Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Friday, February 17, 2012

Aku Stress Giler


OMG : Kemalangan Melibatkan Polis Trafik (Gambar)

Posted: 17 Feb 2012 08:42 AM PST

Jumpa gambar ni dekat forum carigold.. Kesian pulak dengan abang polis n mamat tu. Ish3.. Sapa yang bawak laju ni?


Tak tau la pulak kejadian ni berlaku kat mana.. sapa yang tau tu sila komen yer.. 

Sumber : Here


Serius : Wanita Islam Cantik Merupakan Senjata Sulit Negara Iran (12 Gambar)

Posted: 17 Feb 2012 08:32 AM PST

Di Iran, seramai 3,500 orang wanita Islam telah dilatih dengan pelbagai teknik mempertahankan diri versi Ninja. Kesemua mereka telah dilatih di bawah Menteri Sukan Iran. Apakah sebenarnya motif program ninja ini? 

Cool : 21 Fakta Yang Mungkin Anda Belum Tahu

Posted: 17 Feb 2012 02:44 AM PST

Fakta-fakta yang mungkin korang belum tahu. Diharap dapat menambah pengetahuan korang. Tapi tak dapat dipastikan adakah semua fakta dibawah adalah betul-betul benar.. Layan je la..tak payah cakap banyak.. Hehe










Sumber : Here




Cool : Sainstis Jepun Cipta Robot Seperti Dalam Filem Avatar (8 Gambar)

Posted: 16 Feb 2012 11:01 PM PST


Watak puak Navi dalam filem blokbuster Avatar, hampir menjadi kenyataan melalui penciptaan robot rekaan Jepun yang mampu meniru pergerakan individu yang mengawalnya.

Untuk mengawal robot TELESAR V, seseorang perlu memakai kelengkapan khas yang bukan sahaja membolehkan mereka memberi arahan kepada mesin tersebut, malah juga boleh melihat, mendengar dan merasa sama seperti robot android berkenaan.

"Apabila saya memakai peralatan khas dan menggerakkan badan saya, tangan saya seolah-olah 'berubah' menjadi tangan robot. Pandangan saya juga berbeza setiap kali menggerakkan kepala. Pengalaman ini sangat pelik kerana anda dapat rasakan yang anda adalah robot," katanya.



Profesor Susumu Tachi iaitu pakar kejuruteraan dan realiti maya di Sekolah Siswazah Rekaan Media Universiti Keiko berkata, sistem yang disambung ke topi, sarung tangan dan baju khas dipakai manusia akan menghantar butiran arahan kepada robot, membolehkan mesin itu meniru pergerakan individu yang mengawalnya.

Pada masa sama, deria robot android itu akan menyalurkan maklumat yang mampu dirasai oleh manusia.

Sarung tangan nipis poliester yang dilapik dengan semikonduktor serta motor kecil pula membolehkan manusia 'merasai' apa yang disentuh robot termasuk permukaan yang licin atau berbonggol, begitu juga dengan rasa panas dan sejuk.


Bahagian mata TELESAR V diperbuat daripada kamera yang mampu merakam imej. Imej tersebut dipaparkan dalam bentuk tiga dimensi di sebuah skrin di hadapan mata individu yang mengawalnya.

Robot itu bagaimanapun masih belum setanding dengan watak futuristik rekaan James Cameron, Avatar, sejenis tubuh kejuruteraan genetik yang mampu dikawal tentera.

Tachi berkata, apabila siap dibangunkan TELESAR V boleh digunakan dalam persekitaran berisiko tinggi contohnya di loji nuklear Fukushima yang bocor akibat bencana gempa bumi dan tsunami tahun lalu.






p/s : Memang hebat la Jepun ni.. Siapa yang komen ada tulis 1st atau yang sewaktu dengannya, dia adalah seekor monyet. hehe..gurau je beb..

Sumber : Here





Kreatif : Baju Pengantin Muslimah Ala K-Pop (4 Gambar)

Posted: 16 Feb 2012 10:31 PM PST


Mengambil inspirasi pakaian tradisional Korea Selatan dikenali sebagai Hanbok atau Choson-ot untuk Korea Utara serta kegilaan masyarakat terhadap filem serta drama Korea memberi idea kepada pereka serta pemilik Udaimatunnur, Ismail Abd Rahman.

Dia menghasilkan rekaan pakaian pengantin Korea berkonsepkan Malaysia dengan mengambil ciri-ciri Hanbok seperti gabungan warna ceria merah dan putih berpotongan gaun kembang yang disesuaikan untuk pengantin Muslimah.

Pakaian yang dipersembahkan bersempena Festival Fesyen Islam (IFF) ini mengambil konsep pesona timur dengan gambaran lima gadis jelita yang turun dari gunung Fuji. Menariknya, setiap padanan disertakan perhiasan seperti kipas berbulu serta payung kertas yang unik dan menawan yang menjadi identiti dalam penggayaan wanita Korea


Potongan gaun kembang dengan juraian pada tangan serta hadapan baju direka mengikut tradisi masyarakat Korea namun Ismail menggabungkan ciri tradisional menerusi jahitan manik bunga sakura menggunakan kristal dan Swarovski bagi menampakkan keindahan busana pengantin. Ikatan pada pinggang seperti tali pinggang besar menggunakan rona merah menjadi pelengkap kepada gaya pengantin k-pop.

p/s : Memang kreatif..dan yang paling penting, menutup aurat..

Sumber : Here






Lawak : Kompilasi SMS yang Buat Anda Ketawa (12 GambaR)

Posted: 16 Feb 2012 09:22 PM PST

Kompilasi SMS yang Buat Anda Ketawa
Jangan stress, SMS ini akan buat anda senyum... 



 via : pleated-jeans.com

Cool : Gadis Menerima 10,000 kuntum Bunga Ros Pada Hari Valentine (4 Gambar)

Posted: 16 Feb 2012 08:48 PM PST

Seorang lelaki telah menghadiahkan 10,000 kuntum bunga ros yang bernilai sehingga RM24,000 kepada teman wanitanya di Art University, China. 


via : asiantown.net

Info : Senarai Terbaru 10 Manusia Terkaya Di Malaysia

Posted: 16 Feb 2012 08:27 PM PST


Senarai Ranking 10 Orang Terkaya di Malaysia:

1. Robert Kuok (Kuok Group) - RM45.70 bilion

2. T. Ananda Krishnan (Maxis) - RM42.99 bilion

3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) - RM12.64 bilion

4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Corporation Bhd) - RM11.36 bilion

5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (DRB Hicom) - RM9.53 bilion

6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Malaysia) - RM8 bilion

7. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) - RM7.58 bilion

8. Puan Sri Lee Kim Hua  (Genting Group) - RM6.58 bilion

9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau Group) - RM6.41 bilion

10. Ong Beng Seng - (RM 4.92 billion)


Robert Kuok dari Kumpulan Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM45.70 bilion, meskipun kekayaannya susut 8.0 peratus.

Kekayaan Kuok gagal disaingi oleh pemilik sebuah syarikat telekomunikasi, T. Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank.

Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd., pula terus mengekalkan kedudukan di tempat keempat, manakala usahawan bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, berada di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Business mengenai 40 orang terkaya di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pula berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.

Malaysian Business berkata, aset 40 orang terkaya di negara ini adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian awam sehingga 20 Januari 2012.

Ananda merapatkan jurang dengan Kuok dengan memiliki kekayaan bernilai RM42.99 bilion, tetapi ia menyusut kira-kira 6.0 peratus tahun ini berbanding 2011.

Hong Piow secara relatifnya mengekalkan kekayaannya berjumlah RM12.64 bilion, susut satu peratus berbanding sebelumnya.

Walaupun kekayaannya merosot 10.8 peratus kepada RM11.36 bilion, Shin Cheng (IOI Corp) mengekalkan kedudukan di tempat keempat, manakala Syed Mokhtar dari Yayasan Albukhary — dengan syarikat utamanya DRB-Hicom Group — menambah kekayaannya sebanyak 8.0 peratus kepada RM9.53 bilion.

Penerbitan itu melaporkan gabungan aset 40 orang terkaya di Malaysia itu merosot tahun ini akibat krisis kredit dunia serta pasaran ekuiti yang lemah.

Nilai aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu secara kolektifnya berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20 Januari, susut 7.0 peratus berbanding RM206.37 bilion setahun lepas, lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Februari.

Bagaimanapun, pada tahun ini terdapat kemasukan tiga jutawan di dalam senarai tersebut berbanding 27 pada 2011.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia tidak berubah di tempat keenam, dengan aset merosot 25 peratus kepada RM8 bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) turun dua anak tangga kepada tempat ketujuh dengan kekayaan bernilai RM7.58 bilion, susut kira-kira 30 peratus.

Ibunya Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tangga kelapan dengan harta dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11 peratus.

Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan jutawan yang menetap di Singapura, Ong Beng Seng masing-masing mengekalkan kedudukan di tempat kesembilan dan 10.

Aset Hiew King dianggarkan bernilai RM6.41 bilion manakala Beng Seng menokok 23 peratus kepada RM4.92 bilion.

Tiga jutawan baharu yang menyertai senarai 40 orang paling kaya itu ialah Datuk AK Nathan dari Eversendai Corporation Bhd., dan Ngau Boon Keat (Dialog Group Bhd.), yang pertama kali tersenarai, manakala Datuk Abdul Hamed Sepawi (Ta Ann Holdings Bhd.) kembali tersenarai selepas empat tahun.

Sumber : Here



{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment