF : Macam Mana Orang Ini Boleh Muat Dalam Seluar ini? (Gambar)

Posted: 12 Apr 2012 04:27 AM PDT

Macam Mana Orang Ini Boleh Muat Dalam Seluar ini?


Kreatif : Fesyen Untuk Wanita Yang Minat Pakai Skirt (12 Gambar)

Posted: 12 Apr 2012 04:24 AM PDT

Fesyen Untuk Wanita Yang Minat Pakai Skirt.



Serius : Upacara Kemangkatan Diraja Yang Megah Di Thailand (15 Gambar)

Posted: 12 Apr 2012 04:11 AM PDT

Upacara kemangkatan Puteri Bejaratana, iaitu anak tunggal kepada mendiang Raja Viravudh ini di sambut dengan penuh penghormatan dan begitu megah sekali. Jasad mendiang telah dipindahkan dengan menggunakan sebuah bejana emas di atas kereta kayu yang ditarik oleh 200 orang sebelum mayat nya dibakar di Bangkok.
















p/s : Agak-agak berapa kos upacara ni ek? Grand gler kot.. 

Sumber : Here





OMG : Pisau Besar Sebagai Alat Membunuh (7 Gambar)

Posted: 12 Apr 2012 04:02 AM PDT

Jom kita layan gambar-gambar seni bapak pisau yang membunuh di jalanan yang cool. Buat guna kotak je kot. Tapi memang kreatif..








p/s : Kreatif giler.. Hehe

Sumber : Here




Cool : "Aqua Dream", Akuarium Berbentuk Kon Di Morocco (4 Gambar)

Posted: 12 Apr 2012 01:06 AM PDT

Terletak di tengah-tengah Morocco Mall, Aqua Dream merupakan sebuah akuarium berbentuk kon yang terbesar di dunia. Pengunjung boleh menaiki lif yang terletak di tengah-tengah akuarium tersebut hingga ke dasar yang berbentuk tirus. Terdapat lebih 3 ribu spesis hidupan laut di dalamnya.






p/s : Memang awesome..

Sumber : Here



Berita : Gadis Dirogol Depan Adik & Sepupu

Posted: 12 Apr 2012 12:57 AM PDT


PETALING JAYA – Enggan hanya berpuas hati dengan hasil samun, seorang lelaki yang memecah masuk ke dalam sebuah apartmen dihuni lima gadis bertindak merogol salah seorang daripada mangsa.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan suspek dalam kejadian jam 4 pagi kelmarin di sebuah apartmen di Damansara Damai.

Menurut sumber, suspek yang pada mulanya hanya ingin mengambil barangan berharga milik mangsa, berubah fikiran dan ingin melampiaskan nafsunya ke atas salah seorang mangsa.

Bersenjatakan pisau, suspek mengugut akan mencederakan mangsa sekiranya mereka menjerit atau cuba melarikan diri.

"Penyamun bertopeng itu memilih mangsa berusia 20-an dan merogol mangsa sambil diperhatikan oleh adik dan sepupunya yang berumur 17 dan 20 tahun di dalam bilik," katanya.

Mangsa dirogol sambil pisau diletakkan di lehernya oleh suspek yang melarikan diri sebaik selesai melakukan perbuatan terkutuk itu.

Sumber itu berkata, mangsa sempat mengecam wajah suspek selepas lelaki itu menanggalkan topengnya yang dipakainya.

Suspek memasuki apartmen terbabit dengan memecahkan mangga rumah dan mengambil masa kira-kira sejam sebelum melarikan diri.

"Ketika kejadian terdapat dua lagi rakan serumah mangsa namun mereka tidak menyedari kejadian itu kerana tidur di bilik lain," katanya.

Ketiga-tiga mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Damansara Damai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan dan suspek terlibat sudah dikenal pasti.

"Polis ketika ini sedang melancarkan gerakan memburu suspek yang ketika ini berada di sekitar Lembah Klang," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah seksyen Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan seksyen 395 samun bersenjata.

p/s : Ish3.. jahat gler.. 

Sumber : Here

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment