Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Wednesday, April 25, 2012

Aku Stress Giler


Serius : Remaja 18 Tahun Dinobatkan 'Gadis Paling Cantik Semulajadi' Di Britain (7 Gambar)

Posted: 25 Apr 2012 08:11 AM PDT

Remaja 18 Tahun Dinobatkan 'Gadis Paling Cantik Semulajadi' Di Britain
Dalam pertandingan ini, semua peserta tidak dibenarkan untuk menggunakan solekan, pembedahan plastik atau sebarang penggunaan alat kimia untuk mencantikkan rupa. Gadis ini bernama Florence Colgate. 



Cun : Apabila Gadis Paling Ramping China Pakai Dress Dibuat Dari Diamond (7 Gambar)

Posted: 25 Apr 2012 08:02 AM PDT

Apabila Gadis Paling Ramping China Pakai Dress Dibuat Dari Diamon.
Gadis ini adalah Li Yingzhi yang merupakan juara serta dinobatkan sebagai 'THe Most Beautiful Curves in China. 


OMG : Kereta Dihempap Oleh Tiang Besi Gergasi Di Rusia (7 Gambar)

Posted: 25 Apr 2012 07:53 AM PDT

Kereta Dihempap Oleh Tiang Besi Gergasi Di Rusia..
Memang malang tidak berbau...

Serius : [Video] Admin Nak Jadi Budak Ini, Dia Dapat....

Posted: 25 Apr 2012 07:44 AM PDT

Admin Nak Jadi Budak Ini, Dia Dapat....
Cium Cheerleader yang ramai orang di USA imipikan..


WTF : Wanita China Membunuh Lelaki Dengan Memicit Testisnya (2 Gambar)

Posted: 25 Apr 2012 07:20 AM PDT

Pada beberapa hari yang lepas, seorang gadis telah membunuh seorang lelaki dengan memicit testisnya di Haikou City, Hainan. Gadis ini dikatakan ingin meletakkan motorsikal di depan kedai tetapi tuan punya kedai ini tidak membenarkan. Gadis tersebut tidak puas hati dan kemudian mereka bertikam lidah. Sehingga menjadi serius apabila gadis memicit kemaluan lelaki yang menyebabkannya meninggal dunia. 

OMG : Keretapi Buatan Ferrari Dilancarkan Di Italy (12 Gambar)

Posted: 25 Apr 2012 07:16 AM PDT

Chairman Syarikat kereta terkemuka dunia Ferrari telah melancarkan kereta api berkelajuan tinggi yang mencecah 300kph di Naples, Italy. Kos untuk membina keretapi api berkelajuan tinggi ini mencecah hingga 1 Billion Euro.. Pergh.. Jom layan gambar..


p/s : Giler ah.. Mewah kot.. Dapat naik sekali pun jadilah..

Sumber : Here



Kaya : Sebuah Rumah Di Country Height Damansara (5 Gambar)

Posted: 25 Apr 2012 07:07 AM PDT

Country Height Damansara memang terkenal sebagai kawasan tempat tinggal manusia yang kaya dekat Malaysia ni. Jom kita layan gambar salah sebuah rumah mewah yang superb dekat are situ..


p/s : Agak-agak berapa harga rumah ni yer? 

Sumber : Here



Berita : Manchester City VS Harimau Malaya Pada 30 Julai Ini

Posted: 25 Apr 2012 04:12 AM PDT


KUALA LUMPUR: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City Football Club (Manchester City), akan mengadakan kunjungan julung kali ke Malaysia dan dijadual mengadakan perlawanan persahabatan dengan Harimau Malaya pada 30 Julai di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini.

Ketua Pegawai Jenama Komersial Manchester City, Ian Cafferky, berkata pasukan yang menjadi pencabar pilihan Liga Perdana Inggeris itu berjanji akan membariskan pemain utama mereka dan ini adalah peluang untuk peminat pasukan Sky Blues. 

"Kami akan membawa setiap pemain yang ada ke Malaysia. Lawatan ini sangat mengujakan pasukan Manchester City FC. 

"Ini jelas membuktikan terdapat satu keghairahan ketara terhadap Liga Perdana (Inggeris) di Malaysia dan kami sangat teruja untuk membawa pasukan kami menemui peminat di Asia Tenggara dan menyaksikan sendiri keterujaan peminat adalah suatu pengalaman yang menarik," katanya pada sidang media mengenai Jelajah Kelab Bola Sepak EPL oleh ProEvent International di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Subahan Kamal; Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad; Ketua Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal; dan Ketua Pegawai Eksekutif Pro Events International Sdn Bhd (Pro Events), Julian Kam.

Sementara itu, Rajagobal berkata kehadiran pasukan Sky Blues ke negara ini dan mengadakan perlawanan persahabatan adalah satu pengiktirafan dan penghormatan kerana Malaysia sekali lagi dipilih oleh satu daripada kelab utama Inggeris sebagai sebahagian daripada latihan persediaan pramusim pasukan.

"Ini adalah peluang skuad negara untuk bermain bersama pasukan bertaraf dunia. Tumpuan kita adalah persiapan Piala AFF Suzuki. Saya nak beri peluang kepada mereka (Harimau Malaya) bermain dengan pemain kegemaran mereka.
"Saya harap skuad negara dapat belajar sesuatu daripada mereka, kita kena fikir secara positif daripada menyatakan perlawanan ini tidak sesuai untuk skuad," katanya.

Beliau berkata, dua perlawanan persahabatan dengan skuad antarabangsa iaitu Arsenal FC dan Manchester City sudah diatur pada bulan Ramadan ini adalah tepat dan perlu dilihat dengan positif.

"Kita cuba fikir, mengapa kelab-kelab ini datang ke Malaysia, kemungkinan dia tahu kemudahan di Malaysia terbaik dan mereka melihat pasukan kita ada peningkatan. Ini penghormatan pada kita.

"Wakil mereka juga memberitahu bahawa Manchester City serius membawa pemain yang terbaik untuk mendapatkan kemenangan," katanya.

Skuad Harimau Malaya turut dijadualkan mengadakan perlawanan persahabatan menentang satu lagi pasukan Liga Perdana Inggeris, Arsenal pada 24 Julai nanti.
- BERNAMA 

Sumber : Here


{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment