Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Wednesday, February 15, 2012

Aku Stress Giler


OMG : Lelaki #ForeverAlone Melancong Bersama "Teman Wanita" Ke Seluruh Dunia (12 Gambar)

Posted: 15 Feb 2012 08:00 AM PST

Ini adalah seorang lelaki yang #ForeverAlone tetapi dia melancong ke seluruh dunia dengan Watak Anime versi Kadbod dari China ke Singapura le Bali ke Jepun seperti pasangan yang bahagia.  Memang kesian tetapi at least dia tetap ada teman walaupun watak anime.Mari lihat gambar dia melancong dengan 'teman wanita'nya.

 via : izismile.com

OMG : Mari Lihat Gambar Dan Cara 'Censored' Versi Arab (12 Gambar)

Posted: 15 Feb 2012 07:57 AM PST

Mari Lihat Gambar Dan Cara 'Censored' Versi Arab
Kalau di Kelantan, anda mungkin lihat iklan yang kebanyakkan gadis yang tidak bertudung akan diedit supaya menutup aurat. Tetapi di Arab bukan sekadar iklan tetapi dari kartun sehingga ke dalam majalah. Semuanya akan di'censored' kerana dikatakan tidak menutup aurat.



 via : acidcow.com

Serius : Adakah Lindsay Lohan Semakin Tua? (5 Gambar)

Posted: 15 Feb 2012 07:45 AM PST

Adakah Lindsay Lohan Semakin Tua?
Dulu bukan main cantik, tetapi cuma satu atau dua tahun kemudian, tiba-tiba menjadi semakin tua eh?



Info : Kenapa Islam Haramkan Seks Luar Tabie?

Posted: 15 Feb 2012 05:16 AM PST


Kenapa Islam haramkan seks melalui dubur atau seks di luar tabie? Berikut ialah sebabnya.. Baca dan fahamkan.

Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit, "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah S.A.W menjawab: "Itu halal". Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah S.A.W memanggilnya dan bertanya: "Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang? Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya."

Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:-

1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.

2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.

3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.

4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.

5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.

6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.

7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.

8. Wajah tidak berseri.

9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.

10. Menimbulkan kebencian.

p/s : bagi yang dah berkahwin, jangan sekali-kali cuba.. dan jangan jadi homoseksual.. Haram... 

 Sumber : Here

Berita : Perniagaan Tukaran Wang Asing, FOREX adalah Haram

Posted: 15 Feb 2012 05:07 AM PST


Siapa kat sini tau pasal Forex? Dah lama kot benda ni wujud n dah ramai yang jadi kaya sebab main benda ni. Ada yang berenti kerja dan main Forex sepenuh masa. Tapi Fatwa telah dikeluarkan bahawa Forex ini adalah haram. Baca artikel di bawah.

KOTA BHARU – Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

"Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam."

"Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.
"Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu," katanya.

Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.

"Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah." – BERNAMA

Sumber : Here 

Horror : Apa Yang Terjadi Kepada Lelaki Ini? (2 Gambar)

Posted: 15 Feb 2012 03:20 AM PST


Memang horror beb.. Macam mane la boleh tercucuk kepala dia kat situ.. Orang kerja construction ni memang terdedah kepada risiko macam ni.. Bahaya...


Sumber : Here



Cute : Persahabatan Antara Kucing Dan Tikus (6 Gambar)

Posted: 15 Feb 2012 03:04 AM PST

Pernah tengok kucing dan tikus berkawan baik? Mungkin pernah kan? ni aku nak share gambar kucing yang macam takut je dengan tikus tu. Macam pasrah je. Last-last diorang tidur sama-sama.. Memang cute.. Layan~~


p/s : Baik je kucing tu.. hehe

Sumber : Sochai


WTF : Remaja Sembelih Anak Anjing Dengan Bangganya (3 Gambar)

Posted: 15 Feb 2012 02:57 AM PST


Dafuq is this?? Memang jahanam la mamat ni.. Dah takde keja lain ker? Ish3... 
Mengikut maklumat, remaja lelaki yang tak berapa betul ni bernama Aleksey Milchakov, berumur dalam lingkungan 20-an dan berasal daripada Rusia..Tindakan gila dia ni telah mendapat liputan yang meluas dalam laman-laman sosial di seluruh negara Rusia..

Dalam laman web remaja ni jugak telah mengajak untuk membunuh binatang, orang-orang gelandangan (yang tak berumah) dan kanak-kanak..

Berikut merupakan kenyataan remaja ni setelah membunuh anak anjing tersebut:

"I've got another confirmation that a dog is not only a friend of a man, but can be a nice barbecue too" - Aleskey..

Siap BBQ tu.. memeang kejam..



Sumber : Here


OMG : Apa Yang Polis Ini Lakukan? (3 Gambar)

Posted: 15 Feb 2012 02:35 AM PST


Apa yang sekumpulan polis ni cari? adakah dadah? senjata berbahaya? atau diorang ni sedang repair kereta tu? Nak tau jawapannye? tengok je gambar kat bawah..



p/s : Memang mulia.. Kesian kucing tu.. Comot jer.. Faith in Humanity = RESTORED!!

Sumber : Here



Genius : Cara Penembak Sniper di China Menjalani Sesi Menembak Mereka (10 Gambar)

Posted: 14 Feb 2012 09:58 PM PST

Penembak Sniper di China telah menggunakan teknik ini untuk mengasah ketahanan mereka semasa menggunakan senapang. Nak tahu cara mereka, sila tengok gambar di bawah ini .

 via : asiantown.net

Cool : Rekaan Dalaman Rumah Bernilai RM 36,407,99 di Beverly Hills (12 Gambar)9

Posted: 14 Feb 2012 07:45 PM PST

Rumah banglo Komtemperari di Beverly Hills ini adalah dibina oleh arkitek Israel, Yechiel Eli Yogvev. Rumah ini terdapat tiga bilik tidur, satu bilik tidur untuk orang gaji, bilik filem dan ruangan atas untuk kolam renang. Rumah ini seluas 8,300 kaki persegi.

 via : asiantown.net

WTF : Apabila Orang Pro-Politik Terlalu Pandai Berbicara (Gambar)

Posted: 14 Feb 2012 06:34 PM PST

Apabila Orang Pro-Politik Terlalu Pandai Berbicara.
Ini yang akan menaikkan lagi kemarahan bangsa lain. Ini adalah sebab yang membuat pelbagai masalah di negara ini. 


WTF : [Video] Perlawanan Liga Super Berakhir Menjadi Perang 'Darah' Di Bukit Jalil

Posted: 14 Feb 2012 05:32 PM PST

Ini bukan soal racist atau apa. Ini soal mereka yang kurang matang dan hanya tahu maki sesama bangsa serta agama. agama tak pernah ajar kita buat macam ini tetapi orang tetap lakukan. Ini apa yang berlaku di Stadium Bukit Jalil semasa perlawanan antara Kelantan dan Selangor.


Ini videonya : 

via : mediajer

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment