Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Monday, July 16, 2012

Aku Stress Giler


Kesian : [Video] Aksi Artis K-Pop Mencium Lantai

Posted: 16 Jul 2012 07:15 AM PDT


Kesian gak la tengok dia cium lantai. macam terhempas muka je. Tu la pasal.. Sapa suruh menari pakai heels tinggi sejengkal.. dah tu lantai pun licin.. aku tak tau group mane.. siapa yang tau bagi la pencerahan sket..dh lame video ni. saje je share..


p/s : tu la pasal..sapa suruh join k-pop.. kan dah jatuh bunyi Ke-POP!! hee.

Sumber : Here




Cool : Kereta Hummer Yang Mantap Dan Penuh Dengan Senjata (10 Gambar)

Posted: 16 Jul 2012 07:06 AM PDT

Kereta Hummer Yang Mantap Dan Penuh Dengan Senjata.
Kereta Hummer yang unik ini telah dijual di dalam eBay dengan harga mencecah RM 273,472.

Kreatif : Bekas Bengkel Kapal Terbang Bertukar Menjadi Sebuah Resort (10 Gambar)

Posted: 16 Jul 2012 06:53 AM PDT

Bekas Bengkel Kapal Terbang Bertukar Menjadi Sebuah Resort.
Bengkel ini mempunyai keluasan panjang 360 meter, lebar 210 meter serta tingga 107 meter telah bertukar menjadi sebuah resort yang sangat menarik. Di dalam ini anda boleh menikmati sehingga 29,00 tumbuhan serta pelbagai burung.Resort ini dikelilingi oleh bunyi alam semulajadi melalui pembesar suara yang tersembunyi di dalam resort ini.



Kreatif : Mari Memasak Dalam Kereta (4 Gambar)

Posted: 16 Jul 2012 06:35 AM PDT

Korang kalau time jam or park kereta dikawasan terbuka pada waktu panas bolehla amik kesempatan untuk panaskan makanan dalam kereta. Tahap bahang panas kat Malaysia ni memang tak dinafikan boleh masak telur. Jimat penggunaan gas dapur korang.





p/s : Telur je boleh masak.. yang lain tu panaskan jer.. hee

Sumber : Here

Superb : Garaj Moden Rekaan Arkitek Dari Brazil (8 Gambar)

Posted: 16 Jul 2012 06:16 AM PDT

Projek garaj moden ini adalah rekaan seorang arkitek dari Brazil, Brunete Fraccaroli unutk ditayangkan pada Casa Cor Show edisi ke 15. Garaj seluas 120 meter persegi ini telah di reinvented untuk menyediakan satu tempat letak kereta yang unik dan moden. 










Sumber : Here

Serius : Kim Kardashian/Kanye West Kini VS Masa Depan (2 Gambar)

Posted: 16 Jul 2012 06:10 AM PDT

Kim Kardashian/Kanye West Kini VS Masa Depan.

Kini

Masa Depan

WTF : Adakah Anda Rasa Gadis Ini Sangat Cantik Dan Menawan? (3 Gambar)

Posted: 16 Jul 2012 06:06 AM PDT

Adakah Anda Gadis INi Sangat Cantik Dan Menawan?
Cantik ke macam ni? Macam alien dah aku tengok..




Serius : Amy Winehouse Naik Tren Ke? (Gambar)

Posted: 16 Jul 2012 06:00 AM PDT

Amy Winehouse Naik Tren Ke?
Boleh ganti mendiang Amy Winehouse ni.. LOL..



Cool : Tempat Parking Khas Untuk Wanita Di China (7 Gambar)

Posted: 16 Jul 2012 05:33 AM PDT


Di wilayah Tianjin, sebuah pusat membeli-belah telah menyediakan tapak parkir 'special' berwarna 'pink' hanya untuk wanita. Tapak parkir itu disediakan khas betul-betul di hadapan pintu masuk pusat membeli-belah itu. Semuanya adalah untuk memudahkan mereka untuk membeli-belah di sana.


Sumber : Here

OMG : [Video] Pemuda Disembelih Kerana Murtad Di Tunisia [18SG]

Posted: 16 Jul 2012 01:47 AM PDT


Menurut sumber pemuda ini disembelih kerana murtad masuk agama Kristian. Sama ada hukuman ini dilaksanakan kerana beliau telah murtad atau mungkin kerana kesalahan lain yang telah dilakukan oleh pemuda ini gua tak pasti! Jika ada sesiapa yang tahu cerita sebenarnya sila tolong perbetulkan entri ini. Kejadian penyembelihan ini berlaku di Tunisia.

AMARAN! Video dibawah menunjukkan seorang manusia yang masih bernyawa disembelih dan bukannya seekor lembu, kambing, kerbau, ayam atau haiwan ternakan yang lainnya… kalau tak lalu nak tengok… please jangan tengok. Tengok gambar pun dah cukup.



Sumber : Here

Serius : "New Lucky", Restoran Mamak Di Atas Kubur (11 Gambar)

Posted: 16 Jul 2012 01:36 AM PDT

Restoran New Lucky di Ahmedabad India. Ianya sebuah restoran mamak yang dibina di atas kawasan perkuburan. Restoran ini terkenal dengan teh tarik dan roti nan yang dikatakan tersedap di Ahmedabad. Persoalannya kenapa restoran yang terkenal ini dibina di atas kubur yang diwarnakan hijau?

Kisah bermula 50 tahun dahulu. Seorang lelaki bernama KH Mohammad membuka gerai minuman dan roti nan di luar kawasan perkuburan.

Lama kelamaan bisnes beliau semakin membangun dan gerai kecil membesar menjadi restoran. Tetapi di Ahmedabad sukar untuk mencari tapak dan kubur lama dari kurun ke-16 ini dijadikan tapak restoran New Lucky.

Sebagai tanda hormat kubur di dalam restoran ini dijaga dengan rapi. Menurut tuan punya restoran ini sekarang Encik Krishnan Kutti Nair merasakan kubur ini membawa tuah kepada beliau. Kubur-kubur ini dipercayai kubur sanak saudara seorang ahli Sufi yang terkenal di Ahmedabad. 

Jadi Encik Nair percaya ini bersangkut rapat dengan sebab kenapa restoran beliau sangat laku. Siapa di Ahmedabad silalah makan di New Lucky. Boleh enjoice minum teh tarik bersebelahan kubur! Unik!





Genius : [Video] Cara Untuk Banduan Kurangkan Hukuman Di Brazil

Posted: 16 Jul 2012 01:25 AM PDT


Sebuah penjara di Santa Rita de Sapucai mempunyai sebuah idea yang unik bagi mengurangkan hukuman tahanan di sana hanya dengan menyuruh mereka mengayuh sebuah basikal pegun. Selain mengalakkan kesihatan tubuh badan tahanan, kuasa elektrik yang dijana daripada basikal pegun akan digunakan untuk menjana kuasa sepuluh lampu jalan di sepanjang persiaran tepi sungai.

Program yang baru bermula semenjak dua bulan yang lalu ini telah mula memainkan peranan untuk membantu tahanan melakukan sesuatu yang konservatif kepada masyarakat dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah hukuman mereka. Walaupun sebahagian program itu mendapat kritikan, tahanan masih mendapat manfaat dan peluang untuk memperbaiki diri dan alam sekitar. Diilhamkan oleh hakim tempatan, program ini membenarkan tahanan untuk mengayuh basikal tersebut selama 8 jam sehari dan selepas 3 hari mengayuh dengan bersungguh-sungguh, hukuman mereka akan dikurangkan selama sehari.

Dengan inisiatif ini, Ronaldo de Silva, salah seorang tahanan di sana dapat mengelakkan dirinya daripada dikurang di sel sepanjang hari. Beliau telah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 4 kilogram dan 20 hari dari hukumannya.

Tenaga elektrik ini kan disimpan di dalam bateri. Apabila hari gelap, tenaga elektrik yang dihasilkan ini akan digunakan untuk menyalakan lampu di jalan-jalan yang berdekatan. Setiap petang, pengawal akan meletakkan bateri-bateri tersebut di lampu jalan berkenaan dan pada setiap awal pagi, bateri tersebut akan dikutip semula untuk di cas semula.



p/s : Boleh try kat Malaysia nih.. hehe

Sumber : Here

Cool : Buku Ini Akan Hilang Tulisannya Jika Tidak Dibaca (2 Gambar)

Posted: 16 Jul 2012 01:19 AM PDT


Ia nya merupakan satu realiti dimana bila kita membeli buku, jarang kita membacanya dan akhirnya ia akan diliputi dengan habuk. Bagi mengatasi masalah ini, sebuah syarikat penerbit buku dari Argentina, Eterna Cadencia telah bekerjasama dengan sebuah agensi iklan yang dinamakan DRAFTFCB Buenos Aires untuk merangka satu cara bagi menggalakkan pembaca membaca buku.

Dengan ini, timbul idea untuk menggunakan dakwat khas yang boleh hilang selepas 2 bulan. Kehadiran cahaya dan udara dikatakan menjadi faktor untuk dakwat ini hilang. Dalam tempoh masa 2 bulan, keseluruhan dakwat akan hilang dan buku akan menjadi umpama kertas kosong. Apa yang menghairankan, idea yang dikemukakan ini mendapat reaksi positif daripada orang ramai dan mula memberi kesan kepada pembaca untuk mula membaca buku pada saat ia dibeli.



p/s : Memang kreatif la siapa yang kuarkan idea mcm nih.. superb.. 

Sumber : Here

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment