Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Tuesday, July 24, 2012

Aku Stress Giler


Cute : [Video] Apabila Anjing "Membawa" Kucing Balik Ke Rumah

Posted: 24 Jul 2012 05:11 AM PDT


Jom tengok video seekor anjing "membawa" seekor kucing masuk ke dalam rumah. Pasrah je kucing tu.. memang cute.. Layan~


Sumber : Here

Genius : Tabung Yang Memupuk Semangat Rajin Menabung (5 Gambar)

Posted: 24 Jul 2012 04:07 AM PDT


Duell Saving Bank merupakan tabung yang sangat menarik walaupun rekabentuknya sangat ringkas. Tabung yang direka oleh Konstantin Slawinski ini mempunyai dua ruangan untuk menyimpan tabung duit syiling. Ini bermakna, konsep tabung ini sebenarnya "menabung sambil bersaing". Ruang tabung yang mempunyai lebih banyak syiling akan jatuh ke bawah. Siapa menabung lebih banyak, dialah pemenangnya. 





p/s : Menarik gak idea nih..

Sumber : Tiba2

WTF : Iklan Harian Metro Yang Semakin Mengarut (Gambar)

Posted: 24 Jul 2012 03:19 AM PDT

Makin lama makin mengarut iklan kat dalam Metro nih... ish3.. apa nak jadi la.. 


Sumber : Here

Cool : Kostum Pembunuh Naga Yang #Awesome (5 Gambar)

Posted: 24 Jul 2012 02:56 AM PDT

Baju perisai Dragon Slayer Bastion yang diperbuat daripada kulit ini telah direka dan dijual oleh Nathan Rodriguez melalui website nya iaitu Epic Leather dengan harga $3,999,99 USD iaitu bersamaan dengan RM13,088.97. Murahnye..






Sumber : Here

Serius : [Video] Perkahwinan Pasangan Muda Syafiq (16 Tahun) & Yana (14 Tahun)

Posted: 24 Jul 2012 01:08 AM PDT


Sekarang ini, video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, tersebar meluas di ruang internet terutamanya di laman You Tube.

Pasangan muda itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali. Lumrah apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga mereka sendiri. 

Video perkahwinan mereka memang mencetuskan fenomena kepada semua orang.


p/s : Aku respek kat pasangan ni.. dpt elakkan maksiat.. ape komen korang? 

Sumber : Here

OMG : [Video] Serangan Puak Rakhine Ke Atas Islam Rohingya Di Myanmar

Posted: 24 Jul 2012 12:54 AM PDT


YANGON (Myanmar): "Saya bukan cakap kosong, tapi ada bukti. Penduduk etnik Rakhine kini bermaharajalela menyerang dan membunuh orang Islam Rohingya di Arakan, tetapi malangnya perkara ini tidak diketahui masyarakat luar kerana pihak berkuasa bijak menyorokkan maklumat sebenar.

"Malah, anggota pasukan keselamatan turut membantu puak Rakhine menindas penduduk Rohingya. Perkara ini bukan lagi rahsia kerana semua orang Islam di Myanmar tahu, namun kami dihalang memberi bantuan," kata aktivis Islam yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 32, ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Ahmad yang ibu bapa dan adik-beradiknya masih di Arakan berkata, dia sentiasa memantau perkembangan di negeri kelahirannya itu selain berhubung dengan beberapa individu di sana untuk mendapat maklumat terkini.

Menurutnya, setiap individu Muslim tidak wajar berdiam diri tanpa melakukan apa-apa sedangkan ratusan ribu saudara seagama menderita akibat tekanan puak Rakhine yang dibantu pasukan seragam kerajaan di Arakan.

Beliau mendakwa pada masa ini ada kira-kira 115,000 orang umat Islam Rohingya tinggal di lima khemah penempatan sementara di beberapa kawasan iaitu di Thet Khapyin yang menempatkan 40,000 orang, Da Bai Thaecheung (25,000), Bumay (10,000), Budu Pa (20,000) dan Sampya Barat (20,000).



p/s : Ya Allah.. selamatkanlah saudaraku di sana.. amin..

Sumber : Here


{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment