Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Thursday, May 10, 2012

Aku Stress Giler


Serius : Jepun Hasilkan Bra Ais Untuk Gadis Sejukkan Diri Pada Musim Panas (4 Gambar)

Posted: 10 May 2012 07:46 AM PDT

Jepun Hasilkan Bra Ais Untuk Gadis Sejukkan Diri Pada Musim Panas.
Bra ini dipanggil 'Super Cool Gra' dan mempunyai bungkusan ais dalamnya yang mampu menyejukkan gadis yang memakainya.Mari lihat sendiri rupa Bra ini. 


Pelik : Yohio, Penyanyi Lelaki Dari Sweden Dengan Pakaian 'Barbie' (8 Gambar)

Posted: 10 May 2012 07:39 AM PDT

Yohio, Penyanyi Lelaki Dari Sweden Dengan Pakaian 'Barbie'.
Lelaki ini baru sahaja berusia 16 tahun tetapi suka memakai seperti Barbie's Doll. Selain itu suaranya seperti Bahasa Melayu dan dia boleh bertutur dalam Jepun, English serta Swedish.
p/s : ingat dia adalah lelaki.

Cool : Basikal Paling Mahal Dunia Dengan Bentuk Kereta Ferrari (6 Gambar)

Posted: 10 May 2012 07:28 AM PDT

Basikal Paling Mahal Dunia Dengan Bentuk Kereta Ferrari.
Mari lihat basikal yang dipanggil Fahrradi Farfall FFX yang dicipta dalam bentuk kereta Ferrari.Basikal ini kini dipamerkan di LENTOS Museum of Art in Linz dan bakal dijual pada harga RM5,000,000. 

 \

Kesian : Apabila Burung Heron Makan Anak Itik (6 Gambar)

Posted: 10 May 2012 06:05 AM PDT

Gambar ini ditangkap oleh seorang jurugambar, Paul Hughes di Herbert Park, Dublin. Ia menunjukkan seekor burung Heron yang kelaparan memakan seekor anak itik yang terperangkap di dalam sangkar. Menurut Hughes, burung tersebut kelaparan akibat ribut yang melanda kawasan tersebut yang menyebabkan banjir dan ikan-ikan telah lari ke kawasan lain. Kesian anak itik tu.. 







Sumber : Here

Genius : Mesin Pengering Pakaian Buatan Sendiri Versi Transformers (8 Gambar)

Posted: 10 May 2012 05:50 AM PDT

Mesin Pengering Pakaian Buatan Sendiri Versi Transformers.
Kini Transformers dah masuk ke Asia...
Seorang pemuda di Taiwan telah mencipta replika setinggi 14 kaki sebagai mesin pengering di rumahnya. 

Cool : [Video] Tarian 'Robot' Manusia Paling Mantap Di Dunia

Posted: 10 May 2012 05:42 AM PDT

Tarian 'Robot' Manusia Paling Mantap Di Dunia .
Nama lelaki ini adalah Atai Omurzakov.


Cool : Masjid Pertama Dibina Di Dasar Laut (2 Gambar)

Posted: 10 May 2012 05:29 AM PDT

Sekumpulan penyelam persendirian Arab Saudi berkata mereka berjaya membina sebuah masjid di bawah air baru-baru ini dan bersolat di dalamnya. Masjid pertama dalam sejarah pernah dibina di dalam air. 

Penyelam berkenaan menggunakan batang paip plastik besar yang diisi pasir untuk membina masjid di kawasan perairan di barat laut Tabuk dan berhampiran sempadan Jordan. Seorang penyelam, Hamadan bin Salim Al Masoudi, berkata seorang rakannya mendapat idea untuk membina masjid berkenaan pada musim panas lalu dan mereka mengambil keputusan untuk melakukannya.

"Masjid ini adalah satu simbolik untuk menjelaskan bahawa walau di mana sekalipun kita berada, kewajipan solat hendaklah ditunaikan," katanya.

Al Masoudi berkata, pembinaan masjid itu selesai ketika waktu Zuhur dan beliau bersama rakannya segera menunaikan solat Zuhur berjemaah.

Sumber : Here


Artis : Gambar Artis Malaysia Ketika Kanak-Kanak (10 Gambar)

Posted: 10 May 2012 05:11 AM PDT

Jom kita tengok gambar artis-artis Malaysia ketika masih kecil. Layan~


Lisa Surihani

Diana Danielle

Siti Nurhaliza

Umie Aida

Dafi

Atilia

Mila

Nana AF

Fasha Sandha

Sumber : Here


WTF : Ubat Malaysia Mampu Buat Gadis Kembali Dara Semula (Gambar)

Posted: 10 May 2012 05:04 AM PDT

Ubat Malaysia Mampu Buat Gadis Kembali Dara Semula.
Admin tak pasti kesahihan dia tetapi itu apa yang dinyatakan pada iklan ubat ini..


Serius : 2 Beradik Dewasa Menjadi Kanak-Kanak Akibat Sindrom "Benjamin Button" (5 Gambar)

Posted: 10 May 2012 12:58 AM PDT


Sejenis penyakit yang menyebabkan usia penghidapnya berundur ke belakang menyebabkan pasangan adik beradik pertengahan umur kembali kepada zaman kanak-kanak mereka. Bekas anggota Tentera Udara Diraja Britain (RAF), Michael Clark, 42, kehilangan tempat kediaman dan kini berkelakuan seperti budak 10 tahun.

Sementara adiknya, Matthew, 39, hilang pekerjaan di sebuah kilang dan mula berkelakuan seperti kanak-kanak walaupun mempunyai seorang anak perempuan berusia 19 tahun, Lydia, yang kini mengandung. Keadaan menyedihkan itu mempunyai persamaan dengan filem lakonan Brad Pitt, The Curious Case of Benjamin Button, yang mengisahkan seorang lelaki tua kembali menjadi muda.



Pasangan adik beradik itu kini menghabiskan masa menonton siri The Smurfs, memakan keropok dan bermain permainan ular dan tangga.

Bapa, Anthony, 63, yang menjaga kedua-dua anaknya itu bersama isteri, Christine, 61, berkata: "Mereka berubah dari orang dewasa dengan berpekerjaan dan berumah tangga kepada keadaan kanak-kanak.

 "Mathhew keluar beberapa hari lalu dan membeli set permainan kereta api. Perkara yang menarik minat kanak-kanak menjadi minat mereka."

Bekas pengawal penjara itu yang berasal dari Lincoln juga berkata: "Matthew sering berkelakuan teruk. Dia akan menjerit, 'Saya tidak tahu apa yang saya lakukan.

"Tidak ada apa yang boleh kami lakukan untuk membantu mereka. Kami tidak berupaya"
  
Kedua-dua beradik itu mula berkelakuan ganjil selepas ibu bapa mereka bersara dan berpindah ke Sepanyol pada 2007. Keadaan semakin teruk tahun lalu apabila Michael diusir dari rumahnya dan hidup bergelandangan selama tiga minggu.

Pekerja sukarela yang bersimpati membawanya menemui seorang doktor sebelum pakar mengesahkan dia menghidap leukodistrofi. Ujian lanjut mengesahkan, Matthew yang pernah bekerja dengan syarikat pembuat biskut, Walkers, juga menghidap penyakit itu.

Penyakit neurologikal atau kecelaruan saraf itu adalah perkara biasa di kalangan bayi yang baru lahir tetapi dihidap oleh kira-kira 100 orang dewasa di Britain. Ia menyerang otak, sistem saraf dan saraf tunjang.

  

Kedua-dua beradik itu kini semakin hilang kemampuan untuk bercakap dan kini tidak boleh berjalan. Mereka mudah buat perangai dan merangkak sekeliling rumah ibu bapa mereka yang terpaksa berhenti daripada persaraan untuk menjaga kedua-dua beradik itu.

Dalam filem The Curious Case of Benjamin Button, Brad Pitt memainkan peranan lelaki yang usianya mengundur ke belakang. Ia bermula dengan seorang pembuat jam yang meratapi kematian anaknya pada 1918 dan memutarkan jam untuk mengundurkan masa.


 p/s : Kesian.. Cara diorang posing dalam gambar pun dah macam kanak-kanak..

Sumber : Here



OMG : Hidup Berbogel Selama 20 Tahun Di Sebuah Pulau (3 Gambar)

Posted: 10 May 2012 12:40 AM PDT


Beginilah nasib seorang warga emas,Masafumi Nagasaki, 76 yang dikatakan tinggal di sebuah pulau di Sotobanari dan beliau memutuskan untuk mati sahaja di situ. Dengan tiada memakai apa-apa pakaian dan makan apa sahaja untuk hidup dia memilih untuk menghabiskan usia emasnya di sebuah pulau terpencil. Dengan keluasan lebih kurang satu kilometer, pulau itu lebih dekat dengan Taiwan berbanding Jepun namun jarang sekali dikunjungi para nelayan tempatan untuk memasang jaring ikan.

Pulau ini tiada bekalan air semulajadi dan sejak mendirikan rumah di situ,Nagasaki selalu dilanda ribut taufan serta gigitan serangga berbisa,namun kesukaran baginya tidak menghalang untuk terus berada di situ dengan kunjungan lawatan oleh ahli keluarga seminggu sekali membawa sekali beras dan wang saku $120.00.


"Saya tidak peduli apa yang orang ramai kata tentang saya tetapi saya amat menghormati alam semulajadi. Anda tidak boleh melawan alam semulajadi tetapi harus patuh kepada peraturannya.Itulah yang saya pelajari bila saya mula-mula datang ke sini dan dapat menjalani kehidupan di sini dengan baik."ujar Nagasaki.

Beliau yang dahulunya bekerja dalam industri hiburan memilih untuk tinggal di pulau itu sendirian dan jauh dari tamadun dunia.Keazamannya untuk tinggal di situ telah beberapa kali di uji bila pulau tersebut dilanda taufan,hampir tiada tumbuhan yang tinggal dan hanya mampu berteduh dibawah sebuah khemah kecil.

"Saya hangus terbakar dibawah sinaran cahaya matahari,dan pada waktu itu saya memikirkan bahawa mustahil boleh hidup ditempat sebegini".


Dia mula membaling kesemua pakaiannya pada tahun pertama beliau di sini kerana baginya pulau itu mula membuatkannya tidak merasa malu dengan apa yang dilakukannya.

"Berjalan dengan keadaan telanjang  mungkin tidak sesuai dengan masyarakat biasa tetapi di pulau ini ianya seperti pakaian seragam.Jika anda memakai pakaian anda akan merasa terasing dari pulau ini. Mencari tempat untuk mati adalah perkara penting yang mesti dilakukan dan saya mengambil keputusan untuk mati di pulau ini ,mati disamping alam semulajadi dan bukannya dikelilingi keluarga atau dihospital."tambah beliau.

Sumber : Here




{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment