Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Saturday, July 21, 2012

Aku Stress Giler


Awesome : [Video] Cover Lagu "What Makes You Beautiful" Versi Piano Yang #Superb

Posted: 21 Jul 2012 08:44 AM PDT


Jom layan cover lagu What Makes You Beautiful dalam versi piano yang super cool. Diorang ni dikenali sebagai The Piano Guys. Memang talented. Boleh jadi top macam Walk Of The Earth yang pernah cover lagu Somebody That I Used To Know.. Layan..


p/s : Memang hebat.. 

Sumber : Here

Serius : Adakah Ini Rupa Wanita Paling Sempurna? (6 Gambar)

Posted: 21 Jul 2012 07:57 AM PDT


Gambar diatas menunjukkan rupa wanita "sempurna" mengikut kajian dan survey oleh 1,500 orang pakar kecantikan. Rupa tersebut merupakan gabungan antara 5 orang selebriti dan mengambil ciri-ciri tertentu setiap seorang iaitu rambut dan mata Cheryl Cole, dahi Kylie Minogue, Tulang pipi Kate Moss, bibir Angelina jolie dan warna kulit Katie Price.






p/s : Kecantikan ni berbeza pada pandangan setiap orang.. bagi aku tak cantik pun gabungan diorang tu..

Sumber : Here


Hebat : Aksi Penerjun Berani Mati Melompat Dari Ketinggian 100 Kaki (5 Gambar)

Posted: 21 Jul 2012 07:29 AM PDT

Berikut merupakan aksi para penerjun berani mati atau "daredevil" yang berkumpul di Villa France Do Campi sempena Red Bull Cliff Diving Series. Jom kita layan gambar-gambar kat bawah nih.. awesome...






p/s : Teringin nak cuba.. pergh.. 

Sumber : Here


OMG : [Video] Rakaman CCTV Polis Memukul Pekerja Hotel Dengan Pistol

Posted: 21 Jul 2012 06:51 AM PDT


SEREMBAN – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang menghentak kepala seorang pekerja hotel dengan pistol hanya kerana salah faham mengenai pemulangan baki wang pembelian ais krim ditahan kelmarin.

Kejadian pukul 2.50 pagi di sebuah hotel bajet di Seremban 2 itu berlaku apabila pegawai berusia 32 tahun tersebut datang bersama tiga rakannya untuk menginap di hotel tersebut.

Ketika hendak mendaftar masuk hotel, pegawai terbabit dikatakan bertengkar dengan dua pekerja hotel kerana salah faham di kaunter lobi. Kejadian itu dirakamkan selama 10 minit menerusi kamera rakaman litar tertutup (CCTV) hotel.

Menurut laporan polis yang dibuat mangsa, akibat tidak berpuas hati, pegawai terbabit bertindak memanjat kaunter lobi lalu menunjukkan pistol sebelum menghentak kepalanya dengan belakang pistol selepas berang dengan ugutan mangsa yang ingin membuat laporan polis.

Selain kepala, hentakan itu turut mengenai telinga mangsa.

Suspek kemudian ditahan selepas dua anggota polis yang menaiki sebuah kereta peronda tiba. Mangsa turut dihantar ke hospital oleh polis. – Kosmo


p/s : Kerana ais krim setitik, pecah kepala sebelanga.. 

Sumber : Here

OMG : Kegunaan Laptop Yang Aneh (9 Gambar)

Posted: 20 Jul 2012 10:39 PM PDT

Berikut merupakan beberapa kegunaan laptop yang aneh dah jarang dibuat orang. Mungkin jugak ini adalah cara untuk menguji ketahanan dan merosakkan laptop korang. Siapa yang bangang boleh la cuba..










Sumber : Here


Serius : Maria TV, Stesen Hanya Untuk Muslimah Yang Ber'Purdah Di Mesir (4 Gambar)

Posted: 20 Jul 2012 10:31 PM PDT

Sebuah stesen TV baru di Mesir dipanggil Maria TV akan mulai bersiaran minggu ini. Stesen ini bersiaran di sebuah rumah kedai sekitar Abassiya. Stesen ini akan bersiaran selama 6 jam setiap hari dalam rancangan al-Ummah. Yang menariknya adalah semua pekerja ini adalah terdiri daripada hanya muslimah yang ber'purdah' dari produser ke kamera ke pemberita dan setiap teknikal dalam stesen ini. Pemanggil juga mesti daripada golongan muslimah.Tujuan utama stsesn ini adalah untuk memberitahu semua wanita yang berpurdah di luar sana, yang mereka juga boleh berjaya seperti orang lain.

OMG : Rupa 'ClassicJimbo', 'Joker' Dalam Dunia Nyata Yang Mengamuk Dalam Cinema (6 Gambar)

Posted: 20 Jul 2012 10:16 PM PDT

Rupa 'ClassicJimbo', 'Joker' Dalam Dunia Nyata Mengamuk Dalam Panggung Wayang.
Untuk berita lanjut sila ke entri ini :batman
Ramai orang tertanya samada, ini adalah The Joker yang sebenar kerana seorang lelaki yang dikenali sebagai 'ClassicJimbo' telah mengamuk dalam sebuah panggung wayang semasa filem The Dark Knight yang terbaru. Selepas dia berjaya ditangkap, dia mengaku yang dia adalah 'The Joker' Nama sebenarnya adalah James Holmes, 24 tahun merupakan seorang pelajar PHD yang tercicir dari Universiti Colorado. Dia telah membeli tiket wayang bersama ribuan penonton yang lain untuk filem The Dark Knight. Selepas beberapa ketika dalam panggung wayang, dia telah meletupkan satu bom asap dan kemudian menembak sesuka hati menggunakan 4 senapang berbeza.Berikutan insiden itu, seramai 58 orang cedera dan 12 orang maut termasuk seorang pemberita sukan. Sebelum dia mulai menembak, dia didapati mendengar musik techno berulangkali dalam panggung wayang. Menurut sumber, dia menggunakan sebanyak 6,000 peluru yand dibelinya secara online dan juga kedai senjata tempatan. Dia berjaya ditangkap di apartment miliknya

Mari lihat rupa 'The Joker' dunia nyata ini:



Serius : Lelaki Bertopeng Bunuh 12 Penonton Semasa Tayangan Filem Batman (2 Gambar)

Posted: 20 Jul 2012 10:06 PM PDT


Denver – Seorang lelaki bertopeng melontar gas pemedih mata ke dalam sebuah pawagam yang menayangkan filem terbaru Batman – The Dark Knight Rises, sebelum melepaskan tembakan ke arah penonton, menyebabkan 12 terbunuh dan 50 lagi cedera.

Antara yang cedera termasuk kanak-kanak dalam kejadian di kompleks beli-belah Aurora dan mereka dirawat kerana terhidu gas pemedih mata.

"Kejadian ini menakutkan orang awam," kata Ketua Polis Aurora, Dan Oates. Beliau memaklumkan seorang suspek ditahan di tempat letak kereta di belakang pawagam itu.


Oates mulanya meletakkan angka korban 14 sebelum diubah kepada 12. Polis berkata, penyerang Au-rora itu muncul di depan pawagam ketika filem mula ditayangkan dan melepaskan gas pemedih mata sebelum tembakan kedengaran.

Anggota polis berada di tempat kejadian dan pihak berkuasa mengarahkan semua orang keluar bagi memeriksa bahan letupan yang tersembunyi. Oates juga memberitahu hanya seorang penyerang terbabit dalam keganasan itu.

Jurucakap polis, Frank Fania berkata, suspek James Holmes, dipercayai berusia 20-an, membawa pisau, raifal dan senapang patah ketika ditahan selain memakai jaket kalis peluru.  Polis berkata, pangsapuri suspek juga dikosongkan dan polis mencari bahan letupan selepas suspek membuat kenyataan mengenainya selepas ditahan.

Cable News Network (CNN) memetik seorang saksi sebagai berkata, seorang lelaki melepaskan tembakan rambang manakala seorang lagi saksi berkata dia mula menembak serentak dengan adegan tembak menembak dalam filem itu yang menyebabkan ramai keliru. – Reuters

p/s : Gila betul.. 

Sumber : Here

Amazing : "Mushroom Cloud" Ketika Ujian Nuklear 'Licorne' Di Perancis (4 Gambar)

Posted: 20 Jul 2012 09:51 PM PDT

Berikut merupakan beberapa gambar mushroom cloud yang dihasilkan semasa ujian nuklear di Perancis pada tahun 1970. Nuklear ini dikenali sebagai Licorne. Memang amazing..





Sumber : Here

OMG : Inilah Dia Roti Bakar Yang Berharga RM1,131 (Gambar)

Posted: 20 Jul 2012 09:40 PM PDT


LONDON - Sepotong roti bakar yang dipercayai dihidangkan pada 1981 untuk pewaris pertama takhta diraja Britain, Putera Charles dilelong kelmarin pada harga AS$359 (RM1,131), lapor agensi berita Reuters kelmarin.

Roti itu dihidangkan untuk sarapan pagi di Istana Buckingham pada hari perkahwinan Charles dengan Puteri Diana pada 29 Julai 1981. Pemilik roti itu sebelum ia dilelong ialah Rosemarie Smith yang kini berusia 83 tahun. Roti itu tidak rosak kerana dia menyimpannya selama bertahun-tahun di dalam bekas kedap udara di sebuah almari rumahnya.

Menurut Smith, seorang anak perempuannya bekerja sebagai pelayan di istana tersebut. Smith berkata, dia dan anaknya melihat Charles meninggalkan roti tersebut dari koridor istana. Menurutnya, dia kemudian memikirkan untuk menyimpan roti tersebut.

Smith berkata, pada tahun lalu, dia berpendapat roti tersebut mungkin mempunyai nilai jika dilelong ekoran majlis perkahwinan antara anak Charles, Putera William dengan Kate Middleton pada April tahun lalu. Lelongan itu dikendalikan oleh Charles Hanson Auctioneers.

Terdapat dua pembida yang mahu membeli roti tersebut menerusi telefon. - Agensi

Sumber : Here

OMG : "Tukang Peluk" Profesional Dengan Bayaran $60 Sejam (3 Gambar)

Posted: 20 Jul 2012 09:28 PM PDT


Penfield, New York - Kadangkala apa yang anda perlukan ada satu pelukan yang baik dan di sini, Jackie Samuel akan membantu anda memenuhi keperluan tersebut dengan perniagaan baru nya iaitu "The Snuggery." Anda boleh mendapat satu pelukan yang bernilai tersebut dan sudah tentu, tidak berunsur seks dengan hanya US$60 untuk satu jam.

Samuel, seorang graduan daripada University of Rochester yang berusia 29 tahun ini sedang berusaha untuk menguasai bidang kerja sosial dan memulakan langkah awal kariernya dengan menubuhkan "The Snuggery" pada bulan lalu selepas berakhirnya semester musim bunga, lapor The Henrietta Post dan ia sudah pun mula mendapat perhatian dari orang awam di seluruh negara.

Usaha Samuel juga pernah disiarkan di Fox News, CNN dan dia juga dilaporkan akan muncul  di dalam rancangan "Late Night With Jimmy Fallon" dan siaran "Sirius XM Radio's Playboy Radio." Walaubagaimanapun, Samuel tidak menyangka perniagaannya itu akan mendapat perhatian sebegini pantas.

"Saya sangat suka dipeluk, dan saya anggap ia merupakan suatu perkara yang baik untuk dilakukan. Namun, kebanyakkan orang tidak suka akan idea saya jadi saya terpaksa mengembangkan perniagaan ini secara berskala kecil bagi menyediakan sedikit pendapatan tambahan."


Dia juga pernah menjinakkan diri dalam perniagaan ini pada awal gred persekolahan untuk tujuan suka-suka. Samuel dan kakaknya juga pernah 'menjual' pelukan di tepi jalan untuk satu dolar sekali pelukan dan mereka mendapat US$80 hanya dalam tempoh satu jam.

Samuel juga memberitahu kepada akhbar Metro meskipun dia tidak mendapat kebenaran memperakui sesi dakapannya itu, dia telah pun mengkaji gaya pelukan di dalam "Sutra Cuddle."Walaupun ia mempunyai 100 gaya pelukan yang diperincikan di dalam buku tersebut, dia secara amnya hanya akan melakukan apa yang datang secara semulajadi.

Bagaimana? Sanggup bayar untuk mendapatkan pelukan yang baik?


p/s : Bisnes peluk pun ada.. Macam-macam la..

Sumber : here

Perhatian : Notis Minta Maaf Dari Pihak Admin ASG

Posted: 20 Jul 2012 09:17 PM PDT


Saya admin no 2 ingin menyatakan rasa kesal dan ingin memohon maaf di atas kesilapan kami kerana telah repost beberapa entri. Sebenarnya, hal ini berlaku kerana admin blog ASG ada dua orang. Salah seorang dari admin iaitu admin 1 sedang mengalami masalah dengan internet beliau. Jadi, beliau tidak sempat untuk memeriksa samada entri tersebut telah di post atau belum. 

Disebabkan perkara itulah terjadinya repost entri di dalam blog ini dengan tajuk yang berlainan. Bukan bermaksud untuk menipu para pembaca, tetapi disebabkan oleh kekurangan komunikasi diantara admin blog ASG. Post2 yang berkaitan telah didelete oleh saya. Kami akan cuba mengatasi masalah ini pada masa akan datang. Diharap pembaca blog ASG terus menyokong kami. Sekali lagi kami ingin meminta maaf. 





WTF : Konvokesyen Tadika Di Gaza Yang Sangat Brutal (7 Gambar)

Posted: 20 Jul 2012 05:03 PM PDT

Konvokesyen Tadika  Di Gaza Yang Sangat Brutal.
admin memang harap ini bukan benar tetapi nampaknya agak real pula..hihi
dengar-dengar semua budak ini dipaksa untuk membuat sedemikian.

Serius : Gadis 22 Tahun Ini Adalah Juara Dunia Gusti Tangan (10 Gambar)

Posted: 20 Jul 2012 04:58 PM PDT

Gadis 22 Tahun Ini Adalah Juara Dunia Gusti Tangan.
Jadi jangan nak lawan dengan gadis ini kerana anda mungkin menjadi mangsanya.

WTF : Kostum Prom Seorang Lelaki Yang Sangat Menarik Perhatian (2 Gambar)

Posted: 20 Jul 2012 04:33 PM PDT

Kostum Prom Seorang Lelaki Yang Sangat Menarik Perhatian.
Demi untuk menarik perhatian orang ramai, dia sangat memakai kostum sebegini.



{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment