Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Wednesday, June 27, 2012

Aku Stress Giler


Seram : Hantu Atas Teksi? Adakah Ini Benar? (3 Gambar)

Posted: 27 Jun 2012 08:43 AM PDT

Hantu Atas Teksi? Adakah Ini Benar?




WTF : Pelajar Bermesra Dalam Tren Tanpa Malu (6 Gambar)

Posted: 27 Jun 2012 08:33 AM PDT

Pelajar Bermesra Dalam Tren Tanpa Malu?

Ini berlaku di Singapura dalam perjalanan ke Toa Payoh menggunakan tren. Memang pasangan ini ingat tren ini adalah rumah mereka sampai berani untuk peluk dan cium..APTB

Cool : Restoran Pokok Banyan Di Okinawa Yang Menakjubkan (6 Gambar)

Posted: 27 Jun 2012 08:27 AM PDT

Restoran Pokok Banyan Di Okinawa Yang Menakjubkan.

WTF : Lukisan Muka Yang Menakutkan Serta Mengerikan (6 Gambar)

Posted: 27 Jun 2012 08:23 AM PDT

Lukisan Muka Yang Menakutkan Serta Mengerikan.

Serius : Anda Kenapa Siapa Gadis ini Dan Sumbangannya? (8 Gambar)

Posted: 27 Jun 2012 08:18 AM PDT

Anda Kenapa Siapa Gadis ini Dan Sumbangannya?
Dia adalah hero dalam dunia kanak-kanak kita eh..

Cool : "Dinner In the Sky", Restoran 'Open Air' Di Ketinggian 165 Kaki (11 Gambar)

Posted: 27 Jun 2012 08:10 AM PDT

"Dinner In the Sky" adalah satu-satunya restoran untuk mereka yang menikmati ketinggian kerana restoran ini membawa mereka untuk makan di atas udara pada ketinggian 165 kaki. Tetapi setiap kali jamuan hanya 22 orang sahaja dan mereka boleh duduk di atas untuk 8 jam.

Serius : Ujian Terakhir Untuk Bakal Sami Sebelum Masuk Tokong (Gambar)

Posted: 27 Jun 2012 07:57 AM PDT

Ujian Terakhir Untuk Bakal Sami Sebelum Masuk Tokong.
Kalau di negara kita, mesti Genting menjadi lokasinya.


OMG : [Video] Penggambaran Perkahwinan Yang #Fail

Posted: 27 Jun 2012 07:48 AM PDT

Penggambaran Perkahwinan Yang #Fail 
Semoga semasa perkahwinan semuanya berjalan dengan lancar ye..


Lawak : Apabila Atok Sudah Ada Facebook.. (4 Gambar)

Posted: 27 Jun 2012 05:37 AM PDT

Atok ni baru first time jumpa facebook…Dia pun nak nak post gambar macam korang jugak.. tapi atok ni lupa nak posing mulut itik... LOL.. 






Sumber : Here



Gila : Nenek Potong Tangan Cucu 8 Bulan Di China (Gambar)

Posted: 27 Jun 2012 04:54 AM PDT


BEIJING - Seorang bayi berumur lapan bulan berhadapan detik menyakitkan apabila kedua-dua belah tangan dipotong sehingga putus tanpa sebab oleh neneknya di wilayah Shandong, China.

Menurut polis, insiden kelmarin, berlaku semasa mangsa sedang dalam jagaan wanita tua itu berikutan ibu bapanya keluar bekerja.

Motif sebenar kejadian masih belum dipastikan kerana suspek dalam keadaan koma kerana cuba membunuh diri sejurus bertindak memotong tangan cucunya itu.

"Petang itu, saya nampak ibu bayi berkenaan meluru keluar daripada rumahnya sambil membawa anaknya yang dalam keadaan berlumuran darah selepas beberapa minit pulang dari kerja.

"Saya juga terdengar wanita itu bercakap dengan seseorang dalam telefon dan berkata tangan bayinya dipotong ibunya sebelum cuba membunuh diri," kata seorang jiran keluarga mangsa.

Difahamkan, bapa bayi malang itu terpaksa pulang ke rumah mereka untuk mengambil bahagian tangan anak perempuan mereka yang dipotong dan disambungkan semula ke badan bayi berkenaan di hospital.

Dalam pada itu, walaupun pembedahan menyambung semula tangan mangsa membuahkan hasil positif, doktor yang terlibat tidak dapat memastikan sama ada anggota itu dapat berfungsi dengan baik.

p/s : Ish3.. kesian baby tu.. 

Sumber : Here

OMG : Bangunan Tertinggi Di Dunia Bakal Disiapkan Dalam Masa 90 Hari (3 Gambar)

Posted: 27 Jun 2012 02:54 AM PDT


Sky City bakal menjadi bangunan pencakar langit tertinggi di dunia apabila siap nanti. Ianya bakal dibina di bandar Changsa wilayah Hunan, China. Pencakar langit ini berketinggian 838 meter tinggi bakal mengatasi ketinggian Burj Khalifa (828 meter) apabila siap nanti.

Lagi mengagumkan, sebuah syarikat daripada China yang dinamakan Broad Sustainable Building (BSB) akan membina menara ini dalam masa 90 hari. Biar betul? Sebenarnya ini mungkin tidak mustahil untuk dilakukan kerana syarikat BSB juga pernah membuat hotel setinggi 30 tingkat dalam masa 15 hari sahaja.

Menurut Syarikat BSB, jika semua berjalan seperti yang dirancang, mereka akan memulakan pembinaan pencakar langit ini pada November 2012 dan dijangka siap pada Januari 2013. 



Sumber : Here

Info : Bahasa Kesat/Kasar Yang Selalu Digunakan Pada Masa Kini

Posted: 27 Jun 2012 02:24 AM PDT


Sedar tak sedar dari perbualan harian kita, bahasa kasar telah dilembutkan sebenarnya dari perkataan kasar yang boleh mendapat penumbuk kat muka kita.Perkataan- perkataan ini biasanya digunakan oleh remaja dan golongan yang tak berapa nak remaja.

SIOT:
Siot adalah dari perkataan bodoh ataupun sialan. Mana lagi lembut "Siot la kau ni,janji pukul 2 sampai pukul 5" berbanding " Kau ni memang b*d*! Janji pukul 2 datang pukul 5".

KLEPET/REMBAT:
Dari perkataan curi/rompak. Contoh ayat: Kau kelepet artikel dari blog isuhangat? berbanding Kau curi artikel dari blog isuhangat?

SEKODENG:
Dari perkataan mengintai/mengendap . Contoh ayat: "Jom sekodeng anak Pak Ali". Mana lebih lembut dari "Jom mengendap anak Pak Ali".

HAMPEH:
Dari perkataan tidak berguna. Mana lebih menyirap? "Kau ni memang hampeh! " berbanding "Kau ni memang tak berguna!"

KELENTONG
Dari perkataan menipu. "Alah kau ni memang kaki kelentong" berbanding "Alah kau! ni memang penipu"

WAK LU:
Ini gurauan yang agak kasar sebenarnya dari perkataan bapak kau. Mau kena penerajang kalau berkata "Bapak Kau!" berbanding perkataan "Wak lu!"

SIOL:
sama jugak maksud mcm siot....

KEWAK:
maksudnye adalah pu**ma*...kalo kite ckp 'kewak la ko' adalah lagi lembut berbanding 'pu**ma* la ko'..

BATAK :
lebih kpd jakun @ rakun...kehkehkeh..."batak tahap gaban tul la..ko ni fizie" Cth....jgn mare...kehkehkeh....

Cipanos :
Huh..kata ganti kpd babinos....so..jgn gne selalu ayat ni...pasti muka korg akan kne nos nnt....warwarwar....

Gampang : kata ganti diri utk melempang @ pelempang....."hari2 radinnaz gampang icu..." huh...sungguh kejam ayat tu....kuikuikui

CEREMPIT (sifat2 OKU dan tak cukup sifat yg suka kutuk2 n ngata2 kat belakang)
cth: ish2... ramai betul budak2 cerempit skrg ni ye..... mcm ada sorang kuli aku tu dah jadik budak cerempit.. baru masuk keja dan pandai nk demand gaji tinggi...keja buat2 ala2 kadar jek

BOTOL (b*d*h tolol)
cth: mmg botol la mamat tu.... aku suh buat lain dia buat lain.... ada ke buat air sirap dia letak sos cili.... aku kata jus SIRAP...... bukan jus SOS CILI.... itu sowang lagi kuli aku yg sll gitu

HAPRAK (ada kepala mcm ok tp tp tak leh pakai punye)
cth: haprak betul la makhluk sekor ni, muka je nampak brutal.. pastu ckp bgai nak gah je tp bila ada filem hindustan ...... tang part sedih tu siap nangis2 lagi tersedu sedan... siap meleleh2 hingus tu.... kata aku yg lebih...dia pun lagi lebey..... ni pun sowang lagi kuli aku...

CEKLETO'EH Cekleto'eh ada satu perkataan dari Nairobi, Africa merupakan perkataan PALING UNIVERSAL sekali kerana ia boleh digunapakai di beberapa ayat dan tempat...

contoh :-

Nak makan-
"Jom kita cekleto'eh nasik goreng... lapor ni"

Mencuri :-
"Seekor tenggiling rempit telah mencekleto'eh motor mat rempit lain.."

Menipu :-
"Ko jangan nak cekleto'eh aku. Semalam aku tengok kat lorong, harga gab RM10 je semalam"

Berak :-
"Apaaa makkk??? Orang dalam jamban ni...tengah cekleto'eh" kata Fizie yang tengah berak dalam bilik tidurnya sambil ditemani sliparjepun.

Bahasa Office :-
"Setelah syarikat mengalami peningkatan cekleto'eh, kapasiti cekleto'eh didalam gudang akan meningkatkan kadar sifar cekleto'eh"

Seks suami isteri :-
"Aku nak balik awal ni, nak cekleto'eh bini.."

BINGAI
utk ssorg yg b*d*h, xphm bahase @ org pggl wt xtau / wt b*d*h...
(hanya grau2an bdk skula)

SUWEI
srg yg btl2 bengong or wt2 bengong...
(hanya grau2an bdak skola)

sengal
haku pon tatau maknanya camana... tapi kalau ditunjukkan pada seseorg, gerenti org tu bertaraf tak guna...

cap ayam/cikai...
low class punya brg.....

harun salim ...... hamjadah...

BADIGOL SOOT=org2 yg perangai cam hampeh,xleh diarap,soh wat len tp die wat mende len,perasan hensem(bg laki2),bla..bla..bla..bla..

HABANGJAKANGSUK=harimau kumbang jatoh longkang...eeeee...busuk!!!!

SUNCAHTOT=suntut sampai pecah lubang bontot

TEJUJU=terajang laju2

TAMYAKCUK=tamparan ketiak bucuk

KUTAK=kuli batak
cth ayat:

Radinnaz:Ko ni BADIGOL SOOT btol la Cleaner.Aku sumpah ko jd SOOT BADIGOL bru ko tau!

Cleaner:Ye boss..hambe akui hambe ni mmg BADIGOL SOOT.Tp SOOT BADIGOL tu da lebey...hambe truz jd marah. Ni yg hambe rs cam nak btukar jd HABANGJAKANGSUK ni.

Radinnaz: a-eh,lawan toke lak ko ye??Nak kene SUNCAHTOT ke ko ni??Ke ko nak kene TEJUJU gn aku??

Cleaner:boss kire boss pye SUNCAHTOT gn TEJUJU je..hambe punye TAMYAKCUK boss xrase g..lg sedap dr ABC kt kdai kite ni

Radinnaz:Eh,bile mase lak kite kd shepatner ni??Igt,ko tu KUTAK aku je..Dah,g basoh jamban kt blakang tu..da bau ketiak Mr Rie da jamban aku tu..

Cleaner: Jamban boss??hemoh2!

sewel = sengal
ko nih 'sewel' la cuci tandas...

cak'ekg = gempak
abe fiziekal nih 'cak'ekg' la...

spenda = lurus bendul
ko nih amatlah 'spenda' cuci tandas. cube la jadi mcm abe fiziekal iaitu org yg baik2 belaka...

lantoi = celaka
mengapala si cuci tandas nih amatlah lantoi perangainye...

p/s : Mungkin lain tempat lain terjemahannya... jika ada yang salah, sila betulkan di ruangan komen yer.. peace.. Bahasa melambangkan peribadi seseorang itu... 

Sumber : here

Serius : [Video] Keberanian Encik Zaini Menyelamatkan Keadaan Di Melbourne

Posted: 27 Jun 2012 01:54 AM PDT


Perbuatan bodoh seorang lelaki dirakam oleh CCTV di stesen minyak di Melbourne. Lelaki tersebut bermain dengan pemetik api ketika sedang mengisi petrol. Tiba-tiba, api menyambar dan mengakibatkan kereta dan pam minyak tersebut terbakar. Lelaki itu terus melarikan diri. Tetapi seorang lelaki yang dikenali sebagai Mr. Zaini pantas menyelamatkan keadaan dengan menyimbah air pada kawasan yang terbakar itu.


p/s : Respek la kat brader Zaini nih. Sanggup mempertaruhkan nyawa. Bahaya tu.. Kalau aku la kat ctu memang dah lari dah..

Sumber : Here

Info : 18 Sebab Jin Merasuk Manusia

Posted: 27 Jun 2012 01:44 AM PDT


18 sebab jin merasuk manusia

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat," katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

"Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

"Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin," tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu. 
sumber : Here

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment