Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Monday, April 9, 2012

Aku Stress Giler


WTF : Ini Sekolah Apa Dengan Pakaian Seragam Yang Kurang Sesuai? (5 Gambar)

Posted: 09 Apr 2012 07:44 AM PDT

Ini Sekolah Apa Dengan Pakaian Seragam Yang Kurang Kain?
Menurut tt.mop.com, ini merupakan sebuah sekolah di China. Tetapi kenapa pakaian seragam mereka begitu kurang sesuai? Hancur kalau ada sekolah macam ini di negara kita.

OMG : Skrotum Koyak Akibat Dipicit Oleh Bekas Teman Wanita

Posted: 09 Apr 2012 07:12 AM PDT


INDIANA – Kerana marahkan tindakan kekasihnya memutuskan hubungan, seorang wanita bertindak ganas hingga menyebabkan kantung zakar bekas teman lelakinya koyak.

Christina Reber, 43, bergegas ke kediaman bekas teman lelakinya Jumaat lalu sebelum menyambar dan memicit organ sulit kekasihnya itu sekuat tenaga. Mangsa, 57, ditinggalkan dalam kesakitan apabila kantung zakar itu terkoyak akibat serangan yang berlaku di rumah mangsa di Muncie, Indiana.

Lelaki itu mengakhiri hubungan lapan bulan mereka beberapa hari sebelum itu menyebabkan wanita terbabit menyerangnya. Christina ditahan kerana disyaki melakukan serangan itu dan dibebaskan dari penjara semalam selepas membayar ikat jamin AS$10,000 (RM30,000). – DM

p/s : ULTIMATE pain in the world.. hanya lelaki yang memahami.. aduss.. 

Sumber : Here

Cun : Izara Aisyah Di Red Carpet ABPBH 2011 (2 Gambar)

Posted: 09 Apr 2012 05:22 AM PDT

Inilah gambar yang dapat saya jumpa di fan page Izara Aishah. Ada dua keping gambar Izara Aishah di red carpet abpbh 2011 dari fan page milik Zara.

P/s : Memang cun la Izara nih. Takpe la tak menang pun. Asalkan takde kontroversi menari ghairah.. Hehe..

Sumber : Here

WTF : [Video] Minyak Masak Dihasilkan Dari Organ Haiwan Yang Sudah Busuk Di China

Posted: 09 Apr 2012 04:45 AM PDT


Pihak polis di China berjaya merampas dan menyita lebih dari 3,200 tan minyak masak yang dibuat dengan menggunakan lemak dan organ dalaman haiwan yang sudah busuk seperti yang  telah diberitakan oleh China Daily, Jumaat (6/4/2012).

Keterangan ini telah disampaikan oleh pihak Kementerian Keamanan Republik Rakyat China. Lebih daripada 100 orang ditangkap kerana memproses minyak masak ini pada 21 Mac yang lalu setelah sebuah operasi keselamatan produk makanan dijalankan di dua buah bandar serta empat buat daerah berdekatan.

Pihak polis juga telah menutup 13 lokasi rahsia tempat pemprosesan minyak itu. Sebelum ini, penggunaan frasa "gutter oil" telah dimaksudkan sebagai sisa minyak yang diolah semula daripada restoran-restoran, sebelum dijual semula minyak masak yang baru.

Namun demikian, proses "gutter oil" ini telah disalah guna dengan menggunakan bahan yang berasal daripada daging yang berkualiti rendah serta yang telah dijual melebihi tarikh luput bahkan, ada juga yang diambil daripada lemak haiwan dan organ dalaman yang sudah membusuk.

Pada Oktober tahun lalu, sebilangan penduduk di kota Jinhua, daerah Zhejiang, melaporkan kepada pihak polis tempatan berhubung di mana mereka telah mencium bau-bau yang kurang menyenangkan di hujung kota dan berasa curiga sekiranya minyak masak itu telah diproses di sana.

Setelah lima bulan siasatan dijalankan, pihak polis telah menemui seorang lelaki bernama Li Weijian, yang merupakan ketua kumpulan pemprosesan minyak masak haram serta bangkai-bangkai haiwan yang berselerakkan di sekitar kawasan itu.

Minyak masak haram tersebut dikatakan akan dijual kepada kilang penapis di daerah Anhui dan Jiangsu, serta sekitar perbandaran Chongqing.

Menurut keterangan, minyak masak tersebut akan digunakan di restoran-restoran berdekatan sebagai bahan untuk memanaskan periuk masakan.

Kumpulan Li dikatakan telah meraih keuntungan sekitar 10 juta yuan (RM4.5 juta) antara bulan Januari dan November tahun 2011 yang lalu, lapor kenyataan kementerian.



p/s : Memang giler la dkt China nih.. Geli kot.. 

Sumber : Here

Cool : Aaron Aziz Bersama Isteri Sepanjang ABPBH 2011 (10 Gambar)

Posted: 08 Apr 2012 09:30 PM PDT

Aaron Aziz Bersama Isteri Sepanjang ABPBH 2011
Semua orang terutamanya gadis-gadis Malaysia mesti tahu yang Aaron Aziz telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2011 dengan undian lebih dari 87,000. Mari lihat gambar Aaron Aziz bersama isteri sepanjang ABPBH semalam di Genting Highlands. 


Kreatif : Poster Dari Peminat Selepas Lee Min Ho Disahkan Berlakon Drama "Faith" (12 Gambar)

Posted: 08 Apr 2012 09:19 PM PDT

Baru-baru ini selepas Lee Min Ho telah disahkan untuk berlakon dalam drama terbaru SBS 'Faith', pelbagai gambar Lee Min Ho yang diedit oleh peminat mulai menyemak dalam internet. Menurut sinopsis drama tersebut, ianya berlaku semasa Dinasti Goryeo dan dia bakal menjadi 'Top General'. Jadi mereka mengabungkan Lee Min Ho dengan unsur dari Dinasti tersebut. Apa yang anda lihat di bawah adalah dari peminat bukan dari pihak penerbit. Tetapi admin memang salute mereka kerana terlampau kreatif.

 via : asiantown.net

WTF : [Video] CCTV Rakam Pasangan Kurang Senonoh Semasa Perlumbaan Kuda

Posted: 08 Apr 2012 08:20 PM PDT

CCTV Rakam Pasangan Kurang Senonoh Semasa Perlumbaan Kuda .
Ada yang kata mereka lakukan seks dan ada yang kata itu adalah palsu.Dan ini berlaku secara langsung di TV seluruh negara.
Apa komen anda?


Cute : Kawasan Perkuburan Hanya Untuk Haiwan Peliharaan Di California (12 Gambar)

Posted: 08 Apr 2012 08:09 PM PDT

Kawasan Perkuburan Hanya Untuk Haiwan Peliharaan Di California.
Kawasan ini dibuka pada tahun 1961 dan merupakan satu daripada 291 perkuburan untuk haiwan perliharaan di seluruh Amerika Syarikat.
p/s: cuba tengok bagaimana mereka begitu sayang dengan haiwan seperti kucing dan anjing. Tetapi ramai di negara kita langsung tidak berhati perut. Ratusan kucing dan anjing didera serta dibunuh setiap tahun. 


 via : reuters

OMG : [Video] Harap-Harap Ini Tidak Berlaku Pada Pemberita Di Malaysia

Posted: 08 Apr 2012 07:47 PM PDT

Harap-Harap Ini Tidak Berlaku Pada Pemberita Di Malaysia
Seorang pemberita Greek telah diserang oleh sekumpulan pembangkang semasa dia baru sahaja ke udara secara langsung bersama seorang ahli politik dari Golden Dawn. Pemberita tersebut dibaling dengan telur serta yoghurt.
Semoga ini tidak berlaku di nagara kita.


Cool : Pelbagai Cara Sambutan "Good Friday"/Easter Di Seluruh Dunia (15 Gambar)

Posted: 08 Apr 2012 07:26 PM PDT

Pelbagai Cara Sambutan "Good Friday"/Easter Di Seluruh Dunia.
Good Friday disambut jumaat minggu lepas untuk mengingati Jesus/Nabi Isa yang disalibkan di atas gunung Calvary. Pada hari tersebut, semua umat kristian seluruh dunia akan bertaubat kerana dosa mereka, Jesus telah disalibkan. Tetapi selepas tiga hari, Jesus bangkit dari kematian dan memberitahu semua umat yang dia adalah Tuhan. Sepanjang minggu tersebut, pelbagai acara telah disambut bermula pada hari Khamis 'Holy Thursday' kemudian 'Good Friday' dan disusuli dengan 'Holy Saturday' dan diakhiri dengan meriahnya pada 'Easter Day'. Banyak negara di seluruh dunia akan bercuti untuk seminggu kerana Easter Day termasuk Filipina, Seluruh Eropah, Australia dan banyak lagi. 


 via : reuters

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment