Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Wednesday, July 4, 2012

Aku Stress Giler


Cool : "Instaglasses", Cermin Mata Konsep Dari Instagram (6 Gambar)

Posted: 04 Jul 2012 06:09 AM PDT


Peminat apps Instagram mesti suka dengan cermin mata kosep Instaglasses nih. Pada masa kini, Instagram merupakan antara aplikasi telefon pintar yang terkenal di pasaran dengan bilangan lebih 50 juta muat turun aplikasi Instagram ini bagi pengguna yang rata-ratanya menggunakan iOS dan Android.

Kini, terdapat satu lagi konsep baru untuk penggemar kamera Instagram. Walau pun masih lagi didalam proses pembikinan, konsep kamera Instagram yang baru ini dijangka akan mendapat perhatian daripada semua pengguna web.

Konsep ini dinamakan sebagai "Instaglasses" dan telah direka oleh Markus Gerkes..Nak tahu apa rupa konsep Instagram yang baru tu,jom tengok gambar kat bawah.


p/s : Praktikal ke benda nih? 

Sumber : Here

OMG : Wanita Yahudi Selamatkan Budak Palestin Dari Dipukul Tentera Israel (4 Gambar)

Posted: 04 Jul 2012 06:01 AM PDT


Seorang wanita Yahudi Israel telah bertindak diluar pemikiran akal logik manusia masa kini, mempertaruhkan maruah dan nyawanya sanggup pertahankan nyawa seorang budak warga Palestine dari terus dibelasah oleh seorang askar Yahudi Zionis Israel.

Tindakan luar biasa wanita ini amat mengejutkan sekali. Mujurlah ada wanita tersebut... kalau tidak, tidaklah dapat dibayangkan nasib yang menimpa budak warga Palestine itu.

GAmbar ini membawa mesej jelas. Tindakan zalim pihak tentera Israel keatas warga Palestine sudah tidak boleh diterima lagi sehinggakan warganya sendiri sanggup bertindak diluar penerimaan pemikiran manusia secara normal.

Lihatlah sendiri betapa beraninya wanita tersebut.


p/s : Susah nak jumpa orang macam pompuan Yahudi ni sekarang.. salute.. 

Sumber : here


Info : Inilah Jambatan Purba Yang Berusia Lebih 1 Juta Tahun (4 Gambar)

Posted: 04 Jul 2012 05:48 AM PDT



Adam Bridge,atau dikenali juga dengan nama Rama Bridge merupakan salah satu daripada beberapa tempat paling misteri di dunia. Jambatan purba misteri sepanjang 30 Km yang menghubungkan antara Manand Island (Srilanka) dan Pamban Island (India) ini dipecayai telah berumur lebih daripada 1 juta tahun!

Struktur Rama Brige sendiri sangat mudah terlihat dari atas permukaan air laut kerana kedudukannya yang tidak terlalu dalam,iaitu hanya ditenggelami air sedalam kira-kira 1.2 meter (jika air laut sedang surut).

Status jambatan ini masih merupakan misteri sehingga kini, menurut tafsiran para pengkaji,dikatakan Rama Bridge berkemungkinan mempunyai kaitan yang rapat dengan mitos terkenal India, Ramayana.

Srilankan Archeology Department telah mengeluarkan suatu statment yang menyebutkan usia Rama Bridge mungkin berkisar diantara 1,000,000 hingga 2,000,000 tahun, namun apakah jambatan ini benar-benar terbentuk secara semulajadi atau adakah ia merupakan suatu ciptaan manusia? Sehingga kini persoalan ini masih belum dapat dirungkaikan.




S.U.Deraniyagala, Pengarah Pusat Arkeologi Sri Lanka yang juga merupakan pengarang buku "Early Man and the Rise of Civilization in Sri Lanka: the Archaeological Evidence" mengatakan bahawa peradaban manusia telah muncul di Kaki Gunung Himalaya sekitar 2000.000 tahun lalu. Walaupun menurut para sejarawan peradaban paling awal di benua India adalah peradaban bangsa Ca, hal itu bukan merupakan suatu jaminan bahawa terdapat peradaban yang jauh lebih tua lagi dari mereka sebelumnya.

Para sarjana menaksirkan bahawa kemungkinan jambatan purba ini dibangunkan setelah daratan Sri Lanka terpisah daripada India jutaan tahun silam.

Didalam Epos Ramayana,jambatan itu dibangunkan oleh para pasukan manusia kera dibawah pengawasan Rama. Maksud dari pembangunannya sendiri ialah sebagai tempat penyeberangan menuju Negeri Alengka dalam misi untuk menyelamatkan Dewi Shinta, dimana pada saat itu Dewi Sinta diculik oleh Raja Kerajaan Alengka,iaitu Rahwana.

Epos Ramayana,menurut Kalender Hindu seharusnya berada pada masa Tredha Yuga (menurut cakram masa evolusi hindu/ cakram Hinduism tentang Epos tersebut terbahagi kepada masa Sathya (1728000 tahun), Tredha (1296000 tahun), Dwapara (864000 tahun) dan Kali (432000 tahun).

Tahap sekarang menurut kalender mereka ialah Kali. Bermaksud menurut Epos tersebut, usia dari Rama Bridge sekitar 1.7 juta tahun lalu.

p/s :  sekadar berkongsi. cerita dalam mitos Hindu.

Sumber : Here



Serius : [Video] Lelaki Mengamuk Di Kedai Sen-Q Karamunsing, Kota Kinabalu

Posted: 04 Jul 2012 04:22 AM PDT


Kejadian ini berlaku di Sen-Q KAramunsing, Kota Kinabalu, Sabah pada 3 July 2012. Menurut description video ni dekat YouTube, punca lelaki ini mengamuk kerana beliau telah ditipu oleh pekerja Sen-Q. Pekerja Sen-Q dikatakan telah memberi maklumat palsu kepada beliau untuk menjual barang-barang mereka.


p/s : Sila baca top comment dekat YouTube.. Hilarious!! haha

Sumber : Here

Serius : Lelaki Jepun Dulu VS Sekarang (Gambar)

Posted: 03 Jul 2012 08:13 PM PDT

Lelaki Jepun Dulu VS Sekarang


Cool : Garaj Hanya Untuk Pemilik Kereta Mewah Yang Mantap (14 Gambar)

Posted: 03 Jul 2012 06:39 PM PDT

Garaj Hanya Untuk Pemilik Kereta Mewah Yang Mantap.
Garaj kaca ini memang cantik dan mantap kalau anda memiliki kereta mewah. Garaj ini kelihatan seperti bilik pameran. 

Genius : Tangga Paling #Epic Untuk Kenakan Orang Di New York Subway

Posted: 03 Jul 2012 05:53 PM PDT

Tangga Paling #Epic Untuk Kenakan Orang Di New York Subway.
memang genius kerana ramai yang terkena tetapi masalah kalau ibu mengandung atau yang membawa anak yang terkena. 


WTF : Burger Paling #WTF Dunia - Burger Lidah? (2 Gambar)

Posted: 03 Jul 2012 05:43 PM PDT

Burger Paling #WTF Dunia - Burger Lidah?
Betul ke ni? Kalau ya, ada ke orang nak makan ni?



OMG : Apa Benda Ini? (Gambar)

Posted: 03 Jul 2012 05:38 PM PDT

Apa Benda Ini? (Gambar) 
Macam cacing dalam....




{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment