Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Monday, April 30, 2012

Aku Stress Giler


Cun : Lagi Mahasiswi China Menjadi Sensasi Internet Dalam Jubah Konvo (12 Gambar)

Posted: 30 Apr 2012 08:08 AM PDT

Lagi Mahasiswi China Menjadi Sensasi Internet Dalam Jubah Konvo.
Memang agak menawan rupa gadis ini..




OMG : Ahli Perniagaan Australia Mahu Bina Titanic Kedua (3 Gambar)

Posted: 30 Apr 2012 07:43 AM PDT


SYDNEY – Salah seorang orang terkaya Australia, Clive Palmer hari ini mendedahkan rancangannnya untuk membina Titanic versi abad ke-21 di China dengan pelayaran sulung dari England ke New York dijadual pada 2016. 

Palmer, seorang ahli perniagaan perlombongan berkata, beliau sudah menyerahkan kontrak pembinaan kapal persiaran itu kepada sebuah syarikat China, CSC Jinling Shipyard bagi membina Titanic II yang mirip kapal pertama yang karam.

"Kemewahan yang dimiliki kapal ini sama dengan kapal asal Titanic tetapi ia tentunya satu mercu tanda pembinaan dan kehebatan teknologi pelayaran serta sistem keselamatan abad ke-21," katanya dalam satu kenyataan.

"Titanic II akan belayar di hemisfera utara dengan pelayaran sulungnya dari England ke Amerika Utara dijadual penghujung 2016.

"Kami sudah menjemput Tentera Laut China untuk mengiringi Titanic II dalam pelayaran sulungnya nanti ke New York."

Sedikit fakta mengenai Clive Palmer
 Pengumuman Palmer muncul beberapa minggu sempena sambutan ke-100 tahun tenggelamnya Titanic pada 15 April 1912 selepas melanggar bongkah ais ketika pelayaran pertamanya dari Southampton ke New York.

Palmer berkata, kapal baru itu sebagai menterjemahkan kekentalan semangat pekerja yang membina kapal pelayaran gergasi asal berkenaan.

"Pekerja berkenaan menghasilkan kapal yang terus kekal biarpun sudah 100 tahun berlalu dan semangat ini perlu dikekalkan untuk 100 tahun lagi," katanya.

Titanic dibina oleh White Star Line dan ia adalah syarikat perkapalan terbesar di dunia ketika itu.

Palmer berkata, beliau juga sudah mewujudkan syarikat perkapalannya sendiri iaitu Blue Star Line dan pembinaan Titanic II adalah sama dengan kapal asal iaitu mempunyai 840 bilik serta setinggi sembilan tingkat. – AFP

p/s : Harap tak tenggelam la macam Titanic..

Sumber : Here




Cool : Lapangan Terbang China Gunakan Cheerleader Bagi Hiburkan Penumpang 'Delay' (8 Gambar)

Posted: 30 Apr 2012 07:40 AM PDT

Lapangan Terbang China Gunakan Cheerleader Bagi Hiburkan Penumpang 'Delay'
Tak ada pula penumpang bosan dengan adanya sesuatu yang menarik seperti ini. 


Cool : Fakta Mengenai Semua Ciptaan Pertama Dunia Yang Menarik (7 Gambar)

Posted: 30 Apr 2012 07:31 AM PDT

Fakta Mengenai Semua Ciptaan Pertama Dunia Yang Menarik
Kebanyakkanya mesti anda tak tahu..



Cute : [Video] Apabila Dua Bayi Cuba Merebut Sesuatu

Posted: 30 Apr 2012 07:12 AM PDT

Apabila Dua Bayi Cuba Merebut Sesuatu ..
Dua-dua tak nak kalah..


WTF :Apabila Rakyat China Membuang Kondom Merata Tempat (6 Gambar)

Posted: 30 Apr 2012 07:03 AM PDT

Apabila Rakyat China Membuang Kondom Merata Tempat.

Serius : Siapa Dapat Teka Siapa Gadis Sebenar Dan Mana Robot? (10 Gambar)

Posted: 30 Apr 2012 06:45 AM PDT

Siapa Dapat Teka Siapa Gadis Sebenar Dan Mana Robot?
Pereka robot terkenal Jepun, Hiroshi Ishiguro telah menghasilkan ciptaan barunya yang dipanggil Geminoid F. Ciptaan ini adalah sebuah robot pada usia 20-an dan mempunyai rambut hitam, mampu senyum dan menukarkan pelbagai reaksi mukanya.

Genius : [Video] Cara Orang Jepun Berenang Di Olimpik - Level : Asia

Posted: 30 Apr 2012 05:00 AM PDT

Cara Orang Jepun Berenang Di Olimpik - Level : Asia
Memang pecah rekod dunia ni.


WTF : [Video] Tanam Orang Hidup-Hidup

Posted: 29 Apr 2012 11:51 PM PDT


Video ni menunjukkan sekumpulan lelaki yang memakai baju askar sedang menanam seorang lelaki hidup-hidup. Menurut description di video, ia merupakan perbuatan askar Syiah di Syria.. Wallhualam.. Korang tengok je la video ni. Memang kejam..


Sumber : Here

OMG : Sila Beri Laluan, Ikan Paus Nak Lalu (2 Gambar)

Posted: 29 Apr 2012 11:44 PM PDT


Pergh.. selambe ja bawak ikan paus masuk bandar.. Tak pasti la kat mana ni.. Kalau tengok tulisan tu, mungkin kat Jepun atau Korea.. Siapa yang tahu sila beri pencerahan yer.. Isi perut terburai tu kat tepi jalan.. Euw..


Sumber : Here



Cool : Pengangkut Barang Yang Gagah Di India (4 Gambar)

Posted: 29 Apr 2012 10:56 PM PDT

Macha ni kerja dia angkut barang je demi mencari sessuap nasi. Dia ni dapat ditemui dekat stesen keretapi dah mengambil upah sebanyak $2 sahaja unutk mengangkut barang-barang yg berat seperti gambar dibawah ni. Memang kuat..








p/s : Kekuatan hero Tamil itu ialah suatu kebenaran.. Hehe..

Sumber : Here


OMG : Mineral Yang 10 Kali Lebih Berharga Dari Emas (6 Gambar)

Posted: 29 Apr 2012 10:46 PM PDT


Seorang pemburu meteor telah menghabiskan masa selama 20 tahun dalam mencari ketulan  batu antariksa. Kini, beliau berjaya menemui bahan mineral yang nilainya 10 kali ganda lebih tinggi berbanding emas. Ketulan batu ini telah ditemui di utara California, Amerika Syarikat (AS) di kawasan lembah Sierra. 

Batu antariksa ini merupakan serpihan daripada meteor raksasa yang meletus dengan kekuatan menyamai 1/3 bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima, Jepun pada penghujung perang Dunia Ke 2. 

Menurut keterangan profesor dan ahli meteor, John Wasson dari UCLA, batu hasil daripada penemuan Robert Ward dari Arizona ini memiliki berat 10 gram. Menurut Gold Gram Bars, ketulan batu ini mempunyai nilai lebih dari US$1,000 (RM 4,000), seperti yang dikutip DM. 

Bercakap mengenai hasil penemuannya, Ward hampir tidak percaya semasa menemui ketulan meteorit yang dikenali sebagai Carbonaceous Chondrite (CM) setelah melihat bentuk di permukaan batu tersebut. "Ini merupakan salah satu benda tertua dan bernilai yang pernah ditemuinya,". 






Sumber : Here




Fakta : Wikipedia, Buku Paling Tebal Di Dunia (2 Gambar)

Posted: 29 Apr 2012 10:34 PM PDT

Biasanya, kalau buku setebal 300-400 muka surat pun dah rasa malas nak baca, cuba bayangkan kalau korang baca buku Wikipedia yang setebal lebih 5000 muka surat yang dihasilkan oleh Rob Mathew ni, agak-agak memang tak buka langsung kan? Buku ini mempunyai segala maklumat ringkasan artikel daripada Wikipedia yang telah dicetak..Buku ini mempunyai ketinggian kira 47.5 cm dan mempunyai lebih 5000 muka surat..
Menurut Rob Mathew, walaupun buku ini tebal, ia hanya mempunyai pengisian sebanyak 0.01% peratus daripada seluruh artikel di dalam Wikipedia..
p/s : Kalau semua info dalam Wikipedia dibukukan, agak2 tebal mane ek? 

Sumber : here



{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment