Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Tuesday, June 26, 2012

Aku Stress Giler


Cool : "The Dutchman", Game iPhone/iPad/Android Ciptaan Rakyat Malaysia Yang Hangat!

Posted: 26 Jun 2012 08:30 AM PDT


Ok. kali ni aku nak share dengan korang pasal satu game untuk iPhone dan Android ni. Game ni dinamakan The Dutchman. Korang tau ape tu Dutchman? Bukan orang dekat negara Holland tu, tetapi Orang Belanda atau lebih dikenali dengan nama Proboscis Monkey. Monyet jenis ni terdapat dkt Borneo dan hanya tinggal lebih kurang 3000 ekor je kat dunia nih!! 

Back to business, game "The Dutchman" ni dicipta oleh anak tempatan iaitu oleh syarikat Utan Tropik Sdh Bhd. Korang boleh jenguk website Utan Tropik untuk keterangan lebih lanjut mengenai game nih.


Sebelum cakap pasal game, aku nak cerita la sket pasal team Utan Tropik ni. Syarikat ni terletak kat area Subang dan diterajui oleh 5 orang anak tempatan. Memang salute la kat diorang ni. Aim diorang ni adalah to make people Happy 5 Minutes @ a time dengan hasil2 karya game applikasi mereka. Bukan selalu ada company dari Malaysia macam diorang ni yang ada misi dan visi yang hebat.

Sebelum tu, Jom tengok trailer game The Dutchman ni kat Youtube.


Ni pulak gameplay untuk The Dutchman nih.. Layan beb,, lebih kurang gameplay Angry Birds. Ade stage2..


Konsep

Konsep game ni ialah Edutainment atau Education + Entertainment. Jadi game ni bukan setakat dapat hilangkan boring, tapi dapat tambah pengetahuan beb.. Ramai yang tak tau pasal Proboscis Monkey nih. Masa aku kat Sarawak dulu sempat la tengok monyet ni kat Taman Negara Bako, Kuching. 

So, game ni sesuai untuk semua..bukan setakat budak-budak, orang dewasa pun leh main gak. At least dapat tau pasal spesis monyet terancam nih. Bila korang move to the next level, korang dapat main kat negara lain plak. So, korang dapat tambah pengetahuan pasal monyet kat tempat lain.

Selain tu, game ni merupakan sebuah game strategik yang berkonsepkan colour fizik. Memang fun la.

Untuk pengetahuan korang, background belakang dalam game ni adalah lukisan tangan!! Bukan buat dengan komputer beb,, Memang cool... Respek ar kat diorang yang buat game nih. Lagu/Soundtrack pun diorang cipta sendiri. Tak main la ciplak-ciplak muzik orang lain. Original!! Made In Malaysia. Bangga tu..

Meh nak cerita sket pasal game nih.

Sneek Peak : The Dutchman ni adalah game yang memerlukan daya kreativiti dan tactical minda yang dipersembahkan dalam 30 level yang dipenuhi dengan tahap kesukaran yang berbeza. Game ini juga membawa pemain ke alam hutan tropika di mana karakter utama merupakan seekor monyet Proboscis (sejenis spesis yang terdapat hanya di Borneo) dan secara level per level, ia akan membawa pemain ke sebuah negara ke sebuah negara yang lain untuk pelajari spesis monyet yang terdapat disana. Ia juga dipersembahkan dengan latar grafik hutan tropika disertakan dengan alunan muzik tribe yang akan menguis sedikit perasaan pemain ibarat menikmati keindahan alam semulajadi yang serba kehijauan di atas skrin. Secara general, ia merupakan game strategi dimana pemain perlu memikirkan strategi terbaik dalam defending team dan conquer lawan. So, game ni sesuai sangat untuk anda yang suka game ala-ala Command And Conquer.


Haa.. nak try main tak? Aku baru je lepas download kat Galaxy Tab tadi.. Ni tengah main la nih. Memang layan~.. Best main tembak2 monyet jahat.. Tak dapat nak stop.. ketagih macam main Angry Birds jugak dulu2..

Nak download kat mane? Klik je link kat bawah ni kalau nak download..

GOOGLE PLAY

·         http://bit.ly/TheDutchmanAndroidGame

·         http://bit.ly/TheDutchmanAndroidGameFree

 APPLE STORE

·         http://bit.ly/TheDutchmanIOSGame

Jom la kita support Barangan Buatan Malaysia. Bukan senang nak buat game ni beb. Aku suka geng2 Utan Tropik ni. Vision jauh.. Memang respek ar.. Tak salah kita support diorang kan.. Kita sanggup bayar nak main game yang orang putih buat. Apa salah support game yang orang Malaysia buat.. Tak rugi.. Nanti nama negara kita jugak yang famous. Hoho..

Jom like fanpage diorang kat Facebook pastu add la kat Twitter.









OMG : Kem 'Kuruskan Badan' Untuk Polis Filipina Yang Gemuk Sahaja (4 Gambar)

Posted: 26 Jun 2012 07:21 AM PDT

Kem 'Kuruskan Badan' Untuk Polis Filipina Yang Gemuk Sahaja.
Only for the obese one.untuk pastikan mereka ini boleh kekalkan kerja mereka, mereka mesti kuruskan badan ke satu tahap yang telah ditetapkan.





Fakta : Gadis Dalam Facebook VS Gadis Dalam Dunia Realiti (4 Gambar)

Posted: 26 Jun 2012 07:13 AM PDT

Gadis Dalam Facebook VS Gadis Dalam Dunia Realiti.


Fakta : Ini Adalah Keadaan Di Rumah Keluarga Abad Ke 21 (Gambar)

Posted: 26 Jun 2012 06:48 AM PDT

Ini Adalah Keadaan Di Rumah Keluarga Abad Ke 21.
No more talking amongst all of them nymore in the house...technology has conquered every single one of them. 



Superb : "BMW i Pedelec", Basikal Elektrik Rekaan BMW (7 Gambar)

Posted: 26 Jun 2012 06:40 AM PDT

Syarikat Automobile Jerman, BMW telah mereka sebuah konsep basikal elektrik di i Store, gudang BMW di London yang membuat kenderaan elektrik dan hibrid. Basikal ini dinamakan BMW i Pedelec. Jom usha gambar-gambar basikal hebat nih. 









Sumber : Here



Serius : [Video] Adakah Ini Rupa iPhone 5 Dan Fungsinya?

Posted: 26 Jun 2012 06:36 AM PDT

Adakah Ini Rupa iPhone 5 Dan Fungsinya?
Adakah ini benar iklan iPhone 5? Adakah iPhone 5 ini secanggih yang ditunjukkan dalam iklan di bawah?


Info : 10 Amalan Terbalik Masyarakat Melayu

Posted: 26 Jun 2012 06:18 AM PDT


10 AMALAN  T E R B A L I K  YG TIDAK DISEDARI

Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

"Abdullah bin Ja'far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja'far, Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja'far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)"
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

p/s : Amacam? Setuju tak? 

Sumber : Here

Kesian : "Lonesome George", Kura-Kura Gergasi Terakhir Ditemui Mati (6 Gambar)

Posted: 26 Jun 2012 02:19 AM PDT


Lonesome George, seekor kura-kura bersaiz gergasi dari Pulau Pinta dan terakhir dalam spesiesnya telah ditemui mati di Taman Negara Galapagos yang terletak di Kepulauan Galapagos, Santa Cruz..Haiwan tersebut pertama kali ditemui di Pulau Pinta pada bulan Disember 1972..Haiwan berkenaan telah dinamakan bersempena memberi penghormatan kepada pelakon Amerika Syarikat, George Gobel.


Haiwan ini juga pernah ditempatkan di beberapa tempat lain sebelum diletakkan di bawah penjagaan Stesen Penyelidikan Charles Darwin di Kepulauan Galapagos.

Selama beberapa dekad ini, pelbagai jenis kura-kura dari Galapagos telah disediakan untuk Lonesome George mengawan tetapi gagal dalam menjaga kemandirian spesies kura-kura tersebut. Pernah sekali, seekor kura-kura berjaya bertelur namun semua nya sia-sia kerana telur tersebut didapati tidak subur.

Lonesome George dikatakan mempunyai berat sebanyak 88 kilogram dan panjang sehingga 180 sentimeter. Walaupun umur kura-kura tersebut dikatakan mencapai 100 tahun, ia tidak  lah terlalu tua kerana kura-kura tersebut mampu mencapai had umur sehingga 200 tahun.

Kematian kura-kura tersebut mungkin disebabkan oleh sakit jantung yang kerap dan proses bedah siasat akan dijalankan bagi mencari punca sebenar.

Kura-kura bersaiz gergasi ini dianggarkan mampu mencecah berat sehingga 400 kilogram dan mempunyai panjang sehingga 1.8 meter. Spesies seperti Lonesome George ini dikatakan telah pupus di Kepualauan Galapagos lebih kurang 150 tahun yang lalu. Hal ini kerana kegiatan para nelayan yang sering menangkap haiwan ini untuk dijadikan makanan. Nelayan juga menggelarkan haiwan ini sebagai "tin hidup" kerana mampu bertahan dalam suatu tempoh yang sangat lama tanpa makanan dan minuman.





 p/s : Kura-kura mati meninggalkan _______> Sila isi tempat kosong. 

Sumber : Here



Cool : Kini Tiada Masalah Lagi Untuk Simpan Tangga (4 Gambar)

Posted: 26 Jun 2012 02:08 AM PDT

Bagi yang memiliki tangga (ladder) kat rumah, mesti selalu bermasalah untuk menyimpan, memunggah dan mengunakan tangga tu kan? Dah la besar, panjang..berat pulak tuh. Jom tengok rekaan tangga kat bawah nih. 


Corner ladder merupakan tangga mudah alih rekaan studio Company & Company yang berpengkalan di Barcelona. Rekabentuk tangga ini membolehkan ianya dilipat sehingga menjadi sebuah tiang. Ini bermakna, ianya menjimatkan ruang penyimpanan. Tangga ini diperbuat daripada kayu untuk mengekalkan bentuk strukturnya. Satu rekabentuk tangga yang praktikal.




Sumber : Here

Pelik : Seluar Bercantum Dengan Kasut Rekaan Converse (3 Gambar)

Posted: 26 Jun 2012 02:00 AM PDT

Converse Pants ini dihasilkan oleh Sebastian Errazuriz. Apa yang pelik, seluar ini dicipta bercantum dengan kasut. Walaupun agak tidak praktikal, tapi idea tu tetap la boleh dihargai. Ntah apa-apa la rekaan.. Kreatif tak bertempat kot.. Hoho..




p/s : Kene pakai stokin dulu, pastu baru pakai seluar.. weird.. haha..

Sumber : Here

OMG : Inilah Restoran McDonald's Terbesar Di Dunia (8 Gambar)

Posted: 26 Jun 2012 01:41 AM PDT

Gambar kat bawah ni merupakan restoran McDonald's yang paling besar di dunia. Restoran ini terletak 200 meter daripada stadium Olimpik utama di Stratford, timur London. Ianya mempunyai keluasan 32000 kaki persegi dan mempunyai sebanyak 1500 tempat duduk untuk pelanggan serta memerlukan sebanyak 2000 pekerja. Perghhhh!!! Luas kot.. 









p/s : Mesti ramai yang membazir sos cili nih.. haha,, Kene prepare sos 20 lori.. 

Sumber : Here


{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment