Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Tuesday, April 17, 2012

Aku Stress Giler


Lawak : Agak-Agak La Kalau Salah Eja Pun.. (6 Gambar)

Posted: 17 Apr 2012 06:05 AM PDT

Jom tengok koleksi gambar salah ejaan sekitar Malaysia.. Mungkin ada yang korang pernah tengok sebelum ni. Ape pun, layan je.. 








p/s : Yang topup tu la paling best.. terus ke HEADPHONE!! Kah3!!

Sumber : Here

WTF : Apabila Makcik "Timun Babi" Daftar Mengundi (Gambar)

Posted: 17 Apr 2012 05:31 AM PDT


WTF? Ade ke orang nama Timun Babi? Kesian giler kot.. Ke SPR yang salah daftar ni? Ataupun ini suatu propaganda?? 

Check kat SPR sendiri yer. Sapa2 yang cakap aku tipu, aku hempuk kepala korang yang berjambul tu.

Link untuk korang periksa ==> klik sini.PAstu masukkan no i.c makcik Timun ni dekat semak status. 
Cuba kita check mana mistakes..

Nama : Timun Babi (?????)

No. IC : 420513125054

Tarikh Lahir : 13 Mei 1942

Jantina : Perempuan

Lokaliti : Undop (P.202, Sri Aman, Sarawak)

Daerah Mengundi : Lampaki (Kudat, Sabah?????????)

DUN : Bukit Sari (P.222, Lawas Sarawak??????)

Parlimen : Lawas??????

Info tambahan,

Code kad pengenalan kat tengah2 ==> 12 dalam ic  tue = untuk orang2 yang lahir di SABAH..  lihat sini

Sekarang lahir kat mana tak penting, yang penting tempat mengundi. Tempat mengundi ditentukan melalui alamat ic, masalah sekarang alamat ic dia bercelaru der..  kejap sabah, kejap sarawak apa citer neh hah?

Dan nak ditambahkan citer lagi, kalau korang tengok ic lama tue, menurut seorang  pengkomen di kbsb dia cakap ;

Jays Stuart: Tengok nombor IC nya pon sudah tahu case tipu ni, IC baru 420513-12-5054(12 utk Sabah) & IC Lama K203611(K utk Sarawak & H utk Sabah). -KBSB-

p/s : WTF is this shit?

Sumber : Here

Serius : MAri Lihat Gadis Kembar Paling Cantik Dan Cun Di China (12 Gambar)

Posted: 17 Apr 2012 05:28 AM PDT

MAri Lihat Gadis Kembar Paling Cantik Dan Cun Di China..
Apa pendapat anda? Anda tahu siapa pula kembar paling cun di Malaysia?



Cool : [Video] Mesti Ramai Lelaki Ingin Naik Lif Iklan Nokia Di Rusia Ini

Posted: 17 Apr 2012 05:04 AM PDT

Mesti Ramai Laki Ingin Naik Lif Iklan Nokia Di Rusia Ini..



OMG : Seludup Dadah Dalam Rumput Di Sempadan Amerika (5 Gambar)

Posted: 17 Apr 2012 04:50 AM PDT

Cartel dadah Mexico memang terkenal dengan cara extreme untuk seludup dadah. Mereka melakukan pelbagai cara untuk seludup dadah ke Amerika. Jom kita tengok cara seludup dalam rumput yang kantoi dengan pihak berkuasa Amerika ni.






p/s : Agak noob jugak la cara ni. Tapi cartel dadah Mexico ni memang hati kering.

Sumber : Here


Cool : [Video] Tupac Shakur, Rapper Yang Mati Ditembak Pada 1996, Telah "Dihidupkan" Semula

Posted: 17 Apr 2012 04:11 AM PDT


Mungkin ade yang tidak mengenali siapakah Tupac Shakur ni. Tupac merukana seorang rapper yang terkenal pada tahun 1980-an dan 1990-an. Beliau dikenali ramai kerana merupakan seorang yang sangat berpengaruh dalam dunia rappers. Beliau telah ditembak sebanyak 4 kali pada 1996 dan meninggal di hospital 6 hari kemudiannya.


Pada konsert Coachella 2012, Dr Dre telah mengejutkan orang ramai apabila telah menghasilkan hologram Tupac yang sedang melakukan persembahan bersama mereka. Dianggarkan kos untuk "menghidupkan" kembali Tupac Shakur ini ialah sekitar $100,000 hingga $400,000.


p/s : Memang hebat teknologi sekarang ni. Respek ar..

Sumber : Here




OMG : Kucing Ini Sungguh Panjang (9 Gambar)

Posted: 17 Apr 2012 03:49 AM PDT

Jom kita tengok salah satu spesis kucing yang terpanjang di dunia. Tapi kucing dalam gambar kat bawah ni bukanlah yang terpanjang di dunia. sekarang ni rekod kucing terpanjang di dunia dipegang oleh seekor kucing yang bernama Stewie yang memcecah 123 sentimeter panjang.











p/s : Comel je dia buat pokerface.. 

Sumber : Here



Berita : Sanggup Ponteng Sekolah Kerana Ingin Memadu Asmara

Posted: 17 Apr 2012 12:21 AM PDT


SURA GATE – Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut di tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat bandar ini.

Bagaimanapun, kunjungan gadis itu ke bilik disewa teman lelakinya dengan harga RM65 satu malam sejak dua hari lalu itu membawa padah apabila mereka dicekup pihak Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana berdua-duaan di bilik hotel.

Ketika serbuan dilakukan PPS Dungun kira-kira jam 8.30 pagi, gadis yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berpakaian biasa manakala teman lelakinya yang berasal dari Kuala Terengganu hanya berseluar pendek.

Pelajar perempuan itu dikatakan keluar rumah dengan memakai uniform sekolah, namun dia tidak pergi ke sekolah, sebaliknya menuju ke bandar Dungun untuk menemui teman lelakinya di hotel yang terletak di deretan bangunan perniagaan Sura Gate.

Difahamkan, kedua-dua pasangan tersebut berkenalan melalui telefon sejak beberapa minggu lalu dan ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Tanah Lot itu dikatakan datang ke hotel berkenaan untuk menghantar makanan kepada teman lelakinya yang difahamkan baru bangun tidur.

Soal siasat PPS mendapati kedua-dua mereka tiada hubungan muhrim sah dan pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

p/s : budak mandi di tepi kolah, lepas mandi beli ais krim,
        di suruh belajar, ponteng sekolah, pegi menggatal bukan muhrim.

Sumber : Here



{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment