Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Sunday, July 8, 2012

Aku Stress Giler


Serius : [Video] Inilah Racun Yang Digunakan Untuk Membunuh Yasser Arafat

Posted: 08 Jul 2012 06:31 AM PDT


Misteri kematian pemimpin Palestin Yasser Arafat pada November 2004 mulai menunjukkan sinar setelah racun yang membunuhnya ditemui dalam pakaiannya, iaitu racun Polonium-210.

Menurut stesen TV Al Jazeera yang menyiasat kematiannya itu selama sembilan bulan. Mereka telah mengirim barang-barang peribadi milik Arafat ke Institut Fisika Radiasi di Universiti Laussane, Swiss untuk dikaji. Hasilnya, pada seluar dalam, kafiyeh, dan pakaiannya, para pengkaji menemui kesan polonium-210.

Kesimpulan awal, Polonium-210 adalah penyebab terbunuhnya pemimpin kharisma Palestin itu . Inilah radioktif berbahaya yang juga menewaskan bekas perisik Rusia Alexander Litvinenko.

Polonium atau biasa disebut 'Radium F', ditemui oleh Marie dan Pierre Curie pada 1898 dan diberi nama sempena tanah kelahiran Marie Curie, iaitu Poland (bhs latin: Polonia). Elemen kimia ini diberi simbol Po dengan nombor atom 84.

Polonium-210 adalah zarah yang amat membunuh dan ia jauh lebih berbahaya dibandingkan dimethyl mercury yang biasa digunakan untuk meracun orang. Setiap 1 gram polonium mampu membunuh 1.5 juta orang.

Polonium-210 adalah material radioaktif yang mengeluarkan partikel alfa. Kandungan ini biasanya digunakan untuk menghilangkan debu pada tekstil, fotografi, dan rakaman fonograf. Alfa partikel akan mengion radiasi, namun ia boleh dihentikan dengan mudah menggunakan selembar kertas atau lapisan kulit mati.

Partikel itu akan melepaskan tenaganya dalam jarak yang sangat dekat. Jika Polonium-210 melekat pada kulit, ia tidak berbahaya. Namun, jika ia terhisap atau termakan sehingga masuk ke dalam tubuh, maka Polonium-210 akan masuk ke dalam saliran darah dan partikel alfa di dalamnya terus merosakkan organ-organ tubuh serta lapisan-lapisan vital. Polonium-210 yang masuk ke dalam tubuh boleh dikeluarkan melalui kotoran atau air kencing beberapa bulan kemudian.

Ketika saat Arafat meninggal dunia 11 November 2004 pada usia 75 tahun di hospital di Paris, doktor berkata Arafat mengidap penyakit aneh yang sukar dikenalpasti. Ia berkemungkinan menderita penyakit kanser, sirosis, atau HIV. Namun, penelitian di makmal menunjukkan sangkaan itu meleset.

Kini terungkap sudah penyebab kematian tokoh besar Palestin dan dunia itu. Sekarang apa yang perlu ialah mencari siapa pembunuhnya. Benarkan ia dibunuh oleh agen rahsia Israel, Mossad, seperti yang banyak diperkatakan saat kematiannya?


p/s : Dah agak dah.. Mesti keje Zionis laknatullah ni..

Sumber : Here

OMG : Ahli Parlimen Jordan Keluarkan Pistol Semasa Debat Mengenai Syria (6 Gambar)

Posted: 08 Jul 2012 06:10 AM PDT


Debat televisyen secara langsung antara dua musuh politik di Jordan berakhir dalam keadaan huru-hara apabila seorang daripada mereka mengeluarkan sepucuk pistol.

Selain mengacukan pistol, MP Mohammad Shawabka juga membaling kasut kepada lawannya, aktivis politik Mansour Sayf al-Din Murad, yang turut sama membincangkan pemberontakan di Syria dalam rancangan yang disiarkan oleh Stesen TV Jo Sat.

Kekecohan ini berlaku selepas Mansour menuduh Mohammad Shawabka sebagai ejen perkhidmatan rahsia Israel Mossad.

"Anda Mossad," kata Mansour.

Shawabka menjawab: "Kamu adalah penjahat" lalu melemparkan kasut kepadanya - suatu tindakan yang amat menghina di dunia Arab.

Sebagai moderator rancangan, Mohammed Habashneh bergelut untuk mententeramkan kedua-dua pemimpin politik itu.







p/s : Giler ah..trus keluar pistol.. pergh,..

Sumber : Here

Serius : Dapat Royalti Dari Gambar Garu Punggung (Gambar)

Posted: 08 Jul 2012 01:43 AM PDT


Fotografer Martin Elliot, yang mengambil gambar pemain tenis seksi pada tahun 1976 dan gambar itu telah terjual sebanyak dua juta salinan, telah meninggal dunia di rumahnya, dekat Truro, Cornwall, England.

Dia menderita kanser dan meninggal dalam usia 63 tahun. Isterinya, Noelle, yang bertemu Elliot tahun 1987, menggambarkan awal kehidupan mereka sebagai "gila" kerana mendapat pengiktirafan sedunia berkat gambar tersebut.

"Martin menjual foto itu ke Athena yang kemudian membuatnya dalam bentuk poster, tetapi Martin tetap memegang hak ciptanya. Saya masih mendapatkan royaltinya sampai sekarang," kata Noelle.

Elliot belajar fotografi di Birmingham School of Photography, kemudian bekerja dalam bidang periklanan di Birmingham's Jewellery Quarter. Elliot bersara 11 tahun lalu. "Martin punya selera humor yang menakjubkan dan pelawak yang luar biasa," katanya.

p/s : Macam-macam.. 

Sumber : here

WTF : Taman Khas Untuk Pasangan Gay Di China (4 Gambar)

Posted: 08 Jul 2012 01:40 AM PDT

Gambar-gambar kat bawah ni diambil dari blog china yang femes iaitu tt.mop.com yang menunjukkan sebuah taman khas di China yang dikhaskan untuk pasangan gay berdating. Taman macam ni pun ada ker? Ish3..







Sumber : Here

Hebat : Lagu Nyanyian Yuna Terpilih Jadi Soundtrack Filem Hollywood

Posted: 08 Jul 2012 01:02 AM PDT


YUNA sekali lagi mengharumkan nama negara, apabila lagu covernya, Here Comes The Sun, nyanyian asal kumpulan legenda, The Beatles, menjadi pilihan produksi antarabangsa sebagai lagu tema untuk filem terbaru lakonan John Travolta yang berjudul Savages, arahan Oliver Stone.

Kehebatan Yuna sebagai penyanyi harus menjadi contoh kepada semua artis di negara ini.



p/s : Way to go Yuna.. popular dgn bakat, bukan kontroversi.. 

Sumber : Here

Cute : Koleksi #Terkini Gambar Kanak-Kanak Artis K-Pop Terkenal #1 (10 Gambar)

Posted: 07 Jul 2012 07:15 PM PDT

Koleksi #Terkini Gambar Kanak-Kanak Artis K-Pop Terkenal #1

Goo Hye Sun

Han Jin Min

Hyun Bin

Kim Soo Hyun

Kim Tae Hee

Kim Yoo Jung

Lee Da Hae
  
Lee Jang Woo

Lee Min Ho

Cha Seung Won

OMG : Ikan Dengan Gigi Manusia Ditemui Di Illinois (2 Gambar)

Posted: 07 Jul 2012 07:07 PM PDT

Ikan Dengan Gigi Manusia Ditemui Di Illinois.
Selepas kajian, ikan ini dipanggil 'pacu'. Ianya tak bahaya kerana hanya makan kacang, ikan lain serta sayuran seperti rumpai.



Serius : [Video] MV Akon Featuring Wonder Girls - Like Money

Posted: 07 Jul 2012 07:03 PM PDT

MV Akon Featuring Wonder Girls - Like Money.
MV lagu ini akan dilancarkan tak lama lagi, di bawah ini adalah Teaser ke 3 untuk lagu ini.
Tak sabar nak tengok MV ini..

 

Cool : Zen, Kucing Liar Kini Menjadi Peliharaan Di Rusia (10 Gambar)

Posted: 07 Jul 2012 07:00 PM PDT

Zen, Kucing Liar Kini Menjadi Peliharaan Di Rusia.
Sebuah keluarga telah mengambil seekor kucing liar (lynx) untuk dijadikan teman untuk empat ekor lagi kucing di rumah mereka. Zen dapat hidup bersama kucing lain tanpa masalah walaupun saiznya berbeza. 

WTF : Nicki Minaj Dengan Fesyen Seperti Kanak-kanak Di London (5 Gambar)

Posted: 07 Jul 2012 06:53 PM PDT

Nicki Minaj Dengan Fesyen Seperti Budak-Budak Di London semasa London's Wireless Festival. Habis semua warna dia nak selitkan pada fesyen dia. 



{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment