Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Sunday, April 1, 2012

Aku Stress Giler


Cool : Apabila Anak #TROLL Ibu Bapa Guna Photoshop (Gambar)

Posted: 01 Apr 2012 06:18 AM PDT

Jom kita tengok cara Stephanie troll mak bapak dia. Memang sempoi la pompuan ni. Kesian plak tengok mak bapak dia.. Genius.. haha..


Sumber : Here



OMG : Wanita Taiwan Menang $3000 Kerana Berjaya Tangkap 4 Juta Nyamuk (2 Gambar)

Posted: 01 Apr 2012 06:09 AM PDT


Seorang wanita Taiwan yang bernama Huang Yu-yen, telah berjaya memenangi hadiah sejumlah 3,000 dolar Amerika kerana mampu menangkap 4 juta nyamuk dalam masa sebulan.

Wanita yang menetap di selatan Taiwan,tersebut merupakan satu daripada 72 peserta yang mendaftar dalam sebuah pertandingan milik Imbictus International, sebuah syarikat Taiwan yang bergerak khusus dibidang perangkap hama.


Ketika ditimbang nyamuk hasil tangkapan Huang mempunyai berat 1.5 kg lebih berat dari peserta lain. Dengan usaha luar biasanya itu, Imbictus pun mengemukakan kepadaa Guinness World Records yang berharap gar Huang diberi status sebagai penangkap nyamuk paling banyak dalam dunia.

Sumber : Here

WTF : Bedah Wajah Untuk Kelihatan Sama Dengan Anaknya (4 Gambar)

Posted: 01 Apr 2012 06:00 AM PDT

Seorang ibu berusia setengah abad di sini memiliki rupa paras seperti anak perempuannya yang berumur 28 tahun selepas membelanjakan £10,000 (RM52,833) untuk menjalani pembedahan kosmetik, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita berkenaan, Janet Cunliffe taksub untuk kelihatan muda seperti anaknya, Jane dan menjalani siri pembedahan kosmetik di Croatia pada September lalu.

"Mungkin tindakan saya menjengkelkan, tetapi anak perempuan saya begitu cantik seperti saya pada waktu muda dahulu.

"Sesiapa sahaja pasti berkeinginan memiliki rupa paras sepertinya," kata wanita itu.

Beberapa tahun lalu, Janet tak ubah seperti nenek kepada anak perempuannya dengan wajah yang berkedut, susuk tubuh gemuk dan kulit kendur.

Namun, kini orang ramai sukar membezakan mereka selepas Janet menjalani pembedahan wajah dan pembesaran buah dada selain mengamalkan diet selama empat bulan.

Tambahnya, usaha untuk kelihatan cantik bermula dengan berhenti memakan makanan ringan.

"Sebelum ini saya makan kentang dan pasta tetapi kini saya makan ayam panggang dan sayuran hijau," katanya.





p/s : Dafuq?? 

Sumber : Here 

OMG : Adakah Iklan Makanan Segera Boleh Dipercayai? (12 Gambar)

Posted: 01 Apr 2012 03:14 AM PDT

Adakah Iklan Makanan Segera Boleh Dipercayai?
Anda tak pasti? Cuba tengok di bawah ini..


Cool : [Video] Iklan Coca Cola Versi Filem Hunger Game

Posted: 01 Apr 2012 03:03 AM PDT

Iklan Coca Cola Versi Filem Hunger Gam.




Kreatif : Seni Ukiran Sayuran Yang Mantap Dan Kreatif (12 Gambar)

Posted: 01 Apr 2012 02:47 AM PDT

Seni Ukiran Sayuran Yang Mantap Dan Kreatif
Anda boleh cuba di rumah anda sendiri. 



Cool : Perkampungan Melayu Berwarna-Warni Di Afrika Selatan (5 Gambar)

Posted: 01 Apr 2012 02:37 AM PDT


Pada abad ke-17, ketika Syarikat Hindia Timu menguasai hampir seluruh wilayah Nusantara, pengasingan orang-orang yang menjadi tahanan politik dan hamba dilakukan hingga nun jauh ke benua hitam, Afrika.

Orang-orang buangan tersebut ditempatkan di Bo-Kaap, sebuah kawasan di Cape Town, Afrika Selatan. Dari generasi ke generasi, mereka beranak-pinak dan akhirnya membentuk perkampungan melayu. Secara tak sengaja pula, pembuangan tersebut akhirnya menjadi penyebab menyebarnya agama Islam di Tanjung Harapan.

Menurut data, populasi muslim di Afrika Selatan kini mencapai 1.5% dari keseluruhan 44 juta penduduk di sana.

Rumah-rumah di Bo-Kaap bercorak khas, paduan antara gaya Timur dan neoklasik. Jalan-jalannya masih buatan batu asli dari abad ke-17, ditambah cat rumah yang berwarna-warni sehingga menambah keunikan kota ini. Perkampungan yang unik itu dikenal sebagai Kampung Melayu atau The Malay Quarter.



Penduduknya kebanyakan keturunan pendatang dari Kepulauan Melayu termasuklah dari Malaysia (Tanah Melayu ketika itu) dan Indonesia, yang tiba di Benua Afrika sejak 300 tahun lalu.

Sekali imbas, mereka tidak kelihatan seperti seseorang yang berketurunan Melayu. Nama panggilan mereka memang nama-nama islam khas Melayu, tetapi nama keluarganya Barat, akibat peraturan dua abad lalu yang mengharuskan mereka memiliki nama yang mudah diucapkan penjajah Belanda.Tambahan pula, mereka tidak berbahasa Melayu, tetapi Inggeris dan Afrikaans, sejenis bahasa Belanda. Hanya beberapa perkataan Melayu sahaja yang masih terselip dalam bahasa mereka.

Menurut ahli-ahli sejarah, orang Kepulauan Melayu pertama yang tiba di Afrika Selatan terdiri terdiri daripada hamba-hamba atau pekerja paksa yang diangkut ke sana oleh pemerintah Hindia Belanda. Menurut data muzeum di Bo-Kaap, selama tempoh 1652 sampai 1808 tercatat sebanyak 4890 hamba yang tiba di Cape Town, di antaranya 1033 berasal dari Kepulauan Melayu.



Sumber : Here

 

Lawak : [Video] Apabila Awek Jepun Seksi Dikejar Anjing

Posted: 01 Apr 2012 02:23 AM PDT


Saje je buat tajuk gempak. Takde pun anjing kejar. Tapi anjing tu memnyalak kat kapel Jepun yang nak buat sumthing.. Hehe.. Layan jer la..


p/s : Hahaha..iklan Jepun memang lawak bodoh.. haha.. 

Sumber : Here



Artis : Mitsubishi Evo 10 Terbaru Milik Zizan Razak (8 Gambar)

Posted: 01 Apr 2012 02:13 AM PDT

Pergh... Memang banyak duit bila dah jadi artis popular ni. Zizan yang sebelum ni telah mempunyai Subaru Impreza, telah membeli Mitsubishi Evo 10 sebagai koleksi keretanya. Evo 10 miliknya itu dibeli di Mutiara Motor Larkin. Apa yang menarik, Evo 10 miliknya ini bukan standard kilang tapi telah di 'tuned' dengan performance part M7 yang dapat generate power sehingga 480hp!! Giler ah..





p/s : Untungla jadi artis.. Tapi Zizan memang deserve la banyak duit sebab dia memang berbakat..

Sumber : Here



Berita : 'Mat Punk' Ditangkap Basah Dengan Awek Kedai Dobi

Posted: 31 Mar 2012 10:59 PM PDT


AMPANG – Tiga individu termasuk seorang 'Mat Punk' dan seorang remaja perempuan dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim dalam sebuah bilik di rumah kedai di Pandan Jaya, awal pagi kelmarin. 

Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, dua lelaki berusia antara 20 dan 22 tahun serta seorang pekerja sebuah kedai dobi ditahan.

Pegawai Masjid Al-Azim berkata, Ahmad Nawi Othman berkata, ketika serbuan seorang lelaki membuka pintu dan mendapati ada seorang lelaki lain dan seorang perempuan berusia 20 tahun berada di dalam bilik itu.

"Kami mendapati pasangan berkenaan berpakaian lengkap, manakala seorang lelaki lain hanya berseluar pendek ketika serbuan dijalankan," katanya yang dipetik dari laman web Sinar Harian.

Beliau berkata, teman lelaki kepada gadis berkenaan memberi alasan kekasihnya baru bekerja di kedai dobi berhampiran serta tidak ada rumah atau bilik untuk disewa. Ahmad Nawi berkata, turut ditahan dua pasangan lain di bilik berasingan di rumah kedai berkenaan.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Here

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment