Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Saturday, March 31, 2012

Aku Stress Giler


OMG : [Video] Lelaki Mengaji Dalam Keadaan Koma

Posted: 31 Mar 2012 06:21 AM PDT


Seorang remaja Jordan yang bertugas sebagai imam mengalami dalam satu kemalangan yang menyebabkan dia koma. Tetapi apa yang mengejutkan, beliau membaca ayat Al-Quran selepas keluar dari bilik pembedahan dalam keadaan koma! Subhanallah...


p/s : Kekuasaan Allah...

Sumber : Here


Cool : Seabreacher Y, Kapal Selam Berbentuk Ikan Paus (7 Gambar)

Posted: 31 Mar 2012 05:51 AM PDT

Korang mesti pernah tengok filem Free Willy kan? Ala..cerita ikan paus hitam putih tu. Kali ni kami bukan nak berkongsi tentang filem tu tapi kami nak tunjukkan gambar Seabreacher Y, kapal selam pelbagai fungsi yang menyerupai rupa paus berkenaan. Jom layan.. 








Sebenarnya project Seabreacher ini telah bermula sejak 2010 lagi dengan model pertama Seabreacher J yang mirip seperti dolphin, Seabreacher X yang mirip ikan jerung dan Seabreacher Y yang kami kongsikan dalam post ini. Memang cool! 

Sumber : Here





Cool : Ferrari California 2012 Dilancarkan Di Geneva (14 Gambar)

Posted: 31 Mar 2012 05:00 AM PDT

Syarikat kereta mewah terkemuka dunia, Ferrari telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Ferrari California 2012 di Geneva Motor Show. Kereta ini yang lebih ringan 30kg daripada model sebelumnya bakal dipasarkan tahun ini.




new-ferrari-california17
new-ferrari-california14b
new-ferrari-california14
new-ferrari-california13
new-ferrari-california11
new-ferrari-california10
new-ferrari-california9
new-ferrari-california8
new-ferrari-california7
new-ferrari-california5
new-ferrari-california4
new-ferrari-california15
new-ferrari-california2


p/s : Memang tak mampu la nak beli Ferrari..

Sumber : Here



Cool : Kafe Starbucks Dengan Konsep Terbaru Di Amsterdam (8 Gambar)

Posted: 31 Mar 2012 01:00 AM PDT

Syarikat Multinasional Starbucks Coffee dengan konsep terbaru telah dibuka di Amsterdam. Dengan rekabentuk dalaman yang moden akan menjanjikan lebih kepuasan kepada pelanggan.




starbucks-amsterdam8
starbucks-amsterdam6
starbucks-amsterdam5
starbucks-amsterdam4
starbucks-amsterdam3
starbucks-amsterdam2
starbucks-amsterdam1


Sumber : Here



Kreatif : Beg Galas Puma Dengan "Hoodies" (8 Gambar)

Posted: 31 Mar 2012 12:38 AM PDT

Syarikat Puma telah bekerjasama dengan seorang designer yang terkenal iaiatu Hussien Chalayan yang telah menghasilkan design beg galas beserta deangan Hood. Memang suatu ciptaan yang kreatif dan menarik. Mana ade jual ni?




puma-by-hussein-chalayan-2012-spring-summer-urban-mobility-backpack-7-thumb-680x570-204700
puma-by-hussein-chalayan-2012-spring-summer-urban-mobility-backpack-6-thumb-680x570-204698
puma-by-hussein-chalayan-2012-spring-summer-urban-mobility-backpack-4-thumb-680x453-204694
puma-by-hussein-chalayan-2012-spring-summer-urban-mobility-backpack-3-thumb-680x453-204688
puma-by-hussein-chalayan-2012-spring-summer-urban-mobility-backpack-2-thumb-680x453-204692
puma-by-hussein-chalayan-2012-spring-summer-urban-mobility-backpack-1-thumb-680x453-204690
puma-by-hussein-chalayan-2012-spring-summer-urban-mobility-backpack-5-thumb-680x453-204696


Sumber : Here


Cool : Muzium Enzo Ferrari Di Modena, Italy (11 Gambar)

Posted: 31 Mar 2012 12:33 AM PDT

Projek muzium Enzo Ferrari ini telah dimulakan oleh syarikat Future System dan kemuadiannya disambung oleh Shiro Studio. Dengan rekabentuk yang futuristik dan menarik, muzium ini menempatkan koleksi kereta-kereta keluaran Ferrari .


ferrari12
ferrari11
ferrari10
ferrari09
ferrari07
ferrari06
ferrari05
ferrari04
ferrari03
ferrari02



Sumber : Here

Cute : Budak Simpan Rambut Sejak Lahir (5 Gambar)

Posted: 31 Mar 2012 12:21 AM PDT


Rean Carter, mula simpan rambut sejak lahir lagi dan telah panjang sebanyak 18 inci.Tapi kedua ibu bapanya telah mengambil keputusan sukar untuk memotong rambut anaknya selepas orang ingat anak dia perempuan. Ya.. Budak ini adalah seorang lelaki.


Sumber : Here

OMG : Ibu Sanggup Dirogol Demi Melindungi Anaknya

Posted: 30 Mar 2012 10:01 PM PDT


Seorang ibu terpaksa membenarkan dirinya diperkosa oleh seorang penceroboh bersenjata di rumahnya di Kampung Jawa di sini, minggu lalu demi melindungi anak-anaknya.

Wanita berkenaan, seorang suri rumah berusia 38 tahun, telah dirogol berulang kali manakala empat orang anaknya telah dikurung, menangis di bilik bersebelahan.

Kejadian itu berlaku pada 5.45 pagi apabila wanita itu dikejutkan oleh seorang lelaki bersenjatakan sepasang gunting.

Suspek yang menutupi mukanya dengan sehelai baju kanak-kanak, dipercayai telah memecah masuk ke dalam rumah melalui sebuah tingkap.

Dia menutup mulut wanita itu dengan tangannya dan meletakkan gunting di lehernya.
Suspek memberi amaran kepada wanita itu supaya tidak menjerit meminta pertolongan atau dia akan membunuhnya.

Mangsa berkenaan diarah menyerahkan barang kemas dan wang.
Wanita itu kemudiannya membungkus wang berjumlah RM300, dua telefon bimbit, satu gelang tangan dan sepasang anting-anting ke dalam sarung bantal dan menyerahkannya kepada suspek.

Suspek kemudian memberitahu wanita itu yang dia akan merogol salah seorang anak perempuannya dan ketika itulah dia merayu dengan suspek untuk merogol dirinya sebagai ganti.

Ketika itu, anak-anak wanitu itu terbangun dan suspek mengunci mereka di dalam bilik.
Suami wanita itu tiada di rumah atas urusan perniagaan.

Suspek kemudian kembali ke wanita itu, yang akhirnya terpaksa merelakan lelaki itu menanggalkan pakaian dan merogolnya.

Wanita itu kemudian memberitahu polis yang suspek itu tidak menggunakan kondom, sebaliknya menggunakan beg plastik untuk membalut kemaluannya.

Mangsa telah ditampar beberapa kali apabila dia cuba menghalang suspek daripada merogolnya lagi.
Selepas suspek melarikan diri, mangsa memanggil jirannya untuk bantuan sebelum membuat laporan di balai polis.

Mangsa di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan perubatan.
Satu pasukan forensik polis mengunjungi tempat kejadian dan menemui beberapa pasang cap jari. Mereka juga menemui sepasang gunting dan baju kanak-kanak yang digunakan oleh penceroboh untuk menutup mukanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

p/s : Memang jahanam la penjahat tu.. 

Sumber : Here




Panas : Tiga Pelajar Tingkatan 3 Ditangkap Khalwat Dengan 2 Lelaki

Posted: 30 Mar 2012 09:35 PM PDT


KAMPUNG RAJA – Tembelang tiga pelajar perempuan tingkatan tiga ponteng pecah apabila mereka ditangkap khalwat bersama dua lelaki di sebuah rumah di Kampung Gong Tengah dekat Kuala Besut, kelmarin. 

Semua pelajar berumur 15 tahun sebuah sekolah menengah di sini ditangkap sepasukan anggota Penguat Kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah kira-kira jam 9.15 pagi. Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, bertindak atas maklumat orang awam, anggotanya menyerbu rumah tersebut.

Menurutnya, sebaik tiba di pekarangan rumah itu, keadaan sekeliling rumah sunyi dengan pintu dan tingkap tertutup rapat.  Pemeriksaan di bahagian lain rumah mendapati terdapat satu pintu yang tidak berkunci. "Anggota masuk ke dalam rumah dan mengetuk pintu salah sebuah bilik yang berkunci dan hanya dibuka lima minit kemudian oleh seorang remaja perempuan," katanya.

Azmi berkata, terdapat tiga remaja perempuan di dalam bilik itu dan pemeriksaan lanjut menemui dua lelaki bersembunyi di atas siling rumah berkenaan. "Ketika ditahan semua berpakaian lengkap dan mereka tidak mempunyai hubungan muhrim.

"Manakala, lelaki ketiga berjaya melepaskan diri ketika serbuan dilakukan," katanya.
Kedua-dua lelaki tersebut berumur 18 tahun lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah yang sama dengan pelajar perempuan terbabit. Hasil siasatan awal, pelajar perempuan itu mengaku membohongi keluarga kononnya ke sekolah tetapi dibawa ke rumah itu.

Kesemua mereka akan didakwa di bawah Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 kerana berkhalwat yang sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

p/s: Semakin rosak.. Ish3.. 

Sumber : Here

Berita : Indonesia Bakal Haramkan Pemakaian 'Mini Skirt'

Posted: 30 Mar 2012 09:15 PM PDT


Negara jiran, Indonesia bakal mengharamkan pemakaian skirt pendek di kalangan rakyatnya atas alasan ia mendorong golongan lelaki melakukan perkara-perkara menjurus ke arah jenayah seksual dan yang seumpama dengannya.

Menteri Hal Ehwal Agamanya, Suryadharma Ali yang baru dilantik sebagai anggota kabinet awal bulan lalu giat memerangi pemakaian skirt pendek di negara itu dan menyifatkan pemakaian skirt di atas paras lutut boleh dianggap sebagai pornografi.

Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa etika pemakaian tersebut sedang dikaji dengan teliti oleh pihak kerajaan sebelum diwartakan sebagai sebahagian dari undang-undang di negara itu.

"Kami sedang mengatur pertemuan dengan beberapa pihak bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan orang ramai mengenai apa yang mereka tahu mengenai pornografi, saya pasti mereka akan tampilkan beberapa definisi berbeza mengenainya (pornografi).

"Bagaimanapun, kami perlu menetapkan satu kriteria yang bersifat universal untuk mentafsirkan sesuatu sebagai pornografi di mana salah satu darinya ialah memakai skirt melebihi paras lutut," katanya yang dipetik dari Jakarta Post hari ini.

Menurutnya lagi, setelah satu takrifan standard mengenai pornografi diwujudkan kerajaan akan melaksanakan undang-undang tersebut ke seluruh negara.

Negara yang memiliki populasi sebanyak 12 peratus dari seluruh umat Islam di dunia itu mula memperkenalkan akta undang-undang berkaitan pornografi sejak tahun 2008 sebagai usaha memerangi gejala itu dari terus membarah di kalangan rakyatnya.

Presiden Indonesia, Bambang Susilo Yudhoyono sebelum ini telah melantik Menteri Kebajikan Masyarakat, Agung Laksono, untuk mengetuai jawatankuasa tersebut dan dibantu oleh Suryadharma bagi urusan pengoperasiannya.

Pemakaian skirt pendek di Indonesia merupakan satu kebiasaan di kalangan rakyatnya dan dipakai secara berleluasa khususnya di pusat-pusat hiburan di seluruh negara itu.
 
p/s: Bagus la diorang nak buat cmni. at least ada la effort. Malaysia bile lagi ek? 

Sumber : MNH

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment