Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Tuesday, May 15, 2012

Aku Stress Giler


Lawak : [Video] Lagu Terhangat, "Udin-Udin Sedunia"

Posted: 15 May 2012 08:04 AM PDT


Jom layan lagu ni beb.. tajuk pun dah mantap, "Udin-Udin Sedunia".. Lagu ni dah lama..ungkin ada yg dah pernah dengar.. tapi aku nak share jugak..Hahaha.. Memang lawak beb.. First dengar aku macam.."err..wtf is this".. Tapi dengar lame2 jadi layan pulak.. Thanks to bro Naqiuddin yang introduce lagu ni kat aku.. hehe


Sumber : Here

Cool : Hadiah Hari Jadi Dari Jackie Chan Kepada Anaknya - Rumah RM 3,300,000 (8 Gambar)

Posted: 15 May 2012 07:19 AM PDT

Hadiah Hari Jadi Dari Jackie Chan Kepada Anaknya - Rumah RM 3,300,000.
Bayangkan anda baru berusia 28 tahun dah dah boleh tinggal rumah sendiri dengan harga begitu mahal. Ini adalah hadiah dari Jackie Chan kepada anaknya Jaycee Chan.

Cute : Semasa Pelancaran Drama Berkaitan Dengan Dewi Kayangan (10 Gambar)

Posted: 15 May 2012 07:07 AM PDT

Semasa Pelancaran Drama Berkaitan Dengan Dewi Kayangan.
Memang ada sikit overrated ni..


Artis : Kilafairy Di Pelancaran Kempen "Aku Sudirman' (10 Gambar)

Posted: 15 May 2012 06:49 AM PDT

Jom tengok gambar Kilafairy @ bibir itik semulajadi ni dekat pelancaran kempen Aku Sudirman. Gambar dan video di bawah adalah hak milik penuh Budiey.com..












Sumber : Budiey


OMG : [Video] Bapa Melompat Dari Kereta Yang Bergerak Untuk Selamatkan Anak

Posted: 15 May 2012 06:11 AM PDT


Seorang lelaki telah melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak untuk menyelamatkan anaknya yang terjatuh keluar dari kereta tersebut di pertengahan jalan yang sibuk di China. Panjang gler ayat aku. sila tengok video kat bawah yer.Video ini mula tersebar 4 hari lepas.


Sumber : Here


Serius : Kelab Pesara Tentera Lakukan "Senaman Punggung" #ShinChan Di Rumah Ambiga (2 Gambar)

Posted: 15 May 2012 05:50 AM PDT


KUALA LUMPUR, 15 Mei — Kira-kira 10 askar bersara membuat senaman punggung pagi tadi dalam protes kedua yang dilakukan di luar rumah Datuk Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara untuk membantah perhimpunan Bersih pada 28 April yang lalu.

Ahli-ahli Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) melakukan senaman punggung itu sebagai protes terhadap pengerusi Bersih yang mereka dakwa adalah "musuh" negara.

"Kami tentera veteran ada hak untuk membantah 'musuh' yang cuba cemarkan nama negara," presiden PVTM Datuk Mohd Ali Baharom berkata.

Apabila Ambiga berjumpa dengan veteran askar di luar rumahnya, mereka memberikan poster yang ditulis "tolak Ambiga Anwar" kepadanya, yang merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di poster itu juga terdapat lukisan seorang lelaki berpakaian kuning, iaitu warna rasmi Bersih, dengan seluarnya terbuka dan punggungnya terdedah di bawah perkataan "perusuh haram Bersih 3.0".

Protes yang diadakan pada pukul 8.30 pagi itu merupakan demonstrasi kedua di hadapan rumah bekas presiden Majlis Peguam dalam kurang daripada seminggu.

Pada hari Khamis, ahli-ahli Ikhlas telah adakan "protes burger" di luar rumah Ambiga selepas mendakwa mendapat kerugian sebanyak RM200,000 disebabkan perhimpunan di ibu kota negara yang melibatkan berpuluh ribu orang.

Kira-kira 10 peniaga dan individual berpakaian seragam Barisan Nasional (BN) memasak 200 burger sewaktu protes selama satu jam itu.

Malah mereka juga menawarkan burger kepada Ambiga, yang merupakan vegetarian, serta wartawan di sana.

Namun Ambiga meminta peniaga memfailkan semua tuntutan rugi mereka di mahkamah, dan bukan adakan protes di luar rumahnya.

"Adakah perbuatan menganggu privasi seorang individual itu betul, di mana privasi sudah tiada maksud? Saya bukan berkata mereka tiada tuntutan, tapi mereka tiada hak untuk datang ke rumah saya dan berkelakuan sebegini.

"Saya terpaksa buat laporan polis kerana... ini bukan sahaja melibatkan saya tapi juga jiran-jiran dan keluarga saya," bekas presiden Majlis Peguam itu berkata.

Kini Ikhlas merancang untuk adakan protes yang lebih besar dengan melibatkan 500 peniaga pada Mei 24 kerana mereka inginkan "penganjur perhimpunan bertanggung jawab ke atas tindakan mereka dan memberi pampasan kepada peniaga".

Pihak polis telah berkata yang mereka tidak akan mengambil tindakan ke atas para peniaga kerana perbuatan "duduk di luar rumahnya tanpa menganggu orang lain" tidak salah.

"Mereka tidak memasuki rumahnya, mereka berada di kawasan awam," timbalan ketua polis Datuk Khalid Abu Bakar berkata semalam.

Beliau juga berkata bahawa semua pihak boleh berhimpun secara aman di bawah Akta Perhimpunan Aman yang dilaksanakan baru-baru ini.

Protes Ikhlas ini diadakan selepas kekecohan April 28 yang berlaku apabila penyokong Bersih melanggar penghalang yang dipasang pihak polis di sekeliling Dataran Merdeka selepas polis mendapat arahan mahkamah untuk menghalang orang ramai dari memasuki kawasan bersejarah itu.

Dataran Merdeka biasanya dibuka untuk orang awam dan disewa ke agensi kerajaan serta badan korporat untuk adakan majlis-masjlis yang besar.

Perhimpunan 28 April menyaksikan ribuan peserta berkumpul di enam lokasi berasingan sebelum bergerak menuju ke Dataran Merdeka pada mulanya aman bertukar ganas apabila Ambiga mengarahkan peserta untuk bersurai.

Namun arahan pengerusi Bersih itu tidak diendahkan pengikutnya yang berkumpul di sekitar dataran yang dikawal dan dipagar ketat pihak berkuasa.

Sejurus sebelum 3 petang, sebahagian perusuh merempuh halangan tersebut dan memaksa polis bertindak melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah perusuh.

Polis kemudiannya terus mengejar perusuh ke beberapa jalan dan suasana tegang dan kecoh menyaksikan keganasan dari kedua-dua belah pihak berlangsung hampir empat jam.

Beberapa perusuh mendakwa dibelasah pihak polis dalam lingkungan 10 orang dalam satu-satu masa dan video membuktikan dakwaan mereka, namun pihak polis menafikan perkara itu, dan mengatakan perusuh juga melakukan keganasan terhadap pihak berkuasa terbabit.
Kereta polis turut rosak, malah diterbalikkan oleh perusuh.

WTF : Keganasan Ke Atas Haiwan Oleh Gadis-Gadis Cun Di China (12 Gambar)

Posted: 15 May 2012 05:27 AM PDT

Keganasan Ke Atas Haiwan Oleh Gadis-Gadis Cun Di China.
Semua pembunuhan ini telah dilakukan oleh satu kumpulan yang dipanggil 'Crush Fetish' yang mana telah dianggotai oleh gadis-gadis yang kelihatan menawan tetapi  perbuatan yang kurang sesuai. Kerja mereka adalah menyeksa serta membunuh binatang yang comel seperti arnab. kucing dan banyak lagi. Selain itu, mereka juga merakam perbuatan mereka dan kemudian muat naik ke dalam DVD untuk mendapatkan keuntungan. Mereka juga muat naik semua video dan gambar ke dalam internet.
Berikut adalah antara video dan gambar segala perbuatan terlampau mereka ini:


Cool : [Video] "Never Give Up", Korang Patut Tengok Video Ni

Posted: 15 May 2012 02:35 AM PDT


Video ini mengisahkan mengenai seorang Veteran perang Teluk yang telah cacat selama 15 tahun akibat kecederaan yang dialaminya ketika menjadi askar dahulu. Doktor telah mengesahkan yang Arthur Boorman tidak mungkin akan dpat berjalan lagi. Tapi, semua itu boleh berubah.. Jom layan video kat bawah ni.. 


p/s : Never give up in your life..

Sumber : Here

OMG : [Video] Nyamuk Gergasi Ditemui Di Indonesia

Posted: 15 May 2012 02:09 AM PDT


Biar betik nyamuk besar tu? yeke nyamuk ni? Ke serangga lain yang menyerupai nyamuk? Ntah la.. sila komen kalau korang pernah jumpa serangga nih.. Kalau la memang nyamuk ni, kene gigit konpem benjol.. hoho..


Sumber : Here




Cun : Izara Aisyah Di Cover Depan Majalah 'Lisa' Edisi 15 Mei

Posted: 15 May 2012 02:02 AM PDT


Izara Aishah menjadi wajah penghias muka hadapan LISA edisi 15 Mei 2012.

Izara Aishah memang kita kenali sebagai salah seorang aktress muda yang sedang meningkat naik lebih lebih lagi selepas lakonan berkesan beliau dalam drama bersiri Vanilla Coklat.

Tampil dalam majalah LISA kali ini berbicara tentang diri beliau yang kini sedang berusaha meraih mimpi bergelar bintang yang bersinar, kami pasti ada sesuatu istimewa yang gadis manis ini bicarakan untuk menjadi bahan bacaan anda.

Menyentuh fesyen yang di'kenakan, kami sebagai lelaki buta fesyen pastinya tidak tahu apa jenis persalinan yang gadis ini kenakan tetapi ia'nya kelihatan agak seksi menampakkan peha. Not a problem for us, obviously. Heh.

Izara Aishah juga nampaknya baru baru ini tampil dengan sebuah video khas untuk KL SOGO mempromosikan koleksi musim panas khas (Glory Sunny Day's Summer Collection). Video untuk tatapan anda di bawah, enjoice!


 p/s : Aku memang minat dgn Izara nih.. lebih berkualiti dari Neelofa.. hehe.. 

Sumber : Here



OMG : Latihan #Extreme Kumpulan Shaolin Di China (13 Gambar)

Posted: 15 May 2012 01:27 AM PDT

Jom kita tengok macam mana geng-geng Shaolin ni berlatih.. Memang extreme beb..














Sumber : Here



{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment