Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Sunday, August 12, 2012

Aku Stress Giler


Cool : Gua Ais Yang Menakjubkan Di Iceland (5 Gambar)

Posted: 12 Aug 2012 06:34 AM PDT

Gua ini terletak di Lagun Svinafellsjokull sekitar Skaftafell, Iceland.

OMG : Bandar Ajka Selepas Tumpahan Toksik Terdahsyat Di Hungary

Posted: 12 Aug 2012 06:20 AM PDT

Pada tahun 2010, sebuah bandar di Hungary, Ajka telah dikejutkan dengan tumpahan toksik yang paling dahsyat dalam sejarah negara itu. Enam bulan kemudian seorang jurukamera terkenal dari Sepanyol telah menangkap keadaan Ajka selea kejadian yang teruk itu. Semua gambar ini dipanggil 'The Line' kerana...

OMG : Lagi Gambar Kolam Renang Yang Penuh Manusia Di China (8 Gambar)

Posted: 12 Aug 2012 05:46 AM PDT

Lagi Gambar Kolam Renang Yang Penuh Manusia Di China.
Menurut kajian ini adalah kolam renang paling ramai manusia serta paling kotor di dunia dengan mencecah 230,000 orang sekaligus. Kenapa kotor? Menurut kajian pada tahun 2008, di kolam renang seluruh China, kandungan bakteria terkandung dalam kolam renang ini mencecah 96.9% dan seramai 3.158 orang perenang keracunan selepas terminum air serta satu maut.



Serius : Atlit Olimpik Dengan 'Sports Taps' Warna-warni (10 Gambar)

Posted: 12 Aug 2012 05:28 AM PDT

Atlit Olimpik Dengan 'Sports Taps' Warna-warni.
Ini adalah satu-satunya masa anda akan jumpal pelbagai warna terlekat pada tubuh atlit dunia ini..

Kreatif : Cara Membuat Onigiri, Nasi Panda Comel Versi Jepun (15 Gambar)

Posted: 12 Aug 2012 05:15 AM PDT

Cara Membuat Onigiri, Nasi Panda Comel Versi Jepun.
Comel dan menarik..

Serius : [Lawak] Ini Godzilla Versi Renang Di Olimpik

Posted: 12 Aug 2012 04:58 AM PDT

Ini Godzilla Versi Renang Di Olimpik.
Patutlah pasukan Jepun tak menang sebab ada Godzilla di sana..

 

WTF : Apa Dah Jadi Dengan Ibu Sekarang? (Gambar)

Posted: 12 Aug 2012 04:55 AM PDT

Apa Dah Jadi Dengan Ibu Sekarang?
Benda macam ni pun nak buat..kesian anak kecil tu..


Serius : [Video] Kuku Tumbuh Pada Kulit Wanita Ini

Posted: 12 Aug 2012 12:02 AM PDT


Shanyna A.Isom, 28, menghidap penyakit misteri apabila kuku tumbuh di seluruh badan termasuk muka dan kulit kepala, bagi menggantikan rambutnya.

Shanyna, pelajar jurusan penghakiman jenayah, mula menyedari ada kuku tumbuh di badannya opada 2009, ketika dia diberikan ubat steroid untuk penyakit lelah.

Namun, malangnya, kata Shanyna, dia menjadi alergik dengan steroid berkenaan menyebabkannya kulitnya menjadi gelap.

"Ia bermula dengan kaki kiri saya menjadi hitam,'' katanya yang telah mendapatkan rawatan semua pakar untuk pelbagai penyakit.

Jelasnya, kuku itu akan menjadi panjang dan ia juga sukar disentuh.

Penyakit berkenaan bukan sahaja melibatkan kulitnya, malah tulang dan penglihatannya turut terjejas.
Jelasnya, doktor telah mengujinya dari A hingga Z namun semuanya memberikan hasil yang negatif.

Apabila Shanyna dimasukkan ke Hospital Johns Hopkins pada Ogos tahun lepas, doktor telah mengesan hormonnya telah mengeluarkan 12 kali sel kulit.

"Sepatutnya kepala saya ditumbuhi rambut, namun kini kuku pula yang tumbuh,'' katanya.

Selepas menghabiskan masa yang lama di Johns Hopkins, kehidupan Shanyna kini telah berubah dengan mendadak.

"Dulu saya tidak boleh duduk atau berjalan, namun kini saya boleh berjalan dengan menggunakan tongkat dan kadang kala boleh berjalan dengan sendiri,'' katanya.

Namun penyakit yang dialami oleh Shanyna itu telah membuka mata semua pihak.

Bagaimanapun apa yang menyedihkan Shanyna ialah penyakitnya itu tidak dilindungi sepenuhnya oleh insurans.

"Hanya lima daripada 17 ubat yang diperlukan oleh saya dibayar oleh insuran.

" Jadi saya terpaksa bergantung kepada keluarga dan rakan-rakan serta penyumbang derma, dan setakat ini bil perubatan saya yang tertunggak ialah $250,000,'' katanya.


Sumber : Here

OMG : Pornografi Berusia 28,000 Tahun Ditemui Di Australia (4 Gambar)

Posted: 11 Aug 2012 11:53 PM PDT


Australia - Sebuah lukisan erotik purba telah ditemui oleh seorang ahli arkeologi pada bumbung gua di sebuah gurun berdekatan Arnhem Land, Australia Utara.

Ahli arkeologi, Byrce Barker yang juga merupakan seorang profesor dari University of Southern Queensland mengatakan lukisan yang serupa juga pernah ditemui di Gua Chauvet, Perancis dan gua-gua di Sepanyol utara yang mempunyai usia yang lebih tua iaitu kira-kira 30,000 tahun hingga 40,000 tahun.

"Apa yang membuatkan ia kelihatan unik adalah kerana ia dilukis pada arang, di mana tarikhnya mudah diperolehi," kata Barker seperti yang dikutip oleh Time of India.

Gambar erotik tersebut telah dilukis disebuah kawasan berbatu besar bernama Narwala Gabarnmang, di mana keseluruhan tiang dan bahagian bawah batu tersebut mempunyai lukisan gua zaman purba. Satu-satunya jalan masuk ke kawasan tersebut adalah dengan menggunakan helikopter iaitu kira-kira 90 minit perjalanan dari bandar pedalaman Katherine.

Lukisan tersebut kelihatan amat sederhana berdasarkan cat yang hanya menggunakan warna merah dan putih sahaja. Namun, ia jelas menunjukkan imej seseorang sedang bersetubuh.

Selain itu, gambar erotik berkenaan tidak hanya menunjukkan satu imej sahaja, malah masyarakat purba pada ketika itu telah membuat satu cerita tentang seks hasil daripada rangkaian gambar-gambar tersebut.

Kali pertama ahli arkeologi dibawa ke tempat tersebut adalah kira-kira 5 tahun yang lalu oleh penjaga kawasan terbabit. Ia bertujuan untuk menunjukkan hasil seni purba yang terdapat di situ dan pada masa yang sama mendedahkan rahsia sejarah lukisan berkenaan.

"Kami baru sahaja menggali sebahagian kecil dari kawasan tersebut dan berharap untuk menemui lebih banyak hasil seni purba yang berusia lebih daripada 28,000 tahun di sini," ujar Barker lagi.




p/s : Ntah btoi ke tidak.. 

Sumber : Here

Genius : 10 Manusia Terpandai Di Dunia Pada Masa Kini (InfoGraphic)

Posted: 11 Aug 2012 11:46 PM PDT

Berikut merupakan infographic mengenai 10 manusia terpandai pada masa sekarang.


Sumber : Here

OMG : Rekod Kenderaan Paling Laju Yang Disaman Di Malaysia (Gambar)

Posted: 11 Aug 2012 11:41 PM PDT


Agak-agak kereta apa ek? 707km/j tu.. LOL...

Sumber : here

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment