Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Tuesday, February 14, 2012

Aku Stress Giler


WTF : Mak Cik Tayang G-String Di Tempat Awam Singapura (2 Gambar)

Posted: 14 Feb 2012 08:00 AM PST

Mak Cik Tayang G-String Di Tempat Awam
Seorang mak cik yang konfiden memakai seluar dan tayang g-string tanpa malu sekitar tempat awam di 313 Somerset.




Cute : Koleksi Nama Untuk Cara Pelik Seekor Kucing Tidur #2 (13 Gambar)

Posted: 14 Feb 2012 08:00 AM PST

Koleksi Nama Untuk Cara Pelik Seekor Kucing Tidur #2
Mari tengok lagi cara-cara kucing tidur.
Yang belum tengok bahagian satu, sila ke : link

The Librarian

The Ruler

The Windowsill

The Clothes Dryer

The Pot Luck

The Head-Rush

The Odd One Out

The Bag Of Limbs (Box Edition)

The Bag Of Limbs (Couch Edition)

The Dog Bed

The Mid-Sentence 

The Married Couple

The Office Worker

OMG : Jangan Pernah Muat Turun Gambar Pelik Dalam Facebook (12 Gambar)

Posted: 14 Feb 2012 07:57 AM PST

Jangan Pernah Muat Turun Gambar Pelik Dalam Facebook
Seorang lelaki telah muat turun gambar dia lompat turun dengan aksi yang agak pelik. Tidak lama kemudian, gambar dia telah menjadi meme di antara rakan-rakan untuk memalukannya. 




via : wildamno

Cool : El Diablo, Restoran Atas Volcano Tanpa Gunakan Gas Memasak (11 Gambar)

Posted: 14 Feb 2012 07:56 AM PST

Restoran "El Diablo" adalah sebuah restoran yang dibina di atas gunung berapi sekitar Kepulauan Lanzarote, Sepanyol. Gunung Berapi tersebut masih lagi aktif. Ini sebenarnya motif utamanya kerana makanan dimasak menggunakan kepanasan gunung berapi. Memang menjimatkan duit daripada membeli gas. Tetapi apa akan berlaku kalau gunung berapi meletus? 





 via : izismile

Cool : Ini Apa Yang dipanggil Kereta Serbaguna Dan Mantap (7 Gambar)

Posted: 14 Feb 2012 07:45 AM PST

Ini Apa Yang dipanggil Kereta Serbaguna Dan Mantap
Phibian adalah sebuah kereta yanh dicipta oleh Gibbs Technologies merupakan sebuah kereta High Speed Amphibian terbesar dunia. Kereta ini mampu menampung berat sehingga 1500 kg dan membawa 15 penumpang. Kereta ini mampu boleh berjalan di atas jalan dan juga atas air dengan kelajuan yang tinggi. 

Serius : Ini 'Sex Toy' Yang Berjaya Dijual Sebanyak 50,000 Dalam Setahun (6 Gambar)

Posted: 14 Feb 2012 07:45 AM PST

Kini China telah menjadi pengeluar 'sex toy' yang terbesar di dunia dengan berjaya menjual 50,000 ke luar negara sahaja. Ini tidak termasuk jualan di China sendiri. Apa yang menarik adalah terdapat 13 jenis 'sex toy' yang dijual oleh The Ningbo Yamei, syarikat yang menghasilkan semua patung ini. Antara negara yang mempunyai permintaan tinggi untuk patung ini adalah Afrika, Korea dan Rusia.



 via : ibtimes

OMG : Ibu Segala Gajet, Fujitsu LifeBook 2013 (8 Gambar)

Posted: 14 Feb 2012 04:55 AM PST


Semakin hari teklonogi menjadi semakin advanced. Ada je benda baru yang dicipta. Syarikat yang mencipta gajet ni berlumba-lumba buat reseach and develop benda baru untuk dipasarkan.  Tapi kat sini aku nak share satu idea yang sangat hebat dan sesuai dengan manusia yang gilakan gajet ni. memperkenalkan.... Fujitsu Lifebook 2013! Lifebook ni telah di ilhamkan oleh Prashant Chandra, seorang warga India. Tetapi, produk ini belum dikeluarkan dan mungkin akan dipasarkan pada 2013. 






p/s : Memang awesome la benda nih.. Pakej lengkap beb..  Tapi benda ni hanya konsep ok.. Belum lagi dibuat..

Sumber : Here

 

Info : Cara Menggunakan Carian Google Dengan Betul Untuk Students

Posted: 14 Feb 2012 03:59 AM PST

Kali ni aku nak share pasal menggunakan carian google atau Google Search dengan betul. Khas untuk pelajar sekolah mahupun pelajar di universiti. Tak dapat dinafikan bahawa Google adalah antara search engine yang paling banyak digunakan untuk mencari maklumat. Para pelajar biasanya akan gunakan Google untuk mencari maklumat mengenai assignment. Tetapi di bawah ni adalah cara yang betul dan lebih effisyen untuk menggunakan Google search. Jom kita baca cara yang diajar oleh syarikat Google sendiri.


Klik SINI untuk besarkan gambar

p/s : Harap info ni berguna untuk korang.. :)

Sumber : Sochai

Info : Laman Web "dot.com" Pertama dan Tertua Di Dunia (2 Gambar)

Posted: 14 Feb 2012 03:25 AM PST


Ini adalah fakta yang dikutip ketika blogwalking. Adakah korang tau website pertama yang mendaftar dibawah domain .com? ? Bukan Google atau Yahoo yer.. Tapi Symbolics.com. Ia merupakan website pertama yang menggunakan domain .com.

Untuk makluman korang, laman web tertua tersebut adalah Symbolics.com yang telah didaftarkan pada 15 Mac 1985, dan digunakan oleh perusahaan computer manufacturing Symbolics Inc. Sekarang ni, ia tidak lagi digunakan namun masih lagi wujud. Kalau korang rasa nak singgah, pergi je la kat link ini - Symbolics.com


p/s : tak lama lagi blog ni pun akan menggunakan domain .com. bukan lagi under blogspot. Hehe

Sumber : Here & Here


Sejarah : 29 Fakta Rahsia Mengenai Malaysia

Posted: 14 Feb 2012 03:13 AM PST


Warning!! Benda ni tidak dapat di sahkan kebenarannya. Sekadar share benda yang dijumpai di dalam blog orang lain. So, komen tu berhemah la. Bukan confirm betul dan tepat.. 

Terdapat 29 rahsia negara yang tak pernah kita tahu sebelum ni, tapi aku sendiri pun tak tahu sama ada fakta tu benar atau pun tidak..Terpulang pada diri masing-masing dalam membuat kesimpulan, kalau ada yang nak kait kan dengan Freemason atau Illuminati pun lantak korang laa..Tapi jangan terlampau excited sangat, sebab biasa la, nanti ada yang memandai reka fakta sendiri =)

29 Rahsia Negara:

1.  Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.

2.  Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca daripada kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.

3.  Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan "Smart Bomb" dari pesawat pengebom NATO.

4.  Pernah berlaku pemberontakkan "Mutiny on ship" dalam sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (fakta tak dapat disahkan).

5.  Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapal nya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.

6.  Tahukah anda filem "Black Hawk Down" mengisahkan pemberontakkan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya  tentera Malaysia lah yang menjadi wira, tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tak diiktiraf.

7.  Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.

8.  Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan standby di kokpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas yang melibatkan Singapura.

9.  TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.

10.  Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70-80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.

11.  Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas perkara ini dibocorkan media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.

12.  TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.

13.  Filipina pernah "mengacah" sebuah kapal perang TLDM apabila dua pesawat pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.

14.  TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Rusia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik ketika itu.

15.  Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutamanya radar melalui sistem peperangan elektronik nya dari dahulu hingga sekarang.

16.  Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.

17.  Tentera Singapura akan membawa peluru hidup tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas yang membabitkan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu suatu masa dahulu.

18.  CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem 'The Entrapment' lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones (fakta tak dapat disahkan).

19.  Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu (fakta tak dapat disahkan).

20.  Malaysia merupakan satu-satu nya negara di dunia yang berjaya menghapuskan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu Amerika Syarikat tewas kepada komunis.

21.  Program pemodenan ATM yag dikenali sebagai PERISTA dibatal kan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamed apabila terlampau banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.

22.  Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung pada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.

23.  Pesawat Perdana Menteri, Datuk Seri Mahathir Mohamed pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir yang kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri oleh seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).

24.  Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, "Berani tetapi gila" dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.

25.  Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.

26.  Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia pernah menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).

27.  Kapal peronda TLDM pernah karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa anak kapal nya hilang.

28.  Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970-an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO- hal ini pernah di dokumenkan dalam surat khabar dan sebuah buku yang boleh di temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).

29.  Komando Malaysia pernah menceroboh kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk.

p/s : Ingat.. semua benda ni tidak dapat disahkan samada fakta atau auta semata-mata.. sekian..

Sumber : Sochai


Serius : Penganut Islam Indonesia Menghina Islam di Twitter? (3 Gambar)

Posted: 14 Feb 2012 01:06 AM PST

Penganut Islam Indonesia Menghina Islam di Twitter?
Seorang penganut Islam dari Indonesia @TengkuSophia telah membuat seluruh umat Islam negara tersebut begitu marah dengan kenyataan yang dikeluarkan di Twitter. Tetapi seperti yang kita tahu, setiap daripada mereka yang menyatakan benda macam ini akan memberitahu yang 'account kena hacked'. Korang rasa dia sengaja atau memang kena hack? Kenyataan terbarunya ini telah di'retweet' lebih dari 2,000 orang pengikutnya.
p/s : kes @TengkuSophia ini telah berleluasa sejak dari tahun lepas tetapi dua hari lepas dia keluarkan kenyataan yang mengenai AZAN!
Boleh jadi @TengkuSophia fake tetapi tetap orang yang ingin menghina Islam(orang yang mencipta akaun ini/hack), semoga orang tersebut akan insaf. 


Ini yang terkini : 

Genius : [Video] Pengiraan Menggunakan Sempoa Yang Mantap di Jepun

Posted: 13 Feb 2012 10:56 PM PST

Pengiraan Menggunakan Sempoa Yang Mantap di Jepun
Rasanya kalkulator tidak diperlukan lagi di sini. Tetapi cara pengiraan agak sikit pelik. Cuba tengok sendiri.



WTF : [Video] Datuk Parah Dilanggar Motosikal, Semua Orang Berlalu Tanpa Prihatin di China

Posted: 13 Feb 2012 10:43 PM PST

Datuk Parah Dilanggar Motosikal, Semua Orang Berlalu Tanpa Prihatin di China
Seorang datuk tengah melintas jalan di atas Zebra Crossing kerana lampu trafik menunjukkan dia selamat untuk melintas. Tetapi tanpa disedari, seorang penunggang motosikal yang melanggar lampu isyarat kemudian merempuh betul-betul ke arah orang tua tersebut. Penunggang motosikal bukan saha tidak menolongnya tetapi terus beredar. Yang peliknya, semua pemandu dan penunggang yang lain di situ langsung tak berhenti untuk membantunya. Apa dah jadi dengan di China?


Serius : Pertandingan Bercium + Aksi Street Dance Sempena Valentine Day (12 Gambar)

Posted: 13 Feb 2012 07:59 PM PST

Pertandingan Bercium + Aksi Street Dance Sempena Valentine Day
Siapa kata manusia tak boleh kreatif semasa bercium. Cuba tengok ini, pertandingan bercium digandingkan dengan aksi street dance sempena Valentine's Day.
p/s : korang rasa siapa yang menang?


 via : asiantown

OMG : Anak Khinzir Peliharaan Kini Menjadi Khinzir Gergasi (5 Gambar)

Posted: 13 Feb 2012 07:46 PM PST

Anak Khinzir Peliharaan Kini Menjadi Khinzir Gergasi
Seorang gadis telah ditipu oleh pemborong selepas anak khinzir yang dibelinya menjadi khinzir gergasi. Janey Byrne ingat dia telah membeli anak khinzir yang menjadi trend di Leicester. Rupa-rupanya bukan selepas khinzir tersebut menjadi khinzir gergasi gelap. Anak khinzir ini dibelinya dengan harga £350 dari seorang pemborong yang memberitahu khinzir ini takkan membesar lebih anjing 'springer spaniel'. Kini khinzir tersebut adalah lima kaki panjang dan 2 kaki tinggi serta 108 kg.



 via : thesun

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment