Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Monday, July 30, 2012

Aku Stress Giler


Cool : "Kuratas", Robot Bernilai £900,000 Yang Dikawal Menggunakan iPhone (7 Gambar)

Posted: 30 Jul 2012 07:03 AM PDT


Sebuah robot yang setinggi 13 kaki yang diberi nama Kuratas dipamerkan di Jepun dan dijual dengan harga £900,000. Kuratas dapat dikawal dengan teknologi motion sensor di dalam kokpit dengan menggunakan semua jenis smartphone yang mempunyai 3G. Kuratas dilengkapi dengan sistem senjata berteknologi tinggi iaitu gattling cannon yang mampu menembak 6,000 peluru dalam masa seminit.







p/s : Pergh.. smart abes.. mcm Gundam.. 

Sumber : Here

Amazing : Pemandangan Indah Di Dalam Gunung Berapi (5 Gambar)

Posted: 30 Jul 2012 05:43 AM PDT


Lurie Belegurschi, seorang jurugambar telah menuruni ke dalam gunung berapi Thrihnukagigur, di Iceland. Keberanian beliau itu mebuahkan hasil apabila dia berjaya merakamkan gambar-gamabr yang sungguh indah di dalam gunung berapi. 





p/s : subhanallah.. 

Sumber : Here

Info : Sejarah Tokey Kurma, Datuk Yusof Taiyoob (4 Gambar)

Posted: 30 Jul 2012 12:39 AM PDT


Anda pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusuf Taiyoob bukan? Ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar datuk? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd.

Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk.


Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.

Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini, beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Begitulah serba ringkas kisah seorang usahawan tempatan, Datuk Yusuf Taiyoob. Bukan senang nak senang. Tiada jalan pintas untuk kecapi kebahagiaan. Bermacam-macam dugaan yang TUHAN berikan. Namun, berkat, usaha dan keyakinan terhadap kekuasaan ALLAH s.w.t, beliau mampu membuka fenomena baru dalam perusahaan kurma di negara kita.

Semoga kisah Datuk Yusuf Taiyoob ini dapat memberikan anda semangat untuk sentiasa sukses dalam kehidupan anda. Saya juga masih lagi mencari-cari jalan ke arah kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia mahupun di akhirat.



Siapa tak kenal, kurma yang paling popular di Malaysia.. berjenama Yusuf Taiyoob, iaitu bersempena dengan nama big big boss nya sendiri iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Hari-hari asyik dengar iklan Yusuf Taiyoob di radio dan TV.. Kalau akhbar tu xpayah cakap la.. siap full page lagi tu..

Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.

Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.




Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar 'Raja Kurma Malaysia', malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran 'Datuk Kurma'.
Sumber : Here


Berita : Perogol Tinggalkan Nota Untuk Suami Mangsa

Posted: 30 Jul 2012 12:27 AM PDT


KUALA LUMPUR: 'Hidup kau tidak selamat, aku pasti kau mati.' Itu kandungan nota ditinggalkan dua lelaki selepas menodai seorang wanita berusia awal 20-an di rumahnya di Bandar Teknologi Kajang, di sini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang Jumaat lalu, itu, dua lelaki berusia 30-an terbabit dipercayai meninggalkan nota berkenaan untuk ditujukan kepada suami wanita itu yang tiada di rumah. Sumber berkata, ketika kejadian mangsa yang bersendirian di rumahnya berada dalam bilik air untuk mandi.

"Mangsa terkejut apabila melihat dua lelaki tidak dikenalinya berada di rumah.

Belum sempat menjerit meminta bantuan jiran, dua lelaki terbabit mengeluarkan senjata lalu mengugut untuk mencederakannya.

"Bimbang dengan ugutan berkenaan, mangsa mendiamkan diri sebelum kedua-dua tangan dan kaki diikat manakala mulutnya ditutup dengan kain," katanya.


Sumber : Here

OMG : Pusat Tuisyen Hina Sahabat Nabi (Gambar)

Posted: 30 Jul 2012 12:20 AM PDT


LEDANG - Sebuah pusat tuisyen di Tangkak dekat sini didakwa bertindak biadab memaparkan karikatur menghina para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam nota ringkas mata pelajaran Sejarah bagi pelajar tingkatan empat di pusat berkenaan.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, pusat tuisyen tersebut melukiskan 16 karakter sahabat nabi dalam bentuk kartun dengan watak berbeza dan bahan-bahan tersebut disediakan tenaga pengajarnya dikenali sebagai Mr. Fu.

"Antara karikatur yang keterlaluan ialah lukisan seorang sahabat nabi yang dilukis dengan wajah khinzir. Imej seorang lagi pula diletakkan gambar wanita dengan bahagian dadanya ditutup dengan tulisan Cina, selain ada yang dikelilingi tiga wanita.

p/s : ish2.. jahat btol.. 

Sumber : here

Horror : [Video] Suami Tetak Belakang Isteri Curang Di Brazil

Posted: 30 Jul 2012 12:16 AM PDT


Video ni ngeri jadi sesiapa yang lemah semangat jangan tengok. Kisahnya suami perempuan ni naik angin bila dapat tau isteri curang. Janganla buat macam ni okey.... ni kat Brazil. Yang ajaib perempuan tu rileks je....mcm tak sakit je pun.....aduiiii.....pisau terhiris jari masa potong bawang pun dah sakit ini kan pula belakang terbelah macam tu.


Sumber : Here

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment