Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Wednesday, May 9, 2012

Aku Stress Giler


Serius : Isteri 'Serang' Suami Yang Terlalu Addicted Dalam CyberCafe (10 Gambar)

Posted: 09 May 2012 07:50 AM PDT

Isteri 'Serang' Suami Yang Terlalu Addicted Dalam CyberCafe.
Isteri dan keluarga tak nak dijaga, tetap juga nak main permainan komputer. Memang patut si isteri 'serang' dia dan biar dia malu dalam CC tersebut.



WTF : Gadis Ini Menayangkan Bulu Ketiak Yang Tidak Dicukur Selama 18 Bulan (4 Gambar)

Posted: 09 May 2012 06:32 AM PDT


Emer O'Toole, seorang gadis yang berasal dari Dublin telah menunjukkan ketiaknya yang tidak pernah dicukur di dalam satu rancangan temubual di televisyen. Menurut beliau, ketika berumur 14 tahun, dia mula mempersoal kenapa dia harus bercukur. Emily juga mengaku yang dia telah berhenti mencukur bulu di badannya sejak 18 bulan yang lalu.



p/s : I dun wanna live on this planet anymore...

Sumber : Here



Panas: Kenyataan Maaf David Teo Terhadap Keluarga Bob Kuman

Posted: 09 May 2012 06:15 AM PDT


Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai arwah Bob Kuman (Husni Bin Mohd. Rawi). Pemergian beliau sememangnya satu kehilangan buat industri hiburan Malaysia.

Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergian beliau namun kita sebagai manusia harus redha dengan segala ketentuan Tuhan.

Allahyarham sebelum ini banyak terlibat dalam produksi saya & beliau sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormati beliau sebagai sahabat dan rakan kerja yang sama sama bekerja dalam industri.

Di kesempatan ini, saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga Allahyarham sekiranya ada kata-kata atau tindakan saya yang menyinggung perasaan mereka. Bukanlah niat saya untuk mencetuskan sebarang kontroversi.

Saya sedar kata-kata saya dalam rancangan Melodi bertarikh 22 April 2012 saya ada menyebut tentang sumbangan yang telah saya beri di Hospital Tawakal pada tahun 2010 yang lalu semasa beliau sakit.

Dalam kenyataan itu, saya ada menyebut "jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah". Di sini saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan ini dikeluarkan semasa Arwah masih hidup, BUKANNYA setelah beliau meninggal. Penggunaan perkataan "sedekah" yang saya maksudkan adalah "derma atau sumbangan".

Apa yang saya faham, "sedekah" bukanlah sesuatu yang hina. Selalu kita dengar "senyum adalah satu sedekah" dan "sedekahkan al-Fatihah" jika ada orang meninggal dunia. Saya anggap perkataan ini sesuatu yang suci tetapi mungkin saya tersalah tafsir.

Saya sedar kata-kata saya ini telah menyinggung perasaan keluarga dan sebilangan masyarakat terutamanya peminat dan penyokong Arwah Bob Kuman. Percayalah, demi Tuhan saya langsung tidak terlintas niat di hati untuk menyakitkan hati mana-mana pihak sedangkan beliau telah saya anggap sebagai sahabat baik saya.

Saya sekali lagi memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas kertelanjuran saya. Saya bukanlah insan sempurna yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Pengalaman ini akan saya jadikan pedoman untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan lebih berhati-hati.

Kepada semua rakan-rakan artis dan peminat, sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham di-sana. Diharapkan permohonan maaf ikhlas ini dapat diterima dengan hati yang ikhlas juga.

Ikhlas,
David Teo

p/s : Baguslah dah mintak maaf.. lain kali cakap tu berpada-pada.. 

Sumber : Here 

Serius : [Video] Hidangan 'The Penis Fish' Atau Gaebul Yang Slurpp Dari Korea

Posted: 09 May 2012 03:18 AM PDT

Hidangan 'The Penis Fish' Atau Gaebul Yang Slurpp Dari Korea.
Ikan ini dipanggil sebagai 'The Penis Fish' ata Fat Innkeeper Worm' tetapi di Korea ianya dipanggil Gaebul serta di Jepun sebagai ruttsu. Ikan ini dimakan secara mentah di Jepun dan Korea dengan dicampur garam serta minyak.


OMG : Demi Lulus Ujian, Pelajar Dibekalkan Suntikan Asid Amino Dalam Kelas China (7 Gambar)

Posted: 09 May 2012 03:11 AM PDT

Demi Lulus Ujian, Pelajar Dibekalkan Suntikan Asid Amino Dalam Kelas China.
Antara peperiksaan yang paling digeruni oleh setiap remaja di China adalah Gaokao yang akan menentukan kemasukkan mereka ke dalam sesebuah universiti. Baru-baru ini beberapa keping gambar dari Sekolah Xiaogan No. 1 yang menunjukkan pelajarnya telah disuntik dengan intravenous drips atau asid amino untuk membekalkan mereka tenaga lebih. Ini untuk memaksa mereka terus belajar sehingga berjaya dan ini telah membuat manusia seperti mesin/robot. Disebabkan bukan senang untuk ulang alik dari klinik ke kelas, jadi mereka telah menyiapkan tempat untuk menyuntik setiap pelajar dalam kelas itu sendiri.

OMG : Kan Orang Dah Bagitahu Jangan Bergambar Atas Titi? (5 Gambar)

Posted: 09 May 2012 02:51 AM PDT

Kan Orang Dah Bagitahu Jangan Bergambar Atas Titi?
Mereka bersedia untuk pergi ke prom tetapi tengok apa yang berlaku..
terpaksa mereka batalkan hajat mereka rasanya..


OMG : Walaupun Anda Peminat Justin Bieber, Ini Tetap Terlampau Fanatik (8 Gambar)

Posted: 09 May 2012 02:49 AM PDT

Walaupun Anda Peminat Justin Bieber, Ini Tetap Terlampau Fanatik.
Cuba lihat meja kerja seorang wanita yang fanatik dengan JustinE BEEber..Admin rasa ini terlampau fanatik dan kalau ini meja admin, memang tengok terus stress..

Serius : [Video] Perlawanan Badminton Yang Sangat #Epic Dan Mantap

Posted: 09 May 2012 02:41 AM PDT

Perlawanan Badminton Yang Sangat #Epic Dan Mantap..
Epic Badminton is truly very Epic.




Cute : [Video] Apabila Kucing Comel Jadi Jurulatih Professional

Posted: 09 May 2012 01:47 AM PDT


Cute gler kucing nih. Baik je dia. Pastu pandai pulak training orang suruh pumping.. Hehe..


Sumber : Here

[UPDATED] Kejam : [Video] Wanita Dera Bayi Tanpa Belas Kasihan

Posted: 09 May 2012 01:17 AM PDT


Mungkin ramai yang dah tengok video seorang ibu yang mendera anaknya tanpa belas kasihan. Ibu ni memukul, menyepak dan mencubit anaknya yang helpless itu tanpa sedikit rasa kasihan. Apa salah bayi itu?

Maklumat Terkini menurut sumber, 

"pmpuan ni dh kene tngkap, dlm proses perbicaraan lagi. pmpuan ni xberapa betul sgt. skg anak dia org lain yg jaga. tp anak dia dlm trauma lagi. bila ada org nk pegang, dia nangis. perempuan yg record ni dh pernah cuba halang tp kene blasah, so dia terpaksa record senyap2 dan tunjuk bukti kat polis.- credit from Intan Humairah Abdul Hadi"

Tapi menurut MyNewsHub.my, pihak polis baru sahaja mengetahui mengenai perkara ini dan belum mendapat laporan. Mereka juga belum dapat mengenalpasti pelaku dalam video tersebut. 

LATEST!!
Malaysia ( Royal Malaysia Police ) shared a link.
21 seconds ago
STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :

Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Yang mana satu berita betul? Wallahualam..



{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment