Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Saturday, August 18, 2012

Aku Stress Giler


Cool : Promosi Spiderman, The Amazing Hero & Peluang Menang TV Internet Sony 46 Inci Dari Senheng!!

Posted: 18 Aug 2012 01:39 AM PDT


Berminat nak menang TV Internet Sony 46 Inci atau barang special The Amazing Spiderman? Senang saja... Jom baca kat bawah nih.. 

Beli & Menang!! 

Dengan setiap pembelian RM999 dan keatas, korang berpeluang untuk memenangi 1 daripada 50 buah Sony Internet TV 46 Inci!! 

* 3 kali peluang untuk memang jika korang beli produk SONY atau melakukan pembelian dengan menggunakan Hong Leong @ kredit kad EON Bank / skim pembayaran mudah AEON

Bagaimana nak menang?? 

1. Beli apa-apa produk minimum RM999 dalam satu resit dari kedai Senheng @ SenQ yang mengambil bahagian

2. Isi borang peraduan & jawab soalan dibawah ini. 

SENHENG® and senQ® Digital Station are the official sponsor for The Amazing Spiderman. (True) (False)

3. Isi maklumat dibawah ni.
  • Nama
  • Nombor PlusOne
  • No S/O (penting, mesti isi - contoh SON atau SCS)
  • Nombor telefon bimbit
  • Alamat Email
  • Tandatangan
4. Para pelanggan haruslah mengisi borang peraduan dengan LENGKAP. Borang yang tidak lengkap akan dibatalkan permohonannya. 


Berikut merupakan Hadiah Premium The Amazing Spiderman!! 





p/s : apa tunggu lagi? Promosi sah sehingga 31 Ogos 2012. Jom pegi serbu Senheng!!! 


Kesian : Wajah Lelaki Rosak Akibat Tumor (11 Gambar)

Posted: 18 Aug 2012 12:04 AM PDT

Lelaki ini telah menjalani pembedahan membuang tumor di mukanya yang merupakan penyakit keturunan. Akan tetapi, proses tersebut amatlah rumit sehingga pihak doktor tidak dapat memulihkan wajahnya.




p/s : Jika dibandingkan wajahnya sebelum pembedahan, pihak doktor telah melakukan kerja yang baik dalam mencuba utk memulihkan wajahnya.

Sumber : Here

Kesian : Budak Dilahirkan Tanpa Kelenjar Peluh (3 Gambar)

Posted: 17 Aug 2012 11:57 PM PDT


Sekali imbas, budak lelaki ini kelihatan biasa sahaja seperti kanak-kanak normal yang lain. Hakikatnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu penderitaannya. Sedang kanak-kanak seusia dengannya seronok bermain di luar, Fred James hanya terperuk di rumah sahaja.

Bukan kerana emaknya terlalu garang atau tidak membenarkan dia bercampur gaul dengan kanak-kanak yang lain, tetapi disebabkan penyakit ganjil yang dihidapi oleh Fred James sejak dia lahir lagi. Fred James dilahirkan tanpa kelenjar peluh dan dia tidak boleh berpeluh. 

Dia tidak boleh hidup dalam cuaca panas kerana ini akan mengancam nyawanya. Oleh itu, Fred James hanya boleh tinggal ditempat berhawa dingin sahaja. Kalau dia mahu berjalan ke luar, ibunya kena membawa ais untuk memastikan Fred James sentiasa sejuk.



Sumber : Here

Lawak : Jangan Berkahwin Dengan Atlit Balapan Wanita (Komik)

Posted: 17 Aug 2012 11:50 PM PDT


Nak tau kenapa? Jom layan komik kat bawah nih.. hehe.. sekadar hiburan..


Sumber : Here

Info : Kesan Buruk Makan Kuning Telur Sama Seperti Merokok

Posted: 17 Aug 2012 11:27 PM PDT


Walaupun kuning telur kaya dengan nutrisi, tetapi memakan kuning telur secara kerap boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan.

Para pakar kesihatan menemui bahawa pengambilan kuning telur dapat mempercepat aterosklerosis, penyakit arteri koroner, seperti halnya merokok.

Dr. David Spence dari Western University , Kanada, dan pasukannya meneliti lebih dari 1200 pesakit di London Health Sciences Centre's University Hospital. Mereka menemui bahawa mengambil telur secara teratur, dua per tiga sama buruknya dengan merokok. Dengan kata lain, baik merokok mahupun memakan kuning telur dapat mempercepat aterosklerosis.

Aterosklerosis adalah perubahan pada pembuluh darah dimana plak terbentuk pada dinding arteri bahagian dalam dan diperburuk dengan kolesterol. Plak yang pecah merupakan penyebab yang utama sebahagian besar serangan jantung dan stroke.

Penelitian tersebut juga menemukan bahawa orang yang mengambil tiga atau lebih kuning telur dalam seminggu, memiliki kesan plak secara signifikan, lebih dari orang yang makan dua atau kurang kuning telur seminggu.

"Telah diketahui sejak lama bahawa pengambilan kolesterol yang tinggi meningkatkan risiko kardiovaskular, dan kuning telur memiliki kolesterol yang sangat tinggi. Pada penghidap diabetes, mengambil telur dalam sehari dapat meningkatkan antara 2 hingga 5 kali ganda risiko koroner." kata Dr. Spence, yang mengetuai kajian.

Sumber : here

Cool : Bergambar Dengan Posing Yang Sama Setiap 5 Tahun (7 Gambar)

Posted: 17 Aug 2012 11:13 PM PDT

5 sahabat berkumpul di tasik yang sama setiap 5 tahun untuk mengambil gambar mereka bersama. Tradisi ini bermula dari tahun 1982 dan berterusan sehingga kini. Ini lah yang dikatakan sebagai Persahabatan Sejati :)








p/s : cool.. nak buat jugak lah dgn member2.. hoho..

Sumber : Here

OMG : [Video] Wanita "Melekat" Di Wiper Kereta Selepas Kemalangan

Posted: 17 Aug 2012 11:06 PM PDT


Menurut description pada Youtube, kemalangan ini berlaku di Cheras pada 27 Julai lepas dimana seorang wanita telah melanggar kereta perakam video ini. Namun wanita itu tidak mahu membayar dan tidak mengaku kesalahan beliau. 

Oleh kerana wanita tersebut tidak mahu membayar, perakam video yang dilanggar ini memberitahu akan melaporkan kepada polis namun wanita tersebut tidak membenarkan dan terus memegang wiper depan kereta. Dia tidak mahu melepaskan wiper tersebut dah tidak mahu mengaku kesalahannya. Jom sama2 sama kita saksikan drama menarik ini.. 


p/s : Mangsa yang dilanggar dikatakan membawa wanita tersebut ke balai dengan keadaan dia melekatpada bonet depan sambil memegang wiper. haha..

Sumber : Here

Serius : Program Realiti Tawarkan Tiket Ke Marikh Pada 2023 (Gambar)

Posted: 17 Aug 2012 10:57 PM PDT

GAMBAR lakaran artis menunjukkan kapsul yang menjadi tempat penempatan angkasawan di Marikh pada April 2023.
THE HAGUE, Belanda - Sebuah program realiti televisyen akan menghantar empat angkasawan ke planet Marikh pada April 2023. Penghantaran itu tujuh tahun lebih awal daripada rancangan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS).

Projek itu dikenali sebagai Mars One dan pencarian angkasawan tersebut akan bermula pada tahun depan. Menurut jurutera mekanikal, Bas Lansdrop, 35, kos untuk melaksanakan misi itu ialah AS$6 bilion (RM18.79 bilion) dua kali lebih tinggi daripada kos kenderaan robotik Curiosity milik NASA.

Kehidupan angkasawan itu akan dirakamkan dan mereka tinggal dalam kapsul yang berasingan. Kapsul, makanan dan kenderaan robotik akan dihantar antara 2016 dan 2022.

Berdasarkan rancangan Lansdrop, kumpulan pertama melibatkan empat angkasawan itu akan disertai oleh beberapa orang lagi sehingga terdapat satu koloni manusia seramai 20 orang sedekad kemudian di Marikh.

Eksperimen saintifik termasuk mencari petunjuk kehidupan akan turut dilakukan. Planet itu mempunyai suhu - 55 darjah Celcius manakala ruang udaranya dipenuhi dengan karbon dioksida.

Menurut Landsdrop, bekalan oksigen akan diperoleh daripada air yang ditemui di bawah permukaan Marikh. Ketika ini Curiosity berada di Marikh selepas mendarat pada 5 Ogos menerusi penerbangan sejauh 566 juta kilometer ke Marikh selepas dilancarkan dari Florida, AS pada 26 November tahun lalu. - Agensi

Sumber : here

{ 1 comments... read them below or add one }

jaenellpaepke said...

Harrah's Resort Southern California - MapyRO
Find the best 경산 출장안마 casinos in 성남 출장안마 Southern 전라남도 출장안마 California. Mapyro offers unbiased, local guides, reviews and 제주도 출장샵 Uber 동두천 출장마사지 prices to help make the most of your stay

Post a Comment