Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Sunday, April 15, 2012

Aku Stress Giler


WTF : Bekas Miss Wales Nekad Untuk Catwalk Bogel Dengan Perut Hamil 8 Bulan (3 Gambar)

Posted: 15 Apr 2012 07:38 AM PDT

Sophia Chalil, Bekas Miss Wales Nekad Untuk Catwalk Bogel Dengan Perut Hamil 8 Bulan.
Apakah minat sangat nak catwalk macam ini?


Serius : Perubahan Ketara Gadis Nerd Kepada Gadis Cun (7 Gambar)

Posted: 15 Apr 2012 07:32 AM PDT

Perubahan Ketara Gadis Nerd Kepada Gadis Cun.
Cuba tengok gadis ini tanpa cermin mata dan badannya semakin kuat. 

Serius ; ClockTwo, Jam Yang Waktunya Anda Perlu Baca (4 Gambar)

Posted: 15 Apr 2012 07:25 AM PDT

ClockTwo, Jam Yang Waktunya Anda Perlu Baca.
Jam ini memang agak moden tetapi yang uniknya, semua masa akan ditulis dalam perkataan bukan nombor seperti jam biasa.




Cool : Hutan 'Dinding' Buluh Sagano di Arasiyama, Kyoto (10 Gambar)

Posted: 15 Apr 2012 07:14 AM PDT

hutan Sagano ini terletak di Kyoto Basin iaitu sekitar utara Jepun yang merangkumi kawasan seluas 16 km persegi. Hutan ini telah disahkan sebagai hutan semulajadi paling cantik di Jepun bukan sahaja kerana buluhnya tetapi juga bunyi angin yang dihasilkan apabila bertiup ke dalam buluh tersebut. Kalau anda ada peluang untuk ke Jepun, jangan lepaskan peluang untuk ke tempat ini kerana anda boleh sampai di sana dengan keretapi dalam masa 30 minit sahaja.



OMG : [Video] Memperkenalkan Raja Ular Di Thailand

Posted: 15 Apr 2012 06:19 AM PDT


Pergh.. Memang gila la.. selamber je pegang-pegang ular tu.. Macam main dengan kucing jer.. Dah la ular tedung semua tengah kembang.. Memang hebat la mamat dalam video ni. Ade ilmu kot..


p/s : Mesti dia ni dah banyak kali kene patuk ular tedung..

Sumber : Here



Cool : Kamera DSLR Hasselblad Versi Ferrari (4 Gambar)

Posted: 15 Apr 2012 06:06 AM PDT

Sebuah syarikat kamera terkemuka di Sweden, Hasselblad telah bekerjasama dengan Ferrari untuk menghasilkan kamera DSLR bertemakan Ferrari. Kemera H4D-40 Ferrari Edition ini dijual dengan harga $19955.



ferrari-edition-hasselblad3
ferrari-edition-hasselblad2
ferrari-edition-hasselblad1

p/s : Mampu tengok je la.. mahal nak mampos kot.. 

Sumber : Here 
 

OMG : [Video] Buruh Binaan Berani Mati Di Beijing

Posted: 15 Apr 2012 05:56 AM PDT


Mari kite tengok buruh binaan sedang menghancurkan bangunan di Beijing ni. Memang berani mati la. Takde safety tu. Demi mencari sesuap nasi, manusia akan melakukan macam-macam benda hingga mempertaruhkan nyawa mereka sendiri. Respek!!


p/s : Korang berani? 

Sumber : Here

Cool : "Sky Cycle", Roller Coaster Kayuh Sendiri Di Jepun (8 Gambar)

Posted: 15 Apr 2012 04:14 AM PDT

Sky Cycle yang terletak di Washuzan Highland Park di Okayama ini merupakan roller coaster yang menggunakan kuasa kayuhan. Bagi yang takutkan ketinggian tidak digalakkan menaiki roller coaster ini yer. Jom kita layan gambar-gambar kat bawah ni.



p/s : Pergh.. mesti best kalau ade kat Malaysia ni.. Tapi xde la thrill sangat kot..

Sumber : Here


Review : "The Bundle Dress", Kedai Online Terhangat Masa Kini (12 Gambar)

Posted: 15 Apr 2012 02:00 AM PDT



Kali ni kami nak share pasal satu kedai online yang baru je dibuka. Kedai ni dikenali sebagai The Bundle Dress dan menjual pelbagai pilihan dress yang diimport khas dari oversea. Dress yang ditawarkan sangat cantik and lovely, dan yang bestnya harga dia memang berpatutanla.

Ok, kat sini kitorang nak share sedikit info yang menarik tentang blog ni. Mungkin ada yg tertanya- tanya apa itu bunde? Bundle clothing ni adalah pakaian terpakai ataupun masih baru yang di import khas dari luar negara. Dan dress bundle yang dijual di The Bundle Dress ni sangat cantik-cantik dan unik.

Kenapa unik? Sebab kalau anda beli di TBD, susahla nak jumpa orang lain pakai sama dengan kita. Dan yang paling bestnya, harga dia sangat berpatutan untuk produk yg sangat berkualiti. Cuba bayangkan ye, kalau anda beli dress import kat kedai, mau lebih RM50. Tapi di TBD, untuk RM50, anda boleh miliki antara 2 – 3 helai baju. Best tak?. Jadi kenapa nak berbelanja lebih?

Jadi jom kita tengok, contoh-contoh dress yang dijual di TBD

Street dress (dress untuk jalan-jalan and santai)

Nampak macam brand new beb..

TBD sediakan ukuran sekali. Jadi tak kan ada masalah salah size






Dinner and exclusive dress

Dinner dress pun ada. mana nak dapat dinner dress pada harga yang murah macam ni.




TBD juga ada share tip-tip untuk menggayakan dress. xde masalah kan untuk muslimah menggayakan dress ni. Dress-dress di TBD labuh-labuh, jadi kalau digayakan dengan inner atau cardigan, akan nampak sopan je.

Macam mana teruja tak? kalau nak tahu lebih lanjut tentang TBD atau nak lihat lebih banyak koleksi baju, bolela pegi ke www.thebundledress.com. Dapatkan dress ni as part of your collection. Jangan fikir panjang. Mana nak dapat dress murah dan berkualiti macam ni. Happy shopping!





Serius : Conshita Wurst, Penyanyi Wanita Bermisai Sangat Popular Di Austria (10 Gambar)

Posted: 14 Apr 2012 10:37 PM PDT

Seorang gadis dan juga penghibur terkenal dari Austria, Conshita Wurst dengan misai serta janggutnya telah menyentuh hati ramai pendengar di Austrian Eurovision. Ramai lelaki di sana juga menganggap dia sangat menawan. Tetapi ku rasa dia ni memang lelaki la..


Panas : Apex Sahkan Telah Putus Dengan Dahlia Teck

Posted: 14 Apr 2012 10:24 PM PDT


Ini mungkin satu khabar yang mengembirakan untuk golongan wanita negara ini apabila penjaga gol kebangsaan yang semakin panas, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex sah kembali solo.

Apex mengesahkan kepada majalah URTV dia sudah berpisah dengan Dahlia Teck.

"Saya dah tak ada awek. Saya sekarang sudah single. Dalam keadaan sekarang, saya nak tumpukan perhatian kepada kerjaya dan keluarga saya dulu. Malas nak bercerita tentang cinta yang sudah tidak berpanjangan," katanya dalam majalah itu.

Apex bagaimanapun enggan menyatakan jika perpisahan dengan Dahlia Teck berpunca daripada pihak ketiga. Dia juga memilih untuk kekal single buat seketika...Hingga bila tu Pex?

"Apa sebenarnya tentang kami, cukuplah saya dan dia yang tahu. Tidak ada punca orang ketiga. Saya lebih senang bersendiri dulu kalau  nak memikirkan soal cinta," katanya.

Apex pernah bertunang dengan Elia. Selain itu, antara nama yang pernah terkait dengan dirinya adalah Nora Danish dan Leuniey Natasha. Tidak ketinggalan juga nama Shida Harmi.

p/s : Fokus kerjaya la dulu apex.. 

Sumber : Here




OMG : Terlalu Bijak Atau Bodoh Cara Mahasiswa/i IPTA/S Untuk Selesaikan Isu PTPTN? (2 Gambar)

Posted: 14 Apr 2012 09:55 PM PDT

Terlalu Bijak Atau Bodoh Cara Mahasiswa/i IPTA/S Untuk Selesaikan Isu PTPTN?

Kelmarin demonstrasi telah dilakukan untuk menegaskan agar pemansuhan dilakukan ke atas PTPTN. Memang PTPTN selama ini telah membebankan ramai pihak tetapi adakah dengan demonstrasi dan juga upacara meletakan kalung pada gambar PM dan juga Menteri Pengajian Tinggi adalah satu cara yang bijak atau bodoh? Adakah ini cara seorang mahasiswa/i di Universiti untuk selesaikan masalah? Selain itu, seramai 300 mahasiswa/i yang berdemo kelmarin ingin berkhemah di sekitar SOGO serta Masjid Jamek sehingga BERSIH 3.0. Adakah ini cara yang bernas kerana semester di IPTA masih lagi belum berakhir. Adakah anda ingin buang masa selama 14 hari untuk berkhemah di tepi jalan dan tak ingin masuk kuliah?

Selain itu, pada pendapat admin, sesetengah yang membuat pinjaman PTPTN itu tidak mampu bayar kerana apa? Sebab terlalu memilih kerja atau malas nak bekerja? Selama ini, masalah PTPTN ini bukanlah satu isu yang besar terutamanya sekiranya seseorang graduan yang rajin untuk mencari pekerjaan dan mempunyai saluran lain untuk mencari duit. 

Kalau semua orang ingin sangat PTPTN ini dimansuhkan, apakah cara lain untuk mahasiswa/i membiayai pembelajaran mereka di IPTA/S? Nak bagi percuma kepada semua orang, apa gunanya sekiranya ramai yang lepas belajar masih 'tanam anggur' atau memilih kerja? Berapa ramai daripada jutaan mahasiswa/i yang menghargai benda yang dipanggil 'PERCUMA'? Sebagai contoh buku teks yang diberi percuma kepada semua pelajar di sekolah, cuba tengok berapa ramai pelajar yang merosakkan semua buku ini. Zaman admin dulu, disebabkan buku kena beli sendiri, setiap daripada akan dijaga dengan baik-baik serta mampu diguna oleh adik serta saudara lain untuk bertahun-tahun. 





Video:

OMG : Lelaki Minta Tolong Polis Kerana Dipaksa Melakukan Seks Berulang Kali

Posted: 14 Apr 2012 09:37 PM PDT


Jerman – Gara-gara tidak tahan dengan kehendak seks yang terlampau kuat daripada seorang wanita yang baru dikenalinya, seorang lelaki terpaksa melarikan diri ke balkoni sebelum memanggil polis untuk menyelamatkannya.

Lelaki itu terpaksa berbuat demikian selepas wanita itu enggan melepaskannya dan menuntut dia melakukan seks berulang-ulang kali.

Kejadian berlaku di Munich, selepas lelaki berusia 43 tahun itu mengenali wanita terbabit di sebuah bar.

Selepas dia dibawa oleh wanita itu pulang ke rumahnya, mereka melakukan seks beberapa kali namun lelaki itu akhirnya keletihan dan mengalah selepas diajak melakukannya lagi.

Menurut polis, lelaki itu terpaksa memenuhi permintaan wanita itu hanya semata-mata supaya dapat keluar dari rumah berkenaan, namun gagal.

Namun kerana wanita itu berterusan mendesaknya, lelaki itu kemudian terpaksa memanggil polis.

Bukan itu, sahaja, sebaik sahaja polis tiba di tempat kejadian, wanita itu sebaliknya cuba menggoda anggota polis itu untuk melakukan hubungan seks.

Namun dia bukan sahaja gagal malah ditangkap dan kini berdepan tuduhan melakukan serangan seks.

p/s : Macam ni pun ade ke? ish3.. 

Sumber : Here

Cool : Nichkhun (2PM) Dan Miss A Dalam Photoshoot Katalog Edwin Spring '12 (8 Gambar)

Posted: 14 Apr 2012 09:33 PM PDT

Nichkhun (2PM) Dan Miss A Dalam Photoshoot Katalog Edwin Spring '12


OMG : Penganut Katolik Berang Dengan 'Nun-Kini' Oleh Kate Upton (3 Gambar NSFW)

Posted: 14 Apr 2012 09:04 PM PDT

Penganut Katolik Berang Dengan 'Nun-Kini' Oleh Kate Upton.
Kate Upton, seorang model yang memegang watak dalam filem 'The Three Stooges' kini menjadi kontroversi kerana memakai pakaian yang kurang senonoh dan menyentuh isu agama. Pakaian Kate Upton ini dipanggil 'Nun-Kini' dan ianya menggunakan konsep biara dalam gereja Katolik. 
p/s: Memang patut ditegur dan sekiranya ianya menyentuh isu agama lain, ianya juga patut ditegur serta dihentikan serta merta.



OMG : Lelaki Indonesia & Remaja Perempuan Dibunuh Di Gombak

Posted: 14 Apr 2012 03:19 PM PDT

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR - Kunjungan seorang remaja perempuan ke pasar malam Wira Damai di Gombak dekat sini malam ini, berkesudahan dengan kematian apabila dia menjadi mangsa serangan seorang lelaki dipercayai warga Indonesia.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, Noor Fathanah Misnawi, pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Batu Caves meninggal

dunia di sebuah klinik swasta selepas cedera pada rusuk kanan akibat terkena tikaman senjata tajam suspek yang sedang mengejar seorang lelaki Indonesia lain.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek kemudian dapat menikam Mohammad Hasir, 30, sebelum dia melarikan diri dari tempat
kejadian.

"Terdapat lima kesan tikaman pada tubuh Mohamad Hasir termasuk di leher, bahu kiri, dada kiri dan perut menyebabkan kecederaan parah. Dia mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama malam ini.

Abdul Rahim meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil memberi maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

p/s : Memang jahanam,, 

Sumber : Here

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment