Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Tuesday, March 6, 2012

Aku Stress Giler


Cool : Pekerja Wanita Airport Ukraine Diberi Kursus Solekan Menjelang Euro 2012 (7 Gambar)

Posted: 06 Mar 2012 06:49 AM PST

Pekerja Wanita Airport Ukraine Diberi Kursus Solekan Menjelang Euro 2012
Ratusan pekerja wanita di Lapangan Terbang utama Ukraine kini telah bersedia untuk menyambut pemain bola sepak antarabangsa menjelang Euro 2012 yang akan berlangsung dalam beberapa bulan lagi. Mari lihat mereka yang telah diberi sedikit kursus dalam menguruskan solekan mereka agar nampak lebih menawan. 




 via : ibtimes.com

Cute : Eva Air Memperkenalkan Kapal Terbang Versi Hello Kitty (10 Gambar)

Posted: 06 Mar 2012 06:46 AM PST

Eva Air Memperkenalkan Kapalterbang Versi Kartun Hello Kitty
Segalanya bertemakan Hello Kitty dari luaran kapal terbang sehingga ke dalamnya serta makanannya. 




 via : asiaone.com

Serius : Nenek 75 Tahun Mempunyai Ukuran Pinggang Paling Kecil Dunia (10 Gambar)

Posted: 06 Mar 2012 06:41 AM PST

Cathie Jung telah dinobatkan oleh Guinness Book of World Records kerana mempunyai saiz pinggang sekecil 38 cm semasa memakai korset.  



 via : stomp.com.sg

Serius : Burger Hitam Versi "Dark Vador" Star Wars Di Perancis (7 Gambar)

Posted: 06 Mar 2012 06:38 AM PST

Setiap hari kita melihat iklan makanan segera yang berlainan jenis. Tapi korang pernah tak tengok burger warna hitam? Burger Dark Vador ini telah mula dijual di Perancis.





via : www.frigoandco.com

Serius : Ini Akan Terjadi Sekiranya Kulit Manusia Disambar Kilat (4 Gambar)

Posted: 06 Mar 2012 06:35 AM PST

Ini akan terjadi sekiranya kulit manusia disambar kilat. Ini dipanggil  Lichtenberg di mana corak pelik akan timbul pada kulit kita. Ini dihasilkan oleh tenaga electric yang dihasilkan oleh kita. Cuba tengok contoh pada tangan Winston Kemp yang disambar kilat sebulan yang lepas.



 via : acidcow.com

Cun : Artis K-Pop, SISTAR Yang Mantap Atas Pentas (7 Gambar)

Posted: 06 Mar 2012 06:30 AM PST

Artis K-Pop, SISTAR Yang Mantap Atas Pentas
Siapa yang minat kumpulan ini?




OMG : [Video] Bayi 18 Bulan Ikat Kontrak Sebagai Pemain Bola Sepak Professional

Posted: 06 Mar 2012 05:18 AM PST


Memang hebat baby ni. Jadi pemain bola sepak professional termuda di dunia kot..

Dengan hanya berbekalkan sebuah video di Youtube,Baerke van der Maeij berjaya menarik minat sebuah kelab berpangkalan di Belanda. Dalam video itu, Baerke van der Maeij menunjukkan skilnya menendang bola dari 3 posisi berbeza masuk ke dalam kotak.

Hasilnya?Kelab VVV Venlo menawarkan kontrak selama 10 tahun yang ditandatangani oleh ayahnya.


p/s : Memang pro gaya baby ni.. cute jer.. 

Sumber : Here






Berita : Dihukum Sebat 2080 Kali Akibat Merogol Anak Sendiri (Gambar)

Posted: 06 Mar 2012 05:08 AM PST


SEBUAH akhbar rasmi Arab Saudi melaporkan, seorang lelaki telah disabitkan kesalahan merogol anak perempuannya dan dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dihukum sebatan sebanyak 2080 kali sepanjang tempoh dipenjarakan.

Mahkamah di kota suci Mekah mendapati lelaki itu yang berasal dari Riyadh didapati bersalah merogol anak perempuannya sepanjang tujuh tahun ketika di bawah pengaruh dadah.

Akhbar Okaz Sabtu lalu melaporkan bahawa lelaki itu akan menerima sebatan secara berperingkat-peringkat di sepanjang tempoh dia dihukum penjara. Nama lelaki itu tidak disiarkan di dalam akhbar itu.

Seorang pegawai penguatkuasa agama di Arab Saudi mengatakan bapa saudara gadis itu yang memberikan maklumat dan melaporkan tentang jenayah itu.

Di Arab Saudi, hukum sebatan adalah salah satu bentuk hukuman yang dilaksanakan oleh para ulama yang bertindak sebagai hakim-hakim dan merupakan undang-undang kerajaan yang merujuk kepada tafsiran undang-undang Islam.

p/s : Ni baru betol hukuman.. setakat sebat 10 pastu penjara, tak serik kot.. try buat macam ni kat Malaysia.. Hehe

Sumber : BLM 




Genius : Cara Untuk Gulung Headphones Mp3/Telefon Kita Dengan Mudah (12 Gambar)

Posted: 06 Mar 2012 04:03 AM PST

Cara Untuk Mengulung Headphones Mp3/Telefon Kita Dengan Mudah


Review : Norefal Vitamin E Softgel, Produk Kecantikan Kulit Terhangat 2012 (17 Gambar)

Posted: 06 Mar 2012 04:00 AM PST



Kali ni admin nak review pasal satu produk kecantikan kulit terhangat tahun ni iaitu dari syarikat NOREFAL CELL THERAPY

First sekali, produk ni di import dari Switzerland. Jangan risau, produk ni halal.. Ada sijil lagi.. Bagi wanita atau lelaki yang suka membeli produk kecantikan ni, paling penting korang mesti tau ialah status halal suatu produk tu. Jangan nampak berkesan, main beli jer.. Tak pasal-pasal dapat dosa.


Apa kegunaan produk ni? 

Okay, produk ni sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit seperti berikut; 

Kering
Banyak blackhead
Kusam @ tidak berseri
Jerawat & parut
Tona kulit tak sekata
Kulit berkedut @ nampak lebih tua daripada umur
Pigmentasi


Produk ni diperbuat dari apa ek?

NOREFAL PLACENTA + VITAMIN E OIL adalah produk yang dihasilkan di swiss dan merupakan hasil kajian dan salah satu keajaiban ALLAH swt.. dimana plancenta biri biri digunakan dalam kajian mencipta produk ini.. dan terbukti ianya sangat serasi untuk membaik pulih keadaan kulit mereka yang bermasalah..
Ingredients : 

Ovine placenta oil atau lebih dikenali sebagai placenta biri-biri, tocopherol (class of chemical compounds of which many have vitamin E activity), air dan juga pewangi yang dibenarkan.

Takut?? jangan risau... biri biri kan makhluk Allah juga sedangkan belut pun orang makan buat ubat.. bisa ular orang guna untuk sembuhkan orang yang dipatuk ular berbisa itu sendiri kan??




Takpe ke guna plasenta biri-biri? Geli la.. Betul ke halal ni? 

Korang baca la sendiri kenyataan dari JAKIM ni.. 


Macam mana nak guna produk ni? 

Senang jer.. meh sini nak ajar.. 
  • gunting sedikit atau cucuk hujung capsule dengan jarum.. dan picit keluar perlahan lahan gel tu..
  • sapu pada keseluruhan muka macam pakai krim tu selepas mandi! TIDAK PERLU TONER untuk penyerapan yang lebih baik OK!!
  • sapu pada kesuluruhan muka sampai rasa macam gel tu dah menyerap sepenuhnya dalam kulit.. fokuskan sapuan dan urutan yang lebih pada area muka anda yang ada pigmentasi.. jeragat.. jerawat.. atau bintik bintik hitam yang degil..
  • jangan simpan capsule ditempat yang panas.. seelok eloknye suhu kering ataupun suhu bilik digalakkan yer..
Senang jer kan?


Dah tu, apa la kelebihan produk ni berbanding produk lain kat pasaran?? 
  • Menjana semula tisu kulit dan mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit.
  • Melembabkan kulit kering dan kusam..
  • Mempercepatkan penjanaan semula sel-sel kulit baru, menjadikan kulit lembut lembut dengan yang bersinar semula jadi sekali lagi..
  • menghasilkan kulit yang sihat dan flawless tanpa sebarang cela..
  • Mengurangkan dan akhirnya menghapuskan segala parut, pigmentasi, jeragat dan jerawat..

Macam best jer.. Dah ada orang beli ke produk ni? Nak tengok bukti leh? 

Boleh.. Tengok la testimoni pengguna kat bawah ni.. Ni betul punye..bukan auta yer.. 



Testimoni bergambar ada tak? 

Ader... tengok kat bawah ni..


1)


2)

3)

4)

5)

Mesti mahal kan produk ni.. Import dari Swiss tu.. 

Mana ada beb.. Harga memang munasabah dengan kualiti.. 


Siap dengan pos laju tu.. Sehari dua je mesti sampai lah.. Tak caye? Tengok ni..




Apa tunggu lagi beb... Kalau berminat, korang pegi la dekat blog kat bawah ni yer.. Kontek la tuan tanah dia.. baik orangnye.. comey plak tu.. hehe.. 



OMG : [Video] Karipap Berintikan Ulat Di Secret Recipe Putrajaya Presint 5

Posted: 06 Mar 2012 03:14 AM PST

Karipap Berintikan Ulat Di Secret Recipe Putrajaya Presint 5
Ini yang bengang ini, kebersihan kadang-kadang tidak diutamakan. Yang susah bukan yang jual tetapi yang mereka yang membelinya. 



Kreatif : [Video] Mari Kita Buat Kopi Versi Me Gusta '9gag'

Posted: 06 Mar 2012 01:45 AM PST

Mari Kita Buat Kopi Versi Me Gusta '9gag'
Siapa berminat nak buat ni?




Horror : Koleksi Gambar Jelmaan Hantu Yang Popular Di Malaysia (11 Gambar)

Posted: 06 Mar 2012 01:30 AM PST

Mungkin korang pernah dengar cerita mengenai hantu atau jelmaan yang berjaya dirakam atau ditangkap gambar kan? So, kali ni aku nak share gambar-gambar yang pernah heboh atau popular di Malaysia. Kebenarannya tidak dapat dipastikan. Yela, syaitan dan jin tu memang wujud, tetapi terdapat segelintir manusia yang berperangai seperti jin dan syaitan yang suka menipu orang. Lagipun, teknologi semakin canggih..semua dapat dibuat dengan photoshop.. So, layan je la.. betul ke tak, korang pikir la sendiri..












 

 Sumber : Here 


Cool : [Video] Rekod Dunia Terbaru Kapal Terbang Kertas Melayang Paling Jauh

Posted: 06 Mar 2012 12:50 AM PST


Aku pasti semua orang pernah main kapal terbang kertas masa kecik-kecik dulu. Tapi budak-budak sekarang mungkin tak main lagi, Kalau main pun, mungkin apps kapal terbang dalam iPhone, iPad dan sebagainya. Ada sorang mamt ni telah memecahkan rekod dunia kapal terbang kertas paling jauh melayang. Jom baca n tengok video kat bawah ni.


Seorang pemain American Football telah berjaya memecahkan rekod dunia untuk jarak terjauh melayangkan sebuah kapal terbang kertas. Lelaki tersebut, Joe Ayoob, berasal dari San Rafael, California, telah berjaya membenamkan rekod dunia lama dengan melayangkan kapal terbang kertas sejauh 226 kaki 10 inci, atau kira-kira 68.9 meter, lebih jauh 20 kaki (6 meter) dari rekod sebelumnya. Kapal terbang kertas tersebut adalah hasil rancangan John Collins dan diperbuat daripada kertas A4 dan sejumlah kecil pita pelekat.

Dalam sebuah rakaman video, menunjukkan Ayoob yang berusia 27 tahun itu melayangkan kapal terbang kertas tersebut di dalam hangar di McClellan Air Force Base dekat Sacramento, California. Apa yang membuat para penonton menahan nafas ketika itu adalah semasa kapal terbang kertas tersebut dilemparkan dan kemudiannya diakhiri dengan kegembiraan semasa kapal terbang itu berjaya jatuh melepasi garisan yang disediakan.

Sebaik sahaja setelah berjaya memastikan rekod dunia tersebut, Ayoob terus memeluk sahabatnya dan John Collins serta para penontong yang meraikan kejayaannya dengan penuh kegembiraan. "Sewaktu kecil saya suka membuat kapal terbang kertas dan melayangkannya sepanjang perjalanan apabila pulang dari sekolah,"ucapnya kepada ESPN, sambil mengatakan bahawa dirinya sangat gembira di atas rekodnya itu..

P/s : Teme kecik-kecik dulu, rahsia untuk terbangkan lebih jauh ialah dengan meniup bontot kapal terbang tu sebelum lempar. haha..

Sumber : Here

OMG : Close-Up Gambar Wanita Bina Badan (10 Gambar)

Posted: 06 Mar 2012 12:48 AM PST

Close-Up Gambar Wanita Bina Badan
Menurut ramai orang, bina badan adalah salah satu sukan yang boleh menipu kita samada itu adalah lelaki atau wanita. 


Kreatif : Lukisan Dinding Yang Mantap Oleh Joe Fenton (5 Gambar)

Posted: 06 Mar 2012 12:40 AM PST

Lukisan Dinding YAng Mantap Oleh Joe Fenton
Memang kreatif dan sangat menarik sekali lukisannya. 






OMG : Cara Esktrem Menghukum Askar China Yang Kantoi Merokok (6 Gambar)

Posted: 05 Mar 2012 08:33 PM PST

Semua askar ini ditangkap kerana merokok di kem. Jadi mereka dihukum untuk membuat semua ini untuk memastikan mereka berhenti merokok. Hukuman mereka adalah merokok 10 batang rokok sekaligus dan kemudian minum segelas air daripada halia dan tobacco. 


WTF : Lelaki Tendang Teman Wanita Sehingga Pengsan Di Tengah Jalan di China (8 Gambar)

Posted: 05 Mar 2012 08:19 PM PST

Lelaki Tendang Teman Wanita Sehingga Pengsan Di Tengah Jalan China
Pasangan ini pada mulanya bertengkar seperti biasa dan seterusnya mula memukul sesama sendiri. Akhirnya wanita tersebut tewas dan rebah. Tetapi lelaki tersebut masih terus menyepak dan memukul teman wanitanya itu. Semua orang yang lalu lalang hanya melihat tanpa membuat apa-apa. Apabila gadis tersebut sedar kembali, lelaki tersebut terus menyepaknya lagi agar dia tidak sedarkan diri. 



 
 via : asiantown.net

WTF : [Video] Islam Libya Menghancurkan Kubur Kristian British Mangsa WWll

Posted: 05 Mar 2012 08:01 PM PST

Islam Libya Menghancurkan Kubur Kristian British Mangsa WWll sekitar Libya
Rasanya tak lama lagi peperangan akan berlaku lagi. Adakah ini satu propaganda?


OMG : [Video] Lompatan Lelaki Yang #Fail Dan Pendaratan Yang #Epic

Posted: 05 Mar 2012 07:50 PM PST

Lompatan Lelaki Yang #Fail Dan Pendaratan Yang #Epic
Apa yang #Epic sangat adalah aksi anjing tersebut selepas lelaki ini jatuh.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment