Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Wednesday, July 18, 2012

Aku Stress Giler


Kejam : Akibat Berebut Laluan, Gadis Ditetak Dengan Pisau Pemotong Daging (4 Gambar)

Posted: 18 Jul 2012 02:56 AM PDT


Pada 23 Jun 2012 seorang gadis 20an, dikatakan berjalan sambil menarik bagasi di sebatang jalan yang sibuk. Gadis tersebut kemudian bertembung dengan seorang lelaki 30an, yang sedang membawa keranjang kayu yang dipenuhi dengan botol-botol kosong yang dikutip sekitar kawasan.

Disebabkan kedua-duanya mempunyai barang untuk diheret dan tidak mahu mengalah maka tercetuslah perbalahan. Lelaki itu naik berang dan kemudian mengambil parang daging yang ada di dalam trolinya.
 
Akhirnya dalam sekelip mata sahaja gadis tersebut rebah dalam keadaan berlumuran darah. lelaki tersebut akhirnya berjaya ditahan pihak berkuasa.




p/s : Giler ah!!!

Sumber : Here

Serius : "Geely Ge", Kereta Mewah Rolls-Royce Versi China (7 Gambar)

Posted: 18 Jul 2012 02:48 AM PDT

Geely Ge adalah kereta 'Rolls-Royce China' yang dihasilkan di Negara China. Kereta ini mirip kereta Rolls-Royce Phantom namun tidaklah mempunyai kualiti seperti Rolls-Royce sebenar. Ia hanya mempunyai 3 tempat duduk dan berharga sekitar £30,000.


Sumber : Here

Serius : Patung Berusia 200,000 Tahun Ditemui Di Bulan? (4 Gambar)

Posted: 18 Jul 2012 02:37 AM PDT


Sebuah catatan daripada pihak saintis baru sahaja membuktikan bahawa permukaan Bulan pada suatu ketika pernah dihuni dengan kehidupan asing. Hal itu telah dibuktikan berdasarkan penemuan sebuah arca bersaiz 10 inci di permukaan Bulan.

Pakar geologi, Dr. Morris Charles menceritakan bahawa batu aneh tersebut telah dibawa ke makmal penyelidikan NASA sejurus selepas kepulangan ekspedisi Apollo 11 pada tahun 1969. Dr. Charles merupakan salah seorang penyelidik NASA yang telah bekerja selama 23 tahun sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Walaubagaimanapun, dia masih tetap menjaga hubungan dengan pihak tempat dia bekerja dahulu.


"Arca tersebut meningkatkan perasaan ingin tahu kita. Ini bererti pada suatu waktu dahulu, atmosfera di Bulan boleh menyokong kehidupan. Selain daripada itu, arca tersebut juga menunjukkan nilai estetika yang indah dari masyarakat yang membuatnya," kata Dr.Charles kepada pemberita.

Arca yang dikenali sebagai "Angel" atau bidadari itu diperbuat daripada kombinasi besi khusus yang boleh ditemui secara ekslusif di beberapa tempat mengikut ketinggian tertentu di bulan. "Angel" merupakan arca yang menyerupai perempuan memiliki sayap di bahagian belakang dengan rambut yang panjang.

Terdapat juga kemungkinan yang arca "Angel" didatangkan khusus daripada planet lain. Berdasarkan analisis radiokarbon, pakar geologi berpendapat bahawa arca tersebut telah berusia lebih dari 200,000 tahun, yang berkemungkinan ia dibuat 170,000 tahun sebelum spesies manusia muncul di Bumi.

Dr. Miles Fredericks dari Universiti New York ada membuat kajian mengenai teori legenda orang Sumeria yang menceritakan tentang Annunaki, dewa-dewa bersayap, yang berasal dari abad 18 SM. Mungkin juga orang Sumeria pernah dikunjungi penghuni bulan, yang rupanya hampir sama dengan imej dari arca "Angel".

Walaupun terdapat banyak persoalan yang menyelubungi misteri figura "Angel", tetapi sebahagian masyarakat mempersoalkan mengapa rahsia tersebut disimpan begitu lama. "Artifak ini telah menjadi rahsia umum kepada pihak NASA selama bertahun-tahun. Namun pihak NASA terpaksa menyimpan rahsia ini bagi mencegah masyarakat dunia daripada menjadi panik.



p/s : Bukan leh caya sangat kat US nih.. tapi tak mustahil ada kehidupan lain selain dari yg ada di bumi nih.. Wallahualam..

Sumber : Here

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment