Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Tuesday, July 31, 2012

Aku Stress Giler


Serius : Puak Penentang Rejim Basyar Di Aleppo, Syria (10 Gambar)

Posted: 31 Jul 2012 06:59 AM PDT

Berikut merupakan beberapa keping gambar yang menunjukkan puak pejuang Islam yang menentang Rejim Basyar di Aleppo, Syria.. Doakan saudara kita selamat di sana.. Amin..











Sumber : Here

Cool : Kos Untuk Menjadi Iron Man (Infographic)

Posted: 31 Jul 2012 06:21 AM PDT


Nak jadi Iron Man? Jom tengok brapa kos yang korang perlu untuk jadi seorang Iron Man..


Sumber : 9GAG

Cute : Anjing Kacukan Jadi Bapa Angkat Kepada Anak Singa Putih (4 Gambar)

Posted: 31 Jul 2012 02:19 AM PDT


Seekor anjing mongrel (kacukan) telah menjadi bapa angkat kepada seekor anak singa putih yang lahir di Jerman. Anak singa itu telah dibuang ibunya selepas dilahirkan. 

Anjing tersebut, Lejon, 2 tahun dan Jojo, anak singa berusia 3 minggu itu tidak dapat dipisahkan setelah berjumpa pada Safari Park, Stukenbrock, Jerman. 




p/s : Kiutnye anak singa tu.. 

Sumber : here

WTF : Baitulmaqdis Diiktiraf Sebagai Ibu Negara Israel

Posted: 31 Jul 2012 12:46 AM PDT


Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Republikan, Mitt Romney semalam mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Tindakan beliau itu adalah satu sokongan pemilikan ke atas wilayah yang diduduki oleh rejim Zionis walaupun ia tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

"Ia adalah satu pengalaman bermakna berada di Baitulmaqdis, ibu negara Israel," ucap Romney ketika berada di sini, sempena lawatannya ke Israel, semalam, menjelang pilihan raya AS November ini.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berterima kasih kepada beliau dan menyifatkannya sebagai kenyataan sokongan yang paling lantang dan hubungan persahabatan dengan Israel.

"Hari ini penduduk di bandar ini memperingati kemusnahan kota suci ini beribu-ribu tahun lalu. Apa yang anda lihat kini, ia telah dibina semula oleh orang Yahudi, kemudiannya dibuka kepada ketiga-tiga agama besar dan berubah menjadi bandar yang bersemangat serta sibuk.

"Seperti yang anda katakan iaitu Baitulmaqdis adalah ibu negara Israel, bandar ini akan terus menjadi ibu negara penduduk Yahudi," katanya sejurus selepas tamatnya upacara Tisha B'Av.

Status Baitulmaqdis adalah isu utama dalam konflik Israel-Palestin selepas rejim Zionis menjajah sebahagian besar bahagian timur Arab ketika perang 1967 dan mendakwa bandar yang terbahagi dua itu sebagai 'ibu negaranya'.

Namun, Palestin mahu Baitulmaqdis menjadi ibu negaranya serta menentang usaha Israel memperluaskan kedaulatan mereka di bandar itu dan masyarakat antarabangsa termasuk AS, turut tidak secara rasmi mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel kerana konflik yang masih berterusan.

Semalam, Romney turut mengiktiraf hak Israel untuk mempertahankan diri dan berjanji akan 'menghormati' tindakan ketenteraan rejim Zionis itu ke atas kemudahan nuklear Iran.

"Menghalang Iran daripada menjadi negara kuasa nuklear 'perlu menjadi matlamat utama keselamatan kebangsaan," katanya.

p/s : Yahudi Laknatullah..

Sumber : Here

Cool : [Video] Apabila Seorang Gadis Cina Bukan Islam Berpuasa

Posted: 31 Jul 2012 12:41 AM PDT


J SZE adalah gadis cina, 21 tahun. Bukan Islam. Beliau menceritakan pengalaman berpuasa ramadhan dan menerangkan hikmah2nya. Beliau juga bersolat terawih bersama umat Islam. Beliau adalah salah seorang dalam team Najasyi / Abu Talib yang terdiri dari mereka yang bukan Islam tetapi berusaha menghayati Islam secara positif. 

Beliau sedang belajar berhujah pro-Islam dengan Xifu Naser (pensyarah pemikiran kritis cfs, iium). J Sze telah muncul di pentas KONVENSYEN FIQH UMMAH di Johor bersama barisan para ustaz terkena spt dr.zaharudin, dr maszlee, ustaz zahzan, ustaz zamri mantop, imam muda asyraf etc dan di sana beliau menakjubkan ramai bila beliau berhujah mengapa Islam itu agama yang rasional. 

Kini beliau sedang belajar bahasa Arab dengan Xifu Naser dan giat menghafal hadis, ayat al-qur'an.


p/s : Cakap pun dah macam melayu.. respek.. 

Sumber : Here

OMG : Indonesia Menjadi Negara Kristian Menjelang 2035? (Gambar)

Posted: 31 Jul 2012 12:24 AM PDT


Tahukah anda, Indonesia merupakan negara Islam terbesar di dunia apabila perangkaan menunjukkan hampir 200 juta penduduk negara itu beragama Islam.

Namun, apa yang menyedihkan, dianggarkan lebih dari 2 juta penduduk Indonesia meninggalkan agama Islam setiap tahun.

Secara purata, seorang rakyat Indonesia, terutama dari golongan remaja, akan bertukar agama dalam setiap 15 saat.

Jika kadar itu terus meningkat, pada tahun 2035 Indonesia diramal akan menjadi sebuah negara dengan Islam sebagai agama minoriti.

Ramai yang memilih untuk keluar Islam kerana merasakan Islam telah meninggalkan mereka jauh dalam kehidupan sebagai seorang penduduk Indonesia yang kontemperori (liberal).

Selain itu, golongan sebegini juga melihat agama Kristian merupakan agama yang memenuhi citarasa diri mereka.

Isu ini semakin meruncing kerana Kristian memberi pelbagai kemudahan serta pilihan hidup yang bebas kepada mereka.

Penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan yang mirip dalam ajaran Islam seperti Iman mengelirukan fahaman sesetengah masyarakat Islam di Indonesia sehingga membawa mereka terkeluar dari ajaran Islam.

Segelintir generasi muda di Indonesia belum lagi mengenali keindahan serta intipati Islam sebenar yang menguatkan serta menyatukan umat Islam seluruh dunia.

Atas kebimbangan terhadap gejala murtad di negara itu, Mercy Mission Indonesia melancarkan kempen 'Save Maryam'.

Jika dirujuk kepada laman web Mercy Mission, mereka merupakan sebuah badan amal yang telah banyak bergiat aktif dalam membantu pelbagai golongan dengan pelbagai cara.
Kempen 'Save Maryam' sebenarnya mewakili suara setiap Muslim generasi muda di Indonesia yang sedang bergelut dengan tekanan hidup kontemperori.

Kempen itu antaranya menjelaskan permasalah masyarakat Islam di Indonesia ialah Islam dipegang oleh mereka hanyalah pada nama dan mereka mendapati Kristian adalah jalan terbaik bagi kehidupan moden mereka.

Satu-satunya saluran mereka mendapat maklumat mengenai Islam adalah melalui khutbah Jumaat, namun proses itu terganggu apabila pihak mubaliqh Kristian juga mengubah hari ibadat mereka daripada Ahad (seperti kelaziman dalam agama itu) kepada hari Jumaat.

Melalui kempen Save Maryam, antara usaha yang dilihat sesuai untuk membantu golongan muslim muda di Indonesia adalah dengan menubuhkan sebuah stesen televisyen Islam yang memenuhi kehendak generasi muda, yang akan menyampaikan maklumat serta ilmu berkenaan Islam kepada semua penonton sasaran.

Selain itu, badan amal merancang untuk menubuhkan Talian Bantuan Komuniti yang akan membantu semua Muslim yang memerlukan bantuan terutama generasi muda.

Badan amal itu juga turut merangka penubuhan mikro-kredit berteraskan Islam yang pertama di Indonesia bagi membantu golongan sasaran yang mengalami krisis makanan.

Dalam usaha mereka merangka strategi sebegini, ada juga khabar angin menerusi laman sosial yang mengatakan kempen itu merupakan satu propaganda.

Namun, apabila penulis meniliti laman web penganjur kempen, jelas menunjukkan yang badan amal Mission Mercy telah melakukan pelbagai program serta kempen amal sebelum ini.

Jika anda ingin mendapatkan info yang lebih lanjut serta ingin menjayakan kempen itu, sila layari http://savemaryam.com/ dan http://www.mercymissionworld.org/ atau Twitter https://twitter.com/savemaryam dan Facebook http://www.facebook.com/whoismaryam

Layari dan share klip video penerangan di bawah yang menceritakan mengenai masalah murtad di kalangan remaja Indonesia.

Sumber : Here

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment