Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Tuesday, July 3, 2012

Aku Stress Giler


Cool : Potret Kopi Terbesar Di Dunia Dipamerkan Di Moscow (8 Gambar)

Posted: 03 Jul 2012 07:22 AM PDT

Banyak betul 'Di' dalam tajuk kat atas. Hehe.. Seorang atris dan sculptor dari Rusia, Arkady Kim bersama 5 orang pembantunya telah menghasilkan potret terbesar di dunia menggunakan biji kopi.  Potret yang menggunakan lebih sejuta biji kopi telah dipamerkan di Gorky Central Park and Leisure di Moscow pada 26 Jun lalu.


Sumber : Here

Serius : Bvlgari Hotel, Hotel Paling Mahal Di Britain (6 Gambar)

Posted: 03 Jul 2012 06:13 AM PDT


Bvlgari Hotel di Knightbridge, London ini merupakan salah sebuah hotel termahal di Britain dengan harga minimum semalaman mencapai £850. Harga makan malam untuk dua orang pula mencecah £900.

Hotel ini juga mempunyai 6 tingkat bawah tanah, subterranean ballroom, wayang 47 tempat duduk, kolam renang sepanjang 25 meter dan spa yang mempunyai 12 bilik rawatan. Harga untuk satu sesi spa mencapai £220. 








p/s : Mewah giler.. 

Sumber : here

OMG : [Video] Bunyi Jet Supersonic Memecahkan Cermin Mahkamah Di Brazil

Posted: 03 Jul 2012 03:46 AM PDT


2 jet supersonic milik tentera udara Brazil telah memcahkan cermin mahkamah di Brazil ketika pertunjukan sempena pertukaran bendera di Praça dos Três Poderes. Pilot jet tersebut terbang terlalu rendah dan bunyi ketika jet tersebut melangkaui kelajuan bunyi telah menghasilkan sonicboom dan menyebabkan cermin di mahkamah itu pecah serta merta.


p/s: that was epic!!! mmg superb.. 

Sumber : Here




Cool : Kempen Greenpeace Untuk Selamatkan Benua Artik & Beruang Kutub (8 Gambar)

Posted: 03 Jul 2012 01:40 AM PDT

Berikut merupakan gambar-gambar kempen yang dianjurkan oleh GreenPeace iaitu kempen selamatkan benua Artik dan beruang kutub. Kempen ini diadakan di seluruh dunia, Jom tengok gambar-gambar kat bawah nih..

India

Australia
Russia
Rusia
Jerman
Denmark
Italy
China
Sumber : Here

Info : Ubat Sakit Jantung Buatan Sendiri (4 Gambar)

Posted: 03 Jul 2012 01:10 AM PDT

Gambar hiasan. Gunakan produk lain selain dari Heinz

Korang ada sedara atau jiran ada masalah jantung? Selain daripada pergi jumpa doktor pakar korang juga boleh cuba ramuan jus di bawah ni..Tak salah mencuba kan? Jom tengok petua kat bawah nih..

Bahan:

1. Satu cawan jus lemon.

2. Satu cawan jus halia.

3. Satu cawan jus bawang putih.

4. Satu cawan cuka sari epal.

5. Tiga cawan madu.

Ramuannya:
Campur kesemua jus lemon, halia, bawang putih dan cuka. Masak perlahan-lahan sehingga kandungan campuran jus tersebut tinggal 3/4.
Selepas itu biarkan jus yang telah dimasak sejuk.

Setelah sejuk, campurkan dengan 3 cawan madu.

Simpan dalam bekas yang bersih.

Amalan: 
Ambil sebanyak 3 sudu teh setiap pagi sebelum bersarapan.
Amalkan setiap hari, Insyallah anda akan sihat.


Hasil

Sebelum

Selepas

p/s : Semua penyakit ada ubatnya kecuali mati.. selamat mencuba..Taknak cuba pun takpe. tak paksa pun. lebih baik tanye doktor dlu b4 cuba yer.

Sumber : Here


WTF : Lelaki Mabuk Cuba Kunyah Muka Wanita (Gambar)

Posted: 03 Jul 2012 01:01 AM PDT


WENZHOU – Serangan kanibal terbaru yang mengerikan nampaknya menular ke China, apabila seorang pemandu bas mabuk cuba menggigit muka seorang wanita.

Wanita malang itu memerlukan pembedahan plastik bagi memulihkan kecederaan akibat perbuatan lelaki berkenaan. Menurut media tempatan, pemandu yang dikenali sebagai Dong itu meminum arak terlalu banyak ketika makan tengah hari sebelum kejadian beberapa hari lalu.

Dia kemudian berlari ke tengah jalan raya di bandar raya ini dan berdiri di depan kereta dipandu wanita bernama Du serta menghalangnya daripada bergerak. Dong memanjat ke atas bumbung kereta dan mula menumbuk kenderaan itu, manakala Du yang panik menjerit meminta tolong.

Apabila Du keluar dari keretanya, Dong melompat ke arahnya dan menolak wanita itu hingga mangsa terjatuh di atas jalan raya.

Dong kemudian menggigit muka Du menyebabkan dia yang menjerit ketakutan dan kesakitan, berlumuran darah.

Orang ramai kemudian cuba menarik Du daripada mangsa. Saksi berkata, Dong sudah hilang ingatan kerana enggan melepaskan Du. Polis yang tiba tidak lama kemudian berjaya menahan Dong bagi mengakhiri kejadian itu.

Du dibawa ke hospital dan doktor berkata, dia memerlukan pembedahan plastik bagi merawat hidung dan bibirnya yang cedera teruk akibat digigit lelaki berkenaan.

Kejadian itu berlaku tidak lama selepas satu siri insiden serangan kanibal dilakukan seorang penagih dadah di Amerika Syarikat bulan lalu. – AP

p/s : Bodoh.. igt muka pompuan tu biskut ke hape nak kunyah2..

Sumber : Here

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment