Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Sunday, July 15, 2012

Aku Stress Giler


Cool : Teksi Porsche & Ferrari Jakarta Bermula Julai 2012 (6 Gambar)

Posted: 15 Jul 2012 06:28 AM PDT

Operator syarikat MM Cab telah melancarkan 'soft opening' teksi Ferrari dan Porsche di Jakarta Khamis lepas.  Sebagai promosi, teksi Ferrari 360 dan Porsche Boxster S itu akan membawa penumpang secara percuma dari hari Sabtu hingga Isnin. Menurut syarikat tersebut, selepas promosi tamat, penumpang yang ingin menaiki teksi ini mungkin akan dikenakan bayaran sehingga 100 ribu rupiah (RM35). Teksi biasa hanya dikenakan caj sebanyak 6 ribu rupiah iaitu bersamaan RM2. 







Sumber : Here


Kejam : [Video] Kucing Ditanam Hidup-Hidup Di Dalam Konkrit

Posted: 15 Jul 2012 05:28 AM PDT


Kucing malang ini ditemui oleh seorang yang bernama Andrew Chatwin di kawasan rumah seorang ahli gereja, Isaac Wyler di Colorado City. Andrew yang menjumpai kucing itu yang masih hidup bergegas mengorek dan mengerat dinding konkrit itu untuk menyelamatkan nyawa kucing itu. Setelah berjaya dikeluarkan, kucing itu terus dibawa ke klinik haiwan, Namun malangnya kucing itu mati beberapa hari kemudian. 

Orang yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut masih belum dapat dikenalpasti. Namun menurut Andrew, beliau mengesyaki bahawa ahli gereja juga yang yang terlibat dalam perkara tersebut kerana ahli gereja Fundamentalist Church of Jesus Chris terkenal dengan perbuatan yang tidak senonoh. Baru-baru ini, ketua gereja tersebut telah ditangkap kerana mencabul kehormatan dua gadis bawah umur.


p/s : Kesian gler kat kucing tu.. mesti terseksa.. memang jahat la sapa yang buat ni. Tunggu balasan di akhirat kelak!!

Sumber : Here

Cool : Korang Boleh Buat Mata Macam Ni? (6 Gambar)

Posted: 15 Jul 2012 05:15 AM PDT


Korang boleh buat mata macam diorang ni buat? Aku pun tak reti. Sapa reti boleh email aku stress giler..Kami nak letak dekat post baru. Hehe..






Sumber : Here

OMG : 100 Rentung Ketika Cedok Minyak Tumpah Di Nigeria (4 Gambar)

Posted: 15 Jul 2012 05:07 AM PDT



PELABUHAN HARCOURT, Nigeria – Lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu disambar api.Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung. Sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius. Sebelum itu, pasukan tentera memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja.  Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.

"Lori tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan," jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju.

Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.

Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.
Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak – AFP




Sumber : Here

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment