Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Saturday, February 18, 2012

Aku Stress Giler


Cool : Mari Lihat Kampung Terapung Menakjubkan Di Cat Ba, Vietnam

Posted: 18 Feb 2012 07:42 AM PST

Mari Lihat Kampung Terapung Menakjubkan Di Cat Ba, Vietnam
Pulau Cat Ba adalah pulau terluas daripada 366 buah pulau di Utara Vietnam. Pulau ini adalah satu-satunya yang diduduki penduduk seramai 13,000 orang di atas pergunungan, bukit serta yang paling menakjubkan adalah kampung terapung. Kampung ini telah menjadi tumpuan ramai pelancong kerana keunikannya. 



 via : vietnam

Serius : Kitten Kay, Gadis Yang Terlampau Obses Dengan Merah Jambu (12 Gambar)

Posted: 18 Feb 2012 07:30 AM PST

Memang ramai gadis yang minat warna merah jambu. Tetapi mungkin anda tidak terlampau obses seperti gadis yang berasal dari Los Angeles, Kitten Kay Sera. Cuba tengok sekeliling dia yang penuh dengan merah jambu.


Serius : Zhang Dongling, Pembedahan Ubah Artis Dari Tomboy ke Gadis Seksi (9 Gambar)

Posted: 18 Feb 2012 07:29 AM PST

Zhang Dongling telah menimbulkan kontroversi selepas gambar dia sebelum dan selepas pembedahan betul-betul memeranjatkan. Lima tahun yang lalu, dia hanya seorang penyanyi kelab seperti tomboy dan gemuk. Kini dia merupakan seorang supermodel yang cun giler.


 via : tt.mop.com

WTF : Ini Bilik Darjah Sekolah Menengah Di Sebuah Sekolah China (Gambar)

Posted: 18 Feb 2012 07:09 AM PST

Ini Bilik Darjah Sekolah Menengah Di Sebuah Sekolah China
Macam mana nak belajar macam ni eh?


Cool : "Bantal Penggera" Bagi Yang Susah Bangun Tidur (5 Gambar)

Posted: 18 Feb 2012 03:56 AM PST

Korang mesti kunci jam untuk bangun pagi kan? Tapi ada jugak yang mak kejutkan. Tapi kali ni nak share pasal bantal penggera. Bantal ini akan bergetar apabila korang set pada masa yang korang nak. Jadi senang la sikit korang nak bangun. terutama bagi yang tak korek telinga tu. Cool beb.. Bantal ni adalah rekaan artis Korea iaitu Seung Jun Jeong.


p/s : Tapi aku rasa bantal ni dapat set masa untuk jam je kot. Minit takde. Tapi best gak kalau ade sebijik ni..

Sumber : Info




Kaya : Kereta BMW Modified Milik Pak Arab (8 Gambar)

Posted: 18 Feb 2012 03:44 AM PST

Jom kita lihat kereta BMW milik Pak Arab yang telah dimodified oleh beliau. Diorang ni memang banyak duit. Jutawan minyak beb.. Macam-macam kereta boleh beli. BMW ni dia buat macam kancil jer. Modified suka hati dia jer.. Memang kaya..


Sumber : Here


Cute : [Video] Berkahwin Pada Hari Jadi Yang Ke-100

Posted: 18 Feb 2012 03:29 AM PST

Dana Jackson meraikan hari jadi yang paling bermakna dalam hidupnya. Kenapa? Dana telah bernikah pada sambutan hari jadi yang ke 100. 



OMG : Lelaki Palestin Mati Ditembak Gas Pemedih Mata Oleh Rejim Zionis (7 Gambar)

Posted: 18 Feb 2012 01:42 AM PST

Kejadian ni berlaku tahun lepas dimana seorang lelaki Palestin telah mati ditembak gas pemedih mata tepat ke mukanya. Tentera Zionis memang terkenal dengan sifat kejam mereka. Sepatutnya, gas pemedih mata hanya boleh ditembak ke udara. Tetapi askar Zionis laknatullah ni tidak mempedulikan peraturan tersebut.


p/s : Sama-sama kita doakan keselamatan penduduk Palestin dari ancaman tentera Israel. Amin..

Sumber : Here



Kreatif : Seni Hiasan Kuku Yang Extreme (9 Gambar)

Posted: 18 Feb 2012 12:29 AM PST


Bila manusia dah terlampau kreatif, ada je ciptaan atau seni yang pelik. Tak tau la seni ni mencantikkan atau membebankan kepada si pemakai. Tapi macam berat n menyusahkan je. Patah kuku tu baru la tau macam mane rase kot. Apa pun, layan jer la..









p/s : Apa pendapat korang wahai wanita?

Sumber : Here




Cool : Beg Plastik Yang Larut Dalam Air (8 Gambar)

Posted: 18 Feb 2012 12:15 AM PST


Beg plastik boleh larut dalam air? Biar betik? Memang ada beb.. Sebuah syarikat dari UK iaitu Cyberpac telah mencipta beg plastik yang boleh larut dalam air. Ciptaan hebat ini dapat menyelesaikan masalah pencemaran udara yang selalu dikaitkan dengan penggunaan beg plastik. Bagi yang belum tau, beg plastik ni mengambil masa beratus-ratus tahun untuk di uraikan. Jadi, dengan terciptanya beg plastik boleh larut ini, korang hanya perlu rendam atau buang sahaja beg plastik ini dalam tandas, dan flush. Hebat kan?








Video


p/s : Benda ni dah lama dan wujud di pasaran.. Cuma kos penghasilannya yang tinggi menyebabkan ia kurang dikeluarkan. Mungkin tak lama lagi beg plastik environmental friendly seperti ni akan digunakan dalam kehidupan seharian kita.

Sumber : Sochai






Cool : Tips & Pantang Larang Untuk Ibu Mengandung (20 Gambar)

Posted: 18 Feb 2012 12:03 AM PST

Kali ni admin nak share tips bagi ibu-ibu mengandung kat luar sana. Infographic ni menunjukkan cara yang betul untuk menjadi ibu yang baik. Boleh la amalkan tips-tips yang berguna tu untuk kesejahteraan korang dan bayi dalam perut korang tu. Best gak tengok gambar-gambar kartun ni. Lawak pun ada.. Layan... 


p/s : Buang yang keruh, ambillah yang jernih yer.. 

Sumber : Here





Cun : Ramai Artis Wanita Vietnam Dengan Kaki Panjang Pakai Dress V-Cut (12 Gambar)

Posted: 17 Feb 2012 10:57 PM PST

Ramai Artis Wanita Vietnam Dengan Kaki Panjang Pakai Dress V-Cut
Dah pakai dress kain belah tambah lagi belah yang terlampau panjang. Fesyen yang terkenal di Vietnam ke ni?


Serius : Artis Terkenal Korea Dulu VS Kini, Ada Perubahan? (8 Gambar)

Posted: 17 Feb 2012 10:29 PM PST

Artis Terkenal Korea Dulu VS Kini, Ada Perubahan?
Memang comel dan cun mereka ini tetapi adakah semua ini dari pembedahan plastik?

Jang Na Ra

Kim-Tae-Hee

Lee-Da-Hae

Han-Ji-Hye

Han-Ji-Min

Lee Hyori

Lee-Yo-Won

Park-Min-Young

Jeon-Ji-hyun

OMG : Gadis Turki Sanggup Keluar Agama Untuk Bergambar Bogel

Posted: 17 Feb 2012 08:03 PM PST


BERLIN – Seorang pelakon berketurunan Turki, Sila Sahin yang beraksi dalam keadaan bogel untuk dua belas muka surat majalah Playboy Jerman edisi Mei mengaku dia bukan beragama Islam, lapor sebuah akhbar semalam.

Sila membuat pengakuan itu selepas banyak pihak menganggap dia merupakan gadis Muslim Turki yang pertama berbogel untuk majalah Playboy.

"Ibu bapa saya adalah penduduk Turki dan saya dibesarkan dalam komuniti Islam tetapi saya bukan beragama Islam. Orang ramai membuat andaian bahawa saya beragama Islam.

"Saya tidak faham kenapa masyarakat menggunakan soal agama untuk menentang keputusan saya bergambar dalam majalah Playboy," kata anak tunggal berusia 25 tahun itu.

Aktres itu yang membintangi drama telenovela Jerman, Good Times, Bad Times menjelaskan, bapanya tidak menganuti sebarang agama manakala ibunya seorang wanita Islam yang bertukar kepada agama Kristian.

"Saya sentiasa dipesan supaya tidak keluar rumah, tidak boleh memiliki rakan lelaki, tidak perlu kelihatan menarik dan dilarang mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin." jelas Sila kepada akhbar News of the World semalam.

Dia mencetuskan kontroversi apabila bercinta dengan dengan pelakon popular Jerman, Jörn Schlönvoigt, 24, selepas berpisah dengan teman lelakinya yang beragama Islam pada tahun lalu.

Sila yang menjadi wanita berketurunan Turki pertama yang berbogel untuk penerbitan majalah terkenal itu menerima pelbagai ugutan termasuk diberi gelaran pelacur dan wanita murahan Barat menerusi Internet daripada golongan fanatik Islam kerana dia disangka seorang Muslim.

Bosan dengan kawalan kebebasan ibu bapanya, Sila menerima tawaran Playboy yang meminta dia menjalani penggambaran fotografi bogel di Sri Lanka pada Mac lalu.

"Selepas bertahun-tahun mengikuti apa yang disuruh kepada saya, ia (bergambar bogel) merupakan satu bentuk kebebasan," kata Sila.

Namun, tindakannya berbogel itu menyebabkan saudara-mara Islamnya mendakwa ibu Sila tidak membesarkannya dengan menggunakan pendekatan yang betul. Ibunya itu juga enggan berbual dengan Sila ekoran penyiaran gambar bogel tersebut. – Agensi

p/s : Kesian kat mak bapak dia ni. Tapi kalaulah dia ni memang asalnya seorang Islam, diharap dia akan bertaubat cepat2.. amin.. 

Sumber : Here






Kreatif : Adobe Photoshop CS4 Dalam Dunia Nyata Di Jakarta (3 Gambar)

Posted: 17 Feb 2012 07:07 PM PST

Pada tahun 2008, Sebuah syarikat periklanan dari Indonesia, Bates141 Jakarta telah disuruh untuk menghasilkan iklan Adobe PHotoshotp untuk program terbaru CS4 masa itu. Cuba tengok apa yang mereka hasilkan... Adobe Photoshop CS4 dalam dunia nyata..


via :adobe.com

Genius : Kasut Yang Sangat Innovatif, Sesuai Untuk Melancong (Gambar)

Posted: 17 Feb 2012 06:11 PM PST

Kasut Yang Sangat Innovatif, Sesuai Untuk Melancong
Memang best ah kasut-selipar ni eh.. Senang sikit nak pergi melancong..



{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment