Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Tuesday, February 7, 2012

Aku Stress Giler


Pelik : Kuat? Siapa Berani Buat Aksi Gadis Yang Berani Ini? (3 Gambar)

Posted: 07 Feb 2012 07:52 AM PST

Siapa Berani Buat Aksi Gadis Yang Berani Ini?
Gadis ini gigit hidung harimau, anda nak atau berani untuk buat?


via : acidcow.com

Serius : Rupa SNSD Sunny dan Tiffany Tanpa MakeUp di Hotel Sekitar USA (6 Gambar)

Posted: 07 Feb 2012 07:50 AM PST

Rupa SNSD Sunny dan Tiffany Tanpa MakeUp di Hotel Sekitar USA.
Gambar dua orang artis daripada kumpulan K-Pop terkemuka Korea telah tersebar tanpa menggunakan make-up. Adakah rupa mereka memang macam tu?

p/s: Ini sewaktu mereka berada di USA


Sunny Dengan MakeUp
 

Sunny Tanpa MakeUp

Tiffany Dengan MakeUp

Tiffany Tanpa MakeUp

Cool : Basic House, Rumah Yang Boleh Dilipat Dan Masuk Dalam Poket (6 Gambar)

Posted: 07 Feb 2012 07:48 AM PST

Seorang pereka dari Sepanyol, Martin Azna telah menghasilkan satu rumah yang boleh dilipat dan dimasukkan ke dalam poket anda. Rumah ini dipanggil Basic House. Yang menariknya, rumah ini boleh sesuaikan suhu badan manusia dan juga suhu persekitaran.  Anda boleh lipat sebelah untuk pastikan anda panas di dalam rumah ini atau lipat sebelah lagi untuk sebaliknya.

 via : martin

Genius : Cara Balas Dendam Mereka Yang Parking Sukahati di Athens (4 Gambar)

Posted: 07 Feb 2012 07:46 AM PST

Di Athens, Greece, seorang 'idiot' meletakkan kereta di tengah jalan sehingga menghalang sebuah bas untuk melalui lorong tersebut. Untuk memastikan bas tersebut dapat lalu, semua penumpang turun dan selesaikan masalah tersebut selepas tunggu untuk beberapa ketika. 
Harap-harap boleh buat di tempat admin kerana banyak orang yang terlampau pandai meletakkan kereta mereka.

 via : acidcow.com

OMG : [Video] Budak Dihukum Berjalan Tanpa Pakaian Di Lorong Dengan Suhu -13 C

Posted: 07 Feb 2012 07:44 AM PST

Budak Dihukum Tanpa Pakaian Di Lorong Dengan Suhu -13 C
Pada Tahun Baru yang lepas, seorang budak 4 tahun dari Nanning telah dihukum oleh bapanya untuk berjalan di luar lorong salji dengan suhu -13 C semasa melancong ke Amerika Syarikat. Budak tersebut hanya memakai seluar dalam kuning  dan kasut sukan terpaksa berjalan dalam kesejukkan. Apa dah jadi dengan bapa ini eh?


OMG : [Video] Iklan Durex Yang Telah Diharamkan Semasa Super Bowl 2012

Posted: 07 Feb 2012 07:42 AM PST

 Iklan Durex Yang Telah Diharamkan Semasa Super Bowl 2012
Korang rasa kenapa dia kena banned?



Cute : Burung Yang Begitu Cinta dan Sayang Pasangannya (5 Gambar)

Posted: 07 Feb 2012 06:49 AM PST

Burung Yang Begitu Cinta dan Sayang Pasangannya
Sharing is caring.



Panas : [Video] Pekerja KFC Tumbuk Customer Di I-City

Posted: 07 Feb 2012 05:22 AM PST


Kejadian yang berlaku di KFC I-City, Shah Alam ini dirakam dan dimuat naik di Youtube semalam. Disini aku copy description yang ditulis dekat Yotube pasal video ni. 

"KFC worker fight with customer in I-City...the customer were waited for more than 1 hour but when comes to his turn, there is NO MORE fried chicken for him... the customer request the management to apologize but the useless Store Manager doing nothing instead the worker shouted at customer - "kalau mau makan, buat sendiri lah BABI.."



p/s : Apa pendapat korang? Bagi aku la.. Yang berada kat KFC time tu je yang tau perkara sebenar. Tak nak la komen lebih. Tapi memang tak patut gak la dia pegi tumbuk. Kita kan perlu banyak bersabar. Kan menjatuhkan imej KFC jugak.

Sumber : Here


OMG : Padah Memakai Flip Flop Made In China (5 Gambar)

Posted: 07 Feb 2012 05:06 AM PST


Ini ialah padah memakai flip flop buatan China. Seorang wanita telah mengalami chemical burn pada kakinya selepas memakai Flip Flop made in China.Wanita ini mula mengalami gatal-gatal selepas berhenti memakai Flip Flop itu.Next 3 days,kakinya mula melepuh dan merah-merah sebelum menjadi serius.Chemical burn ini adalah reaksi daripada cuaca panas terhadap bahan kimia pada Flip Flop itu. Tapi bukan semua barang China tak bagus. Sesetengah je. Tapi apa-apa pun, be careful dalam melilih barang. jangan tengok murah je.





Sumber : Here
 
 

Cool : "FBed", Katil Untuk Pengguna Facebook Tegar (3 Gambar)

Posted: 07 Feb 2012 04:48 AM PST


Populariti Facebook memang semakin melonjak dari hari ke hari. Kini katil Facebook pula dicipta. Katil ini dicipta oleh Tomislav Zvonaric yang membuat sebuah konsep katil dengan workstation (meja kerja) yang akan memuaskan pengguna tegar Facebook.

Katil Facebook bernama 'FBed' ini berbentuk huruf F dari logo Facebook dengan posisi tertidur. Di bahagian meja kerja FBed, pengguna boleh dan mengadap monitor komputer. "FBed merupakan tempat tidur multipraktis konseptual yang membuat pengguna boleh terus update dengan Facebook, malah semasa sedang tidur sekalipun. Juga sudah letih, pengguna boleh terus tidur," ujar Zvonaric.

Namun begitu, masih belum pasti bila FBed akan dipasarkan.



Sumber : Here




OMG : Budak Dirogol 100 Kali Dalam Tempoh 3 Bulan

Posted: 07 Feb 2012 04:26 AM PST


Seorang budak perempuan berusia 11 tahun mendakwa dirinya telah diperkosa lebih 100 kali dalam tempoh tiga bulan. Kejadian itu berlaku pada tahun 2006 namun hanya didedahkan kepada umum beberapa hari lalu oleh ibu budak itu dalam blog mininya.

Ibu budak itu, Tang Juan dari Yongzhou China merayu pengamal perubatan untuk membantu anaknya, Lele, yang kini menghidap penyakit kelamin dan masalah mental selepas kejadian yang berlaku kira-kira empat tahun lalu.

Menurut ibunya, Lele mengikut seorang lelaki berusia 23 tahun yang dikenal sebagai Zhou Junhi ketika di arena luncur ais sebelum kedua-duanya pergi makan malam bersama pada 1 Oktober 2006. Selepas itu, Zhou membawa anaknya ke pusat video sebelum merogol anaknya beberapa kali.

Selepas kejadian itu, lelaki itu mengugut Lele agar merahsiakan kejadian itu atau dia akan memberitahu hal itu kepada rakan dan guru di sekolahnya. Lelaki itu turut mengugut untuk membunuh ahli keluarganya.

Dua hari selepas itu, Zhou memaksa anaknya untuk "bekerja". Lele dipaksa melacurkan diri di sebuah kelab sosial. Setiap pelanggan dikenakan bayaran sebanyak RM47 (100 yuan). Sebanyak RM14 diberikan kepada Lele, selebihnya diambil oleh pemilik kelab sosial tersebut. Wang RM14 yang diterima oleh Lele itu walaubagaimanapun diambil oleh Zhou.

Selepas berjaya diselamatkan, Lele mendakwa dirinya telah diperkosa lebih 100 kali. Setakat ini, sebanyak tujuh orang didakwa kerana terlibat dalam kes yang amat menyentuh hati ini.

p/s : Kesian budak tu...

Sumber : Here




Info : 10 Amalan Yang Merosakkan Otak

Posted: 07 Feb 2012 04:13 AM PST


1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
p/s : Sila share jika korang rasa info ini berguna. thanks..
Sumber : Here





Berita : Pasangan Direndam Kerana Selalu Berzina

Posted: 07 Feb 2012 03:27 AM PST


INDONESIA – Akibat tidak makan 'saman' dengan teguran oleh penduduk-penduduk kampung, sepasang kekasih ditangkap oleh sekumpulan penduduk kampung Gampong Crung Padang Tiji, Indonesia ketika asyik memadu asmara di dalam sebuah rumah.

Amir Mukhtar,26, dan kekasihnya Ernawati, 22, ditangkap dalam keadaan separuh bogel ketika melakukan zina dan mereka berdua di bawa berjumpa dengan pihak ketua tertinggi di kampung tersebut.

Menurut laporan dari blog Suarapeople.com, orang-orang kampung mendakwa pasangan itu kerap dilihat mengunjungi sebuah rumah di kampung berkenaan dan menyangka mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.

Setelah mengetahui yang Amir dan Ernawati bukanlah pasangan suami isteri, orang-orang kampung telah mengambil langkah untuk menasihati akan tindakan bukan muhrim yang mereka lakukan tetapi langsung tidak diendahkan.

'Kegiatan' zina antara Amir dan Ernawati telah diintip oleh orang kampung ketika mereka asyik bercumbu di dalam sebuah bilik di rumah terbabit dan terus ditangkap menyebabkan mereka berdua tidak sempat untuk memakai pakaian mereka semula.

Kerana geram dan marah nama kampung mereka terjejas, Amir dan Ernawati telah dihukum rendam dalam air di atas perbuatan berdosa mereka.

Ibu bapa masing-masing juga dipanggil untuk melihat sendiri perlakuan tidak bermoral anak-anak mereka.

Difahamkan, pasangan itu baru sahaja berkenalan dan perkenalan itu baru mencecah usia setahun.

p/s : Patut rejam je diorang nih.. kan?
Sumber : MNH



OMG : Apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat Tidak Tahu Siapa Sambut Hari Thaipusam (Gambar)

Posted: 07 Feb 2012 01:52 AM PST

Apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat Tidak Tahu Siapa Sambut Hari Thaipusam
Rasanya pelajar sekolah pun pandai nak jawab siapa sambut Thaipusam tetapi kenapa mereka di JKMM boleh lakukan kesalahan?


Cun : Gadis Misteri Ini Teman Wanita Terbaru Hafiz AF Selepas Adira (5 Gambar)

Posted: 07 Feb 2012 01:20 AM PST

Gadis Misteri Ini Teman Wanita Terbaru Hafiz AF Selepas Adira
Siapa kenal gadis ini? Apakah ini benar teman wanita terbaru pemenang Juara Lagu yang baru berlangsung minggu lepas? Apa komen anda? Adakah patut dia tinggalkan Adira AF?
Apa-apapun, sekiranya benar, semoga Hafiz dan Gadis Misteri ini akan berkekalan sehingga anak cicit.


via : cari

Serius : [Video] Tasha Manshahar, Penyanyi dan Sensasi Internet Terbaru Malaysia?

Posted: 07 Feb 2012 01:11 AM PST

Tasha Manshahar, Penyanyi dan Sensasi Internet Terbaru Malaysia?

Tasha Manshahar seorang gadis bersama gengnya , Clora Studio telah menjadi sensasi terbaru di Youtube serta industri muzik Malaysia. Yang belum dengar, anda patut dengar dan rasanya anda akan terpikat. Penyanyi ayu bagi lagu 'Be Mine', 'Hati Ini', 'Put The Blame On Me', Tasha kini sedang menjalani pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan bakal bergelar seorang guru.

Adakah Tasha and the geng akan berjaya di industri muzik negara kita seperti Yuna dan Zee Avi?

Facebook Clora Studio : Clora
Facebook Tasha : Tasha

Be Mine :


Put the Blame On Me :

Hati Ini :

Cool : Iklan Kasut PUMA Yang Cool (9 Gambar)

Posted: 07 Feb 2012 01:06 AM PST

Jom kita layan poster iklan kasut PUMA.. Diorang ni memang kreatif la.. Memang kene kreatif untuk jual produk korang. So, boleh la ambik idea PUMA ni untuk memasarkan barang korang bagi yang berniaga tu.






Sumber : Here




Serius : Mari Lihat Apa Di Dalam Pen Drive China, Meramoh (4 Gambar)

Posted: 07 Feb 2012 12:56 AM PST

Mari Lihat Apa Di Dalam Pen Drive China, Meramoh
Genius giler orang China sampai hanya menggunakan micro SD dalam prn drive. Apa-apapun, memang idea boleh tahan juga kerana kita boleh tukar pen drive ke kapasiti yang lebih besar.


via : izismile

OMG : [Video] Apakah Ini petanda buruk untuk perkahwinan mereka?

Posted: 07 Feb 2012 12:46 AM PST

Apakah Ini petanda buruk untuk perkahwinan mereka?
Sesuatu yang tak betul berlaku di antara majlis perkahwinan di gereja ini. Apakah ini petanda baik? atau sebenarnya lelaki ini mabuk?



OMG : Ternyata Ramai Orang Malas Di Dunia Ini (10 Gambar)

Posted: 07 Feb 2012 12:25 AM PST

Ternyata Ramai Orang Malas Di Dunia Ini
Kenyataan ini memang tidak dapat dinafikan kerana ianya adalah benar. Nak tengok apa sesetengah orang yang malas ini buat?


 via : izismile

WTF : Lelaki Ini Patut Dianugerahkan Sebagai 'Man Of The Year' Setuju? (Gambar)

Posted: 06 Feb 2012 08:31 PM PST

Lelaki Ini Patut Dianugerahkan Sebagai 'Man Of The Year' Setuju?
Adakah patut lelaki ini buat gadis dia angkat macam tu.Langsung tak gentlemen.




Serius : Dato' Shahrizat Kini Memakai Tudung Penuh? (Gambar)

Posted: 06 Feb 2012 08:29 PM PST

Dato' Shahrizat Kini Memakai Tudung Penuh?
Baguslah kalau dan bertaubat ni.Alhamdulillah.. Yang lain bile pulak?




OMG : Berubah Dari Lelaki Kacak Kepada Gadis Cun dan Seksi (12 Gambar)

Posted: 06 Feb 2012 08:23 PM PST

Berubah Dari Lelaki Kacak Kepada Gadis Cun dan Seksi
Siapa dapat percaya gadis yang cun dan comel ini adalah seorang lelaki.

 via : asiantown.net

Info : Cara Kenalpasti Barangan Yang Diperbuat Dari Kulit Babi

Posted: 06 Feb 2012 07:14 PM PST


Sekarang barangan kulit amat senang untuk didapati. Di pasar-pasar malam banyak dijual barangan kulit yang tidak original. Tetapi adakah anda tahu jika barangan kulit yang anda beli itu diperbuat dari kulit babi? Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.

Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:




1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga. Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi. 

Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya.

2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain. 


3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut. 

4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki. 

Bagaimana dengan anda? Adakah pernah anda terbeli barangan buatan daripada kulit babi ini seperti kasut, beg tangan, tali pinggang dan seumpamanya? Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang. InsyaAllah, dengan izinnya, semoga kita sentiasa dilindungiNya.

p/s : Sila share info ini. Thanks.. 


Sumber : Here, Here


Cute : [Video] Kucing Comel Mengganggu Perlawanan Liverpool VS Tottenham

Posted: 06 Feb 2012 06:55 PM PST


Situasi yang jarang-jarang berlaku dimana seekor kucing telah memasuki padang ketika perlawanan diantara Liverpool dan Tottenham pagi tadi. (7.2.2012) Kucing kelabu putih yang tiba-tiba sahaja berlari ke padang menuju ke pintu gol Spurs. Tapi memang cute kucing tu. Mungkin dia nak main bola jugak kot. Hehe


 Sumber : Here






{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment