Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Friday, July 27, 2012

Aku Stress Giler


Serius : Ini Kampung Hanya Untuk Gadis Dengan Rambut Panjang (5 Gambar)

Posted: 27 Jul 2012 08:06 AM PDT

Mereka ini dipanggil bangsa Red Yao dan telah dinobatkan sebagai kampung gadis rambut panjang pertama di dunia. Kampung ini terletak di Huangluo Yao, China. Purata kepanjangan rambut di sini adalah 5.5 kaki dan rambut paling panjang mencecah 6.8 kaki.

Superb : Lamborghini Aventador Carbonado (7 Gambar)

Posted: 27 Jul 2012 02:44 AM PDT

Mansory, sebuah syarikat dari Swiss merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam mengubahsuai kereta. Terbaru, syarikat ini telah mengubahsuai Lamborghini Aventador LP700-4. Ia dinamakan Carbonado sempena nama berlian hitam di Afrika dan Brazil. Hanya 6 buah dibina, kereta ini dihiasi dengan carbon fiber. 








Sumber


Amaran : Menghisap Rokok Sebaik Berbuka Mengundang Maut!

Posted: 27 Jul 2012 02:25 AM PDT


Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.

Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.
Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.

Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.

Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas. 

p/s :Katakan taknak!

Sumber : Here

OMG : Nombor Plat Paling Besar Di Malaysia (2 Gambar)

Posted: 27 Jul 2012 02:18 AM PDT


Memang stylo gler la pakcik ni.. Nombor plat besar gedabak. Hahaha.. siap ade tulis 1 Malaysia lagi tu.. pergh..


Sumber : Here

Cool : "Gravity Bike", Basikal Yang Tiada Pengayuh (6 Gambar)

Posted: 27 Jul 2012 02:11 AM PDT


Basikal yang diilhamkan oleh Jeff Tiedeken ini diberi nama sebagai "Gravity Bike" kerana ia tidak memerlukan sebarang pedal, rantai dan gear sepeti kebanyakkan basikal normal yang lain. Selain itu, basikal ini juga mempunyai reka bentuk yang menarik.

Ia mempunyai bingkai seolah-olah seperti bonggol di tengah-tengah badan basikal berbanding bingkai bar lurus yang sering anda lihat. Pemegang dan kerusi penunggang juga telah disisipkan bersama rangka basikal bagi membolehkan penunggang berasa selesa ketika mencangkung pada kelajuan tinggi.

Basikal ini telah menjalani ujian kelajuan di mana ia mampu memecut sehingga 50 mph dan berpotensi untuk mencapai kelajuan tertinggi iaitu 70 mph. Seperti kebanyakkan jentera yang berkelajuan tinggi (motorsikal atau kereta), basikal ini menggunakan brek cakera hidraulik (hydraulic disc brakes) untuk menghentikannya.

Walaubagaimana pun, disebabkan ia tidak mempunyai pedal seperti kebanyakkan basikal lain, ia hanya praktikal digunakan semasa menuruni jalan berbukit.



Sumber : Here

Serius : Rupa Miss Korea 2012 Dulu VS Kini Mengejutkan Orang Ramai (3 Gambar)

Posted: 26 Jul 2012 02:57 PM PDT

Rupa Miss Korea 2012 Dulu VS Kini Mengejutkan Orang Ramai.
Dia menjadi perbual orang ramai kerana mereka pada mulanya percaya yang rupanya adalah asli tanpa pembedahan. Tetapi selepas gambar zaman persekolahan dia tersebar, orang ramai masih tertanya-tanya mengenainya kerana gadis ini bakal mewakili negara dalam Miss Universe.

Kini

Dulu




WTF : Pelajar Bercium Dengan Syok Dalam Bas (2 Gambar)

Posted: 26 Jul 2012 02:47 PM PDT

Pelajar Bercium Dengan Syok Dalam Bas.
inikah budaya pelajar sekarang ? Mana perginya nilai moral yang dipelajari di sekolah?



Cool : Apabila Gadis Budaya Pop Menghiasi Kukunya (11 Gambar)

Posted: 26 Jul 2012 02:44 PM PDT

Apabila Gadis Budaya Pop Menghiasi Kukunya.
Memang kreatif tetapi beraninya orang nak buat macam ini untuk keluar dari rumah?

Kreatif : Tatu Kulit Ular Yang Menarik Pada Tangan (3 Gambar)

Posted: 26 Jul 2012 02:36 PM PDT

Tatu Kulit Ular Yang Menarik Pada Tangan.




{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment