Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Thursday, June 7, 2012

Aku Stress Giler


Cool : Ini Rupa Kabin 1st Class MAS Airbus A380 Paling Mewah Dunia (12 Gambar)

Posted: 07 Jun 2012 09:10 AM PDT

Ini Rupa Kabin 1st Class MAS Airbus A380 Paling Mewah Dunia.
Selepas 10 tahun akhirnya Airbus A380 ini selamat mendarat di nagara kita. Kapal terbang jenis Airbus ini dikatakan adalah kepal terbang paling mewah di dunia dari segi keadaan dalam kapal terbang dan tambah lagi dengan layanan kabin krew MAS. Kapal terbang ini akan terbang ke London pada Julai ini. Jadi sebelum terlambat mari lihat rupa kabin Airbua A380 ini.

WTF : [Video] Lelaki Tolak Nenek Tua Keluar Bas Kerana Lambat Tekan Loceng Di Singapura

Posted: 07 Jun 2012 08:55 AM PDT

Lelaki Tolak Nenek Tua Keluar Bas Kerana Lambat Tekan Loceng Di Singapura. 
Adakah ini satu perkara yang anda sebagai anak muda patut buat pada seorang nenek tua? Seorang lelaki yang bernama Alex Ong yang begitu marah dengan tindakan seorang nenek yang berusia 76 tahun kerana lambat menekan loceng. Selepas memarahi nenek tersebut, Alex tak tahan dengan jawapan dari nenek tersebut dan kemudian menolaknya keluar bas di sekitar Upper Thomson Road. Alex kemudian langsung tak mendengar teguran orang lain di dalam bas dan terus melepaskan geram di dalam bas tersebut. Dia kemudian muat naik satu Note ke Facebook untuk menerangkan perkara tersebut tetapi orang ramai tetap rasa dia yang salah. Apa komen korang selepas tengok video dan baca Notes tersebut?
p/s: admin rasa apa-apa pun tetap Alex yang bersalah. Bukannya nenek tu boleh tetap loceng dengan cepat kerana mungkin kadang-kadang dia mungkin terlepas atas faktor umur.

Video selepas gambar di bawah :

Video :

WTF : Dua Amoi #PokerFace Kantoi Curi Susu Tepung Di China (8 Gambar)

Posted: 07 Jun 2012 08:40 AM PDT

Dua Amoi #PokerFace Kantoi Curi Susu Tepung Di China.
Seorang gadis yang mencuri dua tin susu tepung dalam masa hanya 6 saat berjaya dirakam oleh sebuah CCTV pusat beli-belah ini. Dua juga membawa dua orang kawan sebagai 'bodyguard'. Apa-apapun, dia memang dah kantoi dan bila kena tangkap mesti alasan dia adalah... saya miskin tak ada duit untuk beli susu.



WTF : Amoi, Naik Motor Tu Pakailah Sopan Sikit Ye! (2 Gambar)

Posted: 07 Jun 2012 08:26 AM PDT

Amoi, Naik Motor Tu Pakailah Sopan Sikit Ye!



OMG : Jalan Raya Stadium Olimpiysky Untuk Euro 2012 Menjadi Seperti 'Sauna' (10 Gambar)

Posted: 07 Jun 2012 08:21 AM PDT

Suasana Jalan raya utama untuk ke Stadium Olimpiysky di Kyiv, Ukraine menjadi kelam-kabut selepas paip air panas bawah tanah meletup dan menjadikan kawasan ini seperti sauna. Kawasan sauna ini mengalu-alukan kedatangan pemain bolasepak Euro 2012 yang kebanyakkannya tiba hari ini.

Sejarah : Tragedi "Double Six" 1976 Di Sabah, Kemalangan Atau Konspirasi? (9 Gambar)

Posted: 07 Jun 2012 03:49 AM PDT


Secara ringkasnya, Double 6  Tragedy ini adalah kisah nahas kapal terbang yang berlaku pada pada 6.6.1976 yang melibatkan 6 orang pemimpin Sabah. Kapal terbang yang sepatutnya bertolak pada jam 6.00pm (tapi diawalkan penerbangan) dan banyak lagi yg dikaitkan dengan no. 6 dalam kejadian nahas ini, dikatakan mengalami gangguan kerana menampung penumpang yang ramai ketika itu.

Tun Fuad Stephens (Donald Stephens) merupakan ketua menteri yang bertanggungjawab dalam penyatuan Sabah ke dalam Malaysia. Isu royalti minyak Sabah masih dalam perbincangan ketika itu. Perjanjian dan beberapa masih lagi di peringkat perbincangan, tetapi malangnya menteri-menteri kabinet bersama dengan ketua mereka mati dengan tragik.



Pesawat dari Labuan itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Pesawat jenis GAF Nomad itu membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Tun Mohd. Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongannya.

Senarai mereka yang terkorban ialah
  1. Ketua Menteri Sabah,Tun Mohd Fuad Stephens
  2. Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin
  3. Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun
  4. Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong
  5. Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
  6. Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau
  7. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah , Dr Syed Hussein Wafa
  8. Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan
  9. Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad
  10. Juruterbang, Gandhi J Nathan
  11. Johari Tun Fuad Stephens
Konspirasi??
YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.


Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan itu.

Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu 6/6/1976.

Setahun selepas kejadian tersebut, sebuah tugu peringatan didirikan di lokasi berkenaan bagi memperingati tragedi itu yang merupakan salah satu peristiwa penting negara.

Sehingga kini banyak persoalan belum terjawab kepada anak2 sabah..
  • rombongan ini sdg menuju ke Kota Kinabalu bg menandatangani perjanjian 10% hasil minyak akan diberikan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.. sebelum menaiki pesawat tersebut, Alahyarham Tun Fuad ada menyatakan bahawa jumlah 10% itu adalah terlalu kecil dan ada yg mengatakan berkemungkinan Tun tidak bersetuju akan jumlah tersebut
  • YM Tengku Razaleigh Hamzah telah pun duduk dalam pesawat tersebut bersama-sama rombongan lain, tetapi di saat2 akhir Datuk Harris (ketua menteri Sabah selepas kematian Tun Fuad) mengajak Tengku Razaleigh turun dari pesawat tersebut dengan alasan ingin menjemput Tengu Razaleigh merasmikan Kandang Lembu miliknya di Kudat..sedangkan ketika itu Tengku Razaleigh dlm perjalanan untuk melihat sejarah besar negara ketika itu iaitu sesuatu yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia Perkara-20. Tetapi beliau memilih untuk melawat kandang lembu????di saat akhir????
  • Punca kemalangan ialah kerana pesawat Nomad[1] itu lebih muatan. Sepatutnya 6 penumpang sahaja tetapi diisi 11 orang. Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai..Logik ke golongan2 VIP sanggup bersesak macam sardin dalam satu pesawat???takde bajet ke nk bagi pesawat yg lebih besar???
  • Negeri Sabah ketika itu adalah negeri terkaya di Malaysia..selepas perjanjian itu ditandatangani, negeri Sabah Jatuh antara negeri termiskin di Malaysia..dan sekarang, dengan bangganya, negeri Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia..






  p/s :  * Semua ini hanyalah anggapan dan mungkin ditokok tambah oleh pihak-pihak tertentu..Kisah sebenar masih lagi misteri.. ada otak, gunakanlah.. 

Sumber : Here 

Cool : [Video] IamNeeta, Lagu Artis Muda TanahAir Popular Melalui Youtube Selepas Yuna/Najwa Latif

Posted: 07 Jun 2012 02:19 AM PDT

Menyingkap sejarah tertubuhnya kumpulan iamNeeta, dianggotai oleh tiga orang anak muda iaitu Neeta Manisha (Neeta), 17, Anas Zakwan Azhar (Anas), 18, dan Patrick Anohada, 26, masing-masing menjalinkan persahabatan menerusi laman sosial iaitu MySpace.
Kerana mempunyai minat yang mendalam dalam bidang muzik, mereka telah menubuhkan kumpulan iamNeeta bersempena dengan nama Neeta dan mendendangkan 'cover version' pertama, Rolling In The Deep nyanyian Adele.

Vokalis utamanya mereka iaitu Neeta merupakan gadis kacukan Cina, India dan Thailand yang begitu fasih berbahasa melayu,selain itu juga Neeta juga fasih berbahasa inggeris dan mandarin. Jesteru itu kumpuan iamneeta mempunyai kelainan dari  kumpulan-kumpulan yang lain. Kumpulan iamneeta juga mempunyai bakat dalam penulisan lagu, ini kerana single pertama  mereka "Tuhan Tolong Aku" hasil sentuhan gitaris mereka iaitu Patrick.

p/s: ada sikit macam artis indonesia je, apa-apapun admin harapkan yang terbaik daripada mereka. 

Video Muzik terbaru mereka untuk lagu "Tuhan Tolong Aku"

WTF : Kes Patrick Lim - Pencuri Telefon Upload Gambar Sendiri Di Facebook (10 Gambar)

Posted: 07 Jun 2012 01:39 AM PDT

Kes Patrick Lim - Pencuri Telefon Upload Gambar Sendiri Di Facebook.
Semalam dan hari ini tersebar sebuah lagi cerita menarik di Facebook mengenai seorang lelaki #PatrickLim dan juga telefon Galaxy Note miliknya yang dikatakan telah dicuri. Dengan bantuan dari kawan dan orang ramai, dia berjaya menemui pencuri telefon tersebut iaitu Ejall dan Ellina Maulad Mahather. Ellina Maulad? Pernah tak dengar nama ini dalam suratkhabar sebelum ini?

Itu nanti admin ceritakan. Sekarang balik ke cerita PatrickLim and the Galaxy Note : 
Dia telah menulis satu Notes dalam FB tetapi dalam bahasa Inggeris, jadi admin cuba buat ringkasan dan tulis semua dalam BM. (yang original sila ke link ini - Notes )

Patrick menyatakan yang dia bakal menduduki peperiksaan akhir semester pada keesokkan harinya tetapi apa yang berlaku pada dirinya hari tersebut telah membuat dia terpaksa bergerak ke pelbagai tempat.Semalam semasa dalam perjalanan untuk balik ke rumah di sekitar Jalan Shamelin berdekatan PGRM, dia cuba mengelakkan daripada terlanggar sebuah motorsikal yang muncul entah dari mana. Dia berjaya mengelak daripada dilanggar/melanggar motorsikal tetapi malangnya, dia terlanggat pula papan tanda pembinaan. Disebabkan perlanggaran tersebut, tayar keretanya tersangkut pada salah satu papan tanda. Dia mempunyai kesukaran untuk mengerakkan keretanya, jadi dia turun untuk memerhati keadaan keretanya. Dia tinggalkan semua benda di dalam kereta tanpa mempunyai rasa khuatir atau takut. Ramai orang berhenti untuk tolong termasuk seorang penunggang motorsikal yang menghulurkan pertolongan. Selepas dia pasti yang kawasan tersebut tidak senang untuk seseorang mencuri keretanya, dia setuju dengan pertolongan tersebut tanpa sebarang syak wasangka. Tetapi peliknya, semasa orang tersebut berada di dalam kereta, dia seolah-olah berlakon dan hanya berpura-pura menekan minyak. Selepas itu, dia terus keluar dari kereta dan beredar dengan cepat dari situ. Masih dalam keadaan panik, Patrick langsung tak sedar dengan pemergian lelaki tersebut tetapi baru sedar yang Galaxy Note nya hilang. Orang ramai yang berada di situ memberitahu lelaki tadi telah mencurinya. Dengan hatinya kian terhiris selepas satu masalah datang lagi satu masalah, dia kembali ke rumahnya. Patrick yang begitu sedih dengan apa yang berlaku menerima panggilan dari seorang rakannya yang memberitahu yang Facebooknya baru sahaja muat naik sekeping gambar yang menunjukkan gambar seorang gadis Melayu. Patrick terus merasakan yang pencuri tersebut besar kemungkinan telah memberikan Galaxy Note kepada teman wanitanya yang mana mengambil gambar menggunakan Intragram Patrick. gambar tersebut kemudiannya dimuat naik oleh gadis tersebut tanpa disedarinya. Tidak lama kemudian, salah seorang rakan kepada rakan Patrick mengenali gadis dalam gambar tersebut. Gadis tersebut adalah Ellina Maulad Mahather.

Siapa Ellina Maulad Mahather?
Dia adalah seorang penari untuk Empire Dance Crew yang pernah masuk dalam paper beberapa kali. Studio Ellina membuat latihan adalah "The Empire" di Shah Alam, Plaza Masalam. Teman lelakinya yang memcuri telefon tinggal di KL.Menurut sumber yang Patrick, Ellina juga seorang pelacur. No ICnya adalah 850530-14-XXXX dan telefonya adalah 010438XXXX. 
Selain itu, Ellina Maulad juga terkenal di mahkamah kerana kes arwah Aaliyah Ayman Hussin Abdullah.
Berita selainjutnya : UTUSAN

Ini Gambar yang dimuat naik dan beberapa lagi gambar Ellina Maulad dan juga teman lelaki barunya. 



Selepas itu, muncul lagi seorang lelaki yang menyatakan dia pernah bertemu dengan orang yang sama serta telefonnya juga dicuri..



p/s: kalau nak curi smartphone, sila la jadi smart juga, jangan sampai nak curi tetapi muat naik gambar sendiri pula...Mari kita share sama-sama agar lelaki ini tidak lagi memperdayakan orang lain.

Cute : Kelawar Berwarna Putih Yang Unik Di Honduras (6 Gambar)

Posted: 07 Jun 2012 01:18 AM PDT

Honduran white bat (kelawar putih Honduras) merupakan satu spesies kelawar bersaiz kecil yang secara semulajadinya berwarna putih. Ianya boleh ditemui di sekitar Honduras, Nicaragua, Costa Rica, dan timur Panama. Kelawar ini tinggal dan berlindung dengan menjadikan daun-daun pokok jenis Heliconia sebagai sarang. 







p/s : Memang stylo la kelawar nih.. comel.. 

Sumber : Here

Cool : Stail Rambut Yang Unik Dari Afrika (12 Gambar)

Posted: 07 Jun 2012 12:23 AM PDT

Stail Rambut Yang Unik Dari Afrika.
Kita masih tak dapat lawan stail rambut afro di Afrika..



OMG : Rekod Dunia Anjing Yang Mempunyai Mata Paling Besar (8 Gambar)

Posted: 06 Jun 2012 11:25 PM PDT

Bruschi merupakan seekor anjing jenis Boston Terrier kini di sahkan oleh Guiness World Records sebagai anjing yang mempunyai mata paling besar di dunia. Anjing ini mempunyai mata berdiameter 28 mm. Jom layan gambar-gambar anjing ni kat bawah..









Sumber : Here


Cool : Apabila Basikal Halimunan Wujud Di Sekitar Bandar (8 Gambar)

Posted: 06 Jun 2012 09:54 PM PDT

Zhao Huasen telah menghasilkan beberapa siri manipulasi gambar yang sangat cool. Jom kita layan seni manipulasi gambar beliau kat bawah ni. Cool beb.. Layan~~ 









p/s : Memang stylo beb... 

Sumber : Tiba2



Genius : Konsep Tingkap & Ampaian Yang Cool (4 Gambar)

Posted: 06 Jun 2012 09:42 PM PDT

Blindry merupakan sebuah konsep tingkap yang mempunyai ampaian pakaian yang boleh dilipat. Ia adalah sebuah konsep yang sangat bijak kerana boleh menjimatkan ruang dalam apartment yang kecil. Mengeringkan pakaian menggunakan aliran udara dan cahaya matahari juga lebih mesra alam berbanding menggunakan mesin pengering pakaian.

Ianya diilhamkan oleh Kim Bobindan Ko Kyungeun. Tidak hairanlah konsep Blindry ini telah menerima anugerah daripada Red Dot Awards kerana idea daripada konsep ini mungkin sangat berguna dan anda sendiri boleh membuat ampaian seperti ini di rumah. Nice.





p/s : best gak idea nih.. 

Sumber : here



Kreatif : Kereta Sports Diperbuat Daripada LEGO (12 Gambar)

Posted: 06 Jun 2012 08:58 PM PDT

Kereta Sports Diperbuat Daripada LEGO.
Guna LEGO pun boleh hasilkan kereta yang begitu mantap!

Genius : Cara Menyeludup HandPhone Ke Dalam Penjara Di Brazil (8 Gambar)

Posted: 06 Jun 2012 08:49 PM PDT

Cara Menyeludup HandPhone Ke Dalam Penjara Di Brazil.
Semua ini adalah cara yang telah berhasil di Brazil. Antara caranya adalah dari bungkusan kepada roti kepada kaki palsu. Mari lihat cara ianya disembunyikan. 

Cool : Keindahan Alam Apabila Planet Venus Berada Di Hadapan Matahari (15 Gambar)

Posted: 06 Jun 2012 08:37 PM PDT

Keindahan Alam Apabila Planet Venus(Zuhrah) Berada Di Hadapan Matahari
(Gambar untuk 6 Jun 2012 boleh dilihat di bawah selepas penerangan)

Satu lagi keajaiban alam semesta telah berlaku pada 6 Jun 2012 (semalam), iaitu kita akan dapat menyaksikan fenomena Transit Planet Zuhrah. Fenomena ini dianggap luar biasa, tidak seperti kejadian gerhana bulan separa kerana manusia hanya pernah menyaksikan kejadian ini sebanyak tujuh kali sejak zaman Galileo. Kali terakhir kejadian ini berlaku ialah pada tahun 2004.
Bermakna jika terlepas peluang untuk menyaksikannya pada kali ini, maka terpaksalah kita menunggu transit seterusnya pada tahun 2117 atau 105 tahun dari sekarang. Memang ia sesuatu yang sangat mustahil, melainkan saintis moden menjumpai cara untuk melambatkan atau menghentikan proses penuaan dan lebih tepat mengelakkan kematian.

Bagaimana Fenomena Transit Zuhrah Berlaku?
Bumi bergerak mengelilingi matahari selama lebih kurang 365 hari. Zuhrah pula mengambil masa 225 hari untuk melengkapi satu pusangan mengelilingi matahari. Ketika planet Zuhrah mengorbit matahari, ia akan melintasi Bumi setiap 1.6 tahun (kerana orbitnya lebih kecil dan pergerakkannya lebih laju berbanding Bumi). Ketika itu ia akan berada di antara Matahari dan Bumi. Namun, disebabkan satah orbit Zuhrah ini sedikit senget, maka selalunya ia akan berada di bawah atau atas matahari.

Fenomena transit planet Zuhrah ini berlaku dalam satu corak berulang setiap lebih sikit dari 100 tahun dan biasanya berlaku dalam 2 pasangan yang dijarakkan 8 tahun antara satu sama lain. Contohnya, kali terakhir transit ini berlaku ialah pada tahun 1874 dan 1882, kemudian ia berlaku 2004 dan 2012. Transit selepas ini hanya akan berlaku pada tahun 2117 dan 2125, iaitu 105 tahun dari sekarang.
Fenomena Transit Zuhrah 2012
Bila masa kejadian ini boleh disaksikan?
Berikut merupakan waktu fasa transit Zuhrah (Waktu Malaysia).
  • Sentuhan 1 (1st contact) . 6:13:07 Zuhrah mula menyentuh tepi matahari.
  • Sentuhan 2 (2nd contact). 6:31:00 Keseluruhan bentuk Zuhrah sudah memasuki kawasan matahari.
  • Pertengahan Transit 9:31:14. Zuhrah berada di pertengahan perjalanan transit
  • Sentuhan 3 (3rd contact). 12:31:56 Saat akhir keseluruhan Zuhrah di dalam kawasan matahari.
  • Sentuhan 4 (4th contact) 12:49:21 Zuhrah mula keluar dari kawasan matahari.
Berdasarkan waktu di atas, fasa sentuhan 1 dan 2 sahaja yang agak kritikal kerana ada kawasan di Malaysia yang boleh menyaksikanya (kerana matahari sudahpun terbit, seperti di Sabah dan sebahagian Sarawak), manakala ada yang tidak dapat menyaksikannya (kerana matahari belum terbit seperti di keseluruhan Semenanjung Malaysia).
kredit : Space.com

Gambar yang diambil pada 6 Jun 2012 dari seluruh dunia
via : http://www.buzzfeed.com/

Cool : [Video] 'Bukan Semua Manusia Adalah Jahat' Oleh Coca-Cola

Posted: 06 Jun 2012 08:22 PM PDT

 'Bukan Semua Manusia Adalah Jahat' Oleh Coca-Cola.
Pernah sekali seorang murid datang berjumpa dengan admin dan tanya 'Cikgu, kenapa hidup ini semua tak adil dan semua orang jahat serta tak boleh dipercayai?'. 
Adakah persoalan dia betul? Mungkin ya kerana ada yang kurang baik tetapi bukanlah semua yang jahat. Memang ada juga yang baik seperti yang disampaikan dalam video bawah ini..layan..


{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment