Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Monday, August 20, 2012

Aku Stress Giler


Cool : [Video] Tutorial Untuk Menghasilkan Muzik Dubstep

Posted: 20 Aug 2012 07:08 AM PDT


Video kat bawah ni akan menerangkan kepada korang bagaimana muzik dubstep dihasilkan.. Memang explanation yang mantap dalam versi kartun yang comel.. hehe.. Skrillex's fan gonna hate this.. LOL..


Sumber : Here

Cute : [Video] Reaksi Seorang Budak Apabila Terjumpa Dinosour

Posted: 20 Aug 2012 06:50 AM PDT


Seorang budak lelaki bernama Zack telah dibawa berjalan-jalan di taman oleh ibu bapanya. Ibu bapa Zack cuba menakutkannya dengan robot dinosour yang berada di taman tersebut. Jom kita lihat apa reaksi Zack..


Sumber : here

Info : Maklumat Tersembunyi Pada Nombor Vin Kereta (Infographic)

Posted: 20 Aug 2012 06:36 AM PDT


Bace je la..dapat gak menambahkan ilmu dekat kepala hotak korang yang berjambul tu.. hehe..


Sumber : here

Review : Panduan Membina Laman Web Menggunakan Joomla

Posted: 20 Aug 2012 06:26 AM PDT


Memiliki sebuah laman web terutamanya untuk tujuan bisnes merupakan salah satu senjata terpenting pada masa kini.Jika sebelum ini,mereka yang mempunyai perniagaan hanya mempromosikan perniagaan mereka secara manual,kini melalui laman web,mereka mampu mempromosikan perniagaan mereka secara automatik dan juga ke seluruh negara tanpa batasan!

Laman web juga sangat sesuai sekali kepada usahawan-usahawan muda yang mempunyai modal kecil dan baru belajar berjinak dalam dunia perniagaan.Dengan memiliki laman web,usahawan-usahawan baru boleh memulakan perniagaan mereka tanpa perlu memiliki tapak perniagaan mereka.

Selain itu,laman web tidak tertumpu kepada satu jenis laman web sahaja,anda mampu membina pelbagai jenis laman web,antaranya ialah laman web jenis :

- Website korporat atau  portal
- Laman web persatuan / pertubuhan
- E-commerce
- Portal komuniti
- Laman web sekolah atau kolej
- Akhbar dan majalah
- Aplikasi kerajaan
- Laman web organisasi atau kebajikan
- Laman web berbentuk MLM
- Laman web persendirian atau keluarga
- Laman web peniaga kecil
- Dan banyak lagi…

Ya! Anda mampu membina bukan satu jenis laman web tetapi pelbagai jenis laman web terpulang kepada kreativiti anda.

Namun persoalan yang pastinya timbul,bagaimana membina sebuah laman web dengan mudah terutamanya bagi mereka yang tidak pernah membina laman web sebelum ini? adakah anda WAJIB mempelajari bahasa pengatucaraan web untuk membangunkan sebuah laman web? adakah terdapat panduan yang menunjukkan langkah demi langkah cara untuk membina laman web? Jawapannya ialah membina laman web menggunakan JOOMLA!

Apa itu Joomla? Untuk mengetahui mengenai Joomla,anda boleh muat turun ebook "Laporan Khas Pakar Joomla 2.5" setebal 30 Muka Surat ini yang ditulis oleh saudara Khairilizwan secara PERCUMA.Anda akan diberikan sedikit info mengenai Joomla dan juga versi-versi Joomla.Selain itu juga,diselitkan sekali beberapa fungsi tambahan terbaru Joomla 2.5 yang direalisasikan pada 24 Januari 2012 yang lalu.

Jika berminat,sila layari link tersebut untuk download laporan khas tersebut :


Info : Harga Dan Teknologi Pada Sebuah Kereta Formula 1 (InfoGraphic)

Posted: 20 Aug 2012 12:26 AM PDT


Formula 1 merupakan salah satu sukan yang memerlukan perbelanjaan yang besar. Tapi tahukah korang berapa harga setiap spare part pada kereta F1? Jom kita tengok infographic kat bawah ni. Ade explanation mengenai kos dan teknologi pada sebuah kereta F1.

klik pada gambar untuk besarkan

Sumber : Here

Pelik : Batu-Batuan Pelik Di "Love Valley", Turki (24 Gambar)

Posted: 20 Aug 2012 12:20 AM PDT

Love Valley ini terletak di Cappadocia, Turkey dan ia mempunyai sebab yg tersendiri kenapa ianya dipanggil Love Valley. Korang boleh tengok sendiri gambar kat bawah ni. Love Valley ini dipenuhi dengan batuan panjang yang menyerupai bentuk kemaluan lelaki.  Lembah ini menarik perhatian pelancong dan ramai yg datang kesini untuk melihat sendiri dan mengambil gambar


Sumber : Here

WTF : Lukisan Pelik Pada Dinding Rumah Di Bhutan (11 Gambar)

Posted: 20 Aug 2012 12:02 AM PDT

Jika korang pergi ke Bhutan, jangan terkejut jika melihat banyak rumah² disana mempunyai lukisan penis (phallus) pada dinding rumah mereka. Idea ini ditimbulkan oleh seorang sami pada diantara kurun ke 15 dan 16 yg mengadaptasi cara blasphemous dan unorthodox dalam mengajar Buddhism. Seorang bernama Drukpa Kunley berkata beliau percaya bahawa simbol ini menghalau kejahatan dan fitnah. Amalan melukis penis ini lalu berleluasa dan menjadi budaya masyarakat Bhutan sehingga kini.



p/s : Dah takde benda lain nak lukis ker? 

Sumber : here

Cool : Kerusi Yang Dapat Dilipat Dalam Masa Beberapa Saat (10 Gambar)

Posted: 19 Aug 2012 11:58 PM PDT

Folditure Chair direka oleh Alexander Gendell dan ianya boleh dilipat dengan sangat mudah sekali. Dari sebuah kerusi yg selesa, ianya boleh bertukar dalam beberapa saat menjadi satu flat pack setebal kurang dari 3/4 inci dan kemudian ianya boleh digantungkan untuk penyimpanan yg menjimatkan ruang dan kemas. 

Lihat video akhir sekali untuk melihat Folditure Chair dilipat.



p/s : Memang mudah untuk disimpan.. cool.. 

Sumber : Here

Info : Kowloon Walled City, Bandar Paling Padat Di Dunia Yang Telah Dihapuskan (22 Gambar)

Posted: 19 Aug 2012 09:15 PM PDT


Kowloon Walled City adalah kawasan paling berkepadatan paling tinggi sebelum ia dihapuskan pada tahun 1992. Dianggarkan sejumlah 50 ribu penduduk tinggal di bandar itu yg mempunyai lebih 300 bangunan tinggi yg berhubung diantara satu sama lain. Gambar² dibawah diambil oleh Greg Girard yg berkolaborasi dengan Ian Lamboth dan mengkaji bandar itu selama lima tahun. 

Seorang posmen yg ditugaskan menghantar surat di Bandar Kowloon itu tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa mempelajari laluan² masuk dan keluar sehingga beliau betul² mahir jalan disitu. Beliau juga terpaksa memakai topi kerana bandar itu penuh dengan titisan² air yg jatuh dari atas. 

Bandar itu juga menjadi syurga kepada jenayah² dan penagih dadah dan bandar itu dikelola oleh kumpulan kongsi gelap sehingga tahun 1974. Penduduk di bahagian paling atas mempunyai kelebihan kerana mereka boleh naik keatas bumbung untuk menghirup udara segar. Akhirnya pihak kerajaan mengambil keputusan untuk menghapuskan bandar itu dan kerajaan menghabiskan duit sebanyak $2.7 billion dollar Hong Kong untuk membayar pampasan kepada penduduk disitu.



Sumber : here

Sejarah : Beginilah Keadaan Kemalangan Jalan Raya Pada Tahun 30an (40 Gambar)

Posted: 19 Aug 2012 09:07 PM PDT

Berikut merupakan siri gambar kemalangan pada tahun 30an. Dengan sistem keselamatan yang lemah, kemalangan pada zaman tersebut mengundang risiko maut yang tinggi walaupun kenderaan pada zaman itu tidak selaju kenderaan sekarang. 



Sumber : Here

Cute : Adakah Ini Budak Paling Cantik Di Dunia? (10 Gambar)

Posted: 19 Aug 2012 11:42 AM PDT


Little Lolly, budak perempuan yang dikatakan paling cantik di dunia atau The Most Younger Miss World in the world atau Ratu Dunia Terkecil/Termuda Dunia.

Biasanya budak budak akan mempunya wajah comel (baby face yang cute dengan mata besar, bibir yang munggil dan pipi tembam) but this little lolly has a very beautiful face like a little princess dalam movie epik Cinderella.

Kepopularan Little Lolly ini adalah secara tak sengaja. Budak ini berasal dari Sinchuan China. Satu hari, wajahnya diambil gambar oleh seorang pelawat, Mr Lui yang kemudiannya memasukkan gambar budak ini ke dalam internet. Dia mula famous apabila gambar budak ini dipaparkan disalah satu forum popular di China yang kemudiannya menarik perhatian jutaan penduduk di sana.

Dan sekarang dia dah sangat famous dan menjadi rebutan pelbagai syarikat pengiklanan di China.










p/s : Cute gler kot.. mesti besar nnt lagi cun.. 

Sumber : here

Info : Evolusi Pistol Dari Dahulu Hingga Sekarang (InfoGraphic)

Posted: 19 Aug 2012 11:14 AM PDT

Berikut merupakan satu infographic mengenai evolusi pistol dari dahulu hingga sekarang.. layan~


Sumber : Here

Horror : Patung Mainan Seram Rekaan Alejandro Jodorowsky (14 Gambar)

Posted: 19 Aug 2012 11:07 AM PDT

Alejandro Jodorowsky merupakan seorang artis yang gemar menghasilkan patung mainan yg seram dan menakutkan. Gambar² dibawah adalah hasil kretiviti beliau yg dipamerkan di Rise of the Dolls Festival yg bertajuk Happily Ever After.Horror beb.. 

Sumber : Here

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment