Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Sunday, July 29, 2012

Aku Stress Giler


OMG : Cuba Cari Apa Yang Pelik Di Dalam Gambar Ini (Gambar)

Posted: 29 Jul 2012 05:54 AM PDT

Jom detect apa yang pelik dalam gambar kat bawah ni..


Amacam? Jumpa tak?


OMG : Budak Lelaki Dilanggar Burung Ketika Menaiki Roller Coaster (4 Gambar)

Posted: 29 Jul 2012 02:54 AM PDT


Seorang budak 12 tahun dari New Jersey telah mengalami kemalangan pelik iaitu dilanggar burung merpati ketika menaiki roller coaster tertinggi di dunia. Shane Matus menaiki roller coaster Kingda Ka yang berkelajuan 128mph di Jackson Township. Namun Shane bernasib baik kerana hanya mengalami lebam dan kesan cakaran di muka dan lehernya.




p/s : Bahaya jugak.. Tak pernah terpikir plak sebelum ni.. Hoho..

Sumber : Here

Cool : Gambar Yang Bernilai USD $106 Billion (3 Gambar)

Posted: 29 Jul 2012 02:47 AM PDT

Klik gambar untuk besarkan

Gambar di atas ini merupakan gambar ulangtahun ke 100 Paramount Studios yang menggabungkan 116 pelakon A-List Hollywood. Keuntungan box-office yang dihasilkan oleh pelakon-pelakon diatas ini mencecah USD $106 Billion.

Klik gambar untuk besarkan
Klik gambar untuk besarkan
Sumber : Here

Info : Kesan Buruk Guna Laptop Tanpa Bateri

Posted: 29 Jul 2012 12:12 AM PDT


Kebanyakan orang bersetuju bahawa menggunakan laptop sambil menge'charge' bateri akan membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan lama kelamaan akan merosakkan bateri. Tetapi segelintir pakar mengatakan bahawa menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri sebaliknya berpotensi merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.

Sebenarnya kedua-dua pendapat ini tidak salah, tetapi perlu diketahui bahawa menggunakan laptop tanpa menggunakan bateri yang dihubungkan terus ke soket elektrik adalah lebih teruk kesannya.

Hal ini kerana arus elektrik akan lansung menuju ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga, sehingga hardware menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat kerosakan. Selain menyimpan daya, bateri juga menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi.

Selain itu, jika terjadi litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk. Adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya lebih mahal di bandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara 2-3 tahun.

Sumber: here

WTF : Negara Azerbaijan Pindah Solat Jumaat Ke Hari Sabtu (Gambar)

Posted: 29 Jul 2012 12:09 AM PDT


Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara itu untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu. Arahan itu dikeluarkan pada 30 Jun yang lalu.

Alasan pemindahan tersebut kerana mengganggu jam kerja, di mana hari Jumaat di Azarbaijan adalah hari kerja rasmi negara itu.

Menurut pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat mengurangkan beban para pegawai dan pekerja pemerintah.

Menolak alasan pemerintah, khatib Masjid Masyhadi Dodosh, H Shahin Hasanali mengatakan, pemindahan tersebut dinilai sebagai sebuah sentimen politik semata-mata.

"Pemerintah risau solat Jumaat menjadi medan pendidikan politik yang boleh menggugat kewibawaan pemerintah. Solat Jumaat tidak boleh dipindahkan hari sesuka hati," ujarnya.

Republik Azarbaijan adalah negara kecil yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dilaporkan, jumlah komuniti muslim di sana mencapai 90% dari jumlah keseluruhan penduduknya.

Akibat dekat dengan Israel, menyebabkan dasar-dasar pemerintah cenderung anti Islam. Sehingga kini, warga muslim Azarbaijan masih memperjuangkan hak-hak kaum muslimah untuk memakai tudung.

p/s : Gila btol.. dunia dah nak kiamat.. 

Sumber : Here

Kejam : [Video] Anak Kecil Di Syria Jadi Korban Bulan Ramadhan

Posted: 28 Jul 2012 11:56 PM PDT


Masih adakah jiwa-jiwa umat Islam yang sanggup mendengar tangisan anak kecil ini? Mereka kehilangan ahli keluarga dalam sekelip mata mereka.

Sungguh, tangisan mereka sangat menyayat hati bagi mereka yang diberi mata hati untuk melihat dan sudi berkongsi penderitaan mereka.

Rumah-rumah mereka dibom dan hancur dalam sekelip mata akibat tangan-tangan jahat regim Basyar. 

Ya Allah, kami tiada sesiapa melainkan Mu. Ya Allah...



{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment