Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Thursday, August 2, 2012

Aku Stress Giler


Serius : Reaksi Pengantin Lelaki VS Perempuan Pada Ucapan Perkahwinan (3 Gambar)

Posted: 02 Aug 2012 08:01 AM PDT

Reaksi Pengantin Lelaki VS Perempuan Pada Ucapan Perkahwinan.
Cuba tengok si lelaki ni........macam tak ada perasaan..

Serius : Apabila Kereta Ini Letak Di Tempat Yang Salah (5 Gambar)

Posted: 02 Aug 2012 07:58 AM PDT

Apabila Kereta Ini Letak Di Tempat Yang Salah.
ini dia akibatnya...
 






OMG : Cuba Teka Apa Binatang Yang Pelik Ini? (4 Gambar)

Posted: 02 Aug 2012 07:53 AM PDT

Cuba Teka Apa Binatang Yang Pelik Ini?
Ini sebenarnya adalah yang dipanggil Atretochoana yang ditemui di Brazil. Ini adalah satu spesies cacing. Yang peliknya adalah ianya tidak mempunyai mata.


Lawak : Penerjun Olimpik Kena #TROLL Di Internet (10 Gambar)

Posted: 02 Aug 2012 07:15 AM PDT

Penerjun Olimpik Kena #TROLL Di Internet.


Cool : Tangki Air Setinggi 18 Meter Yang Diubah Menjadi Rumah Kediaman (10 Gambar)

Posted: 02 Aug 2012 05:41 AM PDT

Tangki air yg terletak di West London sudah tidak dipakai dan ditinggalkan. Untuk tidak membazirkan ruang yg ada, tangki air ini diubah menjadi sebuah rumah kediaman seluas 7 meter diameter. Ia dilengkapi segala kemudahan rumah seperti ruang tamu, dapur, dan bilik air pada tingkat pertama dan 2 bilik tidur serta bilik air pada tingkat dua.
Rumah ini dibina oleh Tom Dixon dan setelah siap ia dijangka menelan belanja sebanyak US$ 1.25 million. Biliknya disewakan dengan harga US$ 1250 seminggu atau US$ 3900 sebulan.


Sumber : Here

Horror : [Video] Nasib Malang Anggota Unit Pemusnah Bom Thailand

Posted: 02 Aug 2012 05:33 AM PDT


Unit Pemusnah Bom (UPB) adalah unit khas yang mempunyai kepakaran dalam operasi 'mencari' serta 'menyelamatkan' bom yang diletakkan di tempat-tempat tertentu seperti di bangunan awam dan sebagainya.

Setiap pasukan polis di mana-mana negara di dunia ini PASTI mempunyai skuad yang semacam ini. Tugas pertama dalam operasi UPB ialah mencari untuk mengenal pasti kedudukan dan jenis bom. Selepas itu, bom tadi akan 'dimatikan' dan dibawa ke tempat yang lebih selamat untuk dimusnahkan.

Yang pasti, tanyalah mana-mana skuad UPB, seboleh-bolehnya misi mereka adalah menyelamatkan bom daripada meletup bagi mengelakkan kerosakan harta benda selain kecederaan yang mungkin berlaku.

Oleh itu, setiap anggota UPB adalah mereka yang telah dilatih dengan kepakaran yang tinggi mengenai pelbagai jenis bom, sama ada bom yang digunakan oleh pasukan keselamatan ataupun bom buatan sendiri.

Tetapi nama pun bom, bom bukan mengenal siapa mangsanya….inilah yang terjadi di Thailand tidak lama dulu.Walaupun secara fizikal, bom dalam kejadian ini hanyalah kecil dan diletakkan di sebuah motor kapchai, namun kesannya cukup menggerunkan.

Anda lihatlah sendiri….


Sumber : Here

OMG : Adakah Ini Maksud Sebenar Jenama "PEPSI"?

Posted: 02 Aug 2012 03:40 AM PDT


Para cendekiawan Islam Timur Tengah menyatakan mereka tidak akan pernah menarik balik pernyataannya bahawa Pepsi Cola secara asasnya adalah nama kod bagi komplot Zionis.

Institut Kajian Media Timur Tengah (MEMRI) telah mengeluarkan kenyataan berbahasa Inggeris yang diberikan oleh seorang cendekiawan Islam di Mesir bulan Februari yang lalu, di mana dikhabarkan bahawa PEPSI sebenarnya adalah singkatan daripada ayat "Pay Every Penny to Save Israel" atau "Sumbangkan setiap wang untuk menyelamatkan Israel."

Selain itu, seorang anggota parlimen pergerakan Hamas di Gaza juga mengeluarkan kenyataan yang sama tentang perkara tersebut tahun lalu. Berbicara dalam stesyen TV Al-Aqsha, anggota perlimen Salem Salamah menyatakan, "Terdapat pelbagai syarikat yang didirikan oleh kolonialis dan penjajah – pelbagai syarikat besar dengan banyak cawangan diseluruh penjuru dunia, seperti Pepsi, Pepsi Cola. Ini adalah syarikat terkemuka. Pepsi adalah singkatan dari Pay Every Penny to Save Israel."



Baru-baru ini juga, seorang pemimpin agama Mesir Hazem Abu Ismail mengeluarkan kenyataan yang sama. Berbicara didepan Al Nas TV – sebuah stesen keagamaan- Abu Ismail menyeru agar orang Islam memboikot produk Pepsi kerana istilah tersebut.

Secara spesifik, Hazem Abu Ismail menyatakan sebagai berikut, berdasarkan transkrip sama yang diberikan oleh MEMRI, Institut Kajian Media Timur Tengah yang berpusat di Washington:

Huruf P pertama bererti "Pay" (Berikan), E untuk "Every" (Setiap). Huruf ketiga untuk "Penny". Penny adalah syiling kecil yang anda terima dan anda tidak tahu apa yang akan anda lakukan dengannya. Berikan itu untuk "Menyelamatkan" I – "Israel". Dengan kata lain, berikan setiap syiling kecil yang anda terima untuk menyelamatkan Israel. Mereka tidak ingin wang anda – mereka hanya ingin syiling pecahan kecil, penny anda. Dalam ekonomi Amerika, penny adalah satu perseribu dolar. Nilainya kecil sekali.

Mereka mengatakan, "Sumbangkan pecahan kecil yang tidak anda perlukan, tetapi berikanlah dengan alasan yang benar. Bila anda mengumpulkan pecahan kecil ini, anda dapat membeli minuman ini."

Mereka mengambil masing-masing kata awalan dan membentuk kata "Pepsi". Bila anda membayar (untuk membeli Pepsi), anda akan menyelamatkan Israel.

"Saya tidak hanya bicara tentang Pepsi, tetapi tentang Coca Cola dan kesemuanya. Saya tak akan menyebutkan suatu produk. Anda dapat lihat sendiri. Anda Muslim. Anda dapat sampaikan kepada saya. Saya tidak tahu. Anak kecil saya malah lebih tahu tentang boikot ini daripada saya. Ketika kami pergi belanja, dia katakan pada saya: "Beli ini, jangan yang itu." Dia mengetahuinya. Dia sudah menjadi ahli dalam hal ini.

Selama bertahun-tahun, The Coca Cola Company dan produk-produknya banyak mendapat kritikan darpada pelbagai sumber disebabkan oleh pelbagai alasan termasuk kesan negatif produk-produk tersebut terhadap kesihatan,alam sekitar , penggunaan pestiside dalam jumlah yang besar dalam produk-produknya, eksploitasi buruh dan pelbagai alasan yang lain lagi. Tidak sedikit dari alasan-alasan tersebut yang membawa syarikat tersebut menghadapi tindakan undang-undang dan menciptakan kontroversi yang terdapat pada logo produk Coca Cola.

Maulana Kalbe Jawwad, seorang pemimpin keagamaan Shias, mengatakan: "Perkara ini merupakan penghinaan terhadap Tuhan. Kami akan meminta Muslim di negara ini dan seluruh dunia untuk memboikot produk tersebut sehingga syarikat tersebut menarik balik kata-kata yang menyinggung tersebut.

Maulana mengatakan bahawad ia akan meminta semua kaum Muslim untuk menyebarkan mesej tentang logo "yang sangat menyinggung tersebut"

p/s : Agak susah nak boikot barang Israel sebab barang2 diorang bersepah.. tapi sebaik-baiknya, kita guna barang buatan Malaysia yer.. 

Sumber : Here

Info : Suasana Ramadhan Rakyat Palestin (15 Gambar)

Posted: 02 Aug 2012 02:50 AM PDT

Berikut merupakan gambar-gambar suasana Ramadhan rakyat Palestin. Walaupun negara mereka bergolak tetapi ia tidak menghalang mereka dari menyambut Ramadahan dengan meriah..
















Sumber : Here

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment